HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

11 Dec 2013

WTF! Justin Bieber Bakal Menggantikan Paul Walker Dalam Filem Fast And Furious?


Justin Bieber
Besar kemungkinan yang anda tidak pernah mendengar nama Paul Walker sebelum filem pertama F & F. Ini kerana, walaupun dia sebenarnya telahpun berlakon banyak filem sebelum ini, namun kegilaan dia terhadap kereta sport membuatkan wataknya sangat bersesuaian dalam filem tersebut . Tetapi dengan pemergian beliau, pembuat filem tersebut yang kini sedang dalam pembikinan Fast and Furious 7, terpaksa menunda projek filem tersebut bagi memikirkan jalan penyelesaian bagaimana untuk menyiapkan filem tersebut. Satu idea penyelesaian telah di cadangkan, tetapi anda mungkin tidak suka.

Lucadris
Idea yang dicadangkan adalah untuk meletakkan tidak lain daripada Justin Bieber dalam filem tersebut. Sama ada idea itu sebenarnya adalah untuk menggantikan Walker dengan Bieber bermain watak yang sama, atau beberapa idea lain sedang di bincangkan namun tidak begitu jelas. Satu perkara yang jelas, ada beberapa pihak yang bersetuju dengan penggantian Bieber, dan Ludacris juga sudah menyuarakan persetujuannya bagi idea meletakkan artis dari Kanada yang berusia 19 tahun ini dalam filem itu.