Kebelakangan ini kelihatan semakin banyak pasangan berpisah dan secara kebetulan pasangan yang memilih untuk bercerai ini miliki perbezaan umur yang sangat ketara.
Rita Rudaini dan Aidil Zafuan yang baru disahkan bercerai misalnya. Rita berusia 37 tahun manakala Aidil baru berusia 26 tahun. Michael Douglas dan bekas isteri Catherine Zeta Jones turut miliki perbezaan umur yang ketara dimana Michael berusia 68 tahun dan Catherine berusia 43 tahun.
Apakah daya tarikan pasangan lebih berusia ini sehingga ramai juga yang memilih mereka? Berdasarkan pengalaman, mereka ini lebih matang, sensitif dan prihatin dengan keperluan pasangan mereka. Tetapi ini sahaja tidak cukup untuk menjamin kebahagiaan sehingga akhir hayat.
Kalau anda masih degil mahukan pasangan berusia, mari kita lihat bersama sebab utama perlu elakkan perbezaan umur ketara dengan pasangan. Carilah yang sebaya atau tidak jauh sangat perbezaan umur.
Tidak berkongsi minat/matlamat sama
Perbezaan umur paling jelas berkaitan soal minat. Anda berminat lakukan aktiviti lasak, pasangan tua pasti lebih berminat aktiviti santai kerana takut cederakan anggota tubuh beliau yang sudah berusia itu.
Sebagai anak muda, anda masih lagi mahu berhibur dengan wang yang dikumpul. Orang tua lain, wang dikumpul difikirkan untuk hari tua( padahal memang dah tua pun).
Masa tidur berbeza
Biasalah darah muda, boleh tidur 3 pagi dan masih segar esok hari. Apabila sudah berusia lanjut, pukul 9 malam dah siap nak tidur. Siapa nak teman anda berhibur kalau suami dah tidur lepas tengok berita jam 8 malam?
Orang tua moody
Semakin tua, ada sahaja perubahan mood ketara. Perubahan mood perkara biasa, perempuan pun alami perubahan mood ketika datang bulan. Tetapi perubahan mood orang tua lain sedikit, mereka jadi bengis dan sensitif. Terasa jugalah apabila mula-mula beliau romantic tetapi kini asyik nak marah-marah.