Nak anak atau tak nak anak?
Kahwin dengan duda/janda kita perlu fikir dan pertimbangkan hakikat bahawa anda bukan kahwin dia seorang. Adakah si dia miliki anak daripada perkahwinan terdahulu? Bolehkah anda tangani anak si dia? Adakah anda tidak suka budak? Soal budak-budak jangan main-main ya, takut jadi macam filem The Parent Trap nanti.
Ish, kawan-kawan si dia semua tua!
Dah nama pun pasangan yang miliki perbezaan usia. Sudah tentu anda miliki teman-teman yang berbeza. Bolehkah anda layan sembang kawan-kawan si dia yang suka bermain golf? Sekiranya anda kahwini janda berhias, tahukah anda tas tangan terhangat di pasaran musim ini? Contoh sahaja, mungkin janda berhias gemar bersembang tentang politik dan bukan tas tangan. Yang penting di sini, secara pendek kata, bolehkah anda ngam dengan kawan-kawan dan gaya hidup si dia untuk jangka masa panjang?
Akhir sekali, sanggup ke tak persoalan utama.
Sepandai mana seseorang menjaga kesihatan dan badan, hakikatnya si dia dah tua. Maka dengan umur tersebut datanglah pelbagai penyakit. Sanggup ke anda jaga si dia apabila tiba masa tersebut? Sudahlah kena jaga ibu bapa yang dah berusia, tambah lagi kena jaga pasangan yang hampir sebaya dengan ibu bapa. Waktu bercinta semua sanggup, tetapi perkara seperti ini akan mula membuatkan anda persoalkan cinta. Betul ke cinta tak kenal usia? Renungkanlah.