Mentega kacang merupakan pes makanan yang dibuat dari kacang tanah panggang, popular di Amerika Utara, Belanda, United Kingdom, Australia dan sebahagian di Asia. Ia digunakan sebagai lepa untuk sandwic. Kombinasi lain yang sesuai dicampur ialah coklat, jem atau keju.Tahukah anda :
- Di Amerika Syarikat, Hari Mentega Kacang Kebangsaan disambut pada setiap 24 Januari.
- Mentega kacang sebenarnya bermula di zaman orang Aztek. Orang Aztek melumatkan kacang tanah yang dipanggang menjadi pes.
- Ramai yang memberi pujian dan pengiktirafan kepada George Washington Carver, sebagai pereka mentega kacang. Tapi, dia hanya mempromosikan lebih 300 kegunaan kacang tanah, selain tanaman seperti kacang soya dan keledek.
- Setiap hidangan 2 sudu besar mentega kacang mengandungi lebih dari 8 gram dari protein, hampir 2 gram dari serabut diet, 208 miligram dari kalium, lebih dari satu gram dari besi, 24 mikromiligram dari folat, 188 kalori dan 3 gram dari gula. Kandungan lemak ialah 16 gram satu hidang, tapi hanya 3 gram merupakan lemak tepu. Selebih itu, lemak adalah lemak tidak tepu mono dan poli, di mana telah dibuktikan ianya baik untuk kesihatan jantung dan otot. Kandungan protein dan serabut tidak begitu banyak, namun setiap benda dikira apabila mengambil berat tentang mikronutrien anda.
- Mentega kacang dipercayai dapat membantu untuk mendapat tidur lebih nyenyak kerana kandungan niasin (Vitamin B3), yang membantu pelepasan serotonin.
- Kajian menunjukkan, sesiapa yang memakan mentega kacang dengan tetap dan mengikut peraturan dalam diet mereka boleh jadi dapat mengurangkan pembentukan penyakit jantung atau penyakit kencing manis tahap 2 dari mereka yang tidak memakan kekacang. Lemak tidak tepu, lemak yang terkandung didalam mentega kacang, dapat membantu mengurangkan kolestrol LDL dan merendahkan risiko dari penyakit jantung.