HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

16 Dec 2013

Kebaikan Minum Teh Hijau Untuk Kurus


Mengurangkan berat badan bukanlah satu perkara yang mudah, tetapi ia juga bukan perkara yang sukar di laksanakan jika anda melakukannya dengan penuh displin. Teh hijau boleh membantu anda mengurangkan berat badan tetapi mesti ada syaratnya. Bukanlah bergantung dengan hanya sentiasa menghirup teh hijau, anda mengharapkan untuk turun berat badan dengan segera, ia juga mestilah disertakan dengan senaman dan pelan pemakanan yang bersesuai dengan pengambilan kalori seharian anda. 

Meningkatkan metabolisme
Teh hijau boleh meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. Ia juga membantu mengurangkan lemak dalam badan. Badan anda juga akan kekal terhidrat dimana ia adalah kunci untuk mengekalkan kadar metabolik yang sihat.

Membantu larian 
Untuk berlari dengan lebih laju dan lebih lama, bancuhlah teh hijau sebelum memulakan aktiviti senaman anda. Anti oksida di dalam teh hijau dapat meningkatkan keberkesanan penggunaan oksigen dalam badan.

Pembakar lemak
Teh hijau juga di kenali sebagai teh kurus. Ia boleh membantu melambatkan proses penambahan berat badan. Ia juga mempercepatkan proses pembakaran lemak semasa anda melakukan sebarang senaman.