1 Dec 2013
Metabolisme Dan Pengurangan Berat Badan
Labels:
Kesihatan
Jika anda mencuba untuk meningkatkan tahap metabolisme badan, ia berkemungkinan tidak membawa kepada penurunan berat badan. Melainkan jika anda menukar gaya hidup anda kepada yang lebih sihat. Apa yang paling penting adalah bergantung kepada pengambilan kalori harian dan juga aktiviti fizikal yang anda lakukan.
Obesiti jarang berlaku akibat metabolisme yang terlalu rendah. Yang ada cuma di sebabkan masalah kesihatan yang menyebabkan metabolisme rendah seperti sindrom Cushing dan juga kelenjar tiroid tak begitu aktif. Untuk mengurangkan berat badan, anda perlu memberi lebih tumpuan pada faktor yang anda boleh kawal iaitu kalori dan aktiviti anda.
Kalori anda haruslah di kurangkan di dalam diet anda. Sebelum itu, anda harus tahu berapa kalori yang sebenarnya di perlukan oleh badan anda dan berapa jumlah kalori yang harus anda ambil untuk mendapatkan berat badan yang anda impikan. Semakin anda berusia, semakin sedikit kalori yang di perlukan oleh tubuh anda.
Aktiviti senaman dan fizikal haruslah di perbanyakkan. Senaman mesti kerap di lakukan untuk mengelakkan berat yang turun tersebut kembali naik. Aktiviti aerobik membantu membakar kalori dengan lebih banyak manakala yang lainnya membantu mengekalkan dan membina otot badan.
Metabolisme Dan Pengurangan Berat Badan
2013-12-01T16:48:00+08:00
LOLsubs
Kesihatan|