HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

27 Apr 2014

Lawatan Obama: Sekuriti, keselamatan ditingkatkan


Sekuriti dan keselamatan ibu negara akan ditingkatkan ketika lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. 

Selain daripada peningkatan kehadiran polis, penutupan jalan di bahagian-bahagian utama bandar dan "zon kawasan larangan terbang" akan dikuatkuasa untuk melindungi presiden sebelum beliau tiba dalam pesawat Air Force One di RMAF di Subang pada petang Sabtu.

Perkhidmatan Rahsia AS telah berada dalam negara sejak bulan lepas untuk 'menjamin' keselamatan presiden. Mereka telah menjalankan peninjauan rapi di hotel dan tempat-tempat yang Obama bakal kunjungi.

Kapal terbang-kapal terbang kargo tentera milik AS telah mula menghantar bekalan logistik untuk lawatan Obama. Antaranya adalah kenderaan dan trak yang membawa tingkap kalis peluru bagi liputan tingkap hotel yang akan diduduki oleh Obama.

Presiden AS ke-44 juga telah membawa Cadillac One, kenderaan khas yang akan digunakan untuk lawatannya. Cadillac One juga dikenali sebagai 'The Beast' (rujuk video).

Pada ketika ini, presiden berada di ibu negara Jepun dan akan menyusul ke Seoul sebelum ke sini. Lawatan tersebut adalah dari 26 hingga 28 April, 2014.

Perjalanan Obama merupakan presiden pertama AS ke Malaysia dalam masa 48 tahun sejak lawatan Lyndon B. Johnson pada tahun 1966.