HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

Koleksi Gambar Berkaitan Kapal Titanic (11 Gambar)

11 Gambar yang berkaitan dengan kapal Titanic ini mungkin ada yang anda belum pernah saksikan

Semua Jawapan Untuk Guess The Emoji

Untuk memudahkan korang,ni aku nak share SEMUA jawapan untuk games Guess The Emoji,dari level 1 hinggalah level 25.

Tanda-tanda Kiamat Kecil Yang Telah Muncul

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2014 Kakitangan Awam

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah menyiarkan surat pekeliling yang bertujuan memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 untuk kakitangan awam

Wanita lebih kerap bermimpi tentang seks

Tanpa mengira sama ada lelaki menghabiskan lebih banyak waktu untuk berfikir tentang seks, kajian pada tahun 2007 mendapati bahawa lelaki kurang cenderung untuk bermimpi tentang seks berbanding wanita.

Showing posts with label Artis Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Artis Luar Negara. Show all posts

19 Apr 2014

Adik-beradik Paul Walker bantu siapkan "Fast 7"


Penerbit siri filem "Fast & Furious" yang ketujuh mengumumkan mereka akan menyiapkan baki babak yang menampilkan karakter mendiang Paul Walker, Brian O'Conner dengan bantuan adik-beradiknya, Caleb dan Cody Walker.

Dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook filem tersebut berkata, "Siri "Fast & Furious" adalah tentang keluarga. Kami sekeluarga telah menerima kejutan yang tidak dijangka pada November lalu. Kami mengambil masa untuk meratapi kematian Paul, seorang abang yang kami sayangi, serta memikirkan jika kami perlu teruskan dengan filem ini.

"Kami berbincang dan merasakan satu-satunya pilihan adalah meneruskannya. Kami percaya semua peminat mahukan perkara yang sama dan begitu juga dengan Paul. Dia telah menjalani penggambaran semua babak dramatik dan aksi untuk "Fast & Furious 7" dan ia adalah antara yang terbaik sepanjang kariernya.

"Kami telah meneruskan penggambaran dan mengucapkan selamat datang kepada adik-beradik Paul, Caleb dan Cody, dalam keluarga Fast. Mereka akan membantu kami untuk menyiapkan beberapa babak yang tinggal dalam produksi ini. Dengan kehadiran mereka membuatkan kami rasa Paul bersama kami juga.

Penerbit dan produksi turut mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh peminat lebih-lebih lagi selepas tragedi menimpa Walker.

Walker telah maut dalam nahas jalan raya pada 30 November tahun lalu di Santa Clarita, California selepas kereta dipandu rakannya, Roger Rodas, hilang kawalan dan terbabas melanggar tiang lampu.

"Fast & Furious 7" sepatutnya diriliskan pada Julai 2014, tetapi kru produksi dan barisan pelakon yang telah bekerjasama dengan Walker sejak 13 tahun lalu menghentikan penggambaran buat seketika bagi memikirkan perjalanan seterusnya buat filem ini.

Ia kini bakal diriliskan pada 10 April 2015.

18 Apr 2014

Rapper potong zakar sebelum cuba bunuh diri


Los Angeles: Seorang penyanyi rap yang pernah membuat persembahan bersama Wu-Tang Clan memotong zakarnya sebelum cuba membunuh diri dengan terjun dari sebuah bangunan, kata polis, semalam.

Andre Johnson dikejarkan ke hospital semalam selepas dia terjun dari tingkat dua balkoni sebuah apartmen di Hollywood Utara.

Johnson ditemui dalam keadaan parah di tepi jalan dan dibawa ke hospital dengan zakarnya yang terputus. Tidak dapat dipastikan jika doktor cuba mencantum semula zakarnya, lapor TMZ.

Dia kini dirawat di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di Los Angeles.

Rakan penyanyi rap yang tinggal di bangunan itu memberitahu semalam, Johnson memotong zakarnya dan terjun dari tingkat dua secara tiba-tiba.

Kejadian berlaku dengan pantas, apabila rakannya turun ke bawah, Johnson dikatakan sudah berdiri, berlari sambil menjerit, lapor laman web itu.

Kejadian itu dikatakan tidak membabitkan sebarang dadah berbahaya.

Johnson, penyanyi rap dikenali dengan nama Christ Bearer dalam kumpulan Northstar. Bakatnya ‘ditemui’ oleh produser Wu-Tang dan penyanyi rap RZA pada tahun 1998. Dia menerbitkan album pertama kumpulan itu RZA Presents Northstar pada 2004.

Jurucakap Jabatan Polis Los Angeles memberitahu semalam, ada individu dibawa dengan ambulans ke hospital tempatan berikutan kemalangan sejurus sebelum 1 pagi. Ia bagaimanapun tidak mendedahkan identiti individu terbabit atau kecederaan yang dialaminya. - Agensi

13 Mar 2014

Lindsay Lohan senaraikan kesemua pasangan seks beliau!


Orang putih selalu berkata, jangan amalkan tindakan “kiss and tell” berkaitan hubungan intim. Dalam erti kata lain, ia sepatutnya sesuatu yang dijadikan rahsia antara anda dan pasangan anda. Namun bagi pelakon bermasalah, Lindsay Lohan, tiada apa yang menjadi rahsia.

Menurut edisi terbaru majaah In Touch, pelakon berusia 27 tahun ini telah menyenaraikan kesemua lelaki yang pernah menjadi pasangan di ranjang beliau ketika sedang berseronok bersama teman-teman.

Salah seorang sumber yang menyaksikan Lindsay membuat senarai tersebut mengatakan Lindsay nampak sangat senang hati mengutuk orang dalam industri hiburan.

Antara nama selebriti yang tersenarai sebagai pernah menjadi pasangan di ranjang Lindsay termasuk Adam Levine, Colin Farrell, Justin Timberlake, Zac Efron, Max George dari kumpulan The Wanted, Joaquin Phoenix dan Heath Ledger.

22 Dec 2013

Temubual Eksklusif Bersama Jackie Chan di Ritz-Carlton Kuala Lumpur


Aktor terkemuka Hollywood, Jackie Chan kembali ke Malaysia bagi mempromosikan filem aksi terbarunya iaitu "Police Story 2013". Kami sempat bertemu dengan 'taiko' seni mempertahankan diri ini ketika sidang media pada 18 Disember lalu di Ritz-Carlton Kuala Lumpur. Jadi ikuti temubual eksklusif bersama Jackie Chan.

Antara filem-filem "Police Story" sebelum ini. Yang manakah kegemaran anda? 
Saya rasa filem "Police Story" pertama merupakan filem kegemaran saya.

Dalam filem "Police Story 2013" anda lebih memberi fokus kepada drama berbanding aksi. Boleh jelaskan kenapa? 
Untuk filem "Police Story 2013" ini saya rasa tidak perlu babak aksi yang lebih berbanding filem "CZ12". Tetapi sekarang ini saya dalam perancangan untuk menghasilkan sebuah filem padat dengan aksi selepas dua filem terbaru saya, "DragonBlade" dan "Skiptrace" selesai. Ia mungkin akan mengambil masa dalam 2 ke 3 tahun kemudian. Sekarang ini saya sedang mengolah skrip filem itu.

Adakah anda akan mengarah filem tersebut?
Ya. Saya akan mengarah filem tersebut dan ia sebuah filem aksi sama seperti "CZ12". Filem Jackie Chan hanya boleh diarahkan oleh saya sahaja. Ini kerana jika anda tanya kepada pengarah lain, mereka akan mengikut apa yang dimahukan oleh penerbit. Macam "CZ12", saya mengambil masa selama setahun setengah untuk menyiapkannya. Babak berlawan di sofa sahaja mengambil masa selama tiga bulan penggambaran. Tiada produksi yang akan membenarkan anda melakukan seperti itu. Oleh itu saya terpaksa mengarah sendiri. Saya bertindak sebagai penerbit, melabur dan saya mahu lakukan dengan terbaik. Filem aksi kini tidaklah sebagus mana, kenapa? Ia adalah kerana pengarah dikawal oleh penerbit. Apabila anda meminta 6 juta atau 10 juta, dan meminta tambahan masa selama sebulan anda tidak akan dibenarkan kerana anda hanya diberikan masa selama 2 minggu sahaja, jadi bagaimana anda mahu hasilkan sebuah filem aksi yang bagus? Ia sangat sukar, oleh kerana itulah apabila ia membabitkan babak aksi besar, saya akan mengarah sendiri. Saya akan mengambil masa secukupnya sama seperti saya mengarah filem "CZ12".

Sebelum ini anda pernah datang ke Malaysia untuk membuat penggambaran di sebuah stesen keretapi untuk filem "Police Story 3". Adakah selepas ini anda akan kembali lagi ke Malaysia untuk penggambaran filem "Police Story" akan datang? 
Hahahah, tanya Michelle Yeoh! Jika beliau beri jawapan ya, maka iyalah. Beliau adalah bos saya (seloroh Jackie).

Pernahkah anda terfikir untuk bekerja dengan pengarah "Drug War" dan "Blind Detective", Johnnie To? 
Ah, kami pernah bercakap tentang mahu berkerjasama sejak beberapa tahun lalu. Saya pernah bertanya kepadanya bila, tetapi beliau berkata, sukar untuk menulis skrip untuk filem saya.

Anda sudah banyak melakukan aksi berbahaya dalam filem-filem anda. Kecederaan apa yang paling teruk pernah anda alami. 
Saya pernah mengalami kecederaan pada tengkorak saya selepas saya terjatuh dari pokok di Yugoslavia ketika penggambaran filem "Armour of God". Saya hampir mati ketika itu.

Tahun lepas anda ada menyatakan bahawa anda mahu hasil sebuah filem muzikal. Jadi apa perkembangan filem tersebut? 
Sekarang ini sudah ada dua syarikat daripada Amerika Syarikat datang ke China untuk berbincang dengan saya. Mereka akan melabur, termasuk penghasilan skrip, pentas dan set design. Ia akan mengambil masa sedikit, tetapi ia akan dihasilkan.

Bagaimana pula dengan "Rush Hour 4"?
Kami baru sahaja habis mesyuarat di L.A bulan lepas dengan Chris Tucker dan dua penulis skrip. Draft skrip pertama saya tidak suka kerana ia membosankan. Saya tahu pihak Warner Bros mahu filem "Rush Hour 4" dihasilkan. Tetapi kami mahu melihat skripnya dahulu.

Akhir sekali, apa pandangan anda mengenai pelakon baru daripada Hong Kong sekarang ini? 
Sebenarnya di China dan Hong Kong mempunyai banyak pelakon-pelakon berpotensi besar. Cuma mereka tidak dikenali sangat. Oleh itu, saya mahu menolong mereka untuk memperkenalkan mereka. Saya juga bercadang mahu membuka sebuah sekolah lakonan seni mempertahankan diri. Saya mahu mengajar mereka bagaimana mahu menjadi seorang bintang filem.

"Police Story 2013" akan menemui penonton pada 24 Disember ini.

17 Dec 2013

Adik Paul Walker bakal bintangi "Fast & Furious 7"?


17 Dis – Adik bongsu kepada bintang filem terkenal, Paul Walker yang telah maut dalam satu kemalangan baru-baru ini, Cody Walker telah ditawar untuk membintangi filem "Fast & Furious 7" untung menggantikan mendiang berikutan filem tersebut masih tertangguh.

Tawaran itu adalah sebagai penghormatan produksi kepada Paul Walker.

"Pihak penerbitan membincangkan hal tawaran ini ketika mesyuarat panjang selepas kematian Walker. Mereka sedar, seseorang perlu menghabiskan pembikinan file mini dan individu paling tepat ialah saudara terdekatnya yang mempunyai wajah seiras.

"Mereka mengambil gambar dari belakang pada jarak jauh. Andai mereka memerlukan wajah Walker, teknik CGI boleh digunakan kemudian. Bagaimanapun, masih banyak perkara perlu diperhalusi sebelum hasrat ini direalisasikan."

"Fast & Furious 7" diarahkan oleh James Wan dan diterbitkan oleh Universal Pictures.


12 Dec 2013

Aksi Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bersama Perdana Menteri Denmark


Johannesburg: Aksi Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bersama Perdana Menteri Denmark, Helle Thorning-Schmidt, dan Perdana Menteri Britain David Cameron ketika menghadiri upacara memperingati Nelson Mandela menjadi perbualan hangat di media sosial. 

Ketiga-tiga pemimpin dunia berkenaan sibuk bergambar (selfie) ketika upacara itu berlangsung sementara wanita pertama AS, Michelle Obama dilihat tidak menghiraukan tingkah laku suaminya. 

Kebanyakan komen di media sosial menyatakan Michelle cemburu melihat aksi suaminya itu. 

Obama dan Cameron dilihat sangat mesra dengan Helle yang duduk diapit kedua-duanya.

Di samping itu, Helle dilihat sibuk mengambil foto mereka bertiga sambil bergurau senda. 


Sebagaimana dipetik daripada media AS, National Post semalam, reaksi Michelle sangat berbeza berbanding dengan suaminya yang asyik tersenyum lebar. Malah, Obama sempat ketawa ketika berjenaka dengan Helle. 

Di samping itu, wajah Michelle juga kelihatan serius ketika menyaksikan suaminya memegang bahu Helle sewaktu berjenaka dengan Perdana Menteri Denmark berkenaan.

Malah, media Australia, news.com.au mengulas yang Michelle dikatakan seolah-olah bersikap dingin terhadap Helle. 

Ketika ingin berpisah, Obama dan Helle dilihat sempat berbalas ciuman di pipi.
Sementara itu, aksi Cameron mendapat kritikan media Britain. 

Seorang penganalisis akhbar The Telegraph menyatakan tingkah laku Cameron sebagai pemimpin negara dilihat tidak sopan dalam majlis itu.

Aksi ketiga-tiga pemimpin dunia itu turut menjadi perbicaraan hangat di Twitter terutama ketika upacara yang diselubungi kedukaan ekoran pemergian Mandela sedang berlangsung. Kelihatannya ketiga-tiga mereka tidak prihatin dengan upacara sedemikian.- Agensi


11 Dec 2013

WTF! Justin Bieber Bakal Menggantikan Paul Walker Dalam Filem Fast And Furious?


Justin Bieber
Besar kemungkinan yang anda tidak pernah mendengar nama Paul Walker sebelum filem pertama F & F. Ini kerana, walaupun dia sebenarnya telahpun berlakon banyak filem sebelum ini, namun kegilaan dia terhadap kereta sport membuatkan wataknya sangat bersesuaian dalam filem tersebut . Tetapi dengan pemergian beliau, pembuat filem tersebut yang kini sedang dalam pembikinan Fast and Furious 7, terpaksa menunda projek filem tersebut bagi memikirkan jalan penyelesaian bagaimana untuk menyiapkan filem tersebut. Satu idea penyelesaian telah di cadangkan, tetapi anda mungkin tidak suka.

Lucadris
Idea yang dicadangkan adalah untuk meletakkan tidak lain daripada Justin Bieber dalam filem tersebut. Sama ada idea itu sebenarnya adalah untuk menggantikan Walker dengan Bieber bermain watak yang sama, atau beberapa idea lain sedang di bincangkan namun tidak begitu jelas. Satu perkara yang jelas, ada beberapa pihak yang bersetuju dengan penggantian Bieber, dan Ludacris juga sudah menyuarakan persetujuannya bagi idea meletakkan artis dari Kanada yang berusia 19 tahun ini dalam filem itu.


10 Dec 2013

[Video] Koleksi Kereta Paul Walker


Paul Walker tidak suka kereta dalam wataknya sebagai Brian O'Connor, dia adalah seorang peminat kereta sebenar dan dia mempunyai koleksi kereta yang impresif di garaj pameran kereta beliau.

Dalam video berikut anda akan melihat koleksi kereta di garaj Paul, "Always Evolving Performance".

Seperti yang anda akan lihat, Paul Walker mempunyai kereta yang memang mantop!

 

2 Dec 2013

Kecoh! Gambar Bedah Siasat Paul Walker Yang Palsu


Pada 1 Disember 2013, satu Malaysia kecoh dengan khabar berita kematian Paul Walker , namun Tidak sampai 3 jam berita kematian Paul Walker menerobos ruang saiber sudah ada hamba-hamba Allah yang berkongsi "gambar bedah siasat" beliau. Kami menjumpai gambar bedah siasat ini di Twitter dan sekali pandang kami sudah tahu itu bukan mayat Paul Walker. Ada beberapa sebab kenapa kami tahu ianya bukan mayat sebenar mendiang Paul Walker.
1. Muka "mayat" masih merah. Gambar diambil ketika mangsa masih hidup. Umum diketahui dari laporan media Paul mati ditempat kejadian

2. Kereta yang beliau dan Roger Rodas naiki terbakar serta merta setelah melanggar tiang lampu. Jelas kelihatan ruang penumpang Porsche GT yang dinaiki terbakar teruk. Mustahil wajah Paul masih boleh dikenal pasti.

3. Mayat Paul masih sehingga berita ini ditulis tidak dapat dikenal pasti oleh koroner. Mereka masih menunggu rekod gigi Paul dan Rodas bagi memastikan identiti. Sadly this means mayat kedua-dua mangsa hangus terus paska kebakaran.

Jadi wajah siapakah yang dikatakan "Paul Walker" ini sebenarnya?

Well. Nama beliau ialah Alan Dennis (26) seorang sukarelawan Kristian yang bertugas di Kongo. Pada tahun 2011 Dennis sedang membina sebuah loji penapis air untuk sebuah gereja. Beliau menggunakan sebuah angle grinder untuk memotong batu bata bagi membina sebuah relau memanaskan air. Tiba - tiba bilah angle grinder yang digunakan beliau pecah dan serpihan besi terpelanting menghentam penutup muka yang dipakai beliau. Alan tidak menyedari betapa seriusnya kecederaan beliau sehingga rakan sekerja beliau menjerit melihat rupa beliau. Sebilah besi terbang dan memotong muka beliau dari tengah - tengah kening mata hingga ke mulut. Besi ini melekat terus pada muka beliau.

Setelah dikejarkan ke hospital besi yang terbenam berjaya dikeluarkan dan kini Alan kembali pulih. Beliau hanya hilang beberapa batang gigi akibat kemalangan ngeri ini. Alan masih lagi bekerja dengan gereja di Kongo dan merasakan kemalangan ini hanya ujian Tuhan terhadap beliau

So now you know. Cerita disebalik gambar bedah siasat Paul Walker sebenarnya mempunyai happy ending dan mesej yang lebih positif dari apa yang dikongsi di media sosial.



1 Dec 2013

Bintang Fast & Furious Paul Walker Meninggal Dunia


[1 Disember 2013] Bintang Fast & Furious Paul Walker Meninggal Dunia : Pelakon terbunuh selepas Porsche GT di pandu oleh kawannya merempuh tiang
  • Paul Walker meninggal dunia tengah hari ini dalam kemalangan kereta
  • Pelakon dan seorang yang lain meninggal dunia ketika Porsche mereka merempuh tiang
Pelakon Fast & Furious Paul Walker meninggal dunia dalam kemalangan kereta petang ini apabila rakan beliau hilang kawalan GT Porsche dan berlanggar dengan tiang telegraf.Wakil bintang dan laman Facebook rasmi disahkan kematiannya petang ini.

Walker, 40, adalah penumpang dalam kereta berkuasa tinggi apabila ia di di luar kawalan di Santa Clarita pada 3.30 petang hari ini.Pelakon itu sedang memandu Porche barunya apabila kemalangan itu berlaku.Jabatan LA County Sheriff telah mengesahkan bahawa dua orang meninggal dunia dalam kemalangan pada 3.30 petang hari ini, tetapi tidak ada nama yang di sahkan.Walau bagaimanapun, wakil untuk pelakon tersebut telah mengesahkan bahawa Paul Walker adalah salah satu daripada dua lelaki yang meninggal dunia petang ini.

Kemalangan teruk: Pasukan pertama mengumpul bukti berhampiran bangkai sebuah kereta Porsche yang terhempas ke dalam tiang cahaya pada Hercules Street berhampiran Kelly Johnson Parkway di Valencia pada hari Sabtu, 30 November, membunuh pelakon Paul Walker
'Dengan dukacitanya kita perlu mengesahkan bahawa Paul Walker meninggal dunia hari ini dalam kemalangan kereta tragis semasa menghadiri acara amal untuk organisasi Reach Out Di seluruh dunia,' di nyatakan dalam Facebook di laman rasmi Walker.

' Dia adalah seorang penumpang di dalam kereta seorang kawan, di mana kedua-dua kehilangan nyawa mereka. Kami menghargai kesabaran anda dan kita juga terkejut dan sedih dengan berita ini . Terima kasih kerana menjaga keluarga dan rakan-rakan beliau serta doa anda dalam masa yang sukar ini. Kami akan memaklumkan anda di mana tempat beliau di semadikan. - # TeamPW ' .

Lokasi kemalangan: timbalan Sheriff bekerja berhampiran bangkai kereta Porsche yang terhempas ke dalam tiang pada Hercules Street berhampiran Kelly Johnson Parkway di Valencia pada hari Sabtu
Walker dilaporkan pelabur di kedai Always Evolving auto shop di Valencia , California dan merupakan kawasan itu untuk pameran kereta bagi menyokong usaha bantuan taufan Filipina.Saksi-saksi di tempat kejadian kemalangan mencatatkan video laman web ini di YouTube , menunjukkan serpihan dari kemalangan dan pekerja kecemasan mengepung kawasan itu.Pelakon itu telah terkenal sebagai watak Brian O'Conner, iaitu watak utama dalam filem popular Fast & Furious.

Walker meningkat popular selepas berlakon sebagai Lance Harbor dalam tahun 1999 filem Varsity Blues.
Beliau sangat di kenali sebagai Brian Conner bersama Vin Diesel dalam siri Fast & Furious yang sangat popular, tetapi sebenarnya kerjayanya bermula apabila dia hanya berusia 2 tahun.Walker, anak seorang ibu model fesyen dan seorang bapa kontraktor pembetung , mula terlibat dalam pemodelan sebagai bayi , dan muncul dalam komersial Pampers semasa kecil.

Beliau dilahirkan di Glendale , California dan dibesarkan di kawasan San Fernando Valley bersama-sama dengan empat adik-beradik beliau.Sepanjang tahun 1980-an , Walker mempunyai peranan dalam pertunjukan TV termasuk "Who's the Boss" dan "The Young and the Reckless" sebelum dia menceburi ke dalam bidang perfileman .

Populariti beliau mula meningkat ketika tahun 2001 apabila dia membintangi The Fast dan The Furious bersama Vin Diesel . Peminat permotoran ini melakukan banyak aksinya sendiri dalam filem-filem Fast & Furious.Peranan lain termasuk Brokedown Palace, She's All That , Flags of Our Fathers dan the Hurricane Katrina drama Hours , yang ditetapkan yang akan dikeluarkan pada bulan Disember.

Walker adalah bapa kepada seorang anak perempuan berusia 15 tahun , Meadow , yang ibunya baru-baru ini telah berpindah ke California dari Hawaii membolehkan kedua-dua mereka senang berhubung .

Pada masa kematiannya , Walker telah selesai penggambaran filem Fast & Furious ketujuh dengan Vin Diesel. Semalam, dia menulis tweet mesej berikut kepada follower-nya :