Ingat lagi zaman rajin menonton rancangan doktor seperti Grey’s Anatomy (kerana McDreamy dan McSteamy) serta ER (George Clooney jadi doktor!).
Dalam fikiran saya, semua doktor dicipta kacak dan beruban.
Sampaikan terbawa dalam pilihan calon suami, kriteria utama mesti seorang doktor. Tambahan kalau anda miliki seorang ibu yang hanya mahukan calon menantu yang mampu merawat beliau di hari tua.
Selain menjadi anak mithali dan mengikut kehendak ibu, apa lagi alasan untuk kahwin seorang doktor?
Doktor tampan macam McDreamy
Kalau semua doktor berwajah macam ini, hari-hari sakit pun tidak mengapa. Sanggup bayar bil duduk di wad berhari-hari. Malangnya, tidak semua doktor berwajah begini (melainkan anda sengaja mencari doktor Mat Salleh). Kacak itu subjektif, namun perkara jelas tentang doktor adalah mereka miliki seri wajah yang sangat menenangkan perasaan.
Mereka pandai mendengar
Nak cari lelaki yang setia mendengar punyalah susah. Kebanyakan lelaki lebih pandai buat tak tahu sahaja kehadiran kita. Doktor miliki skil mendengar kerana itu adalah sebahagian daripada tugas mereka. Bagus juga, rasa lebih disayangi.
Ibu bapa pasti restu
Mana ada ibu bapa yang tidak restu anak perempuan mereka kahwin dengan doktor??
Anak pasti miliki genetik bijak pandai
Orang selalu cakap untung kalau ibu bapa doktor, kerana anak pasti warisi genetik bijak pandai. Betul atau tidak, tidak tahulah. Namun ramai juga kawan sekolah yang berjaya dan miliki ibu bapa doktor.
Doktor kaya?
Tidak juga. Tiada kerjaya yang benar-benar menjamin kekayaan, melainkan anda seorang banker pelaburan. Tambahan, kahwin kerana duit pun tidak jamin tahan lama.