Pada 1 Disember 2013, satu Malaysia kecoh dengan khabar berita kematian Paul Walker , namun Tidak sampai 3 jam berita kematian Paul Walker menerobos ruang saiber sudah ada hamba-hamba Allah yang berkongsi "gambar bedah siasat" beliau. Kami menjumpai gambar bedah siasat ini di Twitter dan sekali pandang kami sudah tahu itu bukan mayat Paul Walker. Ada beberapa sebab kenapa kami tahu ianya bukan mayat sebenar mendiang Paul Walker.
1. Muka "mayat" masih merah. Gambar diambil ketika mangsa masih hidup. Umum diketahui dari laporan media Paul mati ditempat kejadian2. Kereta yang beliau dan Roger Rodas naiki terbakar serta merta setelah melanggar tiang lampu. Jelas kelihatan ruang penumpang Porsche GT yang dinaiki terbakar teruk. Mustahil wajah Paul masih boleh dikenal pasti.
3. Mayat Paul masih sehingga berita ini ditulis tidak dapat dikenal pasti oleh koroner. Mereka masih menunggu rekod gigi Paul dan Rodas bagi memastikan identiti. Sadly this means mayat kedua-dua mangsa hangus terus paska kebakaran.
Jadi wajah siapakah yang dikatakan "Paul Walker" ini sebenarnya?
Well. Nama beliau ialah Alan Dennis (26) seorang sukarelawan Kristian yang bertugas di Kongo. Pada tahun 2011 Dennis sedang membina sebuah loji penapis air untuk sebuah gereja. Beliau menggunakan sebuah angle grinder untuk memotong batu bata bagi membina sebuah relau memanaskan air. Tiba - tiba bilah angle grinder yang digunakan beliau pecah dan serpihan besi terpelanting menghentam penutup muka yang dipakai beliau. Alan tidak menyedari betapa seriusnya kecederaan beliau sehingga rakan sekerja beliau menjerit melihat rupa beliau. Sebilah besi terbang dan memotong muka beliau dari tengah - tengah kening mata hingga ke mulut. Besi ini melekat terus pada muka beliau.
Setelah dikejarkan ke hospital besi yang terbenam berjaya dikeluarkan dan kini Alan kembali pulih. Beliau hanya hilang beberapa batang gigi akibat kemalangan ngeri ini. Alan masih lagi bekerja dengan gereja di Kongo dan merasakan kemalangan ini hanya ujian Tuhan terhadap beliau
So now you know. Cerita disebalik gambar bedah siasat Paul Walker sebenarnya mempunyai happy ending dan mesej yang lebih positif dari apa yang dikongsi di media sosial.