HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

12 Jan 2014

Warna Pembayang Mata Yang Sesuai


Ada banyak tips solekan di internet sehingga ia boleh menjadi sukar untuk mentafsirkan mana satu yang terbaik untuk anda. Menurut beberapa pakar kecantikan ia amat penting untuk menitik beratkan warna solekan mengikut bentuk muka, warna mata, dan warna rambut selain warna kulit. Tips ini bertujuan untuk membuat sebahagian besar ciri – ciri semulajadi anda supaya anda kelihatan cantik tanpa kos yang membebankan. 

Kami tahu adalah penting untuk anda mempertimbangkan wana mata anda apabila membuat keputusan tentang warna pembayang mata. Pemadanan pembayang mata untuk warna mata boleh dilihat terlalu monokromatik, jadi kami telah menyenaraikan beberapa tips untuk membantu warna mata anda menonjol. Bagi anda diluar sana, gunakan tips dibawah untuk memutuskan warna pembayang mata dengan warna kanta lekap anda. 

Warna keemasan & kelabu untuk si mata biru 
Solekan yang sempurna sepatutnya meningkatkan warna dan bukan menenggelamkannya. Jika anda ke tempat kerja, pakai pembayang mata berwarna emas 'matte' dan jika anda menghadiri temu janji malam, cuba emas berkilauan. Satu lagi warna yang sesuai untuk si mata biru ialah kelabu. Jika anda inginkan wajah yang sedikit garang, anda boleh melakukan solekan 'smokey eyes' pasti anda tampak mempesona. 

Mauves mempersonakan si mata coklat 
Wanita berwarna coklat boleh dikatakan wanita yang paling bertuah kerana segala jenis warna pasti nampak cantik. Namun, jika anda ingin tahu secara spesifik, warna mauves atau ungu tua menyerlahkan lagi warna mata anda. Jika anda tidak mahu menggayakan pembayang mata, cuba aliskan bulu mata anda dengan maskara berwarna mauves. 

Imej seksi si mata hijau dengan warna tembaga 
Aplikasikan warna tembaga pada mata anda dan garis bawah mata, kemudian basahkan sedikit berus dan ratakan warna supaya ia nampak lebih lembut. Untuk pembayang mata, anda perlu elakkan warna- warna metalik seperti 'silver'. Elakkan juga celak hitam dan mula pakai celak berwarna coklat gelap. Kami berpendapat warna metalik dan celak hitam tidak sepadan dengan mata hijau. 

Biru untuk si mata kelabu 
Oleh kerana kelabu warna yang agak kelam, cuba kontrakan dengan warna biru cerah atau anda boleh menggunakan celak biru metalik. Jika anda bukan peminat pembayang mata, anda boleh mengenakan maskara berwarna biru. Bagi si mata kelabu, anda perlu fokuskan pada sekeliling mata dan bukan di kelopak. Pasti mata anda menambat tumpuan orang sekeliling. 

Selamat mencuba!