Mungkin ada yang berazam untuk tamatkan zaman bujang tahun 2014 ini, tetapi apa persediaan diri anda selain daripada simpanan wang yang mencukupi? (Majlis perkahwinan bukan murah ya kawan-kawan, sewa dewan tanpa catering pun sudah mampu buat downpayment untuk kereta baru!)
Harus ingat, perkahwinan bukan semata-mata untuk dijadikan bahan tunjuk bahawa anda sudah melengkapkan hidup anda. Disebalik majlis yang gah, terdapat tanggungjawab dan hati yang perlu dijaga. Sebulan dua mungkin terlalu sekejap untuk nampak dugaan perkahwinan, tetapi bolehkah anda bertahan 20 tahun?
Disini kami senaraikan ciri-ciri yang anda perlu lihat dalam calon suami atau isteri sebelum membuat keputusan untuk mendirikan mahligai impian. Ingat, perkahwinan bukan main-main.
Kongsi kepercayaan sama
Pegangan agama dan kepercayaan sama akan merapatkan diri anda biar apapun yang mendatang.
Pasangan yang mengajar anda perkara baru
Perkahwinan 20 tahun akan menjadi bosan apabila semua perkara seolah seperti routine harian. Apabila anda atau pasangan miliki kebolehan untuk mengajar satu sama lain perkara baru dan menarik, ini akan menyegarkan hubungan ini. Tiada lagi alasan bercerai kerana sudah bosan.
Kepercayaan
Cemburu membuta tidak membantu pertahankan pelamin impian. Perlu saling mempercayai antara satu sama lain. Kalau tidak percaya, mengapa sanggup berkahwin?
Mampu ‘lepak’ bersama
Apabila luangkan masa bersama pasangan, kadang kala tidak perlu keluar berbelanja di restoran mewah. Ini bukan zaman mengorat lagi. Anda sepatutnya sudah selesa dengan satu sama lain, sehingga boleh lepak bersama di rumah sahaja dan nikmati masa bersama.
Jadikan anda lebih baik
Ibu pernah nasihati saya, sekiranya ingin mencari calon suami, carilah lelaki yang mampu kurangkan sifat degil anda. Dalam erti kata lain, kata ibu memang benar. Cari calon pasangan yang jadikan anda lebih baik, bukan teruk.
Boleh bergurau
Saling memahami gurauan dan miliki sense of humour yang sama.
Tidak menyekat hubungan
Contoh sekatan seperti ugutan, “Saya akan ceraikan awak jika awak pakai baju pink.” Sekatan seperti ini tidak perlu dalam hubungan, anda perlu terima seadanya pasangan anda.
Cintakan anda sepenuhnya, termasuk cacat cela
Sayang waktu muda dan cantik memang mudah, tetapi seseorang yang mampu menyintai cacat cela seseorang memang wajar dijadikan calon pasangan.
Hormati keluarga anda
Pandai berkawan- dengan kawan anda, bukan kawan si dia sahaja
Setia
Kalau tidak mampu setia, usah naik pelamin.
Kongsi visi dan matlamat masa hadapan anda
Lebih bagus jika beliau sokong matlamat anda dan bukan gelakkan matlamat tersebut atau samakan matlamat tersebut seperti angan-angan Mat Jenin. Nak jadi Perdana Menteri? Ya, sayang memang mampu jadi Perdana Menteri.