HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

26 Nov 2013

Khasiat Susu Kambing



Di zaman moden ini ramai yang tidak mengetahui bahawa terdapat banyak khasiat dalam susu kambing yang mana di dalam satu kajian telah mendapati kandungan nutrisi susu kambing adalah dua kali ganda lebih baik daripada susu lembu biasa.

Ianya terbukti dengan kajian apabila menunjukkan kandungan yang terdapat dalam susu kambing ialah seperti protein, vitamin B2, kalsium, inositol, vitamin C, zat besi, vitamin A, karbohidrat, vitamin D, sodium, asid folik, vitamin B112,dan potassium.

Selain itu, susu kambing juga dapat membantu penghidap deman kuning dan pesakit anemia kerana ianya mempunyai sifat pengaktif antibodi yang boleh merangsang penghasilan sel-sel darah merah.

Malahan menurut satu kajian Universiti Granada, susu kambing lebih mudah dicerna dan sesuai untuk mereka yang alah dengan susu lembu yang mana molekul susu kambing lebih halus dan hanya mengambil masa 20 minit sahaja untuk dicerna berbanding susu lembu yang memerlukan masa dua jam.

Menikmati secawan susu kambing dapat memberi kesegaran dicampur dengan makanan tambahan lain seperti kismis, delima, Habbatus sauda ia boleh menjadi suatu hidangan yang lengkap baik untuk kesihatan.