Jadi bagaimana untuk selamatkan perkahwinan anda daripada masalah kecurangan suami? Ikuti tip berikut!
*Klausa pengecualian: Ini sekadar gurauan, jangan ambil hati dengan penulis. Untuk tip serius, sebaiknya rujuk kepada pakar perkahwinan
Temani suami ke setiap acara pejabat
Contohi isteri-isteri pemimpin kita. Pernahkah anda lihat menteri kesayangan kita ke mana-mana tanpa ditemani isteri tercinta? Semestinya tidak, dan anda juga harus begitu. Apabila menemani suami ke majlis dan acara pejabat atau sosial, suami tiada ruang untuk mengorat anak dara lain. Biasalah lelaki, apabila isteri tidak di depan mata, mudah sahaja mengaku bujang.
Jangan bagi suami kacak sangat
Ada lelaki yang semakin tua semakin buruk, dan ada juga yang semakin tua semakin tampan. Contohnya George Clooney dan Robin Thicke. Biarpun usia semakin menghampiri 40 tahun, wajah mereka masih menjadi igauan anak gadis. Mudah nak elakkan suami curang, pastikan beliau tidak melaram apabila keluar rumah. Awasi pemakaian cologne dan baju baru yang membuatkan beliau kelihatan segak. Biarkan suami anda gendut sedikit jadi orang lain tidak berkenan nak melayan kalau dia gatal pun.
Pastikan anda sentiasa kelihatan menarik
Apabila anda sentiasa kelihatan menarik, ini tidak memberi peluang kepada suami untuk mencari alasan untuk menduakan anda. Kalau beliau masih menggatal dan curang diluar, orang luar dan juga anda tahu bahawa suami miliki masalah psikologi dan bukan salah anda kerana anda sudah lakukan yang terbaik. Cari sahaja yang lain dan usah buang air mata kerana beliau.