HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

10 Dec 2013

5 Aktiviti semasa kesesakan trafik


Maklumlah sudah tamat waktu pejabat, masing-masing berebut untuk pulang ke rumah. Malangnya kerana terlalu ramai yang berebut pulang ke rumah pada waktu yang sama menyebabkan kesesakan lalu lintas yang melampau, terutamanya jika pejabat anda terletak di tengah-tengah kota raya.

Jadi apa yang boleh dilakukan ketika menunggu kenderaan lain bergerak? Mari kita lihat senarai berikut.

Tengok gelagat pemandu disebelah

Siapa kata aktiviti tengok orang boleh dilakukan ketika duduk melepak di kedai kopi sahaja? Ketika duduk menunggu kesesakan lalu lintas pun boleh melihat telatah pemandu di sebelah. Agak menghiburkan juga, melihat orang yang menyanyi, bercakap di talian telefon dan sebagainya. Mana tahu sambil anda melihat-lihat, ada pula pemandu yang tampan/jelita disebelah. Apa lagi, main matalah!

Bersolek

Ini sesuatu yang pemandu wanita gemar lakukan. Katakan ada acara di malam hari dan anda tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, gunakan masa sebaiknya dengan menyiapkan diri dalam kereta. Setakat bersolek bolehlah. Tetapi kalau salin baju mungkin bahaya. Mana tahu pemandu disebelah mengintai!

Satu lagi, hati-hati ketika bersolek. Solekan mata terutamanya, takut tercucuk mata dengan celak atau maskara.

Balas mesej teman wanita anda

Alang-alang kenderaan tidak bergerak, cuba rajinkan diri menjawab mesej di telefon. Kalau tidak berbalas mesej tersebut, mungkin naik angina teman wanita anda. Ketika memandu bolehlah gunakan alasan tidak boleh bermain telefon atau sukar menaip kerana gunakan telefon pintar ‘touchscreen’. Tatkala kereta sudah berhenti tengah kesesakan, apa lagi alasan anda?

Main permainan telefon pintar

Peminat tegar permainan telefon pintar? Oleh kerana tidak boleh bermain ketika mesyuarat, gunakan masa ini untuk memuaskan kehendak tersebut. Jangan asyik sangat bermain sehingga tidak perasan pula lampu isyarat sudah hijau.

Makan

Lapar juga apabila duduk berjam dalam kereta. Nasihat saya, sebelum meninggalkan pejabat bolehlah bungkus makanan yang mudah dimakan dalam kereta seperti kerepek. Tidaklah rasa lapar sangat nanti.