HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

3 Apr 2014

Mengapa wanita cantik bercerai?


Kisah dongeng mendidik kita, seandainya jelita bak Cinderella dan puteri diraja, pasti hidup berakhir dengan bahagia. Mungkin itu sebab kita membiasakan diri menyamakan bahawa cantik itu bererti bahagia. 

Namun ini bukan kisah dongeng, malah reality hidup yang agak sinis. Orang cantik tidak semestinya hidup bahagia. Ada kalanya, dan juga kebanyakan masanya orang yang cantik juga sering kali musnah pelamin idaman. Lihat sahaja contoh di luar negara, selebriti Hollywood yang paras rupa jelita kalah anak patung yang bertukar-tukar suami seperti salinan baju. 

Jadi persoalan kali ini, mengapa wanita jelita bisa diceraikan?

Taksub dengan diri sendiri

Bukan nak kata semua orang cantik miliki sifat vain, narcissist atau terlalu taksub dengan paras rupa sendiri tetapi kadang kala itu yang menjadi perkara pertama yang merapuhkan hubungan. Hubungan bukan berbentuk sehala malah perlu ada pertalian dan kerjasama. Kalau sibuk ke salun kecantikan dan tidak hiraukan si dia, tidak berguna juga.

Terlalu yakin

Teman saya pernah berkongsi bahawa beliau tidak gemar berpacaran dengan wanita yang terlalu cantik kerana biasanya mereka terlalu yakin dengan kebolehan diri sendiri sehingga tidak ada cubaan untuk baiki diri sendiri atau cubaan untuk selamatkan hubungan. 

Tiada personality

Mula berkenalan dan berpacaran memang seronok, dapat lihat wanita jelita setiap hari dan menjadi bahan cemburu lelaki lain. Tetapi bagi jangka masa panjang, lelaki akan cepat bosan apabila tiada bahan lain yang boleh dibualkan. Kecantikan juga bisa pudar tetapi personality menarik pasti menyelamatkan keadaan.

Cemburu

Wanita cantik biasa menjadi perhatian di mana-mana. Tak semestinya perlu menjadi selebriti untuk mendapat perhatian orang. Seandainya si dia tidak dapat biasakan diri dengan perhatian yang wanita cantik terima setiap hari, mungkin cemburu membuta akan makan hubungan ini.


Pengajaran di sini, paras rupa bukanlah segalanya dalam suatu hubungan. Bukan paras rupa juga yang perlu disalahkan kerana berakhirnya suatu hubungan. Kadang kala sudah tertulis akan ketiadaan jodoh. Yang penting, jangan berhenti cuba mencari kebahagiaan.