HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

10 Dec 2013

4 Jenis Gadis Yang Anda Akan Temui Di KL


Samada anda anak jati kelahiran bandaraya Kuala Lumpur atau ingin mengunjungi KL dalam masa terdekat, disini kami menyediakan senarai gadis-gadis yang mungkin anda temui. Bukan apa, tetapi apabila lebih kenal pasti dengan jenis orang yang bakal ditemui, lebih mudah mengatur langkah untuk menjauhi atau merapati insan tersebut.

Anak jati KL

Dilahirkan dan membesar di bandaraya KL, si anak jati KL ini memang boleh dikatakan sudah arif tentang selok-belok bandar KL. Kalau nak jalan pintas kemana-mana atau tempat dengan makanan atau pakaian berkualiti dan murah, sentiasa rujuk anak jati KL. Tatkala orang lain sibuk hendak mengunjungi tempat-tempat “trendy” di KL, si anak jati KL ini tidak hairan langsung. Dalam erti kata lain, anak jati KL ini dah nampak dunia terlebih dahulu menjadikan beliau lebih matang.

Si anak Dato’

Anak perempuan kepada Dato’ atau Tan Sri biasanya dilihat berkeliaran di pusat membeli-belah berjenama high end seperti Starhill Gallery. Mereka biasanya tidak bercampur dengan orang biasa (iaitu orang yang tidak sama kaya macam mereka). Teman lelaki pun perlulah sama-sama anak Tan Sri atau Dato’. Siang hari sukar untuk melihat mereka kerana biasanya mereka ini tiada kerja, jadi malam hari anda pasti melihat mereka berpesta bersama teman-teman di kelab malam terkemuka atau majlis penuh glamor dengan dres sendat Herve Leger.

Si Hipster

Anak dara yang baru nak kenal dunia, pengikut trend hipster yang setia dengan kaca mata besar dan seluar pendek denim serta kamera untuk mengambil gambar bangunan lama KL. Tempat lepak kegemaran semestinya Publika, di kafe sambil menghirup kopi (ya, budak kecil pandai minum kopi) dan ambil gambar bersama teman-teman.

Wanita pentingkan kerjaya

Jam 7 pagi sudah memerangi kesesakan lalu lintas untuk sampai ke pejabat. Boleh dikatakan pejabat merupakan rumah kedua bagi si gadis muda yang sibuk bina kerjaya dan masa hadapan. Beliau tiada masa untuk berfoya-foya kerana matlamat hidup beliau adalah untuk berjaya mendapatkan promosi sebagai pegawai senior atau menjadi CEO wanita sebuah syarikat. Si gadis pentingkan kerjaya ini cukup disayangi kerana pandai berdikari dan miliki matlamat hidup jelas. Namun beliau tidak pandai bersuka ria menjadikan beliau agak bosan. Seringkali dilihat berpakaian pakaian pejabat dan berwajah serius.

Model Mat Salleh

Jangan tersalah anggap sekiranya anda lihat gadis mat salleh berjalan-jalan di sekitar Bukit Bintang. Beliau bukan pelancong yang sesat tetapi model sambilan (atau kadang-kala pelajar university) yang lebih kenal dengan selok-belok KL daripada anak jati KL sendiri. Biasanya mereka daripada negara Eropah seperti Bosnia, Kazakhstan, Albania, dan lain-lain. Muka memang cantik, tetapi apabila bercakap, loghat Bahasa Inggeris mereka sangat tebal dan sukar difahami kadang kala.