HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

Koleksi Gambar Berkaitan Kapal Titanic (11 Gambar)

11 Gambar yang berkaitan dengan kapal Titanic ini mungkin ada yang anda belum pernah saksikan

Semua Jawapan Untuk Guess The Emoji

Untuk memudahkan korang,ni aku nak share SEMUA jawapan untuk games Guess The Emoji,dari level 1 hinggalah level 25.

Tanda-tanda Kiamat Kecil Yang Telah Muncul

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2014 Kakitangan Awam

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah menyiarkan surat pekeliling yang bertujuan memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 untuk kakitangan awam

Wanita lebih kerap bermimpi tentang seks

Tanpa mengira sama ada lelaki menghabiskan lebih banyak waktu untuk berfikir tentang seks, kajian pada tahun 2007 mendapati bahawa lelaki kurang cenderung untuk bermimpi tentang seks berbanding wanita.

Showing posts with label Artis Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Artis Malaysia. Show all posts

18 Jan 2014

Tahniah! Scha Al Yahya Disahkan Hamil


KUALA LUMPUR, 17 JAN 2014: Pengacara, Awal Ashaari mengesahkan isterinya , Scha Al- Yahya kini sudah pun hamil anak pertama mereka.

Awal Ashaari mengumumkan berita itu di laman sosial Instagram miliknya petang tadi.

Pengacara Melodi itu memberitahu kandungan Scha kini sudah pun memasuki trimester kedua (empat hingga enam bulan).

Entri yang ditulis Awal di dalam Instagram miliknya seperti berikut:

"Salam Jumaat, syukur Alhamdulilah we are happy to announce that we'r expecting our first baby, Insha Allah. Scha is reaching her second trimester now and we are so blessed with the rezeki. Terima kasih buat semua yang selalu mendoakan kami dan moga semuanya berjalan lancar,"

Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada Mei 2012.



Tag: AWAL ASHAARI GEMBIRA UMUM SCHA AL YAHYA HAMIL

29 Dec 2013

Tuan Guru Nik Aziz Meriahkan Majlis Resepsi Fizo Omar & Mawar


Nampaknya hasrat hati pelakon kacak kelahiran negeri Kelantan untuk meraikan rakyat Kelantan yang menyokong kuat kerjayanya tercapai apabila dia menumbangkan 10 ekor lembu sempena majlis kesyukuran penikahannya dengan Mawar di kampung halaman Fizo di Taman Sri Jawa, Selising, semalam.
Tambah menarik lagi, majlis itu dihadiri oleh Tuan Guru Nik Aziz iaitu mantan menteri besar negeri Kelantan yang begitu disanjungi. Kehadiran Tok Guru itu pastinya menambahkan lagi kemeriaan majlis tersebut kerana secara tidak langsung orang ramai juga turut berpeluang berjumpa dengan Tok Guru.
Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 28 meluahkan rasa syukur kerana majlis yang dihadiri kira-kira 15,000 tetamu sejurus rombongan keluarga isterinya, Mawar Abdul Rahman, 24 tiba dengan diiringi konvoi motorsikal berkuasa tinggi.
“Alhamdulillah, saya gembira kerana hasrat meraikan orang ramai di tanah kelahiran saya tercapai. Saya berterima kasih kepada semua tetamu yang meluangkan masa ke majlis ini termasuk tetamu kehormat.
“Ini tanda terima kasih saya kepada mereka yang selama ini menyokong saya dalam bidang lakonan dan juga menyokong penglibatan saya serta Mawar dalam dunia perniagaan,” katanya.
Pasangan pengantin ini kelihatan sangat anggun dan ceria dengan mengenakan busana berpakaian merah jambu dan tidak jemu melayan tetamu serta peminat sepanjang majlis. Majlis ini juga turut dihadiri oleh penjaga gol bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat dan isterinya yang kini sarat mengandung.




22 Dec 2013

Yana Samsudin Nafi Buat Pembedahan Plastik


Pelakon dan penyanyi Yana Samsudin menafikan dakwaan sesetengah peminat yang mengatakan dia telah membuat pembedahan plastik selepas melihat ada perubahan di wajahnya ketika menghadiri Anugerah Skrin 2013 baru-baru ini.

Jelas aktres berusia 28 tahun itu, perubahan wajah dan penurunan berat badannya adalah disebabkan baru pulang menjalani penggambaran program realiti "Fear Factor" di Afrika Selatan bulan lalu yang meyaksikan penurunan empat kilogram selepas melakukan pelbagai aktiviti lasak.

Malah jelas Yana yang pernah berduet bersama Shaheizy Sam menerusi lagu "Begini Caranya" ini turut menegaskan hidungnya yang kelihatan lebih mancung adalah hasil daripada solekan dan bukannya disebabkan pembedahan plastik.

Tambah pemilik nama sebenar Norliana Samsudin ini, dia tidak menyorok atau melarikan diri daripada sesiapa sebaliknya sedang berehat seketika daripada melakukan aktiviti seni.

"Saya bukan melarikan diri atau bersembunyi. Saya ada saja muncul dan tak pernah gagal menghadiri majlis-majlis hiburan. Cuma saya berehat seketika daripada penggambaran buat masa ini," ujarnya seperti dipetik dari Harian Metro.

Sebelum ini,menerusi sekeping foto yang dimuat naik di Instagram miliknya, ramai peminat telah memberi komen merasakan wajah Yana semakin pelik, tua dan tidak comel seperti dulu.

17 Dec 2013

Pelakon Filem Melayu Azean Irdawaty Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR: Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia pada 17/12/2013 Selasa pukul 8.26 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor.

Allahyarhamah menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.

Allahyarhamah merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70an dan namanya meledak di layar perak akhir 70an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.

Allahyarhamah cukup dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.

Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008.

Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.

Selain filem, Allahyarham turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.

Allahyarhamah meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.

Jenazah Allahyarhamah akan dibawa ke kediamannya beralamat 92, BU 11/7, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Urusan pengebumian akan diumumkan dalam waktu terdekat.

Nooraida: Saya teruja dan minat dengan Adi Putra


16 Dis – Wanita yang dikaitkan dengan kes skandal Adi Putra iaitu Nooraida Abdul Mutalib mengakui cukup teruja dan meminati lakonan aktor "KL Gangster" itu.

"Mula-mula tu dia hantar gambar 'selfie' dan individu dalam gambar itu dipercayai adalah dia. Masa kali pertama dapat tu saya sangat teruja dan seronok."

Tetapi jelas Nooraida lama kelamaan dia tidak menyangka pelakon yang baru dikenali selama seminggu itu menerusi aplikasi WhatsApp tergamak untuk menghantar gambar lucahnya.

"Kemudian dalam dua tiga hari, dia hantar pula beberapa gambar lucah dan individu dalam gambar tu dipercayai adalah dia. Reaksi pertama saya, saya terkejut. Saya tak minta gambar-gambar seperti itu. Dan saya pula tak hantar gambar bogel pada dia," katanya seperti dipetik portal hiburan tempatan.

Tambah wanita berusia 30 tahun itu lagi, apabila terjadinya perkara tersebut beliau berhenti berborak dengan pelakon itu kerana tidak percaya tindakan pelakon berkenaan. 

"Saya tertanya sendiri dan seakan tidak percaya, betul ke ini dia? Menyedari perkara itu salah, saya berhenti dari membalas WhatsApp. Semasa saya berbalas-balas WhatsApp pun, saya menjaga pertuturan saya. Walaupun sudah berhenti, dia pandai memujuk rayu. Apabila suami saya dapat ketahui perkara ini, saya berterus terang pada suami saya."

Sementara itu, suami Nooraida, Aminuddin Othman nyata tidak berpuas hati dengan hasil siasatan yang dibuat pengawai penyiasat yang mengendalikan kes itu yang mana baginya tidak telus dan profesional.

"Saya dan isteri membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ke atas pegawai penyiasat itu kerana kurang berpuas hati dengan hasil siasatan yang telah dibuat kerana ada beberapa bukti yang menunjukkan pegawai siasatan ini tidak telus dan lebih berpihak kepada pelakon itu.

"Saya berharap pegawai ini disiasat oleh bahagian tata tertib dan membolehkan polis melantik pegawai penyiasat baru," katanya yang kecewa apabila kes itu diklasifikasikan di bawah 'No Further Action' (NFA) atau tiada tindakan lanjut.

Pihak mereka telah pun mengupah peguam untuk membuat permohonan kepada pendakwa raya untuk melihat semula bukti dan meneliti pertuduhan yang lebih relevan berbanding Seksyen 509 kepada Seksyen 498 Kanun Keseksaan.

25 Nov 2013

Amy Search Diisytihar Muflis


SELEPAS beberapa lama mendiamkan diri, legenda rock tanahair Amy Search akhirnya membuka mulut mengenai isu yang beliau diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kira-kira dua bulan lalu.

Menurut laporan Berita Harian, Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 55 mendakwa dikhianati rakan hingga beliau terpaksa menanggung beban dengan keputusan mahkamah tersebut.

Kata Amy Search, beliau lebih selesa menutup mulut kerana perkara itu berlaku tiba-tiba untuk mengelakkan daripada ianya menjadi satu fitnah jika dia mengulas mengenainya.

“Saya dianiaya sahabat sendiri. Bagaimanapun, tidak mengapa, saya sudah memaafkan perbuatannya. Buat masa ini, segala luahan hati saya akan saya tulis di Facebook biar semua orang tahu,” kata Amy ketika ditemui di sidang media Konsert Destini di Shah Alam baru-baru ini.

Amy Search berkata, episod pahit dalam lipatan sejarah hidupnya itu telah menyebabkan dirinya berdepan situasi sukar, namun beliau reda dan menerima dugaan dugaan dengan hati terbuka.

Enggan mengulas lanjut mengenai kes pengisytiharan muflis kerana kes berkenaan masih belum muktamad, Amy Search berkata beliau akan membuat kenyataan rasmi mengenainya selepas berbincang dengan peguam.

Difahamkan penyanyi vokalis kumpulan Search itu dipercayai gagal menyelesaikan sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan ‘Konsert Jelajah Malaysia Search di Awan Biru’ sekitar 2009.

Salah seorang penganjur konsert itu turut terbabit namun individu tersebut telah menghilangkan diri dan gagal dihubungi. Dakwaan Amy Search muflis mula mendapat perhatian selepas gambar notis kebankrapan mula tersebar di laman sosial pada September lalu.

Artis Malaysia muflis bukan perkara baru 

SEBELUM ini, dua orang artis telah dikhabarkan muflis. Penyanyi kumpulan Mojo berani tampil mengakui perkara itu beberapa bulan lalu. Notis pengisyitiharan muflis itu keluar gara-gara hutang lapuk yang tidak dapat dilangsaikan oleh penyanyi berimej rock ini.

Pada September lalu, timbul spekulasi mengenai bekas bintang Akademi Fantasia, Farah atau nama sebenarnya, Farah Diana Anuar yang dikatakan bankrup. Namun, Farah tidak pernah memberi kesahihan mengenai perkara ini.