Ketika sedang khusyuk melayari media sosial, tetiba mata terpaku dengan gambar seseorang yang dirasakan cukup sempurna. Pernahkah anda terdetik rasa kagum dengan kecantikan orang itu dan timbul rasa diri sendiri sangat ketinggalan dari segi penampilan.
Ya, saat itu anda akan timbul satu emosi membandingkan diri dengan orang lain. Padahal ternyata gambar yang dilihat itu sebenarnya sudah diedit supaya nampak terserlah dan cantik luar biasa hanya menggunakan solekan tebal dan aplikasi canggih terkini! Jom kita kupas 6 sebab kenapa wanita selalu tidak yakin dengan kecantikan yang ada pada diri sendiri...
1. Suka bersaing
Anda bukan hanya bersaing dengan diri sendiri, tetapi anda juga bersaing dengan wanita lain yang belum tentu punya kecantikan asli.
Janganlah cepat sangat terpegun dengan kecantikan orang lain, siapa tahu orang yang dilihat itu edit gambar lebih. Cubalah hapus sikap suka banding diri dengan orang lain. Setiap orang memang punya kecantikan masing-masing, lagi-lagi kalau kecantikan semula jadi.
2. Kurang yakin
Ramai yang sanggup ubah demi nampak cantik seperti apa yang dilihat. Sanggup suntik walau pun kesannya sakit. Padahal cantik itu sangat subjektif. Anda boleh tengok banyak sudut untuk wujudkan perkataan C.A.N.T.I.K. Elak racuni pemikiran unsur dengki. Mungkin cantik dan indah di mata anda, belum tentu lagi sempurna dan lengkap bagi orang lain. Jadi belajar syukur dengan apa yang dimiliki. Sebenarnya keyakinan mengenai wanita cantik akan mempengaruhi cara anda memandang diri sendiri. Kalau dah banyak sangat mata terpengaruh dengan apa yang di tatap, mestilah hati tidak senang.
3. Tidak Boleh tengok orang lebih
Jenis tidak boleh tengok orang lebih daripada diri, ini punca utama yang boleh rosakkan minda sampai ada yang sanggup buat apa saja janji nampak cantik. Orang rambut kerinting, kita pun mula nak buat kerinting. Padahal segala yang punya sudah cukup dan sempurna. Habis, macam mana nak bahagia kalau ada iri hati setiap masa?
4. Pengaruh sosial media
Suka sangat belek gambar orang lain di media sosial dan kerja hari-hari 'like' gambar cantik orang, malah boleh digelar stalker yang berjaya. Silap-silap apabila orang jual produk kecantikan, tanpa fikir panjang anda terus terpengaruh dan beli. Sikap negatif ini boleh tolak tepi sebelum anda rasa menyesal dengan kesan bahan kimia yang bakal muncul di wajah anda.
5. Risau lelaki idaman lari
Ini banyak yang berlaku, konon sanggup mengubah diri sendiri demi ikut selera pasangan hidup. Bukan ke lelaki lebih suka dengan kecantikan asli. Lagipun kalau si dia sudah sah menjadi pasangan hidup, kenapa pula berfikir mahu mengubah. Tentu sahaja pasangan anda sudah menerima diri anda seadanya. Kalau kulit berkedut dan rambut makin putih, itu biasa. Sama-samalah masuk dunia tua, anda boleh ikat hati pasangan dengan cara lain melalui air tangan dan belaian kasih sayang. Ya, tidak salah cantik untuk suami tetapi jangan pula sampai mengubah yang asli.
Wanita-wanita, adakah anda juga selalu timbul rasa curiga dengan apa yang anda ada dan bermasalah tentang percayakan diri sendiri? Ok, mulai hari ini anda perlu hilangkan rasa rendah diri dan meningkatkan keyakinan diri!