HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

13 Apr 2014

Sebab tidur membuatkan kita gembira


Selain bercuti di luar negara dan makan sebanyak yang anda mampu, apa lagi menggembirakan anda? Bagi kebanyakan warga pejabat, semestinya tidur dan istirehat!

Bukan mudah untuk dapatkan tidur yang mencukupi, terutamanya dengan keperluan pejabat yang bertimbun dan rasa seperti sentiasa tidak cukup masa untuk kebanyakan aktiviti harian.

Apa yang kita seronok sangat bab tidur ini?

Masa berangan

Masa tidur digunakan sebaiknya untuk mimpi kahwin dengan Putera Harry atau mimpi diselamatkan Keith Foo. Kalau dunia realiti, agak sukar untuk perkara tersebut terjadi. Nak berangan waktu pejabat? Jangan harap, nanti lain pula jadinya.

Rehatkan badan

Akhirnya, selepas seharian berlari ke hulu ke hilir, terutamanya bagi mereka yang gemar bersenam, masa untuk terbaring dan lelapkan mata merupakan masa paling dihargai dalam satu hari.Gunakan masa ini sebaiknya kerana masa tidur memang terasa sekejap. Baru rasa nikmat tidur, sudah jam 7 pagi dan perlu bangun! Biarpun sudah 8 jam lebih tidur pun rasa macam pejam mata untuk 5 saat sahaja!

Oleh itu, memang perlu dilatih dan dijadikan tabiat untuk menjaga masa tidur anda!

Tahukah anda berdasarkan kajian kesihatan University of Chicago, wanita yang kurang tidur atau gemar berjaga malam miliki ciri-ciri kelelakian seperti gemar mengambil risiko dan kurang hubungan cinta stabil. Semestinya anda impikan hubungan cinta yang kekal selamanya bukan?

Orang yang gemar berjaga malam juga dikatakan mengandungi tahap kortisol tinggi dan ini menyebabkan rasa tertekan.