HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

23 Dec 2013

LG G Flex Beri Saingan Kepada Galaxy Round


Gajet terknologi terbaru LG G flex yang merupakan teknologi boleh melengkung pertama kini telah berada di pasaran Korea Selatan sejak November lalu bakal memberi saingan kepada Teknologi Samsung Galaxy Round. 

Tetapi sayang teknologi layar lengkung saiz 6 inci itu setakat ini hanya berada di pasaran negara itu sahaja. Namun, informasi terbaru menyebutkan bahwa LG G Flex akan memasuki pasaran negara lain tidak lama lagi untuk menandingi Samsung yang telah mengeluarkan Galaxy Round.

Khabar angin yang tersebar mengenai G-Flex yang dijadualkan dirilis di Eropah dan Amerika Utara telah menyebabkan semua operator besar di Amerika Serikat (AS) siap sedia mempromosi kehadiran telefon pintar melengkung itu di negara terbabit. 

LG G Flex
Pun begitu, hingga kini belum ada informasi lanjut mengenai tarikh tepat bilakah LG Flex akan berada di negara Amerika Syarikat itu. 

Paparan melengkung menjadi aspirasi utama dalam strategi inovasi LG mendepani pesaing seperti Apple Inc dan Samsung Electronics Co. 

Telefon baru itu setakat ini hanya disediakan untuk pasaran negara pengeluar iaitu Korea Selatan dan tiada keputusan muktamad lagi yang dibuat untuk mengedarkan LG Flex di pasaran Asia dan Eropah. Besar kemungkinan akan dipasarkan pada awal 2014 atau 7 Februari tahun 2014.

Samsung Galaxy Round