HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

27 Nov 2013

Tips Untuk Tampil Cantik Pada Waktu Pagi


Oleh sebab gaya hidup yang semakin sibuk pada zaman moden ini, kebanyakan wanita tidak mempunyai banyak masa untuk menjaga rambut, kulit, kuku, mata, bibir, dan lain-lain lagi. Di sini, kami ingin kongsikan beberapa tips kecantikan semalaman yang berkesan untuk anda tampil cantik. Jadi, bagaimana untuk menjadi lebih cantik pada waktu pagi? Bacalah tips di bawah: 

Penjagaan rambut anda semasa tidur 
Terdapat banyak rawatan kecantikan yang boleh anda gunakan pada waktu malam. Salah satu yang menjadi kegemaran ramai adalah dengan membuat rawatan rambut yang berkhasiat dan menyegarkan. Ambil perapi rambut atau masker rambut dan gunakannya pada rambut anda yang telah dicuci dengan syampu dan lembap. Ingat, anda hanya perlu menggunakannya pada rambut sahaja dan tidak mengenai pada akar rambut dan biarkannya semalaman. Anda boleh membalut rambut anda dengan kain atau plastik untuk mengelakkan daripada terkena sarung bantal anda. Apabila anda bangun, bilas rambut anda dengan air suam dan menikmatilah rambut yang seakan-akan licin seperti sutera dan kelihatan bermaya! 

Bagaimana untuk mendapatkan tangan lembut? 
Jika tangan anda sangat kering, dehidrasi dan mempunyai rekahan yang menyakitkan, cubalah teknik kecantikan ini. Gunakan krim tangan dengan lapisan yang tebal atau minyak berkhasiat pada tangan anda. Kemudian, pakai sarung tangan kapas ringan dan biarkannya semalaman. Apabila anda bangun pada waktu pagi nanti, tangan anda akan berasa sangat lembut, lembap dan licin. 

Melicinkan tumit anda
Urut krim yang bagus untuk tumit dan seluruh kaki anda dengan lapisan yang tebal. Selain itu, pakai sarung kaki kapas yang selesa sebelum tidur. Pada waktu pagi kaki anda akan kelihatan lebih berbeza dan baik berbanding sebelumnya. 

Tiada lagi jerawat! 
Anda boleh merawat jerawat anda semasa anda tidur! Hanya sapukan minyak 'tea tree' pada jerawat anda dan amalkannya selama beberapa hari. Anda akan saksikan perbezaannya kerana ia akan berkurangan dan hilang dalam sekelip mata! 

Sarung bantal sutera
Dapatkan sarung bantal sutera sekarang! Ini kerana tidur dengan menggunakan sarung bantal sutera boleh memberi manfaat untuk rambut anda kerana ia mengurangkan rambut bercabang. Tambahan lagi, sutera juga boleh membantu menjaga wajah anda kelihatan segar dan bebas kedutan pada waktu pagi nanti. 

Kedudukan tidur terbaik
Apabila anda tidur mengiring atau pada perut anda, anda lebih cenderung untuk mendapatkan garis-garis halus yang tidak diingini, serta lingkaran hitam di bawah mata, yang mana boleh menjadi kekal, jika anda tidak mengubah kedudukan tidur anda setiap malam! Cuba untuk tidur dengan muka mnghala ke siling dan katakan selamat tinggal kepada garis-garis pada wajah. 

Penjagaan bibir anda
Buat rawatan 'exfoliate' pada bibir anda sebelum masuk tidur dan kemudian, sapukan pelembap bibir kegemaran anda atau minyak berkhasiat seperti minyak zaitun, minyak kelapa atau minyak badam pada bibir anda. Lakukan tips ini secara kerap dan ianya pasti membantu anda untuk elakkan bibir luka selama-lamanya!