Semua gadis pastinya mengimpikan untuk memiliki betis dan kaki yang cantik persis artis Korea. Namun tidak semua yang bertuah kerana tidak mudah untuk mendapatkan bentuk kaki dan betis yang cantik dan gebu seperti bertih jagung.
Namun apapun segala kekurangan kita, itu semua bukanlah bermakna yang anda gadis jelita di luar sana tidak boleh berfesyen dan bergaya kerana segala kekurangan dan kelemahan jika dapat ditutupi dengan bijak dan kena pada tips pasti anda si betis besar atau bahasa pasarnya "drumstick" boleh kelihatan tampil yakin.
Disini ada beberapa tips untuk wanita yang boleh praktik bagi kelihatan angun dan pesona.
Kenakan seluar berwarna gelap
Warna hitam atau gelap itu boleh dikatakan mempunyai magis dan aura yang mana boleh
menyembunyikan kekurangan dan menampakkan seseorang itu lebih kecil dan ketahuilah pilihan warna yang tepat itu pastinya mampu memberi kelainan dan sedikit sebanyak dapat mengecilkan betis anda.
menyembunyikan kekurangan dan menampakkan seseorang itu lebih kecil dan ketahuilah pilihan warna yang tepat itu pastinya mampu memberi kelainan dan sedikit sebanyak dapat mengecilkan betis anda.
Katakan tidak pada mini skirt
Elakkan daripada memakai mini skirt atau skirt kerana sudah tentu kelihatan tidak sesuai. Sebaiknya pakailah seluar atau kain yang mana pasti akan membuat anda lebih hebat dan bergaya. Malah anda tidak akan rasa kekok atau malu untuk keluar atau berjalan di majlis kerana anda sudah yakin dengan gaya anda.
Pakai kasut tinggi
Disini ada pengeculian untuk menampakkan betis anda lebih kecil dan tegang, namun begitu, janganlah pakai sampai terlalu tinggi "High Heels" itu takut-takut ia boleh memberi tekanan pada kaki dan ia juga boleh menyakitkan kaki anda. Seeloknya kenakan kasut yang mempunyai permukaan rata di bahagian kaki depan agar kamu lebih senang dan mudah untuk bergerak nanti.