#1 Penggunaan beraneka bahasa
Sebagai warganegara Malaysia, memang sudah lumrah untuk mengetahui Bahasa Melayu, Mandarin, Tamil, Kadazan, dan lain-lain. Siapa perlukan kelas bahasa? Tinggal di Malaysia bermakna anda mampu bercakap dengan sesiapa sahaja!
#2 Gadis Malaya
Tahukah anda mengapa Mat Salleh suka datang ke Malaysia, biarpun cuaca panas? Gadis Malaysia kan terhangat di pasaran.
#3 Aneka juadah makanan
Nak makan apa? Kari, dumpling atau nasi lemak? Semuanya ada! Nak diet pun macam berjihad apabila duduk di Malaysia.
#4 Shah Rukh Khan pun cintakan Malaysia
Jejaka terkacak India pun sukakan Malaysia sehinggakan akan datang balik bulan Oktober ini!
#5 Obama pun nak cuba Malaysia
Bukan setakat Shah Rukh Khan yang akan datang Malaysia, Presiden Obama pun nak tahu apa yang seronok sangat tentang Malaysia.
#6 Kedai Mamak
Makan sedap, pada harga murah bersama teman rapat. Hanya di kedai mamak, semua orang bagai keluarga!
#7 Hari sentiasa panas
Orang Malaysia takkan alami masalah kulit pucat tidak bermaya kerana matahari sentiasa bersinar, memberikan kita tan yang cantik!
#8 Syurga dunia dekat sahaja
Sementara orang lain perlu mengeluarkan kos banyak untuk beli tiket penerbangan ke destinasi percutian, kita hanya perlu memandu sedikit dan dah sampai! Bercuti memang tidak perlukan kos banyak apabila anda tinggal di Malaysia!
#9 Kesesakan jalan raya
Kesesakan jalan raya di Malaysia yang terbaik, kerana tidak terlalu sesak (tak adalah sampai 10 jam sangkut di jalan).
#10 Kita menyambut semua perkara
Orang Malaysia melihat semua perkara sebagai alasan disambut. Oleh kerana kami miliki latar belakang beraneka kaum, semua jenis perayaan kami akan sambut dengan meriah. Siapa sahaja yang tidak mahu tinggal di negara yang suka beraya?