HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

Koleksi Gambar Berkaitan Kapal Titanic (11 Gambar)

11 Gambar yang berkaitan dengan kapal Titanic ini mungkin ada yang anda belum pernah saksikan

Semua Jawapan Untuk Guess The Emoji

Untuk memudahkan korang,ni aku nak share SEMUA jawapan untuk games Guess The Emoji,dari level 1 hinggalah level 25.

Tanda-tanda Kiamat Kecil Yang Telah Muncul

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2014 Kakitangan Awam

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah menyiarkan surat pekeliling yang bertujuan memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 untuk kakitangan awam

Wanita lebih kerap bermimpi tentang seks

Tanpa mengira sama ada lelaki menghabiskan lebih banyak waktu untuk berfikir tentang seks, kajian pada tahun 2007 mendapati bahawa lelaki kurang cenderung untuk bermimpi tentang seks berbanding wanita.

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

17 Jul 2014

'Hackers' dunia serang laman web Israel

Salah satu laman web yang digodam oleh pasukan yang dikenali sebagai 'MST-MalaysiaSecurityTester'.

KUALA LUMPUR:Kekejaman rejim Zionis Israel yang kononnya mempertahankan diri tetapi mensasarkan serangan ke atasorang awam di Gazaturut mendapat kecaman pasukan penggodam siber dunia.

Hackersdunia bersatu dalam serangan ke atas beberapa laman Web Israel melalui misi yang digelar "#OpSaveGaza".

Ribuan laman web milik Israel sudah berjaya digodam oleh Anon Ghost, sebuah pasukan siber yang menghimpunkanhackersdari seluruh dunia.

Serangan telah dimulakan sejak 1 Julai lalu dan sehingga hari ini dikatakan lebih 2,000 laman web termasuk yang dimiliki oleh Israel berjaya digodam.

Ada juga laman web yang mempunyai mesej bahawa ia telah digodam oleh pasukan yang dikenali sebagai ‘MST – MalaysiaSecurityTester’.

Menurut laman web zone-h.org, setakat ini 1,208 laman web telah digodam oleh 'MST – MalaysiaSecurityTester', 90 adalah laman web Israel.

Laman yang digodam akan diletakkan hashtag #OpSaveGaza dan lagu perjuangan Palestin sebagai latar bunyinya.

Serangan penggodam dikatakan hanya bertumpu kepada laman web dengan nama domain berakhir “.co.il”.

27 Apr 2014

Lawatan Obama: Sekuriti, keselamatan ditingkatkan


Sekuriti dan keselamatan ibu negara akan ditingkatkan ketika lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. 

Selain daripada peningkatan kehadiran polis, penutupan jalan di bahagian-bahagian utama bandar dan "zon kawasan larangan terbang" akan dikuatkuasa untuk melindungi presiden sebelum beliau tiba dalam pesawat Air Force One di RMAF di Subang pada petang Sabtu.

Perkhidmatan Rahsia AS telah berada dalam negara sejak bulan lepas untuk 'menjamin' keselamatan presiden. Mereka telah menjalankan peninjauan rapi di hotel dan tempat-tempat yang Obama bakal kunjungi.

Kapal terbang-kapal terbang kargo tentera milik AS telah mula menghantar bekalan logistik untuk lawatan Obama. Antaranya adalah kenderaan dan trak yang membawa tingkap kalis peluru bagi liputan tingkap hotel yang akan diduduki oleh Obama.

Presiden AS ke-44 juga telah membawa Cadillac One, kenderaan khas yang akan digunakan untuk lawatannya. Cadillac One juga dikenali sebagai 'The Beast' (rujuk video).

Pada ketika ini, presiden berada di ibu negara Jepun dan akan menyusul ke Seoul sebelum ke sini. Lawatan tersebut adalah dari 26 hingga 28 April, 2014.

Perjalanan Obama merupakan presiden pertama AS ke Malaysia dalam masa 48 tahun sejak lawatan Lyndon B. Johnson pada tahun 1966.

Obama tiba di Putrajaya untuk mengadakan perbincangan dengan Najib


PUTRAJAYA, (Bernama) - Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama tiba di Seri Perdana di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan hari ini untuk mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Ketibaan beliau di kediaman rasmi Perdana Menteri itu disambut mesra oleh Najib. Kedua-dua pemimpin kemudian meluangkan masa sebentar untuk sesi bergambar. 

Najib dan Obama akan mengadakan pertemuan empat mata sebelum menghadiri mesyuarat dua hala bersama-sama delegasi masing-masing dan diikuti dengan majlis makan tengah hari. 

Sidang akhbar bersama akan diadakan selepas mesyuarat itu selesai. 

Obama tiba di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan bersejarah selama tiga hari dan diberikan sambutan rasmi di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. 

Lawatan ke Malaysia adalah sebahagian daripada lawatan Obama ke empat negara di Asia, julung kali oleh presiden AS yang memegang jawatan dalam tempoh 48 tahun selepas lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966. 

Sebelum ke Malaysia, presiden ke-44 AS itu melawat Jepun dan Korea Selatan. 

Beliau akan meneruskan lawatan ke Filipina pada Isnin. 

Menteri Luar Malaysia Anifah berkata lawatan presiden AS itu menandakan bermulanya peningkatan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat kepada sebuah perkongsian komprehensif.

NGO bantah lawatan Obama ke KL


Sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan Islam diketuai oleh Malaysian Consultative Council of Islamic Organisation berarak dari bangunan Tabung Haji di sini ke Kedutaan AS untuk menyanggah lawatan Presiden Barack Obama. 

Ahli-ahli organisasi-organisasi ini mula berkumpul sekitar 2 petang, mengatakan kehadiran Obama di Malaysia akan membahayakan negara. 

Merujuk kepada Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA), wakil Gamis; Muhammad Afiq Awang Bakar kata dengan menandatangani perjanjian itu ia akan membenarkan AS untuk memerintah ekonomi Malaysia. 

Dia turut berkata bahawa negara-negara seperti Indonesia dan Thailand membantah perjanjian itu dan kita tidak wajib menandatanganinya. 

Muhammad Afiq kemudiannya menjelaskan bahawa kos sara hidup rakyat Malaysia akan terus meningkat dan kehidupan di Malaysia akan menjadi lebih rumit akibat perjanjian tersebut. 

Presiden Barack Obama kini berada di Seoul, Korea Selatan dan bakal tiba di Malaysia dari esok hingga 28 April 2014. Malaysia adalah antara negara yang tersenarai dalam lawatan rasmi Asianya.

26 Apr 2014

Jadual lawatan 3 hari Barack Obama di Malaysia


Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bakal tiba di Kuala Lumpur buat lawatan pertama kali ke Malaysia. Berikut jadual lawatan beliau yang akan berlangsung bermula 26-28 April ini (Sabtu-Isnin).

Lawatan ini adalah yang pertama oleh seorang Presiden Amerika yang memegang jawatan, dalam tempoh 48 tahun selepas lawatan Presiden Lyndon B. Johnson, pada 1966.

26 April (Sabtu)

-Presiden Obama tiba

-Menghadap Yang Di Pertuan Agong dan majlis makan malam Negara

27 April (Ahad)

- Masjid Negara

- Pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

- Melawat Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC)

- Pertemuan dengan pemimpin muda dari seluruh Asia Tenggara di Universiti Malaya

- Pertemuan dengan pemimpin masyarakat

28 April (Isnin)

-Berangkat ke Filipina

(Sumber: Laman web kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia)

19 Apr 2014

Usah segan bicara pendidikan seks


Kurangnya pendedahan terhadap pendidikan seks menyebabkan kebanyakan remaja yang terbabit dengan aktiviti seks bebas tidak begitu mengambil berat berkaitan isu perlindungan.

Sampai sekarang, persoalan berkaitan seks dianggap tabu dan tidak boleh dibicarakan secara terbuka. Malah ada sebahagian ibu bapa mengelak apabila anak bertanyakan mengenai perkara itu. 

Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi KPJ Ampang Puteri, Dr Ariza Mohamed, pendidikan seks bukan digunakan untuk mengajar anak melakukan hubungan kelamin sebelum waktunya sebaliknya ia bertujuan memberi pendedahan berkaitan anggota badan sendiri dan bahagian yang boleh dan tidak boleh disentuh orang luar. 

“Seharusnya ia dilakukan sejak kecil dengan memperkenalkan anak kepada organ reproduktif penting menggunakan istilah sebenar bukan sekadar bahasa kiasan.

“Ia langkah penting perlu dilakukan ibu bapa bagi mengelakkan pelbagai kemungkinan tidak diingini di kemudian hari nanti,” katanya.

Disebabkan tidak memiliki pengetahuan berkaitan kesan yang boleh berlaku apabila menjalinkan hubungan kelamin tanpa perlindungan, ramai remaja perempuan khususnya berhadapan situasi mengandung luar nikah. 

Apabila ia berlaku dan jika tidak mendapat sokongan membuatkan mereka memilih untuk menyembunyikan kehamilan, menggugurkannya, membuang atau membunuh bayi yang dilahirkan itu. 


Antara risiko boleh dialami remaja hamil bawah umur: 

• Tidak mampu melanjutkan pengajian disebabkan kehamilan. 

• Mengandung pada usia terlalu awal boleh menyebabkan risiko kesihatan tertentu. 

• Berhadapan tekanan psikologi yang teruk. 

Dr Ariza berkata, hubungan kekeluargaan yang renggang juga menjadi pendorong utama remaja terbabit pelbagai aktiviti tidak sihat dan memudaratkan. 

Jalan penyelesaian termudah apabila remaja berkenaan mencari ‘perlindungan’ dan perhatian bersama rakan. 

“Keadaan persekitaran kini membuatkan cabaran membesarkan anak seolah-olah menjadi bebanan yang cukup besar bagi ibu bapa. Ketiadaan masa untuk diluangkan bersama akibat kerjaya sedikit sebanyak mengganggu perhatian serta tumpuan pada anak,” katanya. 

Selain itu, jika hubungan kelamin yang dilakukan tanpa sebarang perlindungan, remaja berkenaan berdepan dengan masalah penyakit jangkitan disebabkan kegiatan seksual (STD). 


Terdapat beberapa jangkitan boleh berlaku iaitu: 

• Virus Herpes Simplex (HSV) 

Ia sejenis virus yang menjangkiti alat kelamin wanita akibat hubungan seksual berbilang pasangan. Virus ini tidak dapat dihapuskan secara keseluruhan kerana selepas rawatan antivirus diberikan, ia akan ‘bersembunyi’ dalam saraf dan hanya muncul kembali apabila sistem imun badan menjadi rendah. 

• Gonorrhea 

Ia disebabkan bakteria Neisseria gonorrhea dan menyerang alat kelamin wanita. Pesakit akan mengalami nanah berbau busuk yang keluar dari kemaluan dan menyebabkan faraj dalam keadaan radang serta sakit. 


• Human Immunodeficiency Virus (HIV) 

Ia sejenis virus yang menyerang sel darah putih dalam tubuh. Apabila sel darah putih dijangkiti virus HIV, ia akan pecah dan hancur. 

Lama-kelamaan jumlah sel darah putih yang menjadi benteng kepada daya ketahanan badan ini makin berkurangan dan mendedahkan individu berkenaan kepada jangkitan kuman. 


• Chlamydia trachomatis 

Ia menyerang alat kelamin wanita membabitkan organ peranakan dalam tubuh serta merosakkan salur fallopio. Keadaan ini boleh menyebabkan wanita terbabit sukar mendapat anak kelak. 


Bagi memberi pendedahan kepada remaja berkaitan isu ini, beliau turut turun padang dan bekerjasama dalam program penerangan reproduktif yang dijalankan pihak hospital. 

Matlamat utama adalah mendekati pelajar remaja dan memberikan penjelasan sebaik mungkin terutama membabitkan pendidikan seksual. 

Antara aktiviti adalah aktiviti berkumpulan membabitkan jururawat bersama pelajar. Pelbagai persoalan peribadi boleh diajukan kepada jururawat membabitkan pelbagai isu tetapi kebanyakannya berkisar kepada sistem reproduktif manusia. 

“Seharusnya program sebegini dianjurkan secara berterusan kerana remaja perlu didedahkan dengan sebaik mungkin sejak awal. Mereka perlu diberitahu kesan yang boleh berlaku sekiranya terbabit dengan hubungan seksual pada usia muda,” katanya. 

Remaja perempuan perlu mengetahui masalah kesihatan yang boleh dialami sekiranya hamil di usia muda. Antaranya: 

• Berhadapan risiko pengecutan rahim pramatang kebiasaannya pada usia kandungan tujuh atau lapan bulan. 

• Lebih berisiko menghadapi masalah anemia. 

• Menghadapi masalah ketika melahirkan bayi disebabkan keadaan rahim serta tulang pinggul yang belum matang pembentukannya. 

• Berisiko menghidap darah tinggi ketika hamil. 


Fakta: 

• Sebelum baligh, saiz rahim wanita lebih kurang sebesar buah jambu air, kemudian sesudah baligh ia membesar kira-kira saiz buah pir. 

Pada saat ini, kilang telur mula aktif dan mengeluarkan hormon penting untuk wanita iaitu estrogen dan progesteron.

18 Apr 2014

Rapper potong zakar sebelum cuba bunuh diri


Los Angeles: Seorang penyanyi rap yang pernah membuat persembahan bersama Wu-Tang Clan memotong zakarnya sebelum cuba membunuh diri dengan terjun dari sebuah bangunan, kata polis, semalam.

Andre Johnson dikejarkan ke hospital semalam selepas dia terjun dari tingkat dua balkoni sebuah apartmen di Hollywood Utara.

Johnson ditemui dalam keadaan parah di tepi jalan dan dibawa ke hospital dengan zakarnya yang terputus. Tidak dapat dipastikan jika doktor cuba mencantum semula zakarnya, lapor TMZ.

Dia kini dirawat di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di Los Angeles.

Rakan penyanyi rap yang tinggal di bangunan itu memberitahu semalam, Johnson memotong zakarnya dan terjun dari tingkat dua secara tiba-tiba.

Kejadian berlaku dengan pantas, apabila rakannya turun ke bawah, Johnson dikatakan sudah berdiri, berlari sambil menjerit, lapor laman web itu.

Kejadian itu dikatakan tidak membabitkan sebarang dadah berbahaya.

Johnson, penyanyi rap dikenali dengan nama Christ Bearer dalam kumpulan Northstar. Bakatnya ‘ditemui’ oleh produser Wu-Tang dan penyanyi rap RZA pada tahun 1998. Dia menerbitkan album pertama kumpulan itu RZA Presents Northstar pada 2004.

Jurucakap Jabatan Polis Los Angeles memberitahu semalam, ada individu dibawa dengan ambulans ke hospital tempatan berikutan kemalangan sejurus sebelum 1 pagi. Ia bagaimanapun tidak mendedahkan identiti individu terbabit atau kecederaan yang dialaminya. - Agensi

17 Apr 2014

Karpal Singh maut kemalangan


Kampar: Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam kemalangan di Kilometer 301.6 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara berhampiran Gua Tempurung, di sini kira-kira jam 1 pagi tadi.

Pemimpin Veteran DAP itu, difahamkan terbunuh apabila kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard yang dinaikinya terbabas dan melanggar belakang sebuah lori sebaik tiba di lokasi kejadian.

Turut terbunuh dalam kemalangan itu pembantunya Michael Cornandez, manakala dua lagi cedera.

Difahamkan mereka dalam perjalanan dari ibu negara ke Pulau Pinang.

Mayat beliau dihantar ke Hospital Kampar dan keadaan di perkarangan bilik mayat diselubungi kesedihan apabila keluarga pemimpin terbabit tiba kira-kira jam 5.15 pagi tadi.

Keadaan di perkarangan bilik mayat diselubungi kesedihan apabila keluarga pemimpin terbabit tiba kira-kira jam 5.15 pagi tadi.

Anaknya, Gobind Singh Deo, juga berada di sini dan dilihat memeluk ibunya Gurmit Kaur yang sedang menanggis.

Turut kelihatan anak perempuan Karpal, Sangeet Kaur.

Kedengaran Gurmit berteriak, "kenapa? kenapa? kenapa la..." sambil cuba ditenangkan Gobind.

Keadaan menjadi lebih menyedihkan apabila ahli keluarga terus meraung sebaik masuk ke dalam untuk melihat mayat Karpal.

Menurut Gobind mayat bapanya akan dibawa ke rumahnya di Pulau Pinang untuk pengebumian selepas selesai urusan dengan pihak hospital.

Beliau berkata, pihaknya akan memberitahu kemudian tarikh pengebumian bapanya itu.







27 Mar 2014

Pelawak Ali Mamak meninggal dunia


27 Mac – Pelawak dan penyanyi popular era 80an, Datuk Ali Mamak telah meninggal dunia pada jam 4.20 pagi tadi akibat kanser paru-paru.

Dipetik dari sebuah portal hiburan tempatan, Allahyarham yang pernah popular dengan sitkom "Santan Berlada" itu telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jenazah akan dibawa ke Hulu Langat, Selangor, untuk pengebumian sebelum masuk solat Zohor.

Allahyarham yang merupakan anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka sudah berkecimpung dalam bidang seni selama kira-kira 25 tahun. Di samping berlawak, Ali juga merupakan seorang penyanyi lagu-lagu komedi yang tidak asing lagi dengan pelbagai rentak dan lagunya pula sarat dengan mesej berunsur kritikan sosial atas isu-isu semasa yang berlaku di negara ini.