Sudah menjadi lumrah manusia sukakan perkara yang indah. Naluri kita memang mudah tertarik kepada perkara, dan paling penting disini, manusia yang cantik. Jadi tidak menjadi tanda tanya mengapa lelaki kadang-kala memilih dan mahukan teman wanita yang wajahnya persis peragawati.
Tetapi sebelum anda terkejar akan si gadis cantik, tunggu dahulu dan fikirkan perkara ini pula. Berbaloikah miliki teman wanita cantik? Kalau muka sahaja cantik tetapi perangai tidak, apa gunanya?
Mari kita lihat bersama sebab-sebab mengapa paras rupa bukanlah segalanya dalam mencari pasangan.
Mereka sukakan perhatian
Orang cantik sukakan perhatian. Lihat sahaja berapa banyak gambar “selfie” yang beliau akan pamerkan dalam akaun Instagram beliau. Kalau anda terlalu sibuk sehingga tidak sempat berikan beliau perhatian yang secukupnya, pasti si cantik akan mencari jejaka lain untuk berikan beliau tumpuan yang beliau mahukan. Dan tidak mustahil juga, si dia petik jari sahaja boleh dapat teman lelaki baru.
Mereka rasakan bahawa mereka layak terima perkara terbaik dalam dunia
OK, memang setiap wanita layak dilayan seperti seorang tuan puteri dan menerima perkara terbaik di muka bumi terutamanya jika anda sayangkan si dia. Tetapi bagi orang cantik, mereka rasakan mereka boleh menerima apa sahaja yang mereka inginkan tanpa berusaha untuk perkara tersebut. Adakah ini adil? Tidak sama sekali. Cantik atau tidak, semua orang perlu berusaha untuk miliki apa yang mereka mahukan.
Mereka pentingkan diri
Ada kalanya mereka rasakan dunia ini tentang dia sahaja. Pendapat orang lain jarang dititikberatkan kerana bagi dia, dunia ini berputar sekitar diri dia sahaja. Mampukah anda tangani perangai diva sebegini?
Bukan nak katakan jauhi semua perempuan cantik, namun kenalah berpada-pada.Indah rupa sahaja tidak menjanjikan kebahagiaan. Namun jika anda berjaya menemui seorang perempuan yang cantik paras rupa dan budi bahasa, tahniah diucapkan.
**Klausa pengecualian: Tidak semua gadis cantik berperangai hodoh. Ada yang baik, tetapi anda kena pandai cari.