HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

Koleksi Gambar Berkaitan Kapal Titanic (11 Gambar)

11 Gambar yang berkaitan dengan kapal Titanic ini mungkin ada yang anda belum pernah saksikan

Semua Jawapan Untuk Guess The Emoji

Untuk memudahkan korang,ni aku nak share SEMUA jawapan untuk games Guess The Emoji,dari level 1 hinggalah level 25.

Tanda-tanda Kiamat Kecil Yang Telah Muncul

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2014 Kakitangan Awam

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah menyiarkan surat pekeliling yang bertujuan memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 untuk kakitangan awam

Wanita lebih kerap bermimpi tentang seks

Tanpa mengira sama ada lelaki menghabiskan lebih banyak waktu untuk berfikir tentang seks, kajian pada tahun 2007 mendapati bahawa lelaki kurang cenderung untuk bermimpi tentang seks berbanding wanita.

Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts

13 Jul 2015

5 Tip Selamat Sebelum Pulang Cuti Raya


Syawal bakal menjelma beberapa hari lagi, pasti anda dah tak sabar untuk pulang bercuti. Tetapi sebelum bercuti panjang, pastikan anda meninggalkan rumah dalam keadaan yang terjaga dan selamat. Ada lima tip yang perlu anda perhatikan sebelum tinggalkan rumah, jom lihat info ini: 


1. Tutup Elektrik
Periksa semua aliran elktrik dan pastikan semuanya dipadam dan plug dicabut. Kalau risau nak tinggalkan rumah dalam keadaan gelap, anda boleh nyalakan lampu laman saahaja. Sebelum keluar rumah anda wajib tengok semua alat elektrik dicabut daripada plug untuk mengelak sebarang kebakaran atau lintar pintas berlaku. 


2. Barang Berharga & Haiwan 
Jangan sesekali tinggal barang berharga di rumah. Sekali pun ada emas, elok bawa sekali atau anda boleh pakai. Ada barang-barang berharga yang lain anda boleh simpan di tempat paling selamat yang dikunci, siap. Haiwan peliharaan yang ada boleh letak rumah jiran yang tidak pulang ke kampung atau anda hantar ke kedai binatang, walau kena bayar itu lebih baik daripada biarkan haiwan itu kelaparan. 


3. Sampah & Tong Air
Tahu kalut nak balik, tetapi jangan pula abaikan sampah di dalam rumah. Cuti pun lama, silap-silap datang rumah sampah di dapur boleh berulat. Habis satu rumah berbau nanti. Jadi bersihkan dapur dengan rapi, ya. Tangkungan air elok kosong bagi elak jentik-jentik membiak.


4. Pintu & Tingkap/Jendela
Mungkin ada rasa pintu dan jendela rumah sudah dikunci rapat. Hati-hati, lebih selamat jika anda buat check up kali kedua sebelum keluar rumah untuk elak daripada salah satunya tidak rapat ditarik atau tidak dikunci. Kalau ada lubang di dalam rumah, pastikan ditutup bagi mengelakkan binatang berbahaya masuk rumah. Paling penting jangan letak kunci di dalam pasu atau kasut yang kononnya selamat. 


5. Beritahu Jiran Anda Pulang
Mestilah ada salah seorang jiran yang tidak pulang ke kampung. Kenalah jiran tahu kalau anda pulang bercuti lama, itu lebih selamat. Boleh juga dia tolong jenguk rumah anda. Dan jangan lupa bagi nombor telefon yang senang dihubungi kepada jiran bagi update sebarang info yang berlaku di kawasan rumah anda.


Ini pula tip tambahan untuk anda. Tinggalkan kasut depan rumah untuk dijadikan sebagai 'umpan'. Ini boleh jadi trik seolah-olah ada tuan di dalam rumah. Semoga membantu dan selamat bercuti, ya!

26 Mar 2014

MH370: Implikasi Mengisytihar Kematian


IMPLIKASI MENGISYTIHAR KEMATIAN

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) PM Najib sudah umum MH370 berakhir terhempas di Koredor Selatan lautan Hindi, denganbantuan radar satelit dan method tercanggih dari Britain.

2) Bangkai pesawat, serpihan pesawat, atau apa-apa sahaja daripada pesawat, belum ditemui, apatah lagi kotak hitam. Jika ada kematian, mayat dan jenazah, satu pun belum ditemui.

3) Status masih andaian. Andaian dibuat melalui hasil siasatan isyarat ping menggunakan teknik berdasarkan kesan Doppler, yang menerangkan bagaimana gelombang perubahan kekerapan relatif kepada pergerakan pemerhati.

4) Sekonyong-konyong PM Malaysia membuat pengumuman. mengucap takziah dan meminta kita beri ruang kepada waris. Tidak semena-mena fatwa ditagih untuk mendirikan solat jenazah. Tanpa ragu-ragu, Johor kibar bendera separuh tiang, sebagai isyarat berkabung.

5) Bagi umat Islam, ruang empat tahun diberikan kepada waris sebelum mengisytiharkan mangsa itu mati, selagi tidak ditemui jenazahnya atau apa-apa bukti soheh akan kematiannya. Namun tidak salah jika pihak berkuasa mengisytiharnya lebih awal berdasarkan faktor-faktor yg relevan.

6) Apa implikasinya? kenapa perlu ada pengisytiharan kematian dalam hal ini? Kenapa perlunya pengisyitiharan itu dibuat dengan penuh hati-hati dan mengkaji segala faktor kemungkinan?

7) Implikasinya besar, terhadap hukum syariat kepada ahli waris yg terbabit. Contohnya: dari segi hubungan suami isteri, jika si suami diisytihar mati, maka si isteri mesti ber'eddah bermula dari tarikh diisytiharkan mati itu. Pantang larang 'eddah kematian suami mesti dipatuhi.

8 ) Empat bulan 10 hari selepas tarikh pengisytiharan kematian, yakni selepas selesai tempoh 'eddah, si isteri itu boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki lain yang layak dikahwininya.

9) Andai kata selepas 6 bulan kemudiannya, MH370 sebenarnya ditemui di daratan akibat dihijack (andaian), si suami yg diisytihar mati itu masih hidup dan pulang ke rumah, bagaimana pula halnya dgn isteri itu yg sudah bersuami baru?

10) Para ulamak sudah pun menyelesaikan kes ini seperti yg dihurai dalam kitab-kitab fiqh. Sebaik sahaja suami laama itu sah hidup dan kembali, maka secara serta merta pernikahan dgn suami baru terbatal. malah jika 10 tahun kemudian baru duami yg dianggap mati itu muncul sedangkan si isteri sudah milik anak bersama suami baru, maka pernihakan mereka tetap terbatal dgn pulangnya suami lama yg 'hidup semula'.

11) Anak-anak bersama suami baru, di-bin-kan kepada suami baru. Bukan anak zina. pernikahan mereka sah, anak-anak mereka sah. Cuma pernikahan mereka terbatal dek kemunculan semula suami lama yg pernah diisytihar mati.

12) Pengisyitiharan mati juga memberi kesan kepada soal zolat jenazah, pembahagian harta pusaka, dan beberapa hukum syariat yg lain.

13) Justeru itu, pihak majlis fatwa perlu manilai semua faktor sebelum terus mengeluarkan fatwa dengan hanya bersandarkan pengumuman PM Najib dan data satelit semata-mata.

Sekian

p/s: Artikel ini ditulis sebelum majlis fatwa mengumumkan fatwa untuk solat jenazah kepada mangsa MH370. Jika ada kesalahan penyampaian mengenai hukum syariat dalam artikel ini, anda diminta memberi teguran dan pembetulan dengan segera.

Wallhu a'lam.

25 Mar 2014

Siapa Kapten Zaharie dari pandangan Juruterbang berpengalaman luar


Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U.

Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.

Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri.
Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.

Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.

"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.

"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan."

Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.

"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki.

Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat."
Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi.

Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.
"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.

"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang."

Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.

Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran.
Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja.

"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit."

Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi.
"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus."

Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.
Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."

11 Mar 2014

1Malaysia Support For Housewives (1MS4HW)


Pengenalan

National Blue Ocean Strategy (NBOS) merupakan strategi yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri dengan memberi fokus kepada penghasilan idea kreatif, kerjasama antara jabatan, melibatkan kos yang sedikit dan dapat dilaksanakan dengan segera bagi meningkatkan sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat dengan memberikan hasil yang berimpak tinggi.

Kementerian Sumber Manusia telah diberi kepercayaan secara bersama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan dan Masyarakat untuk menggerakkan Program 1Malaysia Support For Housewives. Program ini juga akan melibatkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, dan unit Kerjasama Awam dan Swasta.

Objektif Program
Mewujudkan peluang pekerjaan bagi suri rumah daripada isi rumah berpendapatan rendah (LIH) untuk menjana pendapatan tambahan keluarga bagi meningkatkan taraf hidup.
Memberi jaminan keselamatan sosial kepada suri rumah untuk kehidupan keluarga yang lebih baik.

Definisi Suri Rumah

Seorang wanita yang menguruskan rumahtangga mereka sebagai pekerjaan utama.

Golongan Sasar
Suri rumah dari peserta E-Kasih
Suri rumah yang berdaftar dengan JobsMalaysia
Suri rumah yang berdaftar dengan NGOs
Suri rumah kepada anggota Jabatan/ Agensi beruniform
Suri rumah di kalangan kakitangan Kerajaan yang berpendapatan rendah melalui persatuan

Untuk maklumat lanjut, klik SINI