Koleksi Gambar Berkaitan Kapal Titanic (11 Gambar)
11 Gambar yang berkaitan dengan kapal Titanic ini mungkin ada yang anda belum pernah saksikan
Semua Jawapan Untuk Guess The Emoji
Untuk memudahkan korang,ni aku nak share SEMUA jawapan untuk games Guess The Emoji,dari level 1 hinggalah level 25.
Tanda-tanda Kiamat Kecil Yang Telah Muncul
Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.
Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2014 Kakitangan Awam
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah menyiarkan surat pekeliling yang bertujuan memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 untuk kakitangan awam
Wanita lebih kerap bermimpi tentang seks
Tanpa mengira sama ada lelaki menghabiskan lebih banyak waktu untuk berfikir tentang seks, kajian pada tahun 2007 mendapati bahawa lelaki kurang cenderung untuk bermimpi tentang seks berbanding wanita.
15 Jul 2015
5 Sebab Wanita Selalu Tidak Rasa Yakin
14 Jul 2015
6 teknik terpantas untuk kecilkan saiz peha yang besar dan ketat
12 Jan 2015
14 "KEMULIAAN" WANITA MUSLIMAH YANG SEDANG HAMIL
1. Apabila seorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlahpara malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.22 Apr 2014
Tip fesyen buat si gadis comel
Ketahui kesalahan ketika bersolek
10 Apr 2014
Sebab perlu cari awek yang suka melancong
27 Mar 2014
Petua Jaga Kehebatan Dalaman Untuk Wanita
- Apabila megambil jamu, jangan amalkan minum air kelapa kerana ia akan meneutralkan semula badan
- Untuk wanita lepas bersalin, pegambilan jamu boleh dimulakan pada jari ketujuh selepas melahirkan anak sehingga habis tempoh berpantang.
- Wanita yang bersalin secara pembedahan, digalakan mengambil jamu selepas 2 atau 4 minggu setelah luka pembedahan pulih
- Amalan berpilis bertujuan menghalang darah meroyan naik ke mata manakala bertungku dan berbengkung pula dapat merapatkan pintu rahim.
- Dalam tempoh 44 hari berpantang. jangan bersama dengan suami untuk mengelakkan kerosakan faraj.
- Sekiranya mendapati diri hamil, elakan mengambil jamu atau sebarang ubat-ubatan lain.
- Apabila usia mencecah 40 tahun, kurangkan pemgambilan makanan laut sebalikanya lebihkan ulam-ulaman
- Bagi wanita, kurangkan pengambilan makanan dan minuman sejuk utnuk mengekalkan kesihatan
- Jangan amalkan makan bersulamkan air kerana ia boleh menyebabkan perut buncit
- Elakkan minum air semasa makan makanan berat seperti nasi, mee dan lain-lain. Sebaiknya minum air paling kurang 30 minit selepas habis makan.
- Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
- Bancuh sedikit asam jawa dengan segelas air panas dan garam. Kemudian embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.
- Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
- Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.Kemudian sapukan ramuan ini pada perut dan diikat dengan bengkung. Lakukan setiap hari semasa dalam pantang sehingga menampakkan perubahan.
- Campurkan 1 sudu kecil jus limau nipis, 1 sudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul sehingga sebati dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa 2 minggu
20 Feb 2014
Tips Mudah Bersalin
4 Feb 2014
13 Perkara Yang Perlu Dijaga Oleh Wanita
1 Feb 2014
5 Ciri-Ciri Awek Pisau Cukur
1) Suka mengajak anda keluar jalan-jalan dan makan-makan serta pujuk-pujukan untuk membeli-belah mahupun shopping-an barang-barangan.
2) Sangat pandai bergaya ala-ala manja untuk mendapatkan kad kredit anda. Peringkat tertinggi mereka iaitu berjaya mendapatkan rumah serta dan juga kereta.
3) Agak menggelabah apabila telefon bimbitnya berdering dan seringkali bercakap dengan nada lembut berbisik-bisik mengalahkan ejen perisik.
4) Sangat gemar bertentang mata dnegan tokei kedah emas tatkala keluar enggan anda sambil cuba memaksa anda bertentang mata sama.
5) Memiliki banyak barang-barang mahal yang anda tahu dia tidak akan mampu membeli. Sudah itu siapa yang beli?
Adakah anda iaitu wanita / perempuan mempunyai ciri-ciri seperti ini? Ataupun tidak? Benarkan anda mencintai lelaki anda itu tanpa memikirkan tentang duit yang banyak dan hanya ada duit untuk mampu makan dan minum sahaja tanpa membelikan barangan lain? Ataupun wanita / perempuan memang seperti ini?
30 Jan 2014
9 Ciri-Ciri Wanita Idaman Lelaki
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Dia tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki.
3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang mempunyai sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.
4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan kerana wanita akan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan dirinya. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia atau dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.
6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka mencuci mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita itu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan boleh menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.
8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.
9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri wanita sejuk mata Memandang adalah:
- Bersopan satun.
- Sentiasa memaniskan wajah.
- Sentiasa memberikan senyuman yang ikhlas.
- Menutup aurat.
- Tidak terlalu cemburu.
- Menghormati orang lain.
23 Jan 2014
5 Sebab Mengapa Lelaki Suka Wanita Tanpa Mekap
21 Jan 2014
5 Perkara Wanita Suka Tapi Lelaki Benci
12 Jan 2014
Warna Pembayang Mata Yang Sesuai
6 Jan 2014
Tips Ketika Dilema Memilih Jodoh
5 Jan 2014
Rahsia Purba Atasi Perut Buncit
Anda senyum? Tidak mengapa.. Jika hanya ‘disebut’ sahaja membuat anda tersenyum, bagaimana pula jika anda berada di kalangan mereka yang memiliki perut yang buncit. Anda pula yang akan mendapat ‘senyuman’ daripada orang sekeliling anda. Walaupun anda memakai baju mengikut ukuran badan anda, namun kadang kala masalah perut buncit masih lagi kelihatan. Malah lebih menyedihkan anda ada yang menerima perlian daripada rakan-rakan. Walau pun mungkin hanya gurauan bagi mereka, tetapi dalam hati anda, hanya tuhan saja yang tahu!
Jika lelaki akan menerima perlian…
“Besar pouch bag awak.. apa isinya?”.
Kalau perempuan pula lagi segan..
“Mengandung lagi ke? Aikk.. cepatnya”
Siapa tak malu jika memiliki perut yang buncit ni. Jika perut buncit tapi bawa Ferrari, itu lain cerita.. tapi jika perut buncit sebab nafsu makan yang luar biasa. Ada sesuatu di depan mata yang menyedapkan semua pasti di ‘kebas’. Itu yang susah tu.
Tapi usah risau. Kali ini, saya akan muncul sebagai penyelamat walaupun saya tahu 95% mereka yang membaca rahsia ini hanya membaca sahaja dan tidak melakukan, lagi 4% akan melakukan selama 3 hari sahaja dan lagi 1% … agak saya lah, mereka teruskan selama 2 minggu. Agakkan saja saja ya,
Apa pun saya rasa anda tidak lah begitu. Saya yakin, anda seorang yang berjiwa kental, kekal dengan matlamat mahu memusnahkan perut buncit anda tersebut. Namun, ianya ianya tidak akan berguna sekiranya anda tidak bermula dengan tindakan yang positif.
Takkan hilang perut buncit jika anda masih terus duduk di hadapan sofa sambil minum coke. Sia-sia jika hanya berharap sekadar keinginan semata-mata. Jawabnya sampai ke tahun hadapan perut anda masih akan mara ke depan.
Semoga tips step by step ini berguna untuk anda. Saya mengharapkan agar anda tergolong dalam golongan 1% iaitu orang yang melakukan. Orang yang mempunyai keinginan yang kuat dan dibuktikan dengan perbuatan.
Berikut adalah tips rahsia purba bagaimana untuk menghilangkan perut buncit.
Step 1 : Kempiskan perut buncit
Latihan angkatan beban dapat mengempiskan seterusnya dapat menghilangkan perut buncit. “Tapi, saya tak ada duit untuk ke Gym bro.. bagaimana?”
Ohh.. Jangan risau.. Angkatan beban sebenarnya tak perlu susah-susah pun.. Mulakan dengan melakukan sit up. Itu juga salah satu angkatan beban menggunakan berat badan anda sebagai beban. Yang lebih best ialahsit up ini fokus kepada kekuatan perut dan ia memberi kesan terhadap perut buncit anda.
Lakukan 3 set setiap sesi dengan angkatan sit up 12 kali setiap sesi. Sebelum masuk ke sesi ke -2, lakukanplanking selama 30 saat ya. Teruskan sebegitu sehingga sesi ke-3, berselang seli dengan planking. Total masa yang diambil untuk sesi ini ialah tidak sampai 15 minit pun. Mudah bukan?
Step 2 : Bakar lemak perut buncit
Apa yang penting, ubah cara pemakanan anda. Jika selama ini, anda makan breakfast roti canai/nasi lemak/nasi dagang.. TAPI nak hilangkan perut buncit ni, anda kena ambil biskut oats dan air malt coklat. Kalau sebelum ini, makan tengahari anda ambil nasi penuh.. Mohon ianya dikurangkan kepada suku. Boleh kan? =)
Saya akui ia agak sukar. Namun ianya lebih perlu dibendung daripada ianya menjadi semakin parah. Mencegah itu lebih baik. Maka cegahlah perut buncit itu bermula dari mengawal pengambilan makanan anda.
Step 3 : Nyahkan/ Buangkan perut buncit
Lebihkan melakukan senaman. Bagaimana? Anda perlu lakukan senaman extra 5-15 minit setiap hari. Jika selama ini, anda bersenam 15 minit setiap hari maka untuk menyahkan perut buncit ini, anda kena bersenam extra lagi 5-15 minit.
Terbaik ialah bersenam kardio selama 30 minit setiap hari secara konsisten dan kemudian disambung dengan senaman angkatan beban selama 15 minit. Fuhh.. kalau anda berkomitmen dengan ini, tahulah akibatnya selepas 1 bulan.. Six pack lah jadinya.
Step 4 : Mengtong sampahkan perut buncit
Makan lebih banyak makanan yang mempunyai ‘whole grain’. Apakah whole grain ini? Contoh makanan ‘whole grain’ untuk mengtong sampahkan perut buncit ialah seperti biskut gandum, oats dan berat perang (Basthmathi atau Beras Herba ponni taj mahal)
Saya akui harganya memang sedikit mahal TETAPI apa lah salahnya jika anda korbankan sedikit wang anda untuk kesihatan anda. Jika anda sanggup dan mampu berbelanja untuk menukar handphone touchscreen berjenama, kereta mahal. Tidak salah rasanya jika habiskan sikit duit ke arah kesihatan yang lebih baik kan.
Kesimpulannya, untuk melakukan 5 steps di atas pastinya bukanlah satu kerja yang mudah buat anda. Apatah lagi ia memerlukan konsistent daripada anda. Apapun, lakukan setakat mana yang termampu terlebih dahulu. Jika tidak mampu berjogging, maka anda mulakan lah dengan berjalan laju. Jika anda tidak larat berjalan laju, mulakan lah dengan berjalan perlahan.
Ikut kemampuan anda ya.. Ubah habit anda kepada kehidupan yang lebih sihat. Walaupun anda seberat 130kg pun, tidak mengapa. Mungkin anda merasa sedikit rendah dirilah sebab mungkin anda seberat 130kg. Tapi, jangan merasa rendah diri lagi. Buktikan anda juga mampu menjadi seperti orang lain. Belum cuba belum tahu lagi kan..
Selamat mencuba!^^
3 Jan 2014
10 Soalan Sebelum Bertunang
21 Dec 2013
Senaman Yang Harus Dielakkan Ketika Datang Haid
Kebanyakan wanita rasakan bahawa jika datang bulan, semua aktiviti sukan dan senaman harus dijauhi. Dahlah tak cukup darah dan rasa lemah, bagaimana nak bersenam?
20 Dec 2013
12 Sebab Mengapa Haid Anda Lewat
18 Dec 2013
Tanda-Tanda Keguguran
Gejala dan tanda keguguran termasuk:
- - Pendarahan. Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi.
- - Sakit. Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.
- - Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj. Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.
Wanita-wanita yang lebih berisiko untuk gugur:
- - Usia terutama 35 tahun keatas
- - Sejarah keguguran berulang iaitu 3 kali ke atas
- - Sejarah keluarga terdekat yang juga keguguran seperti ibu kandung
- - Masalah PCOS juga boleh meninggikan risiko keguguran
- - Masalah kesihatan seperti kencing manis, tiroid atau penyakit imun
- - Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus sebelum dan semasa hamil
- - Penyakit darah beku seperti antiphospholipid antibody syndrome.
- - Masalah bentuk rahim tidak normal seperti berbentuk T atau bercabang.
- - Pernah hamil dengan anak cacat
- - Terhentak atau jatuh dengan kuat dan mendadak seperti semasa kemalangan
- - Terdedah kepada bahan kimia seperti benzene, arsenic, atau formaldehyde sebelum atau semasa hamil.
- - Usia suami lebih dari 40 tahun
- - Pemakan ubat NSAIDs seperti ponstans semasa awal kehamilan
- - Pengunaan alcohol, dadah dan rokok
- - Gigitan ular
- - Meminum cafin secara berlebihan
- - Ujian invasive semasa awal hamil seperti chorioamniosis and chorionic vilous sampling
- - Terdedah kepada Komputer monitor
- - Hubungan seks
- - Senaman
















.jpg)








