Disenaraikan sejarah kejadian misteri pesawat penerbangan antarabangsa pernah hilang di udara, ada yang berjaya ditemui dan ada yang masih dilaporkan hilang sehingga kini.
Pan Am Flight 7
Pada tahun November 1957, pesawat penerbangan Pan Am Flight 7 terbang dari San Francisco menuju ke Honolulu, Hawaii apabila esawat tersebut putus hubungan dan tidak sampai ke Hawaii. Pencarian diperluaskan sehingga November 14 dimana US Navy temui bangkai pesawat dan badan-badan di laut yang dikenal pasti berasal daripada pesawat Pan Am yang dilaporkan hilang di sekitar Lautan Pacific, kira-kira 955 batu daripada Honolulu.
Varig Flight 967
Kejadian pesawat Boeing 707 milik Varig Brazilian Airlines dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Galeao, Rio de Janeiro pada 30 Januari 1979. 30 minit setelah berangkat dari Tokyo, pesawat dikatakan putus hubungan. Pesawat mahupun krew kabin tidak berjaya ditemui.
Merpati Nusantara Airlines Flight 6715
Pesawat Merpati Nusantara Flight 6715 menuju dari Bima ke Ruteng dan dilaporkan hilang berhampiran Pulau Flores pada tahun 1995. Pesawat tersebut dikatakan alami masalah cuaca dan dilaporkan telah terhempas, ragut nyawa 4 krew kabin dan 10 orang penumpang.
Douglas C-47A CP-1418
Pada tahun 1989, pesawat kargo berkenaan, Douglas C-47 hilang dalam penerbangan dari La Paz menuju ke Apolo, Bolivia. Kejadian tersebut dikatakan telah mengorbankan kesemua penumpang.
Learjet 35A
Pada Februari 1983, pesawat peribadi Learjet 35A yang membawa hartawan Sri Lanka, Upali Wijewardene hilang sekitar Selat Melaka, Malaysia. Bangkai pesawat mahupun penumpang pesawat tersebut tidak pernah ditemui.
Pesawat Cessna 182L
Pada Oktober 1978, seorang juruterbang muda Frederick Valentich telah dilaporkan hilang ketika membawa pesawat Cessna 182 L sekitar Bass Strait di Australia. Beliau dikatakan hendak mendarat di King Island dan kembali ke lapangan terbang Moorabbin. Namun 235 km dalam penerbangan, Valentich hubungi pusat kawalan melaporkan ada sebuah pesawat aneh lain yang ekori beliau sebelum hubungan terputus. Sehingga kini Valentich dan pesawat beliau tidak pernah ditemui semula serta Jabatan Pengangkutan Australia telah simpulkan bahawa sebab kehilangan tidak dapat ditentukan.