HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

Koleksi Gambar Berkaitan Kapal Titanic (11 Gambar)

11 Gambar yang berkaitan dengan kapal Titanic ini mungkin ada yang anda belum pernah saksikan

Semua Jawapan Untuk Guess The Emoji

Untuk memudahkan korang,ni aku nak share SEMUA jawapan untuk games Guess The Emoji,dari level 1 hinggalah level 25.

Tanda-tanda Kiamat Kecil Yang Telah Muncul

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2014 Kakitangan Awam

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah menyiarkan surat pekeliling yang bertujuan memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 untuk kakitangan awam

Wanita lebih kerap bermimpi tentang seks

Tanpa mengira sama ada lelaki menghabiskan lebih banyak waktu untuk berfikir tentang seks, kajian pada tahun 2007 mendapati bahawa lelaki kurang cenderung untuk bermimpi tentang seks berbanding wanita.

8 Apr 2014

Ikan adalah makanan otak


Nenek saya dahulu akan galakkan kami makan sayuran, ikan dan tauhu. Oleh kerana ingin menyedapkan hati beliau, saya akan ikut nasihat beliau dan perbanyakkan makan ikan.
Adakah benar ikan merupakan makanan untuk otak? Pakar sains berkata ya kerana menemui ikan boleh membantu kesihatan otak. Masih tidak percaya? Di sini terdapat lima sebab mengapa ikan sesuatu yang mesti dalam permakanan seharian.


Sumber semula jadi protein

Ikan merupakan sumber protein, mineral dan vitamin. Kita dinasihati makan ikan dua kali seminggu dan ikan berminyak (seperti salmon) menyerap lebih protein untuk badan.

Kurang lemak

Adakah anda cuba mengurangkan berat badan? Ikan putih kurang lemak, serta rendan kalori. Tukar steak untuk ikan kod.

Jantung sihat

Mencegah lebih baik daripada merawat, jadi jagalah jantung anda sebelum terlambat. Lemak omega 3 dalam ikan berminyak melindungi jantung daripada darah beku, memperbaiki peredaran darah ke jantung dan kurangkan risiko tekanan darah. Tambahan, asid lemak omega 3 miliki kesan anti inflammatory yang mengurangkan masalah kulit dan arthritis rheumatoid.

Kurangkan kemurungan

Tiada siapa yang gemar bersedih, namun kemurungan boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Omega 3 dalam ikan berminyak boleh kurangkan kemurungan dengan meningkatkan bahan kimia otak; serotonin.

Awet muda

Jika anda gemar makan salmon, sukar untuk lihat kedut pada kulit. Menurut pakar dermatologi, Nicholas Perricone, ikan berminyak melicinkan kulit dan membuatkan anda kelihatan lebih muda.

Bagi mereka yang tidak gemar ikan, saya cadangkan mencuba ikan kod kukus kerana ia licing dan tidak berbau sangat. Ia juga merupakan ikan putih jadi anda boleh makan setiap hari tanpa risau tentang kalori. Satu sahaja masalah: ikan kod agak mahal.

Ikan salmon juga merupakan sumber asid lemak omega 3 yang baik, namun tidak bermakna anda harus makan mentah atau gaya sashimi memanjang. Cuba salmon panggang untuk elakkan senak perut kerana terlalu banyak makan salmon mentah.

Walaupun nenek saya sudah tiada, setiap kali terdapat hidangan ikan di atas meja makan, saya akan ingat nasihat beliau: “Makan ikan, ia baik untuk anda.”

7 Apr 2014

10 permainan zaman kanak-kanak


Siapa yang suka main gasing dan guli waktu zaman kanak-kanak? Tanpa telefon pintar canggih atau kewujudan permainan Candy Crush, zaman persekolahan terluang dengan masa untuk bermain di luar rumah.

Adakah anda masih ingat permainan-permainan tersebut?


Congkak
Salah satu permainan tradisional, congkak merupakan permainan yang menguji kemahiran pengiraan seseorang. Saya masih ingat yang kawan-kawan dan saya pernah melukis diatas meja dengan kapur, semata-mata untuk membuat bentuk congkak dan bermain dengan guli.


Batu Seremban
Ingat atau tidak, setiap hari sebelum kelas bermula, anda mesti nampak kawan-kawan perempuan anda main batu seremban di luar koridor kelas. Konsep permainan ini senang dan boleh bermain dengan dua hingga lima oranf kawan. Sesiapa yang mahir main batu seremban mesti bangga sebab dapat menangkap batu-batu tersebut setiap kali ia dilontarkan.


Guli
Guli merupakan salah satu permainan yang amat digemari kanak-kanak dulu. Kenapa? Sesiapa yang mempunyai guli-guli yang berwarna lain daripada lain, mesti nak menunjuk-nunjuk...kan? 


Lompat getah
Kumpul-kumpul getah dari bungkusan nasi lemak, ikat getah bersama-sama untuk dijadikan 'skipping rope'. Pelbagai gaya dan cara untuk main lompat getah dan permainan ini sering dijadikan 'pertandingan' antara kawan-kawan. Kadang-kala kaki pun boleh tersekat dengan dalam rantai getah-getah.


Pemadam
Ini permainan kesukaan budak-budak lelaki. Biasanya pemadam dibeli bukannya dipakai untuk memadam kesilapan di buku nota, tetapi dijadikan alat untuk main. Ingat lagi pemadam yang mempunyai bendera negara berlainan menjadi rebutan antara kawan-kawan. Caranya ialah menang dalam permainan pemadam dan anda boleh mengambil pemadam pesaing anda.


Penutup botol minuman
Banyak kegunaan penutup botol minuman Coca-cola dan F&N. Penutup botol besi itu ada kalanya dileperkan atau dijadikan batu seremban. Ada juga menggunakan penutup botol minuman untuk main 'tembak-tembak'. Faham-faham jelah, ya.


Gasing
Gasing merupakan permainan tradisional di negeri Kelantan. Tapi, kalau di bandar KL, ada musimnya untuk main gasing. Biasanya dekat hujung tahunlah permainan gasing akan dibawa ke sekolah. Yang tidak mahir main pun akan pergi beli di kedai dan bawa ke sekolah sekadar nak main bersama.

4 Apr 2014

Ciri-ciri calon isteri/suami


Mungkin ada yang berazam untuk tamatkan zaman bujang tahun 2014 ini, tetapi apa persediaan diri anda selain daripada simpanan wang yang mencukupi? (Majlis perkahwinan bukan murah ya kawan-kawan, sewa dewan tanpa catering pun sudah mampu buat downpayment untuk kereta baru!)

Harus ingat, perkahwinan bukan semata-mata untuk dijadikan bahan tunjuk bahawa anda sudah melengkapkan hidup anda. Disebalik majlis yang gah, terdapat tanggungjawab dan hati yang perlu dijaga. Sebulan dua mungkin terlalu sekejap untuk nampak dugaan perkahwinan, tetapi bolehkah anda bertahan 20 tahun?

Disini kami senaraikan ciri-ciri yang anda perlu lihat dalam calon suami atau isteri sebelum membuat keputusan untuk mendirikan mahligai impian. Ingat, perkahwinan bukan main-main.

Kongsi kepercayaan sama

Pegangan agama dan kepercayaan sama akan merapatkan diri anda biar apapun yang mendatang.

Pasangan yang mengajar anda perkara baru

Perkahwinan 20 tahun akan menjadi bosan apabila semua perkara seolah seperti routine harian. Apabila anda atau pasangan miliki kebolehan untuk mengajar satu sama lain perkara baru dan menarik, ini akan menyegarkan hubungan ini. Tiada lagi alasan bercerai kerana sudah bosan.

Kepercayaan

Cemburu membuta tidak membantu pertahankan pelamin impian. Perlu saling mempercayai antara satu sama lain. Kalau tidak percaya, mengapa sanggup berkahwin?

Mampu ‘lepak’ bersama

Apabila luangkan masa bersama pasangan, kadang kala tidak perlu keluar berbelanja di restoran mewah. Ini bukan zaman mengorat lagi. Anda sepatutnya sudah selesa dengan satu sama lain, sehingga boleh lepak bersama di rumah sahaja dan nikmati masa bersama.

Jadikan anda lebih baik

Ibu pernah nasihati saya, sekiranya ingin mencari calon suami, carilah lelaki yang mampu kurangkan sifat degil anda. Dalam erti kata lain, kata ibu memang benar. Cari calon pasangan yang jadikan anda lebih baik, bukan teruk.

Boleh bergurau

Saling memahami gurauan dan miliki sense of humour yang sama.

Tidak menyekat hubungan

Contoh sekatan seperti ugutan, “Saya akan ceraikan awak jika awak pakai baju pink.” Sekatan seperti ini tidak perlu dalam hubungan, anda perlu terima seadanya pasangan anda.

Cintakan anda sepenuhnya, termasuk cacat cela

Sayang waktu muda dan cantik memang mudah, tetapi seseorang yang mampu menyintai cacat cela seseorang memang wajar dijadikan calon pasangan.

Hormati keluarga anda

Pandai berkawan- dengan kawan anda, bukan kawan si dia sahaja

Setia

Kalau tidak mampu setia, usah naik pelamin.

Kongsi visi dan matlamat masa hadapan anda

Lebih bagus jika beliau sokong matlamat anda dan bukan gelakkan matlamat tersebut atau samakan matlamat tersebut seperti angan-angan Mat Jenin. Nak jadi Perdana Menteri? Ya, sayang memang mampu jadi Perdana Menteri.

3 Apr 2014

Mengapa wanita cantik bercerai?


Kisah dongeng mendidik kita, seandainya jelita bak Cinderella dan puteri diraja, pasti hidup berakhir dengan bahagia. Mungkin itu sebab kita membiasakan diri menyamakan bahawa cantik itu bererti bahagia. 

Namun ini bukan kisah dongeng, malah reality hidup yang agak sinis. Orang cantik tidak semestinya hidup bahagia. Ada kalanya, dan juga kebanyakan masanya orang yang cantik juga sering kali musnah pelamin idaman. Lihat sahaja contoh di luar negara, selebriti Hollywood yang paras rupa jelita kalah anak patung yang bertukar-tukar suami seperti salinan baju. 

Jadi persoalan kali ini, mengapa wanita jelita bisa diceraikan?

Taksub dengan diri sendiri

Bukan nak kata semua orang cantik miliki sifat vain, narcissist atau terlalu taksub dengan paras rupa sendiri tetapi kadang kala itu yang menjadi perkara pertama yang merapuhkan hubungan. Hubungan bukan berbentuk sehala malah perlu ada pertalian dan kerjasama. Kalau sibuk ke salun kecantikan dan tidak hiraukan si dia, tidak berguna juga.

Terlalu yakin

Teman saya pernah berkongsi bahawa beliau tidak gemar berpacaran dengan wanita yang terlalu cantik kerana biasanya mereka terlalu yakin dengan kebolehan diri sendiri sehingga tidak ada cubaan untuk baiki diri sendiri atau cubaan untuk selamatkan hubungan. 

Tiada personality

Mula berkenalan dan berpacaran memang seronok, dapat lihat wanita jelita setiap hari dan menjadi bahan cemburu lelaki lain. Tetapi bagi jangka masa panjang, lelaki akan cepat bosan apabila tiada bahan lain yang boleh dibualkan. Kecantikan juga bisa pudar tetapi personality menarik pasti menyelamatkan keadaan.

Cemburu

Wanita cantik biasa menjadi perhatian di mana-mana. Tak semestinya perlu menjadi selebriti untuk mendapat perhatian orang. Seandainya si dia tidak dapat biasakan diri dengan perhatian yang wanita cantik terima setiap hari, mungkin cemburu membuta akan makan hubungan ini.


Pengajaran di sini, paras rupa bukanlah segalanya dalam suatu hubungan. Bukan paras rupa juga yang perlu disalahkan kerana berakhirnya suatu hubungan. Kadang kala sudah tertulis akan ketiadaan jodoh. Yang penting, jangan berhenti cuba mencari kebahagiaan.

2 Apr 2014

CERITA SEDIH DI SEBALIK APRIL FOOL’S DAY


Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang ke barat’. Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk- penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya sama ada lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja diSepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

5 Cara ambil hati ibu mertua


Sekarang kan musim ramai menamatkan zaman bujang. Namun sebelum melangkah naik pelamin, anda perlu berhadapan dengan wanita paling penting dalam hidup pasangan anda. Siapa lagi kalau bukan ibu si dia. 

Ingat senang nak menangi hati ibu mertua? Silap hari bulan menderitalah hidup anda jika anda dan ibu mertua tidak boleh ngam.Tambah lagi jika calon suami merupakan anak emak, ha, habislah. Lagi susah nak menangi hati ibu mertua! Nak menangi hati bapa mertua tidak berapa susah kerana lelaki ini sifatnya memang kurang cerewet sedikit.

Kali ini bagi membantu menenangkan anda, saya akan beri beberapa tip dan petua menangi hati bakal ibu mertua agar raya akan datang tidaklah seseksa mana.

Belajar masak

Paling penting, anda harus pandai di dapur. Kali pertama melawat rumah bakal mertua, rajinkan kaki dan tangan membantu di dapur. Tidak kisahlah ibu mertua anda seorang Datin Seri atau Permaisuri Agong, miliki pembantu rumah, rajinkan sahaja membantu memasak dan menyediakan juadah. Ini pasti menyejukkan hati bakal ibu mertua anda. Nak markah bonus? Belajar masak makanan kegemaran bakal mertua.

Selidik latar belakang mertua

Apa yang ibu mertua anda suka? Beliau suka pakai baju kurung diperbuat dari kain sari? Adakah beliau suka tarian poco-poco? Adakah beliau suka minum kopi panas dengan cucur udang? Pastikan anda bersedia dari segi mental segalanya tentang bakal ibu mertua. Ibu mertua anda tidak suka perempuan berpakaian menjolok mata? Soroklah pakaian anda yang tidak kena di mata beliau. Pastikan setiap kali bersua ibu mertua, anda membawa imej menantu dari syurga.

Bawa buah tangan

Janganlah datang rumah ibu mertua bertangan kosong. Nampak macam ibu bapa tidak pandai mendidik anda. Bawalah kuih-muih kesukaan ibu mertua anda ataupun kain yang cantik. Sejuk hati ibu mertua melihat bakal menantu tidak kedekut dan sentiasa beringat dengan orang tua. 

Teman berbual

Orang tua suka berbual. Maniskan muka, dan dengar apa yang ibu mertua cakapkan. Pastikan anda mengikut lenggok beliau dan bercakap dengan lembut dan sopan. Jangan pula bercakap macam anda berbual dengan teman-teman di kedai kopi. Pastikan juga topik perbualan disenangi ibu mertua. Dan juga pastikan bahawa semua yang dikatakan ibu mertua anda benar. Jangan pandai-pandai melawan cakap orang tua, nanti tak restu pula nak kahwin dengan anak dia!

Jangan terlalu PDA depan mertua!

Awas, biarpun anda cintai anak lelaki ibu mertua anda separuh mati, usahlah perlu ditunjuk sangat depan ibunya. Ini nampak agak tidak sopan dan tidak mengikut budaya timur.

Tip tambahan: Selepas bersalin, ternyata ibu mertua anda akan sayang kerana diberikan cucu. Petua ini memang benar jadi pastikan beranak cepat lepas kahwin!

1 Apr 2014

Misteri pesawat antarabangsa pernah hilang


Disenaraikan sejarah kejadian misteri pesawat penerbangan antarabangsa pernah hilang di udara, ada yang berjaya ditemui dan ada yang masih dilaporkan hilang sehingga kini.

Pan Am Flight 7

Pada tahun November 1957, pesawat penerbangan Pan Am Flight 7 terbang dari San Francisco menuju ke Honolulu, Hawaii apabila esawat tersebut putus hubungan dan tidak sampai ke Hawaii. Pencarian diperluaskan sehingga November 14 dimana US Navy temui bangkai pesawat dan badan-badan di laut yang dikenal pasti berasal daripada pesawat Pan Am yang dilaporkan hilang di sekitar Lautan Pacific, kira-kira 955 batu daripada Honolulu.

Varig Flight 967

Kejadian pesawat Boeing 707 milik Varig Brazilian Airlines dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Galeao, Rio de Janeiro pada 30 Januari 1979. 30 minit setelah berangkat dari Tokyo, pesawat dikatakan putus hubungan. Pesawat mahupun krew kabin tidak berjaya ditemui.

Merpati Nusantara Airlines Flight 6715

Pesawat Merpati Nusantara Flight 6715 menuju dari Bima ke Ruteng dan dilaporkan hilang berhampiran Pulau Flores pada tahun 1995. Pesawat tersebut dikatakan alami masalah cuaca dan dilaporkan telah terhempas, ragut nyawa 4 krew kabin dan 10 orang penumpang.

Douglas C-47A CP-1418

Pada tahun 1989, pesawat kargo berkenaan, Douglas C-47 hilang dalam penerbangan dari La Paz menuju ke Apolo, Bolivia. Kejadian tersebut dikatakan telah mengorbankan kesemua penumpang.

Learjet 35A

Pada Februari 1983, pesawat peribadi Learjet 35A yang membawa hartawan Sri Lanka, Upali Wijewardene hilang sekitar Selat Melaka, Malaysia. Bangkai pesawat mahupun penumpang pesawat tersebut tidak pernah ditemui.

Pesawat Cessna 182L

Pada Oktober 1978, seorang juruterbang muda Frederick Valentich telah dilaporkan hilang ketika membawa pesawat Cessna 182 L sekitar Bass Strait di Australia. Beliau dikatakan hendak mendarat di King Island dan kembali ke lapangan terbang Moorabbin. Namun 235 km dalam penerbangan, Valentich hubungi pusat kawalan melaporkan ada sebuah pesawat aneh lain yang ekori beliau sebelum hubungan terputus. Sehingga kini Valentich dan pesawat beliau tidak pernah ditemui semula serta Jabatan Pengangkutan Australia telah simpulkan bahawa sebab kehilangan tidak dapat ditentukan.