HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

Koleksi Gambar Berkaitan Kapal Titanic (11 Gambar)

11 Gambar yang berkaitan dengan kapal Titanic ini mungkin ada yang anda belum pernah saksikan

Semua Jawapan Untuk Guess The Emoji

Untuk memudahkan korang,ni aku nak share SEMUA jawapan untuk games Guess The Emoji,dari level 1 hinggalah level 25.

Tanda-tanda Kiamat Kecil Yang Telah Muncul

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2014 Kakitangan Awam

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah menyiarkan surat pekeliling yang bertujuan memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 untuk kakitangan awam

Wanita lebih kerap bermimpi tentang seks

Tanpa mengira sama ada lelaki menghabiskan lebih banyak waktu untuk berfikir tentang seks, kajian pada tahun 2007 mendapati bahawa lelaki kurang cenderung untuk bermimpi tentang seks berbanding wanita.

Showing posts with label Info Kajian. Show all posts
Showing posts with label Info Kajian. Show all posts

25 Mar 2014

MH370: Siapa Rugi?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke Hadrat ALLAH SWT dan Selawat serta Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAWAW, penghulu sekalian ummat ini. Salam ke atas sekalian Ahli Bait Baginda dan seluruh pewarisnya. Semoga dengannya kita beroleh manfaat. Semoga kita beroleh jawapan atas misteri yang timbul ini.

Syukur saya ucapkan kerana dengan limpah kurnianya, saya dapat menulis sebuah artikel yang panjang lebar menceritakan asal usul tragedi MH370 berlaku. Artikel yang bertajuk "MH370: Suatu Misteri" itu telahpun dibaca melebihi 1 juta orang dalam tempoh yang sangat singkat. Saya sendiri tidak menyangka hal tersebut berlaku.

Untuk itu, saya berasa terpanggil untuk menceritakan satu lagi kisah di mana di dalam artikel kali ini saya akan cuba menghuraikan dengan panjang lebar berkenaan suatu komplot untuk merebut kuasa dan di dalam komplot itu, siapakah yang sebenarnya rugi.

Tanpa membuang masa, ayuh sama-sama kita baca artikel tersebut....


MH370: Siapa Rugi?


*AMARAN !! Artikel ini akan bertentangan dengan laporan media. Artikel ini juga akan bertentangan dengan banyak teori yang telah tersebar. Artikel ini juga akan membuatkan anda tidak percaya kepada saya kerana mengandungi cerita dan teori yang pelik. Anda berhak membaca artikel ini. Anda juga berhak menelitinya dan mengkajinya. Anda juga berhak untuk tidak mempercayainya. Anda juga berhak untuk berfikir, adakah ia benar atau sebaliknya. Saya tidak bertanggungjawab jika anda merasa hampa dengan cerita yang akan saya sampaikan. Tiada apa yang sensasi atau menarik disini.

0.1. Pengakhiran kepada semua ini akan membuatkan anda terpinga-pinga, terperanjat, tidak percaya, berasa aneh dan pelik. Diharapkan jika anda tidak mampu menerimanya, jangan baca artikel ini. Ini hanyalah coretan saya berdasarkan analisis lemah saya. Sekiranya tidak benar, maka maafkanlah saya dan sekiranya terjadi, maka percayalah itu hanya kebetulan.

1. Umum dunia sudah tahu, sebuah pesawat MAS Boeing 777-200 penerbangan MH370 telah pun berlepas dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) menuju ke Beijing pada tengah malam 7 Mac 2014 dan telah didapati hilang dari radar sekitar jam 2.30 pagi waktu tempatan, 8 Mac 2014.

2. Pesawat itu membawa keseluruhan muatan seberat hampir 40 tan (lebih kurang kalau tidak silap) dengan penumpang seramai 239 orang yang mana 2 daripadanya adalah kanak-kanak kecil dan 12 orang daripadanya adalah krew kapal.

3. Pesawat tersebut seharusnya tiba di Beijing pada awal pagi 8 Mac 2014. Namun, ia hilang begitu sahaja dari radar sekitar jam 2.30 pagi waktu tempatan.

4. Maka, bermulalah satu episod misteri lagi ngeri bagi seluruh umat Malaysia secara khususnya dan sebuah episod misteri bagi negara-negara jiran yang terlibat.

5. Mengapa saya katakan ia sebuah episod misteri lagi ngeri??

6. Kerana, ia bakal melibatkan kerugian yang sangat-sangat besar.

7. Umum mengetahui mengenai kehilangan pesawat ini. Namun, sangat sedikit yang sedar, sebenarnya ada banyak lagi faktor atau aspek tentang kehilangan pesawat yang mereka masih belum ketahui sehingga hari ini.

8. Pesawat ini telahpun hilang pada Mac 2014. Setahun sebelum itu, negara kita telahpun diserang pada bulan yang sama. Iaitu Mac 2013, insiden serangan tentera Sulu telah direncanakan ke atas negara kita, beberapa minggu sebelum pilihan raya umum.

9. Bagaikan suatu misteri... Menteri yang mengelola siri serangan Sulu ke atas Sabah dan menteri yang mengelola kehilangan MH370 adalah orang yang sama.

10. Bagaikan suatu misteri... Angkatan keselamatan yang mengelola kes serangan tentera Sulu dan juga angkatan keselamatan yang mengelola kes kehilangan MH370 juga angkatan yang sama.


11. Saya telah menghidu suatu rencana yang amat besar seawal hari pertama pesawat hilang.

12. Kita mulakan dengan lokasi terakhir pesawat dikesan. Lokasi tepatnya berdasarkan laporan media adalah 5*30*54.0*N 103*26*34. E. Selepas itu, pesawat terus lenyap daripada radar dan tiada lagi petunjuk yang timbul. Semuanya hilang begitu sahaja. Boleh rujuk sini dan sini.

13. Saya andaikan sebenarnya pesawat sudahpun tenggelam ketika itu tetapi tidak terhempas.

14. Maka timbul lah pelbagai persoalan mengapa ia tenggelam dan mengapa ia tidak terhempas?

15. Menurut laporan awal - saya yakin laporan ini ramai yang sudah lupa - pesawat telah terputus hubungan dengan radar pada waktu tersebut dan tiada sebarang kontak dengan mana-mana radar dan tiada sebarang sambungan dengan mana-mana satelit ditemui.

16. Ini bererti sistem dalaman pesawat telahpun mati pada ketika itu. Sama ada ia dimatikan dengan sengaja atau ia telahpun meletup, itu saya tidak dapat memberikan jawapannya sekarang. Yang pasti pesawat telahpun meluncur laju dan tenggelam dilokasi terakhir ia berada.

17. Namun saya amat yakin pesawat tersebut sudahpun tenggelam di Laut China Selatan, tidak jauh daripada Vietnam.

18. Jangan persoalkan penumpang mati atau tidak sekarang. Kerana belum masanya kita membahaskan perkara tersebut.

19. Sekarang, kita pergi kepada persoalan lain. Iaitu, persoalan yang amat besar tetapi tidak pernah terfikir pada orang ramai....

20. SIAPA SEBENARNYA YANG RUGI ??

21. Saya katakan jawapannya kepada anda semua, AMERIKA SYARIKAT (US) lah yang SEBENARNYA RUGI !

22. Kenapa boleh jadi begitu?

23. US merupakan sebuah negara kuasa besar sejak era moden. Dialah yang menguasai ekonomi dunia dan dia jugalah yang menguasai hampir keseluruhan inci dalam bumi ini. Bagaikan dialah yang paling kuat dan bagaikan dialah yang sebenarnya paling hebat.

24. Sekitar tahun 60-an (kalau tidak silap) semasa zaman Soekarno di Indonesia, US dengan kerjasama keluarga besar Rotschild telahpun mengambil satu khazanah besar lagi berharga daripada Indonesia untuk dibawa ke US. (Point ini telah diedit daripada tahun 70-an kepada 60-an setelah diingatkan oleh Tn Ahmad Ansor Batubara).

26. Khazanah itu telah dipindahkan daripada satu lokasi ke suatu lokasia baru di US lantas terciptalah sistem perbankan berdasarkan wang fiat.

27. Maka, disitu bermulalah era kekuatan Yahudi dan US memegang ekonomi dunia kerana mereka telahpun menyimpan khazanah besar tersebut. Mereka memajakkan khazanah itu lantas mengeluarkan note dan juga wang kertas berbentuk fiat kepada negara-negara lain.

28. US telah bertindak sebagai pengeluar hutang terbesar ketika itu.

29. Secara tidak langsung, Soekarno telahpun gagal membina impiannya iaitu hendak membina Indonesia Raya yang mana sebenarnya khazanah itu dikeluarkan dari isi bumi Indonesia bagi membangunkan sebuah bentuk negara baru yang bakal menjadi kuasa besar dunia, bernama "Indonesia Raya".

30. Lantas, US dengan cepatnya telah mengapi-apikan sentimen nasionalis dalam diri rakyat Malaysia dan Indonesia.

31. Kita telah dipecahkan kepada dua blok besar. Yang mana ketika sebelum terjadinya peristiwa itu, kita dan orang Indonesia sebenarnya sama serumpun dan bebas keluar masuk sempadan perairan dan sempadan daratan.

32. Semenjak peristiwa itu, maka tercetuslah konfrontasi antara negara kita dan negara mereka.

33. Akibatnya, ramai orang mati dan ramai orang menjadi marah. Rentetan daripada itu, sehingga hari ini amat sukar bagi rakyat Malaysia hendak menerima rakyat Indonesia dan begitu juga rakyat Indonesia sukar menerima rakyat Malaysia kecuali rakyat Indonesia yang datang ke Malaysia berhijrah atau sebaliknya.

34. Menjadi persoalan kecil, daripada mana datangnya khazanah itu? Apakah bentuk khazanah yang disebut-sebutkan itu?

35. Sebenarnya, Indonesia baru sahaja merdeka pada tahun 1947, tetapi tidak lama selepas itu, Indonesia telahpun kaya raya. Amatlah mustahil sebuah negara yang baru merdeka amat pesat membangunkan negara mereka dan secara tiba-tiba, mereka telah mempunyai banyak khazanah berharga.

36. Bagaimana kekayaan itu datang kepada Indonesia, saya rasa tidak perlu diceritakan disini.

37. Yang pasti, selepas berlakunya peristiwa rampasan khazanah tersebut oleh pihak US di Indonesia, maka secara tidak langsung ekonomi Indonesia telahpun jatuh merudum dengan teruk sekali.

38. Natijahnya, sehingga hari ini, ekonomi Indonesia telahpun jatuh dan nilai matawangnya telahpun diturunkan serendah-rendahnya. Indonesia merupakan sebuah negara yang penuh dengan hasil bumi yang mana sepatutnya mereka sudahpun kaya raya pada hari ini tetapi pelik, mengapa nilai matawangnya masih diparas yang sama?

39. Jawapannya pada khazanah yang telah dirampas itu! Selagi sesebuah negara tidak memiliki khazanah tersebut, maka negara tersebut akan jatuh nilai paras ekonominya.

40. Saya bukan pakar ekonomi dan bukan ekonomi sebenarnya yang hendak saya bahaskan.

41. Tetapi, sebenarnya, khazanah berharga itulah juga yang sedang US rompak daripada negara kita !

42. Amat sukar untuk diterima akal, apabila sebuah pesawat Boeing 777 buatan US yang secara tiba-tiba hilang begitu sahaj telah menarik minat lebih 25 buah negara dalam satu misi operasiSearch and Rescue (SAR).

43. Amat sukar diterima akal, apabila misi itu dikatakan tidak ditaja oleh mana-mana negara melainkan kesemua negara itu datang menghulurkan bantuan tanpa meminta apa-apa habuan.

44. Amat sukar diterima akal apabila sebuah pesawat bersaiz besar berukuran sekitar 40 meter panjang itu boleh lenyap terus daripada radar dan satelit yang mengawal perairan dan udara negara kita.

43. Terlebih sukar diterima akal, apabila timbul dakwaan sebuah pesawat bersaiz lebih kurang 40 meter panjang itu boleh berpatah balik dan terbang menuju ke banyak arah.

44. Saya katakan, sebenarnya semua ini hanyalah satu permainan dan konspirasi untuk menutup cerita sebenar !

45. Apa cerita sebenar yang berlaku? Saya tidak dapat merungkaikannya disini kerana bangkai pesawat masihpun belum ditemui.

46. Ayuh, kita berfikir secara waras.

47. Sebuah pesawat telahpun hilang daripada radar pada sekitar jam 2.30 pagi 8 Mac 2014. Misi SAR telah dilancarkan pada siangnya dan serentak dengan itu, beberapa buah negara telahpun mengikuti misi tersebut.

48. Sehari selepas itu, pihak risikan CIA, FBI dan Interpol telahpun turut campur dalam urusan mencari dan menyelamat ini.

49. Sehingga kini, langsung tiada berita disebarkan apa sebenarnya tugas CIA, FBI dan Interpol ini datang dan mengapa mereka bertiga begitu cepat bertindak sedangkan badan risikan lain-lain negara langsung TIDAK dihantar ke mari.

50. Sehari selepas pesawat dilaporkan hilang juga, US telah mengumumkan akan menghantar US N. 7th Fleet dan juga US KIDD mereka ke perairan Laut China Selatan.

51. Malaysia turut mengeluarkan KD Perantau dan beberapa lagi buah kapal yang dilengkapi peralatan mencari dan menyelamat ke perairan Laut China Selatan.

52. Buat pertama kalinya, Laut China Selatan (LCS) menjadi tumpuan banyak negara. Buat pertama kalinya, Malaysia menjadi tumpuan hampir seluruh dunia secara besar-besaran. Buat pertama kalinya, sebuah pesawat milik MAS hilang tanpa khabar.

53. Okay, sebelum saya sambung cerita. Saya ingin tegaskan, selepas ini ada banyak point yang akan mengakibatkan anda tidak dapat mempercayainya dan akan mengakibatkan anda berasa bercelaru selagimana anda tidak mahu mengamalkan apa yang Rasulullah SAWAW telah ajar kepada kita, iaitu membaca 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi dan 10 ayat terakhir Al-Kahfi bagi mengelak fitnah akhir zaman.

54. Sebelum saya sambung, saya tegaskan bahawa peristiwa MH370 ini TIDAK ADA kaitan dengan Freemason, Illuminati, Pitbull, movie Transformers, movie Non-Stop atau apa sahaja teori konspirasi yang merepek. Teori konspirasi yang sebenar, jauh lebih besar daripada apa yang anda bayangkan!

55. Saya sambung artikel saya. Ketika kesemua 9 buah negara dan kelengkapan SAR mereka berkumpul di LCS itulah, pihak kerajaan kita telah menghubungi banyak negara untuk turut serta menghantar bantuan dalam misi SAR ini.

56. Ketika itu jugalah, pihak US melalui ejen risikan mereka telah menghidu ada sesuatu yang amat berharga di dalam pesawat MH370.

57. Ketika itu jugalah, pihak US melalui ejen risikan mereka, telahpun mengeluarkan satu bentuk arahan secara tidak langsung kepada pihak berkuasa kita. Ya, kepada pihak berkuasa kita bukan kepada Dato Seri Najib.

58. Arahan itu berbentuk samar-samar.

59. Pihak US telahpun mengeluarkan satu bentuk mid spin terhadap dunia, bahawa sebenarnya pesawat MH370 telah berpatah balik.

60. Pihak US telahpun menghidu, akan ada lebih ramai pasukan SAR yang tiba daripada banyak negara dan sudah pasti, akan ada salah satu daripada mana-mana pihak yang datang itu akan menemui pesawat. Tidak kira sama ada pesawat terhempas ataupun tidak.

61. Maka, ketika itulah media antarabangsa melalui lidah utama mereka, CNN, BBC dan lain-lain telah mengapi-apikan bahawa pesawat sebenarnya telahpun berpatah balik dan terbang menuju ke arah Lautan Andaman.

62. Sebenarnya, jika kita tidak mengikut apa yang dihebahkan media luar, kita tidak seharusnya mempercayai kata-kata mereka. Sebenarnya, pesawat masih ada di dalam perairan berdekatan negara kita. Paling jauh pesawat hanya akan berada di sekitar Vietnam, kepulauan Parcel atau Spratley sahaja.

63. Ketika itulah, pihak berkuasa kita bagaikan hilang arah. Dihentak oleh media luar untuk menyatakan, YA atau TIDAK pesawat berpatah balik.

64. Pada hari ke-5, ketika itulah, ketua TUDM yang membuat press conference telahpun mengumumkan bahawa MH370 TIDAK BERPATAH BALIK namun menurutnya ada kemungkinan pesawat berpatah balik dan mereka tidak pasti adakah ianya MH370 atau bukan. Jika saya silap info ini tolong betulkan.

65. Entah bagaimana, pada hari ke-8 (jika saya tidak silap) tiba-tiba Dato Seri Najib Tun Razak (DSN) telah muncul dalam press conference pada petang tersebut dan menyatakan pesawat telahpun berpatah balik serta ada kemungkinan-kemungkinan ia dihijack.

66. Suatu yang sangat aneh dan menyulitkan bagi akal manusia biasa berfikir.

67. Saya amat yakin, apa yang DSN beritahu itu sebenarnya adalah satu jawapan terbesar kepada dunia, bahawa pesawat masih berada di sekitar Laut China Selatan !!!!!

68. Mengapa saya katakan begitu? Seorang Perdana Menteri hanya akan membuat kenyataan terhadap sesuatu isu sekiranya berlaku perkara yang amat besar atau telah ada satu keputusan yang pasti lagi muktamad dalam hala tuju negara.

69. Kini, hala tuju negara kita telahpun diarahkan sejajar dengan apa yang pihak US mahukan.

70. Perasan atau tidak, semenjak tarikh pengumuman yang dibuat oleh DSN tersebut, sudah tidak kedengaran lagi berita CIA, FBI waima Interpol mahu mencari kehilangan MH370. Sebaliknya kita hanya terdengar satu atau dua berita sahaja yang mana pihak kita melalui kenyataan Hishamuddin telah menolak CIA, FBI dan Interpol untuk mengambil alih kes ini.

71. Sejak daripada itu jugalah, pihak berkuasa kita sedang pening kepala hendak mengeluarkan berita sebenar kepada pihak media. Ketika itu jugalah, pelbagai teori sengaja dikeluarkan ke media sosial dan juga media semasa

72. Antaranya peterlibatan pesawat AWACS (singkatan bagi pesawat perang anti radar milik US) dalam 'mengghaibkan' MH370. Pesawat dirampas oleh orang Iran. Pesawat sudah mendarat di Khazastan. Pesawat sudah mendarat di Russia. Pesawat sudah mendarat di Mongolia kerana dihijack orang Mongol yang ingin balas dendam kepada Malaysia atas kematian Altantuya. Pesawat mendarat di Diego Garcia. Pesawat terhempas di Pulau Perak. Pesawat mendarat di Andaman. Kehilangan pesawat didalangi oleh Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Najib. Pilot ada masalah mental dan ingin bunuh diri. Dan macam-macam lagi teori yang bagi saya, sengaja diada-adakan bertujuan melengahkan masa dan mencipta diversion dalam kepercayaan orang ramai.

73. Hakikatnya, Pesawat Boeing 777-200 penerbangan MH370 masih lagi berada di Laut China Selatan. Ia sudahpun tenggelam, tidak kira apa cara anda menterjemahkan perkataan 'tenggelam' itu baik maksudnya benar-benar tenggelam atau dighaibkan ke alam ghaib ataupun ia telah mendarat di mana-mana pulau namun tidak diberitahu kepada umum. Yang pasti ia tetap berada di Laut China Selatan.

74. Sekarang, kita berbalik kepada persoalan utama artikel ini ditulis. Siapa yang rugi?

75. Mengapa pesawat dihebohkan telah berpatah balik? Kerana, ia bertujuan untuk mengalih perhatian dunia daripada Laut China Selatan dan juga bertujuan mengalih perhatian seluruh negara yang terlibat dalam SAR daripada terus berada di perairan LCS.

76. Setelah hari kelapan, maka sedikit demi sedikit SAR dipindahkan ke perairan Selat Melaka, Lautan Andaman dan juga Lautan Hindi atau Bay of Bengal.

77. Ketika inilah, ramai yang tidak perasan. Hanya tinggal 4 buah negara sahaja yang BELUM mengalihkan kesemua kapal mereka yang ada daripada perairan LCS. Keempat-empat buah negara itu adalah, China, Vietnam, Malaysia dan juga US.

78. MEGAPA INI BERLAKU??

79. Telah terjadi satu perebutan kuasa untuk merebut MH370. Siapa yang menang dia bakal memperoleh habuan yang sangat besar.

80. Apa habuannya? Habuannya adalah isi pesawat tersebut yang mana merupakan sebuah khazanah yang boleh mengkayakan sesebuah negara sekaligus menjadikan negara yang mempunyai khazanah tersebut menjadi sebuah negara yang berkuasa di dunia. Khazanah yang sama dengan khazanah yang telah dirampas oleh US daripada Indonesia.

*PERINGATAN! Jangan tanya saya apakah 'khazanah' yang dimaksudkan tersebut. Anggaplah ia sebagai sebahagian daripada rahsia negara. Seandainya ia terdedah, maka keselamatan negara boleh terancam.

81. US mahukan khazanah tersebut bagi meneruskan kelangsungan kekuasaannya yang sudah hampir malap. China pula mahukan khazanah itu kerana ia memerlukannya bagi menambahkan lagi kekuatannya di dunia ini sekaligus mampu memindahkan kuasa ekonomi daripada US ke China. Vietnam pula secara tidak sengaja mahu mengambil kapal tersebut kerana dia telah terjumpa lokasi pesawat pada hari kehilangan pesawat lagi, sementelah Vietnam juga sebenarnya sebuah negara proksi US (rujuk laporan berita berkenaan nelayan vietnam).

82. Malaysia? Kenapa Malaysia pun turut serta dalam perebutan itu? Kerana, sebenarnya khazanah itu datang daripada MALAYSIA !

83. Jadi, apabila kita berbalik kepada persoalan asal, siapa sebenarnya yang sedang rugi sekarang ini???

84. Jawapannya, kesemua negara yang turut serta dalam misi SAR akan rugi. Pihak yang mendanai misi SAR tersebut juga akan rugi sekiranya mereka tidak dapat khazanah tersebut.

85. Jadi, bagi menjayakan misi US untuk merampas khazanah tersebut daripada jatuh ke tangan China, maka segala bentuk konspirasi, segala bentuk rancangan dan plan harus digerakkan dengan segera bagi mendapatkan pesawat tersebut.

86. Terkini, ketika artikel ini ditulis, US telahpun membuat pengumuman untuk menarik diri daripada menyertai misi SAR di LCS dan hanya akan menghantar US Poseidon dan US P-8 yang mana kedua-dua nama ini adalah merujuk kepada pesawat terbang bukannya kapal laut seperti US 7th Fleet atau US Kidd.

87. Terkini, ketika artikel ini ditulis juga, pihak Singapura telah menghantar satu, sebuah, kapal laut yang mana sermbong kapalnya berwarna merah. Saya tidak pasti adakah kapal selam pihak Singapura masih berada di perairan LCS atau tidak.

88. Mengapa US menarik diri dan mengapa US menghantar Singapura ke LCS?? Kenapa US tidak mahu suruh Singapura hantar kapal tersebut bersama kapal selamnya ke koridor selatan pencarian MH370??

89. Kerana, US tidak mahu pergerakannya diketahui oleh ramai orang dan dia mahukan khazanah tersebut dapat ke tangannya melalui proksinya.

90. Sekarang, kita masuk kepada persoalan, mengapa pesawat masih belum ditemui??

91. Pesawat masih belum ditemui kerana pesawat MH370 memang tidak terbang ke koridor utara waima koridor selatan. Kerana itulah sehingga kini hari ke-12, misi SAR masih belum menemui jawapan.

92. Kenapa pencarian di LCS masih belum menemui jawapan? Kerana, pihak DSN masih lagi berunding dengan seseorang.

93. Rundingan saya tidak pasti bila akan tamat. Apa yang saya pasti, jawapan boleh diperoleh pada 21 atau 24 haribulan ini. InsyaALLAH jika diperpanjangkan usia, saya akan menulis artikel seterusnya pada salah satu tarikh tersebut. Jika pesawat ditemui lebih awal, saya akan tulis lebih awal, begitu juga jika pesawat ditemui lewat, saya akan tulis lewat.

94. Apa sahaja jawapan kepada rundingan tersebut, saya serahkan kepada pengumuman pihak DSN sekiranya dia membuat press conference kelak. Bilakah dan dimanakah dia akan buat press conference tersebut, itu bukan persoalan yang harus saya jawab. Kita hanya perlu tunggu dan nantikan disamping berdoa agar semua penumpang selamat dan khazanah itu tidak jatuh ke tangan US.

95. Saya berikan sedikit jawapan, mengapa tiada radar, satelit, scanner atau apa sahaja bentuk kecanggihan yang ada tidak menemui lokasi tepat MH370?

96. Kerana, sebenarnya pesawat itu sudahpun memasuki dimensi lain dalam alam ini. Pesawat disembunyikan oleh orang yang bertanggungjawab bagi mengelakkan khazanah tersebut jatuh ke tangan orang yang tidak sepatutnya.

97. Selain itu, saya juga yakin dan percaya, mengapa semua ini berlaku sebenarnya adalah satu bentuk kekuasaan ALLAH SWT bagi menunjukkan betapa besar dan hebatnya perancanganNYA mengatasi segala perancangan manusia.

98. Sebenarnya, di dalam pesawat tersebut ada ramai orang China dan ada antara mereka warganegara US dan Australia.

99. Di dalamnya juga terdapat beberapa orang yang sudah bersedia untuk merampas khazanah tersebut namun, rampasan yang cuba dibuat itu telah gagal.

100. Kerana itulah, Kapten Zaharie telah dipanggil bertugas pada hari tersebut kerana dialah satu-satunya pilot yang sangat berpengalaman dalam MAS.

101. Kapten Zaharie sebenarnya adalah seorang yang sangat baik dan dia telah banyak berjasa kepada negara ini. Tidak kira dia mati atau tidak, kita harus menghargainya sebagai seorang yang berjasa tinggi kerana telah cuba melawan rampasan pesawat yang cuba dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

102. Bukan kerana Kapten Zaharie mempunyai peralatan simulator dirumahnya menyebabkan dia dituduh sebagai perampas atau mahu bunuh diri atau bersekongkol dengan mana-mana gerakan untuk melenyapkan pesawat.

103. Terus terang saya katakan, isu MH370 LANGSUNG tiada kaitan dengan Anwar Ibrahim yang dihukum penjara. Isu ini juga tiada kaitan dengan keahlian PKR Kapten Zaharie.

104. Isu MH370 juga TIADA kaitan dengan hijack bertuntutan atau meminta ransom.

105. Isu MH370 ini juga TIADA kaitan dengan Al-Qaeda dan Iran. Isu ini bukan isu pengganas. Isu ini bukan isu untuk menuding siapa salah siapa benar. Ini adalah isu global.

106. Benar kata-kata Hishamuddin ketika press conference pada hari ke-11, isu ini adalah satu isu yang lebih besar daripada isu politik dalam negara.

107. Percayalah, isu Iran - Syiah, isu Al-Qaeda, isu kapten ahli PKR, isu Anwar Ibrahim dan lain-lain isu yang sudah saya nyatakan, semua itu sebenarnya hanyalah satu diversion dan juga satu bentuk persediaan US untuk mencipta skrip baru andai PLAN B mereka gagal.

108. Tunggulah sehingga rundingan selesai barulah pesawat dilepaskan. Bagaimana pesawat dilepaskan, saya tidak dapat jawapannya kerana saya tiada di meja rundingan. Hanya orang-orang kenamaan sahaja yang layak berada disitu.

109. Bagaimana saya menerima segala maklumat ini? Itu tidak perlu dipersoalkan. Kerana saya telahpun mengamalkan 10 ayat pertama surah Al-Kahfi dan juga 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi.

110. Tetapi, saya juga tidak menafikan sekiranya secara tiba-tiba pesawat MH370 dikatakan telah ditemui di koridor selatan di sekitar kawasan Andaman atau Diego Garcia.

111. Maka, sekiranya perkara itu berlaku, saya jawab awal-awal, itu hanyalah salah satu daripada PLAN dan juga RANCANGAN US untuk mengkaburi mata dunia daripada pesawat MH370 yang sebenar yang masih berada di LCS.

112. Sekiranya pesawat ditemui, tak kira di LCS atau di Andaman, tiba-tiba ada skrip dan drama mengatakan bahawa pesawat telah dihijack oleh pengganas tak kira pengganas Al-Qaeda atau syiah Iran, maka saya tolak cerita ini awal-awal kerana ia tidak lain tidak bukan sebagai salah satu plan dan juga rancangan US untuk "menyelam sambil minum air". Dia sudah dapat khazanah lagi mahu serang orang. Dasar tak sedar diri....!

113. Seandainya berlaku cerita mengenai pengganas, maka saya nafikan awal-awal bahawa Iran BUKAN sebuah hab pengganas. Tetapi jika negara kita dituduh sebagia hab pengganas, terimalah hakikat bahawa Malaysia memang sebuah hab pengganas sejak zaman Tun Dr Mahatir lagi !

114. Bukti? Lihat sahaja Nordin Mat Top, Al-Maunah dan juga Dr Azahari. Kesemua nama-namatop wanted ini adalah berwarganegara Malaysia. Tidak perlu bercerita mengenai perjuangan mereka, kerana sekarang bukan masanya. Tetapi telah terbukti, sebenarnya Malaysia sedang dalam jerat US dan kita menunggu masa untuk dikambinghitamkan.

115. Kerana itulah pihak kerajaan telahpun bersiap sedia dengan apa jua kemungkinan bagi mengelak US mengkambinghitamkan negara kita sebagai hab pengganas lantas dihalalkan untuk diserang. Tetapi saya TIDAK MENOLAK antara yang menjadi punca pesawat MH370 terjunam adalah berlakunya pergaduhan atau pertengkaran di dalam pesawat, atau mungkin berlakunya letupan (kecil atau besar) di dalam pesawat yang mana letupan MUNGKIN berpunca daripada kotak kasut atau bom yang diletakkan di kasut.

116. Kerana itu jugalah timbul ura-ura mengatakan MH370 hilang dek kerana penangan Anwar Ibrahim dan Kapten Zaharie telah berkomplot. Ini sebenarnya hanyalah persediaan untuk pengkambinghitaman bagi mengelak pengkambinghitaman yang lebih besar dan merbahaya.

117. Jika saya salah dalam susunan kambinghitam ini, saya memohon seribu satu kemaafan daripada semua yang telah saya seret dalam kenyataan saya. Boleh jadi ia benar boleh jadi ia salah. Yang pasti, kerajaan kita tidak akan sama sekali sewenang-wenangnya membiarkan kedaulatan kita diceroboh walau seinci.

118. Sama ada US, China, Vietnam, Singapura atau Malaysia yang menjadi juara menemui MH370, ayuh sama-sama kita nantikan. Berdoalah agar negara kita yang pertama sekali menjumpainya dan berdoalah agar tidak ada apa-apa yang buruk berlaku terhadap negara kita selepas insiden kehilangan MH370 ini. Berkenaan khazanah itu pula, tolong jangan tanya saya bagaimana khazanah boleh ada di atas pesawat dan tolong jangan tanya saya siapa dalang bawa khazanah, kemana nak bawa khazanah dan lain-lain persoalan berkaitan kerana pesawat pun masih belum dijumpai.

119. Kerana saya yakin, pihak US tidak akan patah semangat untuk mengusik kita di negara ini jika mereka gagal mendapatkan MH370 dan khazanah di dalamnya. Saya juga yakin pihak China akan marah terhadap kita jika MH370 jatuh ke tangan US. Saya juga yakin, negara kita akan benar-benar tersepit jika MH370 jatuh ketangan yang tidak sepatutnya. Saya juga yakin, kepimpinan Dato Seri Najib sedang berada dihujung tanduk.

120. Sesudah itu, ayuhlah sama-sama kita meneruskan doa kita agar kita beroleh yang terbaik untuk kes MH370 ini. Mati atau tidak bukan lagi persoalan, tetapi persoalannya adalah masa depan negara dan masa depan kita semua. Selamatkah anak cucu kita nanti? Selamatkah kita semua nanti? Masih ada masa dan peluangkah untuk kita bertaubat???????

121. Sekali lagi buat kesekian kalinya, saya menyeru kepada anda semua agar anda kembalilah mengamalkan apa yang telah Rasulullah SAWAW ajarkan kepada kita bilamana dihadapan kita ada fitnah yang besar. Amalkanlah membaca 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi dan 10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi serta amalkanlah membaca doa menghindar dari fitnah dajjal pada setiap kali solat 5 waktu.

122. Sekarang, saya telahpun sampai kepada persoalan terakhir.... Siapakah yang rugi setelah membaca artikel ini???

123. Anda sendiri yang tentukan !

Syukur alhamdulillah, dengan limpah kurnianya telah juga selesai artikel yang panjang lebar ini. Segala puja dan puji hanya untukNYA. Selawat dan Salam ke atas Baginda Rasulullah SAWAW dan dilimpahkan ke atas sekalian Ahli Baitnya. Semoga dengan berkat Ahli Bait yang masih ada di bumi bertuah Malaysia ini masih lagi dapat menjaga keamanan serta kemakmuran buat kita semua. InsyaALLAH, 21 Mac 2014, ayuh sama-sama kita ke Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya bagi mengikuti satu majlis zikir yang berkah lagi aula untuk kita duduki. Semoga dengan berkat pada hari tersebut, jawapan dan pengakhiran kepada semua episod misteri lagi duka MH370 ini akan berpenghujung dengan baik. Amiin....

Artikel saya telah tamat. JANGAN percaya apa yang saya tuliskan kerana ini hanyalah tulisan saya semata-mata. Saya tidak menyertakan apa-apa link rujukan bagi artikel ini, mohon maaf saya pinta. Sekiranya kalian dapati artikel ini tidak benar, maka ketahuilah saya telah silap dalam menganalisa data yang saya perolehi. Sekiranya kalian dapati artikel yang saya tulis ini benar, maka ketahuilah itu hanyalah kebetulan sahaja.

Untuk pengetahuan semua, sebahagian daripada isi artikel ini telahpun saya kongsikan dan bincangkan bersama seorang blogger terkenal di negara kita, tak lain tak bukan abang Shah Paskal daripada blog MilitaryofMalaysia. Saya telah duduk semeja dengannya dan beberapa orang lagi bermesyuarat untuk mencari dan meneliti setiap teori yang dikemukakan oleh banyak pihak, lantas kami telah bersetuju dan bersepakat untuk menolak beberapa buah teori yang tersebar sama seperti yang telah saya tuliskan di atas sana.

Untuk makluman juga, ini adalah artikel terakhir saya berkenaan MH370 di blog ini sebelum pesawat ditemui. Saya hanya akan menyambung penulisan saya berkenaan MH370 di blog ini setelah pesawat ditemui atau pada 21 atau 24 Mac 2014 yang mana saya yakin akan ada klu baru pada tarikh tersebut. Sekiranya klu baru atau pesawat ditemui awal, saya akan nukilkan artikel lebih awal dan sekiranya ia lewat, artikel juga lewat. InsyaALLAH semoga saya dan bro Shah Paskal dipanjangkan umur dan dilapangkan waktu untuk terus membongkar setiap kebenaran yang ada disebalik setiap perkara yang berlaku.

Terima kasih kepada semua yang sudi membaca dan jutaan terima kasih tak terhingga kepada semua yang terus sabar menanti artikel baru daripada saya. Saya tidak minta untuk jadi terkenal. Saya tidak minta untuk artikel saya dibaca ramai orang. Apa yang saya minta, jika artikel ini telah membuka minda anda dan membuatkan anda terpanggil untuk kembali ke jalan yang benar atau sekurang-kurangnya anda mendapat manfaat dan ilmu baru disini, maka kongsikanlah artikel ini kepada siapa sahaja yang anda kenali.



Nota Kaki.

SAWAW = SallALLAHu Alaihi Wa Aalihi Wasallam.
CIA = Central Inteligence Agency
FBI = Federal Bureau of Investigation
Interpol = International Police
MAS = Malaysian Airlines
PKR = Parti Keadilan Rakyat
LCS = Laut China Selatan
US = United States of America
TUDM = Tentera Udara Diraja Malaysia


*PERINGATAN! Jangan tanya saya apakah 'khazanah' yang dimaksudkan tersebut. Anggaplah ia sebagai sebahagian daripada rahsia negara. Seandainya ia terdedah, maka keselamatan negara boleh terancam.


Sekian sahaja dahulu.

WassallALLAHu Ala Sayyidina Muhammad, wa 'ala Aali Sayyidina Muhammad. Walhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin.

Wassalam.

-bradokapak-
Pengkaji Ilmu Akhir Zaman.
Freelance Internet Marketer.
4:49 AM, 19 Mac 2014.

25 Jan 2014

Bahaya Meniup Dan Makan Makanan Panas Dari Segi Sains


Makanan dan minuman yang panas tersebut mengeluarkan wap air iaitu H2O.Apabila kita meniupnya, kita memberikan gas kumuhan kita yang mengandungi karbon dioksida iaitu C02.

Wap air tersebut apabila bercampur dengan gas karbon dioksida akan bertindak balas dan menghasilkan asid karbonik yang bersifat berasid.

H2O + CO2 -> H2CO3

Di dalam darah kita pula terdapat H2CO3 yang berguna untuk mengatur pH di dalam darah. Darah adalah Buffer (larutan yang dapat mengekalkan pH) supaya berkeadaan asid lemah berupa H2CO3 dalam bentuk HCO3- sehingga darah memiliki pH antara 7.35 – 7.45 dengan reaksi sebagai berikut:

CO2 + H20 <= H2CO3 => HCO3- + H+

Tubuh menggunakan penyangga pH (buffer) dalam darah sebagai pelindung terhadap perubahan yang terjadi secara tiba-tiba dalam pH darah. 

Apabila terdapat perubahan boleh menyebabkan keseimbangan pH darah tidak dapat dikekalkan dalam keadaan normal sama ada bersifat lebih berasid atau beralkali dan keadaan ini akan menggangu sistem tubuh kita.

Apa yang berlaku setelah kita makan atau minum makanan tersebut akan menambahkan keasidan darah kita dan menyebabkan suatu keadaan di mana darah kita akan menjadi lebih berasid (pH akan menurun).

Seiring dengan menurunnya pH darah, pernafasan menjadi lebih cepat sebagai usaha tubuh untuk menstabilkan keasidan darah pada tahap normal dengan cara menurunkan jumlah karbon dioksida.

Ginjal juga berusaha mengatasi masalah tersebut dengan cara mengeluarkan lebih banyak asid melalui urin.

Tetapi kedua-dua mekanisme tersebut tidak akan berguna jika tubuh terus menerus menghasilkan terlalu banyak asid.

KESAN JANGKA PANJANG: 

Akan menyebabkan lelah, rasa mengantuk, mual dan mengalami masalah pemikiran disebabkan sistem badan tidak dapat berfungsi dengan teratur. Sehingga boleh menyebabkan penyakit tekanan darah rendah, strok, malahan boleh menyebabkan koma dan kematian.

Selain daripada itu, kita juga tahu bahawa udara hembusan kita juga mempunyai bakteria yang boleh menyebabkan penyakit kepada manusia.

Oleh itu, cubalah sedaya upaya elakkan diri daripada meniup makanan yang panas. Dalam Islam sendiri tidak digalakkan meniup makanan dan tidak digalakkan memakan makanan yang panas.


22 Dec 2013

Pelik! Cara Ikan Lumba-lumba Meluahkan Cinta


Manusia menyatakan cinta dengan bunga serta ritual khusus menjelang perkahwinan . Berbeza pula dengan ikan lumba - lumba .

Siri dokumentari BBC tentang kehidupan lumba - lumba mendedahkan bahawa mamalia laut itu juga makhluk yang romantis .

Bila manusia lelaki memberi bunga , lumba - lumba jantan diketahui memberi karangan rumput laut kepada betina yang dicintainya .
Lumba-lumba meluahkan cinta dengan rangkaian rumput laut. Ritual memberikan rumput laut sekaligus merupakan bahagian dari "proses kahwin" mereka.

Aksi memberikan karangan rumput laut adalah bahagian awal dari proses perkahwinan panjang lumba - lumba .

Awalnya , lumba - lumba jantan akan berenang jauh di lautan khusus untuk mencari karangan rumput laut terbaik .

Setelah mendapatkannya , lumba - lumba jantan akan memakainya untuk mempamerkan kecekapannya , bermain karangan rumput laut di antara ekor , sirip , dan hidungnya .

" Bila betina suka , maka ia akan menerima rumput laut itu , memainkannya dengan menggoda , " kata Rob Pilley , produser siaran BBC , seperti di nyatakan Daily Mail , Isnin ( 9/12/2013 ) .

Selesai tarikan dengan rumput laut , lumba - lumba memulakan proses kawin . Jantan dan betina akan menggesekkan sirip satu sama lain , mengelilingi satu sama lain .

Pemanasan dalam seks ini boleh berlangsung selama lebih dari satu jam . Selepas , baru adegan teras bermula .

Percintaan lumba - lumba memang sangat romantis . Sayangnya , " cinta " tak berlangsung lama . Selesai bercinta , usai sudahlah cinta .

Lumba - lumba betina bukanlah jenis yang setia pada satu pasangan . Kala musim kawin , lumba - lumba betina boleh bercinta dengan beberapa jantan dalam sehari .

" Ketika seks terjadi , itu mirip seperti berjabat tangan , dan selepas pasangan akan pergi berasingan , " ungkap Pilley .

Pengetahuan tentang ritual kawin lumba - lumba ini diperoleh dengan pemerhatian memakai peranti perakam berbentuk tuna , penyu , dan kerang , yang diletakkan di lepas pantai Mozambique .

Pemerhatian tak cuma menguak romantisme perkahwinan lumba - lumba , tetapi juga tingkah laku lain seperti betapa perhatian ibu lumba - lumba , persahabatan antar lumba - lumba , dan lain-lain .

Begitu bayi lahir , induk lumba - lumba akan membawa beliau ke permukaan air untuk menghirup oksigen serta menggesekkan siripnya pada bayi sebagai ungkapan kasih sayang , layaknya pelukan pada manusia .

Sementara , lumba - lumba jantan juga bersahabat dalam waktu lama . Mereka biasa mencari pasangan bersama , menghabiskan masa untuk bersenang - senang bersama , dan saling menjaga .

Tayangan tentang kehidupan lumba - lumba akan disiarkan pada 2 Januari 2014 akan datang di BBC .


13 Dec 2013

3 Kelebihan Untuk Lelaki Yang Menyimpan Janggut


3 Kelebihan Untuk Lelaki Yang Menyimpan Janggut

Lelaki berjanggut lebih kacak
Bukan saya yang cakap, malah pakar sains yang cakap. Menurut sebuah kajian, Evolusi dan Perangai Manusia, wanita rasakan lelaki berjanggut jauh lebih kacak berbanding lelaki berwajah bersih.

Ada juga benarnya. Lelaki kacak pada pendapat kami (George Clooney, David Beckham, Khairy Jamaluddin) semuanya berjanggut.

Lelaki berjanggut lebih sihat
Siapa boleh persoalkan penemuan sains? Bukan sahaja lebih kacak, malah lelaki berjanggut juga jauh lebih sihat. Menurut kajian University of Southern Queensland, lelaki berjanggut dilindungi daripada sinar UV, melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko barah kulit. Hm, mungkin ini sebab mengapa bapa saya tiada kedutan di wajah beliau.


Lelaki berjanggut nampak lebih macho
Anda nak ke berpacaran dengan lelaki yang macam perempuan?

Dengan itu, sokonglah usaha kaum lelaki. Biarkan mereka simpan janggut. :-)


11 Dec 2013

Orang Kuat Tidur Lagi Pandai?


Antara cara terbaik untuk segarkan minda setelah ulangkaji pelajaran ataupun menghadap timbunan kerja adalah tidur. Bukanlah tidur mati, tetapi lebih kepada tidur sementara, sebaiknya untuk beberapa minit bagi menyegarkan fikiran.

Jadi persoalan kali ini adalah, berapa lama anda sepatutnya tidur?

Menurut pakar, tidur selama 10-20 minit cukup untuk menyegarkan anda. Ini pun mudah dilakukan ketika rehat makan tengah hari di pejabat. Kalau tidur lama sangat nanti pasti bos bunuh anda!

Namun jika anda merancang untuk tidur di pejabat (bagi segarkan minda), dinasihatkan agar tidur secara duduk tegak agar dapat elak terus tidur mati.

Tidur selama 60 minit terbukti lebih bagus untuk pemprosesan mimpi kognitif. Ini bantu anda ingat fakta, tempat dan wajah. Satu sahaja masalahnya, mesti rasa mamai sedikit setelah bangun tidur.

Nak tingkatkan kreativiti? Tidur selama 90 minit merupakan penyelesaiannnya. Bukan kreativiti sahaja, malah tidur selama 90 minit bantu ingatan prosedur (contohnya ketika belajar menunggang basikal) dan emosi.


3 Dec 2013

Tablet boleh cacatkan kanak-kanak!


Dengan perkembangan teknologi semakin pesat, permainan utama kanak-kanak bukan lagi sekadar anak patung, malah lebih kepada permainan dalam bentuk tablet dan iPad. Tidak mahu diganggu anak semasa sedang sibuk bekerja atau sedang memandu? Mudah sahaja, hulurkan iPad atau tablet dan biarkan anak bermain beberapa jam sehingga bateri habis.

Malangnya, menurut sebuah kajian kesihatan dari Amerika Syarikat menunjukkan bahawa penggunaan iPad atau tablet untuk jangka masa panjang oleh kanak-kanak  boleh melemahkan otot jari dan tangan kanak-kanak yang diperlukan untuk menulis.

Disamping itu, disarankan agar kanak-kanak dihadkan penggunaan iPad atau tablet tidak lebih daripada dua jam sehari. Bagi kanak-kanak dibawah umur dua tahun pula lebih baik dilatih tidak menggunakan iPad atau tablet langsung.

29 Nov 2013

8 Sebab Mengapa Anda Gugur


Keguguran di awal kehamilan adalah sesuatu yang kerap terjadi di kalangan wanita dan ramai pakar perubatan berpendapat bahawa keguguran adalah sebahagian dari proses pembiakan wanita yang normal. Kajian telah menunjukkan ramai di kalangan wanita yang tidak mengetahui mereka sebenarnya keguguran kerana ia terjadi terlalu awal. Kajian menunjukan 70% dari telur yang berjaya disenyawakan, gugur di awal kehamilan pada saat ujian air kencing masih belum positif.

Apabila saat ujian air kencing sudah positif, 1 dalam 5 kehamilan ini pula akan mengalami keguguran.

Walau bagaimanapun, keguguran pada mana-mana peringkat kehamilan boleh memberikan tamparan yang hebat terhadap anda lebih-lebih lagi apabila anda sudah mencuba sekian lama untuk hamil. Ramai yang tertanya-tanya mengapa ia terjadi dan tidak kurang juga yang cuba menyalahkan diri sendiri. Jesteru itu, amat penting untuk anda memahami bahawa, kebanyakkan dari sebab keguguran tidak dapat anda elakkan dan ia terjadi dengan sendiri.

Walaupun 10-20% keguguran tidak diketahui punca dan sebabnya, berikut adalah 8 sebab yang kerap dikaitkan dengan keguguran.

1. Kromosom yang tidak normal
Mengikut kajian perubatan, 60% daripada penyebab keguguran adalah disebabkan oleh kromosom yang tidak normal. Kromosom adalah struktur kecil di dalam sel yang membawa unsur-unsur genetik, dengan total 23 pasang, satu set dari ibu dan satu set dari bapa.

Kadang-kadang, apabila telur dan sperma bertemu, salah satu dari kromosom menjadi rosak dan embrio yang terhasil mempunyai kromosom yang tidak normal yang akan mengakibatkan keguguran.

Dalam kes yang sangat jarang, pasangan didapati mempunyai kecacatan pada kromosom mereka tetapi ketidaknormalan ini yang tidak memberi sebarang kesan negatif kepada diri mereka sendiri, tetapi boleh menyebabkan keguguran berulang sekiranya kehamilan berlaku.

Apa yang boleh anda lakukan
Jika anda mengalami keguguran pertama kali, jangan terlalu risau. Kemungkinan untuk anda hamil lagi dan melahirkan anak yang sihat adalah tinggi. Walau bagaimanapun, jika kehamilan kedua juga mengalami keguguran lagi, anda mungkin ingin mempertimbangkan samada tisu janin anda dihantar ke makmal untuk ujian kromosom. Sekiranya keputusan didapati normal, ujian-ujian yang lebih terperinci mungkin akan disarankan. Bagi mereka yang mengalami kromosom tidak normal, rujukan kepada pakar genetik mungkin akan disarankan.

2. Kecacatan pada sistem peranakan
Jika anda dilahirkan dengan rahim yang tidak normal, keguguran senang berlaku kerana embrio yang tersenyawa gagal tertanam dengan sempurna dan keguguran akan berlaku. Mengikut kajian perubatan, kecacatan pada rahim seperti Bicornuate Uterus atau Uterine Septum menjadi penyebab kepada 10 peratus daripada keseluruhan keguguran. Pangkal rahim yang longgar yang dipanggil "cervical incompetence" juga boleh membawa kepada keguguran dan ia kerap terjadi pada awal trimester ke dua disebabkan oleh janin yang semakin membesar meninggikan tekanan dalam rahim menyebabkan pangkal rahim terbuka dan janin akan gugur dengan senang.

Apa yang boleh anda lakukan
Anda mungkin akan disarankan menjalani ujian Hysteroscopi atau Laparoscopi untuk diagnosa yang tepat samada anda mengalami ketidaknormalan pada rahim. Sekiranya diagnosa sudah dipastikan dengan tepat, pembedahan yang sesuai mungkin akan disarankan. Sekiranya berlaku pangkal rahim yang longgar doktor mungkin akan mengesorkan pembedahan ikat pangkal rahim atau dipanggil cervical cerclage.

3. Masalah ketumbuhan pada sistem peranakan
Masalah peranakan lain seperti Fibroid juga boleh mengganggu sistem peranakan anda dengan menghalang implantasi yang berkesan dan boleh menyebabkan keguguran. Penyakit endometriosis juga dikaitkan dengan keguguran kerana bahan kimia dari sista endometriosis adalah toksik terhadap janin dan boleh menyebabkan keguguran.

Apa yang boleh anda lakukan
Sekiranya pasti anda mengalami fibroid, pembedahan membuang fibroid yang dipanggil myomectomy mungkin akan disarankan. Jika endometriosis menjadi punca masalah anda, pembedahan membuang sista dan tisu-tisu endometriosis menjadi penting sekiranya anda ingin hamil semula.

4. Masalah Immunologi
Terdapat masalah perubatan di mana badan wanita hamil mengeluarkan antibodi yang boleh menyerang janin dan menyebabkan keguguran berlaku. Masalah ini atau lebih dikenali sebagai Sindrom Antiphospholipid terjadi disebabkan janin yang terbentuk dari sperma dianggap sebagai objek asing atau virus pada tubuh wanita hamil. Tubuh wanita seterusnya akan membentuk antibodi dan menyerang janin yang terbentuk dan berlakulah keguguran.

Apa yang anda perlu lakukan
Walaupun rawatan terhadap masalah ini masih dalam peringkat eksperimen dan hasilnya tidak begitu memuaskan, doktor selalunya akan menyarankan rawatan ubat aspirin, heparin atau steroid untuk mengurangkan risiko keguguran anda.

5. Penyakit perubatan yang tidak terkawal
Masalah penyakit tiroid, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang yang tidak terkawal dikaitkan dengan persekitaran yang tidak sesuai untuk janin hidup dengan sihat seterusnya akan menjurus kepada masalah keguguran.

Apa yang anda perlu lakukan
Pastikan masalah perubatan anda terkawal sebelum merancang untuk hamil. Jumpa doktor dan tukar cara hidup kepada yang lebih sihat.

6. Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)
Dalam kes PCOS, tahap ketidakseimbangan hormon menyebabkan ovulasi menjadi tidak teratur dan haid tidak menentu. Di samping terdedah kepada risiko kencing manis, PCOS juga menyebabkan pesakit kebal pada insulin dan menghalang lapisan endometrium menjadi matang dan tidak begitu reseptif terhadap tumbesaran janin. Ini boleh menjadi punca kepada keguguran berulang. Kajian menunjukkan 10-20 peratus wanita yang kerap gugur didapati mengalami PCOS.

Apa yang anda perlu lakukan
Jumpa doktor anda untuk memastikan anda bebas dari kencing manis sebelum hamil. Doktor mungkin akan menyarankan Pil Metformin sekiranya anda kebal pada insulin.Pastikan berat badan anda dalam BMI yang optimal dengan bersenam dan diet yang sesuai.

7. Jangkitan Kuman
Jangkitan kuman seperti rubella, cytomegalovirus, toxoplasmosis dan bacterial vaginosis boleh menyebabkan keguguran, tetapi ia jarang jarang terjadi. Agak sukar untuk mendapatkan jangkitan rubella disebabkan pemberian vaksin diperingkat sekolah dan risiko untuk toxoplasmosis semasa hamil pula adalah kurang dari 0.2%.

Apa yang anda perlu lakukan
Sekira anda pengemar kucing, keguguran bukan sebab untuk anda membuang kucing anda kerana kemungkinan besar anda sudah pun imun pada jangkitan ini, jadi risiko janin terjangkit dengan jangkitan toxoplasmosis adalah sangat rendah. Kajian perubatan menunjukkan 60% wanita sudahpun imun kepada toxoplasma sebelum mereka hamil lagi.

Walaubagaimanapun, jumpa doktor sekiranya anda risau keguguran anda mungkin berpunca dari jangkitan kuman. Ujian darah boleh mengesahkan anda pernah mengidap penyakit ini tetapi mungkin tidak dapat memberikan jawapan samada ia penyebab keguguran anda. Rawatan Antibiotik mungkin akan disarankan.

8. Gaya Hidup tidak sihat (Rokok, Alkohol, Dadah, Toksin Alam Sekitar)
Kajian perubatan mendapati Nikotin yand disedut dari rokok dapat mengalir ke dalam darah dan menebusi uri anda dan seterusnya mengganggu bekalan darah dan pertumbuhan janin. Statistik menunjukkan perokok mempunyai dua kali risiko untuk gugur berbanding dengan bukan perokok. Minum alkohol yang keterlaluan juga dikaitkan dengan keguguran.

Kajian juga menunjukkan wanita yang bekerja di ladang, di bilik operasi, pejabat dan klinik pergigian makmal mempunyai kadar keguguran yang lebih tinggi dari biasa di atas sebab sebab yang tidak diketahui.

Apa yang anda perlu lakukan
Elakkan semua tabiat yang boleh merosakkan badan anda sebelum mencuba untuk hamil untuk memastikan kandungan yang sihat. Sekiranya anda mengesyaki tempat kerja anda boleh memberikan kesan terhadap kehamilan anda, beritahu doktor anda tentang kerisauan anda.


Tanda-Tanda Keguguran

Pada awal kehamilan, anda mungkin kerap mengalami kejang pada perut dan rasa tidak selesa, ia selalunya normal tetapi jika ia disertai dengan pendarahan faraj yang banyak, anda mungkin mengalami keguguran. Doktor anda mungkin akan memeriksa faraj anda dan ujian Ultra Sound mungkin akan dilakukan untuk memastikan adakah janin masih hidup.

Sekiranya pasti tidak ada degupan dan sisa keguguran masih banyak tertinggal, doktor anda mungkin akan menyarankan prosedur yang dipanggil D&C untuk memastikan tiada risiko jangkitan kuman pada rahim anda.