HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

5 Dec 2013

5 Pengajaran Daripada Menonton Drama Melayu


Siapa kata kita tidak mampu belajar apa-apa ketika menonton drama Melayu? Lihat sahaja senarai di bawah, banyak juga perkara yang kita boleh belajar, dari segi hidup dan percintaan. Tidak sia-sia rupanya menonton drama Melayu petang-petang.

#1 Kalau bapa anda bukan Tan Sri, jangan mimpi kahwin dengan anak Tan Sri. 
Kalau degil juga, mungkin keluarga mertua anda akan berusaha menghalang jodoh anda dengan sengaja jodohkan gadis idaman anda kepada anak Datuk mana-mana.

#2 Jangan terlalu bencikan orang, nanti tersangkut pula.
Bukan drama Melayu sahaja mengajar benda macam ini, malah orang tua juga cakap perkara sama. Elakkan terlalu bencikan orang, nanti naik pelamin pula dengan orang itu.

#3 Mat Rempit pun layak bercinta.
Janganlah sisihkan mereka kerana mereka selalu buat bising dengan bunyi motosikal mereka. Sebenarnya Mat Rempit juga perlukan kasih sayang. Dan jangan terkejut pula, Mat Rempit juga layak dapat awek cun macam Intan Ladyana.

#4 Nak tahu yang mana satu watak baik? Yang selalu buat muka kesian.

#5 Jangan ikut petua kecantikan biasa yang mengatakan tanggalkan solekan sebelum tidur! Pastikan tidur dengan solekan tebal, sebab nanti nak cantik dalam mimpi. Ataupun mungkin ada orang ambil gambar anda sewaktu anda tidur (taknak pula nampak hodoh).