HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

Koleksi Gambar Berkaitan Kapal Titanic (11 Gambar)

11 Gambar yang berkaitan dengan kapal Titanic ini mungkin ada yang anda belum pernah saksikan

Semua Jawapan Untuk Guess The Emoji

Untuk memudahkan korang,ni aku nak share SEMUA jawapan untuk games Guess The Emoji,dari level 1 hinggalah level 25.

Tanda-tanda Kiamat Kecil Yang Telah Muncul

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2014 Kakitangan Awam

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah menyiarkan surat pekeliling yang bertujuan memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 untuk kakitangan awam

Wanita lebih kerap bermimpi tentang seks

Tanpa mengira sama ada lelaki menghabiskan lebih banyak waktu untuk berfikir tentang seks, kajian pada tahun 2007 mendapati bahawa lelaki kurang cenderung untuk bermimpi tentang seks berbanding wanita.

Showing posts with label Info Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Info Lelaki. Show all posts

26 Mar 2015

Apa yang kamu perlu tahu tentang lelaki


Lelaki sememangnya cukup sinonim dengan pendirian ringkas, mudah dan tidak begitu kompleks.

Bak dari segi penampilan, tatacara serta cita rasa, senang cerita, tidak susahlah mahu ‘membaca’ seseorang lelaki itu.

Ikuti huraian sebahagian daripada ideologi sang pria yang perlu si gadis tahu.

  • Tidak ramai lelaki yang sanggup mencuba memasak atau mempelajari teknik memasak. Amat beruntung seorang perempuan itu jika temannya sudi memasak makan malam.
  • Jika seseorang arjuna meminati perempuan tidak semestinya sang hawa itu cantik. Kadang kala cukup dengan budi bahasa dan kesopanan sahaja.
  • Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang perempuan.
  • Lelaki boleh menyukai gadis yang banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran mahupun minat lantaran banyak yang boleh dibual atau dikongsi bersama.
  • Sudah menjadi perkara yang biasa sekiranya sang adam cemburu apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  • Lelaki tidak suka gadis yang terlalu bersosial sehingga tiada batasan dalam pergaulannya.
  • Lelaki akan cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati si kekasih.
  • Bila lelaki cakap secara terus ataupun direct to the point, mereka sebenarnya bersikap terus terang dan mengharapkan perempuan memahami maksudnya.
  • Tahukah anda ramai lelaki resah apabila berhadapan dengan situasi untuk mengajak perempuan keluar buat kali pertama
  • Lelaki boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan prihatin.
  • Semestinya lelaki juga akan bersedih jika sesebuah hubungan terputus di tengah jalan. Bezanya dengan kaum hawa, mereka tidak menunjukkan kesedihan di hadapan orang ramai.
  • Apabila perempuan meminati seorang pria, gadis itu sepatutnya memberi sesuatu petunjuk kerana lelaki biasanya tidak dapat membaca isi hati seorang perempuan seandainya ia tidak diluahkan.
  • Lelaki cukup pantang jika ditegur tentang cara penampilan dirinya mahupun mengkritik minat serta kegemarannya.
  • Adalah memalukan bagi sang arjuna jika mereka tidak berupaya menolong kaum hawa.

18 Apr 2014

5 Sebab Mengapa Lelaki Harus Pakai Baju Melayu


Sangat sukar untuk melihat para jejaka memakai Baju Melayu lengkap (kecuali pada Hari Raya atau hari akad nikah beliau). Malah lebih mudah melihat kapal UFO berbanding seorang jejaka memakai baju melayu! Biarpun beliau memakai Baju Melayu, pasti sampin dan songkok akan kehilangan. 


Figure Flattering

Anda tidak perlu kerap kunjungi gymnasium semata ingin memakai Baju Melayu. Baju Melayu direka serasi dengan semua jenis tubuh badan, sehingga kelihatan tegap seperti pahlawan Melayu, Hang Tuah.

Beraneka Gaya
Baju Melayu bukan untuk bangsa Melayu sahaja. Sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, umur atau status boleh memakai Baju Melayu. Ingat lagi betapa tampannya Shah Rukh Khan apabila beliau mengenakan Baju Melayu berwarna hitam? 

Simbol Kematangan
Lelaki yang memakai Baju Melayu masih ingat akan asal-usul beliau. Beliau merupakan kombinasi tradisional dan modern pada masa sama. Baju Melayu merupakan pakaian pilihan para pemimpin, oleh itu MP dan Menteri akan berpakaian Baju Melayu lengkap sebelum menghadap Agong. Apabila anda memakai Baju Melayu, pasti ciri-ciri kepimpinan terserlah.

Faktor Menarik Meningkat Sekurangnya 95 %

Kita sedia maklum bahawa para jejaka kelihatan lebih kacak apabila mengenakan suit. Tetapi tahukah anda apabila seorang lelaki memakai Baju Melayu, beliau jauh lebih kacak berbanding Khairy Jamaluddin?

Menarik Perhatian Gadis

Siapa yang tidak sukakan seorang jejaka yang mengenakan Baju Melayu? Jika jejaka yang memakai suit boleh membuatkan gadis Malaya jatuh cinta, apatah lagi jejaka yang memakai Baju Melayu. Seorang lelaki yang memakai Baju Melayu mampu membuatkan seorang gadis kahwini beliau!

Cukuplah tentang Baju Melayu. Bagaimana pula jika kita lihat cara-cara memaksimumkan pemakaian Baju Kurung/Kebaya!

3 Feb 2014

Pesan/Petua Imam Syafie Untuk Lelaki


PESAN/PETUA IMAM SYAFIE UNTUK LELAKI

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Doa, zikir, itulah kekuatan seorang muslim

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal.

30 Jan 2014

9 Ciri-Ciri Wanita Idaman Lelaki


Antara ciri-ciri wanita idaman lelaki adalah:

1. Berpegang Kepada Agama

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam.

2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Dia tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki.

3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang mempunyai sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan kerana wanita akan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan dirinya. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia

Wanita yang berakhlak mulia atau dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian

Lelaki suka mencuci mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita itu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan boleh menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri wanita sejuk mata Memandang adalah:

- Bersopan satun.
- Sentiasa memaniskan wajah.
- Sentiasa memberikan senyuman yang ikhlas.
- Menutup aurat.
- Tidak terlalu cemburu.
- Menghormati orang lain.

29 Jan 2014

8 Ciri-Ciri Lelaki Playboy


Ramai gadis dan juga kebanyakan wanita kini termakan pujukan dan godaan dari lelaki yang bergelar playboy atau lebih dikenali sebagai buaya darat.

Biasanya jika yang datang memikat dan mengayat itu sekacak lelaki idaman pasti sesiapa pun akan mudah cair sedangkan mereka lupa menilai adakah lelaki tersebut mungkin playboy?

Apakah ciri-ciri lelaki playboy?

1.Dia mudah mengucapkan kaliamat yang membawa kita di awangan seperti “Aku rindukan Kamu” atau…”Kamu sangat manis” dan lainnya

2.Dia mudah memanggil kamu dengan panggilan sayang dan bersikap romantis walau pada pertemuan pertama. Jika difikirkan mustahil pertama kali jumpa telah jatuh sayang sehingga mudah melafaskan kata sayang kan?

3.Dia memanggil anda dengan nama wanita lain. Itu malang sekali. Nampak sangat di dalam hatinya ada wanita lain selain kamu

4.Dia tidak mempunyai teman akrab wanita. Lelaki jenis ini akan tertarik kepada semua wanita disekeliling mereka. Semuanya mereka ingin mengajak berkasih sayang tanpa niat ingin bersahabat

5.Dia sangat protektif pada telefon selularnya. Dia begitu marah jika anda cuba membuka telefonnya atau bertanya siapakah yang menghubunginya.

6.Mulut manis-Mulutnya sentiasa manis memuji dan memuja kamu. Dialah raja kebahagiaan tanpa menampakkan kelemahan diri mereka

7.Dia sentiasa berusaha memberi apa yang kamu inginkan dan meluangkan masa bersama pada masa yang mereka aturkan saja.

8.Ibunya memanggil kamu dengan panggilan lain. Itu bermakna bukan kamu seorang yang dibawa menemui ibunya.

23 Jan 2014

5 Sebab Mengapa Lelaki Suka Wanita Tanpa Mekap


Mungkin ramai sudah tahu yang kebanyakan lelaki sememangnya suka melihat wanita tanpa mekap. Kenapa ye kaum ini sukakan wanita yang tidak pakai mekap? Natural beauty kot? Lebih berkeyakinan mungkin? Di sini kami bongkar rahsia lelaki mengapa mereka sebenarnya suka wanita yang tidak bersolek.

Suka Wanita Yang Yakin
Lelaki memandang keyakinan seorang wanita itu sebagai sesuatu yang seksi. Bukan mudah untuk seseorang wanita untuk meninggalkan alat solek mereka tanpa keyakinan yang tinggi. Sekiranya anda berani keluar dengannya tanpa secalit pun mekap di wajah, jelas kelihatan keseksian anda kerana keyakinan anda itu.

Tidak Suka Wanita Obses
Lelaki sukakan wanita yang cantik tetapi tidak suka dengan wanita yang terlalu obses dengan kecantikan. Walaupun mahu ke kedai mamak, anda sudah mengenakan solekan yang tebal seperti mahu ke majlis makan malam! Kaum lelaki tidak mahu pasangan mereka terlalu bergantung kepada solekan sehingga menganggapnya sebagai ‘tuhan’ dan tidak boleh hidup tanpanya.

Suka Melihat Anda Ketika Bangun Tidur
Apa yang pasti, anda tidak akan mengenakan sebarang mekap sekiranya anda tidur dan lelaki menganggap rupa paras wanita yang baru bangun tidur itu sangat seksi. Bukan itu sahaja, wajah anda yang natural itu membuatkan si dia terbayang-bayang rupa paras anda ketika tidur di sebelahnya setelah anda berdua berkahwin kelak.

Lelaki Tidak Suka Menunggu
Setiap kali anda ada temu janji dengannya, pasti si dia harus menunggu anda di dalam kereta kerana anda mengambil masa terlalu lama untuk bersiap. Lelaki sememangnya tidak suka menunggu, jadi dia lebih suka anda keluarnya tanpa mengenakan apa-apa solekan untuk menjimatkan masanya.

Cantik Luaran Tidak Penting
Pada peringkat awal perhubungan, cantik luaran sememangnya dipandang lelaki. Tetapi lama kelamaan, sekiranya anda cantik tetapi tidak pandai mengambil hati, kuat merajuk, suka membebel atau sering menyusahkannya, si dia akhirnya akan merasa bosan. Jadi, cantik luaran dan dalaman itu sama-sama penting untuk memikat hati lelaki.


21 Jan 2014

5 Perkara Wanita Suka Tapi Lelaki Benci


1. Menonton Drama Romantis Bersiri
Kebanyakan lelaki kurang minat menonton drama bersiri bertema romantis. Akan tetapi, kebanyakan perempuan amat suka mengikutinya lebih-lebih lagi cerita Korea.


2. Membaca Novel Romantis
Perempuan mempunyai sifat kelembutan yang lebih besar dibanding lelaki sehingga dia minat membaca novel romantis atau mendengarkan lagu-lagu cinta. Namun kebanyakan lelaki lebih suka membaca buku yang penuh aksi dan pertarungan.

3. Bergosip
Sebenarnya perempuan dan lelaki suka membicarakan hal orang lain ketika sedang berkumpul dengan teman-teman. Namun, lelaki tidak suka kebiasaan wanita yang suka membicarakan orang lain tanpa tahu kepastiannya.

4. Ambil Berat Penampilan
Sebagian besar lelaki tidak terlalu mengutamakan penampilan. Pakai kemeja, seluar panjang dan mungkin jam tangan sebagai aksesori itu sudah memadai. Sedangkan bagi perempuan, penampilan adalah segalanya kerana senang dipuji sehingga mereka menghabiskan waktu cukup lama untuk bersiap.

5. Bermain Bersama Anak Kecil
Perempuan memiliki naluri keibuan sehingga mudah bagi mereka mendekatkan diri dengan anak kecil. Sedangkan lelaki umumnya kurang minat bergaul dengan anak-anak. Lelaki kurang suka bermain, memanjakan anak, kerana mereka tidak ingin memperlihatkan sifat kelembutannya.


5 Jan 2014

Rahsia Purba Atasi Perut Buncit


Ia memang rahsia, dan ianya telah disimpan selama 100 tahun. Namun, anda adalah pembaca bertuah kerana saya akan bongkarinya khas untuk anda. Rahsia ini berkaitan dengan bagaimana mengatasi masalah perut buncit. Ya, rahsia purba tentang mengatasi masalah perut buncit.

Anda senyum? Tidak mengapa.. Jika hanya ‘disebut’ sahaja membuat anda tersenyum, bagaimana pula jika anda berada di kalangan mereka yang memiliki perut yang buncit. Anda pula yang akan mendapat ‘senyuman’ daripada orang sekeliling anda. Walaupun anda memakai baju mengikut ukuran badan anda, namun kadang kala masalah perut buncit masih lagi kelihatan. Malah lebih menyedihkan anda ada yang menerima perlian daripada rakan-rakan. Walau pun mungkin hanya gurauan bagi mereka, tetapi dalam hati anda, hanya tuhan saja yang tahu!

Jika lelaki akan menerima perlian…

“Besar pouch bag awak.. apa isinya?”.

Kalau perempuan pula lagi segan..

“Mengandung lagi ke? Aikk.. cepatnya”

Siapa tak malu jika memiliki perut yang buncit ni. Jika perut buncit tapi bawa Ferrari, itu lain cerita.. tapi jika perut buncit sebab nafsu makan yang luar biasa. Ada sesuatu di depan mata yang menyedapkan semua pasti di ‘kebas’. Itu yang susah tu.

Tapi usah risau. Kali ini, saya akan muncul sebagai penyelamat walaupun saya tahu 95% mereka yang membaca rahsia ini hanya membaca sahaja dan tidak melakukan, lagi 4% akan melakukan selama 3 hari sahaja dan lagi 1% … agak saya lah, mereka teruskan selama 2 minggu. Agakkan saja saja ya,

Apa pun saya rasa anda tidak lah begitu. Saya yakin, anda seorang yang berjiwa kental, kekal dengan matlamat mahu memusnahkan perut buncit anda tersebut. Namun, ianya ianya tidak akan berguna sekiranya anda tidak bermula dengan tindakan yang positif.

Takkan hilang perut buncit jika anda masih terus duduk di hadapan sofa sambil minum coke. Sia-sia jika hanya berharap sekadar keinginan semata-mata. Jawabnya sampai ke tahun hadapan perut anda masih akan mara ke depan.

Semoga tips step by step ini berguna untuk anda. Saya mengharapkan agar anda tergolong dalam golongan 1% iaitu orang yang melakukan. Orang yang mempunyai keinginan yang kuat dan dibuktikan dengan perbuatan.

Berikut adalah tips rahsia purba bagaimana untuk menghilangkan perut buncit.

Step 1 : Kempiskan perut buncit

Latihan angkatan beban dapat mengempiskan seterusnya dapat menghilangkan perut buncit. “Tapi, saya tak ada duit untuk ke Gym bro.. bagaimana?”

Ohh.. Jangan risau.. Angkatan beban sebenarnya tak perlu susah-susah pun.. Mulakan dengan melakukan sit up. Itu juga salah satu angkatan beban menggunakan berat badan anda sebagai beban. Yang lebih best ialahsit up ini fokus kepada kekuatan perut dan ia memberi kesan terhadap perut buncit anda.

Lakukan 3 set setiap sesi dengan angkatan sit up 12 kali setiap sesi. Sebelum masuk ke sesi ke -2, lakukanplanking selama 30 saat ya. Teruskan sebegitu sehingga sesi ke-3, berselang seli dengan planking. Total masa yang diambil untuk sesi ini ialah tidak sampai 15 minit pun. Mudah bukan?

Step 2 : Bakar lemak perut buncit

Apa yang penting, ubah cara pemakanan anda. Jika selama ini, anda makan breakfast roti canai/nasi lemak/nasi dagang.. TAPI nak hilangkan perut buncit ni, anda kena ambil biskut oats dan air malt coklat. Kalau sebelum ini, makan tengahari anda ambil nasi penuh.. Mohon ianya dikurangkan kepada suku. Boleh kan? =)

Saya akui ia agak sukar. Namun ianya lebih perlu dibendung daripada ianya menjadi semakin parah. Mencegah itu lebih baik. Maka cegahlah perut buncit itu bermula dari mengawal pengambilan makanan anda.

Step 3 : Nyahkan/ Buangkan perut buncit

Lebihkan melakukan senaman. Bagaimana? Anda perlu lakukan senaman extra 5-15 minit setiap hari. Jika selama ini, anda bersenam 15 minit setiap hari maka untuk menyahkan perut buncit ini, anda kena bersenam extra lagi 5-15 minit.

Terbaik ialah bersenam kardio selama 30 minit setiap hari secara konsisten dan kemudian disambung dengan senaman angkatan beban selama 15 minit. Fuhh.. kalau anda berkomitmen dengan ini, tahulah akibatnya selepas 1 bulan.. Six pack lah jadinya.

Step 4 : Mengtong sampahkan perut buncit

Makan lebih banyak makanan yang mempunyai ‘whole grain’. Apakah whole grain ini? Contoh makanan ‘whole grain’ untuk mengtong sampahkan perut buncit ialah seperti biskut gandum, oats dan berat perang (Basthmathi atau Beras Herba ponni taj mahal)

Saya akui harganya memang sedikit mahal TETAPI apa lah salahnya jika anda korbankan sedikit wang anda untuk kesihatan anda. Jika anda sanggup dan mampu berbelanja untuk menukar handphone touchscreen berjenama, kereta mahal. Tidak salah rasanya jika habiskan sikit duit ke arah kesihatan yang lebih baik kan.

Kesimpulannya, untuk melakukan 5 steps di atas pastinya bukanlah satu kerja yang mudah buat anda. Apatah lagi ia memerlukan konsistent daripada anda. Apapun, lakukan setakat mana yang termampu terlebih dahulu. Jika tidak mampu berjogging, maka anda mulakan lah dengan berjalan laju. Jika anda tidak larat berjalan laju, mulakan lah dengan berjalan perlahan.

Ikut kemampuan anda ya.. Ubah habit anda kepada kehidupan yang lebih sihat. Walaupun anda seberat 130kg pun, tidak mengapa. Mungkin anda merasa sedikit rendah dirilah sebab mungkin anda seberat 130kg. Tapi, jangan merasa rendah diri lagi. Buktikan anda juga mampu menjadi seperti orang lain. Belum cuba belum tahu lagi kan..

Selamat mencuba!^^


4 Jan 2014

Aurat Lelaki Yang Jarang Dibincangkan


Aurat lelaki seperti yang dinyatakan sebelum ini agak longgar kerana selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat, auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai.

Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai seluar pendek sampai ke paras lutut. Sebab itulah barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta di luar rumah.

Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat bagi lelaki. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih terpelihara?

Bayangkan seorang lelaki yang hanya memakai kain sarung yang menutup pusatnya dan lutut. Solatnya sah kerana aurat bagi lelaki dalam solat ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi bagaimana kalau dia rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud? Tidaklah lututnya ternampak? Sahkah solatnya ketika itu? Jawapannya ialah tidak sah.

Bagaimanapun pula kalau dia membasuh kereta dengan pakaian yang sama, sesekali dia akan tunduk juga. Adakah ketika itu tidak terbuka auratnya iaitu lutut? Kalaupun dia memakai seluar pendek yang labuh hingga ke paras lutut, waktu dia mencangkung akan ternampak lututnya. Tidak berdosakah dia ketika itu? Jawabnya tentu berdosa. Ya, kalau dalam solat tidak sah maka pada ketika waktu lain dia berdosa.

Bagi masyarakat kampung pula, mereka suka pakai kain pelakat yang digulung sampai ke paras lutut. Malah kadang-kadang ternampak pusatnya sewaktu terlondeh. Waktu berborak dengan kawan-kawan di serambi pasti tersingkap juga auratnya.

Bagaimana kalau dia melakukan solat dengan kain itu walaupun dilabuhkan di bawa lutut? Waktu rukuk dan sujud setidak-tidaknya akan ternampak pahanya oleh orang yang di belakangnya. Sahkah solatnya?

Begitu juga kalau si ayah memakai kain pelakat di dalam rumah bersama anak-anak, lalu pada waktu duduk terselak bahagian lututnya. Agaknya berdosa atau tidak ketika itu? Jawapannya sudah tentu berdosa kerana aurat ketika bersama mahram ialah antara pusat dengan lutut.

Kalau berdasarkan keterangan di atas adalah haram hukumnya, bagaimana keadaannya anak-anak muda yang suka memakai seluar pendek di dalam rumah, bersukan, main bola dan sebagainya? Seluar pendek yang dipakai mereka adalah di atas lutut, maka dalam keadaan itu dia bukan sahaja mendedahkan lututnya malah mendedahkan pahanya.

Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan? Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, betapa ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya. Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu.

Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu. Hal ini kerana dalam teori sains, mereka yang memakai pakaian longgar dan menutup tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam (dari Bahrain-kalau tak salah penulis) dapat mengalahkan pelari lain yang hanya sekadar memakai cawat dalam sukan bertaraf dunia baru-baru ini.

Selain itu, kalau benarlah teori itu, mengapa perlu pakaian itu diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu tidak memerlukan pergerakan pantas.

Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja tanpa mahu membantah. Kita akur dengan peraturan itu demi sukan padahal kita belum berani berbincang secara serius untuk mohon pengecualian bagi atlet Muslim.

Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan aurat dalam bidang sukan. Jika dalam hal ini kita sudah berdosa dengan Allah, bagaimana usaha kita untuk membentuk perpaduan melalui sukan seperti yang sering diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya?

Pada pandangan penulis, cara berpakaian dalam sukan itulah yang menjadi sebab mengapa kurang penyertaan orang Islam dalam sukan. Sebenarnya mereka masih berminat untuk bersukan tetapi mereka tiada pilihan untuk bersukan. Akhirnya sukan dikuasai oleh orang bukan Islam.

Dalam hal ini, alangkah baiknya bagi negeri-negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat itu menjadi model menganjurkan sukan yang mempunyai konsep pakaian sukan Islam. Jika mereka berjaya, pasti dunia akan melihat dan lambat laun mereka akan mencontohinya.


13 Dec 2013

3 Kelebihan Untuk Lelaki Yang Menyimpan Janggut


3 Kelebihan Untuk Lelaki Yang Menyimpan Janggut

Lelaki berjanggut lebih kacak
Bukan saya yang cakap, malah pakar sains yang cakap. Menurut sebuah kajian, Evolusi dan Perangai Manusia, wanita rasakan lelaki berjanggut jauh lebih kacak berbanding lelaki berwajah bersih.

Ada juga benarnya. Lelaki kacak pada pendapat kami (George Clooney, David Beckham, Khairy Jamaluddin) semuanya berjanggut.

Lelaki berjanggut lebih sihat
Siapa boleh persoalkan penemuan sains? Bukan sahaja lebih kacak, malah lelaki berjanggut juga jauh lebih sihat. Menurut kajian University of Southern Queensland, lelaki berjanggut dilindungi daripada sinar UV, melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko barah kulit. Hm, mungkin ini sebab mengapa bapa saya tiada kedutan di wajah beliau.


Lelaki berjanggut nampak lebih macho
Anda nak ke berpacaran dengan lelaki yang macam perempuan?

Dengan itu, sokonglah usaha kaum lelaki. Biarkan mereka simpan janggut. :-)


12 Dec 2013

6 Sebab Anda Kerap Lapar


Hati ingin menurunkan berat badan, selari dengan azam tahun baru. Ini sudah hampir dengan penghujung tahun 2013, namun masih tidak tercapai kerana setiap kali mahu berdiet, asyik lapar sahaja.

Mengapa begitu? Rupa-rupanya ada sebab mengapa anda asyik lapar biarpun baru sahaja sudah makan nasi.

Anda tak cukup tidur
Apabila kurang tidur, ini meningkatkan hormone ghrelin (yang menyebabkan lapar). Apabila tidak cukup tidur juga, badan akan mencari sumber tenaga lain jadi anda akan mengidam makanan berkarbohidrat dan mengandungi kalori.

PMS
Masa lain anda akan terasa lapar adalah apabila anda sedang alami haid.

Sarapan tidak gempak
Sarapan seperti yang kita sedia maklum merupakan hidangan terpenting dalam satu hari. Jika sarapan tidak cukup, pasti akan rasa lapar lagi.

Anda ambil ubat tertentu
Ada ubat yang kadang-kadang merangsang rasa lapar tanpa anda perasan. Apabila tamat mengambil ubat tersebut, selera makan anda akan kembali seperti biasa. Perkara sebegini lebih elok rujuk kepada doktor.

Anda sebenarnya haus
Haus menyebabkan penat dan malas dan badan akan cari kalori sebagai sumber tenaga. Pakar permakanan cadangkan minum segelas air dan tunggu sebentar sehingga mula makan.

Anda bosan
Apa lagi sebab asyik mengunyah sahaja? Tiada kerja rupanya.


9 Dec 2013

3 Sebab Jangan Cari Awek Cun Sangat!


Sudah menjadi lumrah manusia sukakan perkara yang indah. Naluri kita memang mudah tertarik kepada perkara, dan paling penting disini, manusia yang cantik. Jadi tidak menjadi tanda tanya mengapa lelaki kadang-kala memilih dan mahukan teman wanita yang wajahnya persis peragawati.

Tetapi sebelum anda terkejar akan si gadis cantik, tunggu dahulu dan fikirkan perkara ini pula. Berbaloikah miliki teman wanita cantik? Kalau muka sahaja cantik tetapi perangai tidak, apa gunanya?

Mari kita lihat bersama sebab-sebab mengapa paras rupa bukanlah segalanya dalam mencari pasangan.

Mereka sukakan perhatian
Orang cantik sukakan perhatian. Lihat sahaja berapa banyak gambar “selfie” yang beliau akan pamerkan dalam akaun Instagram beliau. Kalau anda terlalu sibuk sehingga tidak sempat berikan beliau perhatian yang secukupnya, pasti si cantik akan mencari jejaka lain untuk berikan beliau tumpuan yang beliau mahukan. Dan tidak mustahil juga, si dia petik jari sahaja boleh dapat teman lelaki baru.

Mereka rasakan bahawa mereka layak terima perkara terbaik dalam dunia
OK, memang setiap wanita layak dilayan seperti seorang tuan puteri dan menerima perkara terbaik di muka bumi terutamanya jika anda sayangkan si dia. Tetapi bagi orang cantik, mereka rasakan mereka boleh menerima apa sahaja yang mereka inginkan tanpa berusaha untuk perkara tersebut. Adakah ini adil? Tidak sama sekali. Cantik atau tidak, semua orang perlu berusaha untuk miliki apa yang mereka mahukan.

Mereka pentingkan diri
Ada kalanya mereka rasakan dunia ini tentang dia sahaja. Pendapat orang lain jarang dititikberatkan kerana bagi dia, dunia ini berputar sekitar diri dia sahaja. Mampukah anda tangani perangai diva sebegini?

Bukan nak katakan jauhi semua perempuan cantik, namun kenalah berpada-pada.Indah rupa sahaja tidak menjanjikan kebahagiaan. Namun jika anda berjaya menemui seorang perempuan yang cantik paras rupa dan budi bahasa, tahniah diucapkan.

**Klausa pengecualian: Tidak semua gadis cantik berperangai hodoh. Ada yang baik, tetapi anda kena pandai cari.

4 Dec 2013

3 Sebab Beruban Di Usia Muda


Masalah rambut beruban kebiasaannya dikaitkan dengan golongan berusia, namun kini seperti yang kita lihat pada puteri kesayangan UK, Kate Middleton, muda-muda lagi sudah beruban. Mengapa boleh jadi begini?

Kekurangan B12
Sekiranya anda amalkan diet sayuran sahaja, anda lebih cenderung alami masalah kekurangan B12 kerana B12 terdapat dalam daging haiwan.

Tekanan hidup
Adakah anda tertekan dengan keperluaan pekerjaan atau kerja sekolah? Ini juga boleh menyebabkan rambut beruban. Mungkin Kate Middleton tertekan melayan karenah bayi baru tambah lagi perlu sentiasa kelihatan cantik sebagai seorang puteri diraja.

Masalah genetik
Adakah ibu atau bapa anda alami masalah uban pada usia muda? Kadang-kala kita warisi genetik daripada nenek moyang juga.

Jadi apa penyelesaian? Mudah sahaja, gunakan pewarna atau inai. Taklah nampak ketara sangat uban itu. Tetapi tidak perlu risau juga kerana ada kalanya pada seorang lelaki uban boleh kelihatan seksi.

2 Dec 2013

3 Sebab Elakkan Pasangan Terlalu Tua


Kebelakangan ini kelihatan semakin banyak pasangan berpisah dan secara kebetulan pasangan yang memilih untuk bercerai ini miliki perbezaan umur yang sangat ketara.

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan yang baru disahkan bercerai misalnya. Rita berusia 37 tahun manakala Aidil baru berusia 26 tahun. Michael Douglas dan bekas isteri Catherine Zeta Jones turut miliki perbezaan umur yang ketara dimana Michael berusia 68 tahun dan Catherine berusia 43 tahun.

Apakah daya tarikan pasangan lebih berusia ini sehingga ramai juga yang memilih mereka? Berdasarkan pengalaman, mereka ini lebih matang, sensitif dan prihatin dengan keperluan pasangan mereka. Tetapi ini sahaja tidak cukup untuk menjamin kebahagiaan sehingga akhir hayat.

Kalau anda masih degil mahukan pasangan berusia, mari kita lihat bersama sebab utama perlu elakkan perbezaan umur ketara dengan pasangan. Carilah yang sebaya atau tidak jauh sangat perbezaan umur.

Tidak berkongsi minat/matlamat sama
Perbezaan umur paling jelas berkaitan soal minat. Anda berminat lakukan aktiviti lasak, pasangan tua pasti lebih berminat aktiviti santai kerana takut cederakan anggota tubuh beliau yang sudah berusia itu.


Sebagai anak muda, anda masih lagi mahu berhibur dengan wang yang dikumpul. Orang tua lain, wang dikumpul difikirkan untuk hari tua( padahal memang dah tua pun).

Masa tidur berbeza
Biasalah darah muda, boleh tidur 3 pagi dan masih segar esok hari. Apabila sudah berusia lanjut, pukul 9 malam dah siap nak tidur. Siapa nak teman anda berhibur kalau suami dah tidur lepas tengok berita jam 8 malam?

Orang tua moody
Semakin tua, ada sahaja perubahan mood ketara. Perubahan mood perkara biasa, perempuan pun alami perubahan mood ketika datang bulan. Tetapi perubahan mood orang tua lain sedikit, mereka jadi bengis dan sensitif. Terasa jugalah apabila mula-mula beliau romantic tetapi kini asyik nak marah-marah.