HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

8 Dec 2013

Cara Untuk Elakkan Jodoh Dengan Lelaki Berusia


Nasihat orang tua dahulu kala, tidak tahulah benar atau sekadar lagenda, terdapat beberapa cara untuk elakkan jodoh dengan lelaki tua. Bukan nak kata perkahwinan dengan lelaki berusia tidak bahagia, cuma kita hanya fikirkan dari sudut persamaan. Apabila usia berbeza sangat, mungkin banyak perkara yang menjadi punca bergaduh.

Mari kita lihat bersama cara untuk elakkan jodoh dengan lelaki berusia!

(Klausa pengecualian: Ini semua sekadar gurauan. Jangan pula terasa hati dengan penulis)

Jangan Menyanyi dalam dapur
Mungkin ada benarnya. Kalau menjerit lagu Beyonce semasa masak, lelaki muda pasti cepat angkat kaki. Lelaki tua sahajalah yang tinggal, sebab tidak larat nak lari.

Jangan jadi Daddy’s Princess
Biasanya anak perempuan yang rapat dengan ayah akan cenderung mengahwini lelaki berusia kerana ingin kekal dimanjakan biarpun sudah berkahwin. Lelaki muda tidak pandai soal manjakan wanita sangat berbanding lelaki berusia. Kalau tidak mahu berkahwin dengan lelaki berusia, cuba rapat dengan mak pula.