HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

Koleksi Gambar Berkaitan Kapal Titanic (11 Gambar)

11 Gambar yang berkaitan dengan kapal Titanic ini mungkin ada yang anda belum pernah saksikan

Semua Jawapan Untuk Guess The Emoji

Untuk memudahkan korang,ni aku nak share SEMUA jawapan untuk games Guess The Emoji,dari level 1 hinggalah level 25.

Tanda-tanda Kiamat Kecil Yang Telah Muncul

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2014 Kakitangan Awam

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah menyiarkan surat pekeliling yang bertujuan memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 untuk kakitangan awam

Wanita lebih kerap bermimpi tentang seks

Tanpa mengira sama ada lelaki menghabiskan lebih banyak waktu untuk berfikir tentang seks, kajian pada tahun 2007 mendapati bahawa lelaki kurang cenderung untuk bermimpi tentang seks berbanding wanita.

Showing posts with label Pelik Tapi Benar. Show all posts
Showing posts with label Pelik Tapi Benar. Show all posts

1 Jan 2014

Pelik Tapi Benar: Kilang Pemprosesan Mayat Di Russia


Adakah anda percaya atau tidak di negara Rusia terdapat sebuah kilang yang beroperasi untuk memproses mayat. Tetapi itulah hakikatnya di mana kilang tersebut sememangnya wujud di dunia ini dan aktif memproses organ mayat-mayat yang tidak dituntut.

Namun, lebih mengejutkan apabila kilang yang terletak di Rusia ini akan mencuri buah pinggang, kornea mata dan lain-lain bahagian tubuh mayat untuk dijual. Hasil jualan organ itulah yang menjadi sumber pendapatan mereka bagi membiayai gaji kakitangan yang menguruskan operasi kilang tersebut.

Kilang ini kelihatan sangat ngeri di mana mayat-mayat akan dihimpunkan dalam satu bilik dalam keadaan berselerak dan seolah-olah tidak berharga lagi. Mayat-mayat tersebut hanya dibiarkan terlentang di mana-mana saja sebelum operasi membedah untuk mengeluarkan organ dilakukan.

Suasana seperti ini sungguh kejam bukan? Pastinya kilang ini dipenuhi dengan bau-bauan yang kurang enak!. Dan tidak mustahil juga menjadi kilang paling menyeramkan di dunia.
Sudah semestinya keberanian, semangat yang kuat serta memiliki hati yang keras untuk para pekerja yang berada di kilang itu. Jika lemah semangat mana mungkin mereka mampu untuk memproses mayat-mayat tersebut.

Mayat-mayat tersebut sebenarnya (mangsa) adalah mayat-mayat yang dikutip daripada pemandu mabuk yang telah meninggal dunia akibat kemalangan, orang yang tinggal bersendirian dan mati kesejukan, penjenayah yang ditembak mati dan mayat-mayat yang tidak dituntut oleh ahli keluarga. Malah, golongan kanak-kanak juga turut menjadi sasaran mereka.
Seterusnya, selain daripada organ-organ dalaman beberapa bahagian badan juga akan dijual kepada beberapa universiti di seluruh dunia. Tulang pula akan dieksport kepada farmasi di Ireland manakala negara Jerman membeli tulang-temulang manusia itu untuk membuat gigi tampalan.

Namun, bukan hanya Rusia, negara India juga dikatakan mempunyai kilang yang serupa iaitu untuk memproses organ-organ manusia untuk eksport. Mungkin juga kerana bilangan penduduk yang ramai maka mayat-mayat sering tidak dituntut atau gagal disempurnakan dengan baik.

Tidak mustahil juga jika ada ahli keluarga yang menjual mayat kerana tidak mampu untuk mengadakan majlis pengebumian. Hal ini terbukti kerana terdapat mayat-mayat dibiarkan hanyut di Sungai Gangga begitu sahaja kerana tidak mampu diuruskan oleh ahli keluarga.
Oleh yang demikian, berhati-hatilah andai kita berada di luar negara kerana pelbagai ancaman boleh terdapat di mana-mana malah tidak mustahil juga berlaku di negara sendiri. Elakkan berjalan berseorangan terutamanya pada waktu malam khasnya kaum wanita malah tidak mustahil berlaku kepada lelaki juga.

31 Dec 2013

Proses Menjadikan Anjing Sebagai Makanan Di China (10 Gambar)



Di China, tidak pelik jika anjing dijadikan sebagai makanan malah permintaannya cukup tinggi. Mungkin rasa dagingnya sangat sedap? (Muntah).. Pada artikel ini anda akan mengetahui dan melihat sendiri bagaimana salah satu proses menjadikan anjing sebagai makanan di sana.

Anjing yang masih hidup dipukul sehingga mati kemudian direndam di dalam air panas untuk memudahkan proses membuang bulu. Setelah bulu habis dibuang, sekali lagi anjing direndam untuk dibersihkan. Sesudah itu, anjing dipotong untuk mengeluarkan segala kandungan yang ada di dalam badan. Selesai semuanya, anjing tersebut akan dijemur dan dikeringkan. Jadilah ia anjing kering. OH!












29 Dec 2013

OMG! Pasar Yang Paling Menggerunkan


Pasar Tomohon terletak yang di Kota Tomohon, Provinsi Sulawesi Utara. Kota ini sangat indah dan beriklim sejuk dengan belatar belakangkan Gunung Lokon dan Gunung Mahawu. Pasar Tomohon sejak dahulu menjadi daya tarik tersendiri bagi para pelancong di Tomohon, bahkan Sulawesi Utara. Sebenarnya pasar ini tidak termasuk dalam kamus pelancongan , tetapi berita yang di sampaikan dari mulut ke mulut membuatkan kota tomohon ini semakin popular. namun sanggupkah sekiranya anda melawat pasar ini?

Pasar Tomohon sama seperti Pasar Tradisional di kebanyakan tempat. Tapi bagi anda yang tahu atau bahkan pernah mengunjungi tempat ini pasti faham apa yang di jual di pasar Tomohon ini. Sebenarnya tidak ada perbezaan dengan pasar lainnya. Yang dijual pun sama seperti Sayur-sayuran, dan aneka Daging. Namun begitu daging yang dijual disini bukan seperti daging yang dijual di pasar lain seperti Daging lembu, Kambing ataupun Ayam. Disinilah letak keunikannya, anda dapat melihat beraneka daging dari haiwan lain seperti Anjing, khinzir , Kelawar, Ular, Tikus, bahkan haiwan yang jarang anda pernah lihat pun ada di jual disini.





28 Dec 2013

Pelik! Misteri Kampung Tanduo Yang Jarang Diketahui Umum


Bunyi aneh, jeritan, raungan kesakitan, terserempak kelibat manusia, antara perkara yang dilalui penduduk kampung berhampiran dan anggota keselamatan yang berkawal. Sejak awal menjejak kaki di Felda Sahabat, Lahad Datu, pelbagai kisah misteri yang berlaku selepas Op Daulat disuakan ke telinga kami. Kisah Kampung Tanduo yang menjadi lokasi dan tempat berkumpulnya lebih 100 pengganas tidak lama dahulu, bukan setakat yang dilihat dengan mata kasar.

Kewujudan kampung itu sejak 50 tahun lalu, sebelum ini dikatakan sebagai perkampungan haram, sebenarnya menyimpan 1001 misteri yang masih belum terungkai. Beberapa penduduk berhampiran, terutama dari Felda Sahabat 17 yang ditemui mendakwa pernah terserempak dengan kelibat aneh ketika sedang memandu kereta untuk keluar ke Pekan Lahad Datu.

Menurut Ali Hadi, 30, dia pernah ‘bertemu’ dengan ‘lembaga’ seperti manusia yang melintas di laluan utama kawasan Felda itu. “Masa tu hujan renyai. Saya sedang memandu dan hampir melanggarnya. Tapi lembaga itu sempat mengelak. Bila saya menoleh ke sebelah kanan, lembaga itu menghilang. “Saya beranikan diri turun dari kereta. Memeriksa kawasan sekitar takuk jika benar-benar terlanggar orang. Bila saya periksa di tepi belukar, memang tiada siapa yang saya langgar. Tiba-tiba muncul perasaan seram. Saya masuk ke dalam kenderaan dan terus memecut laju.”

Menurut Ali, hingga hari ini dia masih belum menemui jawapan siapa atau apakah yang dilanggarnya ketika itu. Seorang lagi penduduk Felda Sahabat 17, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 47, juga menceritakan perasaan aneh yang sering dirasainya terutama bila senja bermula. “Ada satu hari saya dengar bunyi seperti seorang lelaki sedang menjerit dekat kebun kelapa sawit berhampiran rumah saya. “Mendayu-dayu. Nak kata bunyi anjing bukan, sebab bila saya jenguk di tingkap suara itu masih jelas didengari. Isteri saya pun mendengarnya. Kami buat keputusan cuba hubungi polis, tapi kemudian bunyi itu lenyap begitu sahaja.”

Perkara itu turut diperkukuhkan lagi apabila ada anggota pasukan keselamatan yang turut mengalami perkara aneh ketika melakukan rondaan pada waktu malam. “Kami beberapa kali terdengar bunyi suara orang minta tolong. Suara itu seperti dalam kesakitan. “Bila diperiksa, tiada sesiapa. Perkara ini sering dialami oleh anggota keselamatan terutama pada waktu malam dan tengah hari,” katanya. Malah ada juga yang mendakwa pernah terdengar seolah-olah bunyi tembakan.

Menurutnya pernah pada suatu ketika mereka terdengar seperti bunyi lolongan tetapi bila diperiksa di lokasi berkenaan yang betul-betul berhampiran Kampung Tanduo, tidak ada sesiapa di situ. Peluang menjejak kaki ke Kampung Tanduo, kisah misteri yang disampai seperti sukar untuk dinafikan. Ditambah apabila gambar satu objek pelik yang dirakamkan oleh penduduk Felda Sahabat ditunjukkan kepada kami.

Melalui jalan-jalan sunyi dan menjengah beberapa tempat di sekitar Kampung Tanduo, ada sejenis aura yang dirasai. Tidak pasti sama ada yang hadir itu ‘angin’ negatif atau sebaliknya, namun paling nyata ia menyuntik rasa berjaga-jaga sepanjang berada di sini.

Bertandang seketika di surau Kampung Tanduo, ada semilir hangat yang menampar kulit. Riak degup dada berubah rentak. Juga terasa seakan ada mata yang memerhati dan mengawasi kehadiran kami. Tidak tahu kenapa. Namun rasa aneh itu terjawab apabila diberitahu surau itu sebelum ini menjadi lokasi pendaratan pengganas.
Di tanjung Sungai Tanduo, perasaan sama muncul kembali. Ketika merakam beberapa keping foto perahu panjang dan perahu laju di tanjung sungai itu, perasaan sama muncul kembali. Seakan ada suara yang menyeru supaya terus mara. Menghampiri, mendekati perahu perahu yang ditinggalkan itu. Namun ‘sergahan’ anggota keselamatan yang mengiringi, menasihatkan kami berpatah balik, mematikan langkah untuk terus ke hadapan. Rupa-rupanya kawasan itu adalah tempat pengganas menyimpan bot dan perahu. Memang…sepanjang berada di tebing sebarang tanjung sungai, kami merasakan ada mata yang dari arah semak, memerhati setiap gerak langkah kami. Juga terasa seperti ada ‘suara’ yang memanggil-manggil agar melintas ke seberang menuju ke semak berkenaan.

Sebetulnya, kami tidak mahu berfikiran negatif atau diselubungi pengaruh mistik sepanjang bertugas di sini. Dan kerana itu, kebanyakan perkara yang dirasa, kami pujuk hati untuk menidakkannya. Hari merangkak petang. Namun kami tidak mampu menipu perasaan sendiri.Aura aneh kembali hadir ‘mengacau’ jiwa.

Semakin lama semakin kuat. Dan secara diam…hadir perasaan ingin menunggu di lokasi kejadian. Tapi kehendak hati terhalang kerana anggota keselamatan yang mengiring sudah memberi isyarat untuk keluar dari kawasan itu. Kami bergerak ke arah kawasan rumah yang dikatakan menjadi tempat simpanan senjata kumpulan pengganas. Kami lalui kawasan perkuburan pengganas yang ditemui pasukan keselamatan, juga menjadi lokasi rakan kami merakam foto objek pelik menggunakan kamera telefon bimbitnya.

Kami tidak pasti apa objek berkenaan dan tidak pula mengatakan terdapat gangguan misteri di situ. Dalam masa yang sama kami tidak mahu menafikan keanehan objek itu, serta mengakui memang ada sedikit rasa yang agak berbahang di kawasan berkenaan.

Boleh dikatakan rasa yang sama wujud di setiap lokasi dijejaki yang melibatkan pengganas. Dan mungkin juga ‘bahang’ yang dirasa merupakan kesan-kesan haba akibat pengeboman dilakukan semasa Op Daulat dahulu.

Seterusnya kami menjejak ke kawasan rumah yang didakwa tempat simpanan senjata serta tempat berlindung sementara kumpulan pengganas. Dari situ, langkah kami mencecah ke kawasan kolam udang yang dikatakan sebahagian taktik pengganas menyusup masuk ke Kampung Tanduo.

Entah benar atau sekadar mainan perasaan di remang senja, di situ terasa juga ada mata memerhati pergerakan kami. Berbeza dari kawasan sebelum ini, rasa ini lebih mengarah ke dalam kawasan kolam dan ketika ini, terasa degup jantung lebih kencang berbanding biasa. Kami akhiri kisah ini seketika, kerana ingin segera keluar menyiapkan tugasan.

Dalam perjalanan pulang, ketika melewati semak, telinga menangkap bunyi derapan orang berlari, Namun tiada kelihatan apa-apa di sekeliling. Mata terus liar memerhati untuk memastikan perjalanan kami selamat dan tiada yang menghidu pergerakan.

Alhamdulillah…kami dilindungiNya untuk sampai ke Felda Sahabat dengan selamat. Terkenang kembali perjalanan semasa perjalanan… secara tidak sengaja kami ada mendengar perbualan antara anggota pasukan keselamatan yang mengatakan mereka pernah melihat terlihat kelibat manusia sewaktu berkawal.

Apabila dijejaki, tiada manusia yang ditemui. Tetapi mereka terjumpa kesan tapak kaki di persisir sungai. Sama ada ia manusia atau bukan tiada dapat dipastikan!

Apapun, telah diakui oleh orang ramai termasuk penduduk dan pasukan keselamatan bahawa, kebiasaannya kawasan peperangan pasti akan menyimpan selingkar kisah-kisah misteri.

#Sejauh mana kebenarannya? Terpulang kepada pendapat dan pendirian anda.

22 Dec 2013

Pelik! Cara Ikan Lumba-lumba Meluahkan Cinta


Manusia menyatakan cinta dengan bunga serta ritual khusus menjelang perkahwinan . Berbeza pula dengan ikan lumba - lumba .

Siri dokumentari BBC tentang kehidupan lumba - lumba mendedahkan bahawa mamalia laut itu juga makhluk yang romantis .

Bila manusia lelaki memberi bunga , lumba - lumba jantan diketahui memberi karangan rumput laut kepada betina yang dicintainya .
Lumba-lumba meluahkan cinta dengan rangkaian rumput laut. Ritual memberikan rumput laut sekaligus merupakan bahagian dari "proses kahwin" mereka.

Aksi memberikan karangan rumput laut adalah bahagian awal dari proses perkahwinan panjang lumba - lumba .

Awalnya , lumba - lumba jantan akan berenang jauh di lautan khusus untuk mencari karangan rumput laut terbaik .

Setelah mendapatkannya , lumba - lumba jantan akan memakainya untuk mempamerkan kecekapannya , bermain karangan rumput laut di antara ekor , sirip , dan hidungnya .

" Bila betina suka , maka ia akan menerima rumput laut itu , memainkannya dengan menggoda , " kata Rob Pilley , produser siaran BBC , seperti di nyatakan Daily Mail , Isnin ( 9/12/2013 ) .

Selesai tarikan dengan rumput laut , lumba - lumba memulakan proses kawin . Jantan dan betina akan menggesekkan sirip satu sama lain , mengelilingi satu sama lain .

Pemanasan dalam seks ini boleh berlangsung selama lebih dari satu jam . Selepas , baru adegan teras bermula .

Percintaan lumba - lumba memang sangat romantis . Sayangnya , " cinta " tak berlangsung lama . Selesai bercinta , usai sudahlah cinta .

Lumba - lumba betina bukanlah jenis yang setia pada satu pasangan . Kala musim kawin , lumba - lumba betina boleh bercinta dengan beberapa jantan dalam sehari .

" Ketika seks terjadi , itu mirip seperti berjabat tangan , dan selepas pasangan akan pergi berasingan , " ungkap Pilley .

Pengetahuan tentang ritual kawin lumba - lumba ini diperoleh dengan pemerhatian memakai peranti perakam berbentuk tuna , penyu , dan kerang , yang diletakkan di lepas pantai Mozambique .

Pemerhatian tak cuma menguak romantisme perkahwinan lumba - lumba , tetapi juga tingkah laku lain seperti betapa perhatian ibu lumba - lumba , persahabatan antar lumba - lumba , dan lain-lain .

Begitu bayi lahir , induk lumba - lumba akan membawa beliau ke permukaan air untuk menghirup oksigen serta menggesekkan siripnya pada bayi sebagai ungkapan kasih sayang , layaknya pelukan pada manusia .

Sementara , lumba - lumba jantan juga bersahabat dalam waktu lama . Mereka biasa mencari pasangan bersama , menghabiskan masa untuk bersenang - senang bersama , dan saling menjaga .

Tayangan tentang kehidupan lumba - lumba akan disiarkan pada 2 Januari 2014 akan datang di BBC .


17 Nov 2013

Petak meletak kereta untuk aktiviti seks di Switzerland


Ketua polis di Switzerland sedang merancang untuk membina satu kawasan meletak kereta untuk membolehkan pelacur menjalankan aktiviti mereka tanpa mengganggu jiran setempat.

Mengadakan hubungan seks di dalam kereta boleh menjadi janggal jika anda terperangkap. Untuk mengelakkan kejanggalan ini, beberapa bandar-bandar Eropah telah mencipta petak meletak kereta yang di namakan "Peti Seks." Mereka pada dasarnya hanya meletak ruang yang telah di pasang dinding untuk menutup kereta supaya mereka boleh "melakukannya" tanpa mengganggu jiran-jiran.

Idea ini dicadangkan oleh Ketua Polis Zurich Daniel Leupi sebagai satu cara untuk membolehkan pelacur bekerja dengan lebih 'tenang'.Seorang jurucakap berkata,Police Reto Casanova (nama sebenar) berkata:' kita tidak boleh menghilangkan pelacuran, jadi perlu belajar bagaimana untuk mengawal ia. '