HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

14 Dec 2013

Rahsia Mengekalkan Kecergasan Tubuh Badan Anda


Saban tahun, pasti ramai yang mempunyai keazaman dan iltizam untuk kekal cergas dan menjalani kehidupan yang aktif dan sihat. Pasti ramai yang tahu kelebihan yang boleh dikecapi jika kita menjalani kehidupan yang sihat dimana ia dapat mengurangkan penyakit kardiovaskular, beberapa jenis kanser, tekanan darah tinggi, kencing manis, osteoporosis dan murung. Ia juga dapat melegakan tekanan.

Bagi mereka yang bekerja kuat, sering menghadapi tekanan dan murung, bersukan dan berpeluh boleh membantu melegakan tekanan dan kemurungan ini. Selain daripad itu, ia juga dapat memberikan hasil perhubungan yang lebih baik kerana manusia suka berada dikalangan mereka yang positif.

Bercakap itu mungkin mudah. Masih ramai yang kurang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh badan mereka. Bagi sesetengah individu yang baru hendak memulakan kehidupan yang lebih sihat dan cergas, berikut adalah beberapa tips mudah yang boleh anda ikuti jika anda ingin mengekalkan kecergasan dan kesihatan anda sepanjang hayat.

Mengikuti latihan rutin yang sesuai untuk tubuh badan anda
Anda harus tahu sukan atau senaman yang sesuai untuk diri anda. Lakukannya dengan mengikuti beberapa latihan yang terdapat di kawasan kecergasan anda dan lakukan rutin tersebut agar ia sesuai dengan tubuh badan anda. Terdapat beberapa cadangan aktiviti kecergasan yang boleh dilakukan dimana secara amnya, ia adalah jenis senaman yang dilakukan oleh pakar kecergasan dan sebagainya iaitu latihan pemberat, latihan litar dan juga latihan senaman kardio.

Konsisten dengan latihan yang dilakukan
Jika anda telah memulakan senaman yang terbaik sekalipun didalam dunia ini, ia akan berkesan jika anda lakukannya dengan secara konsisten dimana anda melakukannya dengan berulang kali. Ianya tidak terhenti dengan satu jenis senaman, atau satu kali senaman sahaja.

Perbezaan konsisten dalam kecergasan boleh dirasai hasilnya jika anda sedang didalam proses mengurangkan berat badan. Sebagai contoh, anda mengatakan treadmill adalah yang terbaik yang boleh dilakukan di dalam gym untuk mengurangkan berat badan. Oleh itu, anda telah konsisten berlari datas treadmill sepanjang 20 minit setiap hari berserta dengan mengamalkan pemakanan yang sihat. Sudah pasti, hasil daripada usaha konsisten yang dilakukan tersebut membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Kesimpulannya, tiada program senaman di dunia yang terbaik jika anda tidak melakukannya secara konsisten.

Tetapkan matlamat yang realistik
Anda haruslah realistik dengan matlamat kecergasan anda. Jika anda seorang yang baru hendak memulakan latihan kecergasan anda, lakukannya dengan matlamat kecergasan yang sesuai dengan tahap anda. Dalam erti kata lain, jangan bimbang jika anda tidak boleh berlari sejauh 5km pada permulaan keazaman. Oleh itu, jadikan ia satu permulaan dan tabiat untuk berjalan kaki selama 15 minit sehari , dan menambah masa, jarak , dan intensiti dari masa kesemasa.

Akhirnya, kecergasan atau gaya hidup adalah pilihan sendiri, bukan orang lain. Itulah keindahan kecergasan dan kesihatan. Tak kisah keadaan anda hari ini, anda tetap boleh mencapai impian anda. Mulakan perlahan-lahan. Tiada sesiapa yang boleh mengubah cara pemakanan, kecergasan dan gaya hidup dalam sekelip mata. Lebih baik kita membuat perubahan secara perlahan-lahan dan tetap.