HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

23 Nov 2013

Siapakah Kaum Aztek?


Kaum Aztek merupakan orang Mesoamerika di Mexico tengah yang kaya dengan warisan dongeng dan kebudayaan. Dalam bahasa Nahuatl, bahasa tempatan kaum Aztek, "Aztek" bererti seseorang yang berasal dari Aztlán". Kaum Aztek juga merujuk kepada diri mereka sebagai Mehika atau Meshika atau Mexica, asal nama "Mexico". Penggunaan nama Aztek sebagai istilah berkelompok yang merangkumi semua mereka yang mempunyai ekonomi, adat, agama, dan bahasa Mexica sebagaimana yang dicadangkan oleh Alexander von Humboldt.

Empayar Aztek bukanlah perbandingan yang sama dengan empayar dalam sejarah Eropah. Secara etnik "ethnically" ia amat berbeza. Gelaran terpenting dalam kerajaan Tenochtitlan sering dikenali sebagai Maharaja Aztek. Gelaran huey tlatoque ini diterjemahkan sebagai Ketua Speaker "Chief Speaker". Jawatan ini semakin berkuasa dengan peningkatan kuasa Tenochtitlan, dan pada tempoh pemerintahan Auitzotl, "Maharaja" adalah perumpamaan yang paling sesuai, seperti Empayar Suci Rom, ia bukannya gelaran turun-temurun.

Sebahagian besar empayar Aztek dibina oleh Tlacaelel, walaupun Tlacaelel ditawarkan jawatan tlatoani, dia rela menjadi kuasa di belakang takhta. Tlacaelel membentuk struktur kerajaan Aztek, memerintah pembakaran kebanyakan buku Aztek, (penjelasan Tlacaelel adalah ia mengandungi penipuan) dan merombak kembali sejarah Aztek. Tlacaelel juga merombak kembali agama Aztek, dengan meletakkan Huitzilopochtli, dewa kaum Aztek pada tahap yang sama dengan dewa-dewa nahuas silam, seperti Tlaloc, Tezcatlipoca dan Quetalcoatl. Tlacaelel membina satu institusi perang adat "ritual war", dan keperluan untuk pengorbanan yang berterusan untuk memastikan matahari kekal bersinar. Sesetengah penulis percaya, bahawa kelas atasan mengetahui mengenai penipuan ini. Perkara ini dapat menjelaskan tindakan Moctezuma II apabila dia bertemu Cortez.

Masyarakat Aztek terbahagi kepada dua kelas: macehullas atau petani dan pilli atau bangsawan. Kanak-kanak lelaki pergi ke sekolah ketika berusia 15 tahun. Di sekolah atau telpuchcalli, mereka mempelajari sejarah, ugama, kemahiran bertempur, dan perdagangan atau kesenian. Anak kaum bangsawan juga pergi ke sekolah yang dikenali sebagai calmecac.

Tentera Aztek mempunyai kumpulan yang seumpama perkhidmatan tentera yang dianggotai oleh pejuang profesional. Apabila pahlawan Aztek menangkap 4-5 tahanan, dia akan dianugerahkan dengan pangkat Helang "Eagle" atau Pahlawan Jaguar atau pewira.

Kalendar Aztek
Sebahagian dari tentera Aztek merupakan tentera profesional. Tentera ini dikelaskan sebagai tentera khas dengan gelaran sebagai pahlawan Jaguar atau Helang. Pahlawan Jaguar ditakuti musuh dalam pertempuran. Pahlawan Jaguar selalunya mengenakan pakaian yang diperbuat dari kulit Jaguar untuk menakutkan musuh. Seseorang pahlawan diukur dengan kejaguhan, ketangkasan, dan kebolehannya berlawan dengan baik. Seseorang pahlawan yang mampu menangkap 4-5 tawanan dalam pertempuran biasanya diberikan gelaran Jaguar. Tahanan merupakan hadiah paling berharga dalam pertempuran. Tahanan dijadikan korban manusia bagi Aztek. Untuk mendapatkan tahanan, pahlawan akan mensasarkan kaki bagi melumpuhkan dan bukannya untuk membunuh. Tahanan akan dijaga oleh pahlawan yang menangkap mereka sehinggalah tiba masanya untuk pengorbanan. Gelaran kepada tentera khas memberikan pahlawan Aztek rasa bangga dan mempamerkan kuasa dan kepentingan tentera kepada mereka yang lain.

Emas Aztek
Makanan ruji Aztek termasuk jagung, kacang dan sayuran squash. Amat menarik bahawa banyak telah diperkatakan mengenai kekurangan protin dalam diet Aztek, tetapi tiada bukti menyokong. Pertama sekali, gabungan jagung dan kacang membekalkan kuota penuh asid amino yang diperlukan, oleh itu tidak terdapat keperluan untuk protin haiwan, juga mereka menggunakan amarant, yang mengandungi kandungan protin tinggi. Lebih penting lagi, mereka mempunyai pelbagai makanan, mereka mengumpulkan acocil, udang kecil dan banyak terdapat dalam tasik Texcoco, dan juga alga spirulina, kaya dengan flavonoid, dan mereka memakan serangga, seperti cengkerit (chapulines), ulat maguey, semut, larva dan sebagainya. Serangga mempunyai kandungan protin lebih tinggi berbanding daging, dan sehingga sekarang ia dianggap makanan mewah dalam permakanan mexican.
Mereka juga menggunakan maguey secara meluas, mereka mendapatkan makanan, gula (aguamiel), air (pulque), dan fiber untuk tali, dan pakaian daripadanya. Penggunaan kapas dan perhiasan terhad kepada golongan bangsawan. Biji koko digunakan sebagai mata wang. Bandar jajahan terpaksa membayar ufti tahunan dalam bentuk barangan mewah seperti bulu pelepah dan pakaian berhias.
Kaum Aztek membina pulau buatan atau chinampa di tasik Tenochtitlan yang mereka bercucuk tanam.
Aztek terkenal dengan kepercayaan pengorbanan manusia yang mereka lakukan secara besar-besaran, tetapi jumlah korban adalah dipertikaikan.

Untuk pembinaan kuil utama, mereka dilaporkan mengorbankan sehingga 100,000 tawanan dalam tempoh empat hari.. Bagaimana bandar 80,000 mampu menawan, memenjara, dan menghapuskan tahanan seramai itu adalah tidak jelas. Tambahan lagi Ahuitzotl dilaporkan mengorbankan mereka dengan tangannya sendiri. Ia memerlukan pengorbanan seramai 17 korban seminit, untuk 24 jam selama 4 hari. Sesetengah pengkaji percaya kemungkinan hanya 3,000 korban dilakukan dan jumlah kematian diperbesarkan sebagai propaganda perang.
Upacara "Korban Hati" Kaum Aztec
Aztek ditakluk oleh Sepanyol pada 1521, selepas peperangan dan pengepongan yang berpanjangan, dimana kebanyakan penduduk mati akibat kelaparan dan penyakit cacar smallpox, Cuautemoc menyerah kepada Hernan Cortez. Cortez dengan sehingga 500 orang tidak berperang bersendirian tetapi mempunyai bantuan sehingga 150.000 - 200.000 sekutu dari Tlaxcala dan akhirnya dari Texcoco yang menentang pemerintahan Aztek. Dia menewaskan tentera Tenochtitlan pada 13 Ogos 1521.