HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

Koleksi Gambar Berkaitan Kapal Titanic (11 Gambar)

11 Gambar yang berkaitan dengan kapal Titanic ini mungkin ada yang anda belum pernah saksikan

24 Jul 2014

Tips Pemeriksaan Kereta (Balik Beraya di Kampung)

Raya dah nak tiba, kalau ada yang belum servis kereta tu, jangan tunggu saat akhir, nanti kena Q panjang lak. Tapi kalau baru je servis, takyah la nak gi servis lagi, lain la kalau dah banyak sangat duit tu kan. Sabagai langkah keselamatan, check beberapa perkara berikut sebelum balik kampung… 1. Tayar - periksa keadaan tayar, jangan hanya periksa pada kehenseman tayar sahaja tetapi periksa tahap kesihatan nya sekali. Periksa trek bunga pada tayar, angin dalam tayar, kedudukan tayar (ini bergantung kepada balancing dan alignment) dan lain-lain. 2....

23 Jul 2014

SEDIKIT INFO MENGENAI PIERRE VOGEL

Pierre Vogel di lahirkan pada 20 Julai 1978 di Frechen.Merupakan seorang ustaz,penceramah bebas,pendakwah dan merupakan bekas peninju professional. Pierre Vogel yang lantang bersuara ini memeluk islam pada tahun 2001 dan menukar nama nya kepa Abu Hamza dan setelah memeluk islam,beliau mempelajari agama islam, ilmu Al Quran dan kemahiran bertutur bahasa Arab di sebuah Intitusi Pengajian Islam Swasta terkemuka di Mekah iaitu di Om Al Quran. Sekembali nya beliau ke Berlin,Jerman pada tahun 2006,beliau mengajar dan menjadi seorang guru agama...

18 Jul 2014

Apa yang Terjadi Pada Tubuh Badan Semasa Kita Berpuasa?

Jantung dan darah - Darah akan kurang dipamkan ke sistem pencernaan badan. Oleh itu ia akan dihantar ke tisu-tisu badan yang lain. Selain itu, badan akan menggunakan tempoh berpuasa ini untuk mengeluarkan kolesterol yang tersumbat pada dinding-dinding saluran darah. Paru-paru - Paru-paru akan menyerap beribu-ribu jenis toksin semasa kita bernafas. Puasa dapat membantu paru-paru menyingkirkan toksin yang berbahaya kepada tubuh badan kita. Perut dan usus - Perut dan usus akan menggunakan masa berpuasa ini untuk mencuci dan menyingkarkan...

17 Jul 2014

'Hackers' dunia serang laman web Israel

Salah satu laman web yang digodam oleh pasukan yang dikenali sebagai 'MST-MalaysiaSecurityTester'. KUALA LUMPUR:Kekejaman rejim Zionis Israel yang kononnya mempertahankan diri tetapi mensasarkan serangan ke atasorang awam di Gazaturut mendapat kecaman pasukan penggodam siber dunia. Hackersdunia bersatu dalam serangan ke atas beberapa laman Web Israel melalui misi yang digelar "#OpSaveGaza". Ribuan laman web milik Israel sudah berjaya digodam oleh Anon Ghost, sebuah pasukan siber yang menghimpunkanhackersdari seluruh dunia. Serangan...

7 Jul 2014

Foto pasir setelah diperbesar 110 kali

Berikut ini bentuk-bentuk pasir dalam bentuk 3D oleh Greenberg dengan menggunakan Mikroskop Edge 3D (pembesaran 110 kali) ...

6 May 2014

Kita SELALU buat perkara ini dan sebenarnya boleh sebabkan KANSER

Dari Dr. Azimuth ELC , Tg. Malim, Perak TAK sangka.. Kita SELALU buat perkara ini dan sebenarnya boleh sebabkan KANSER!! Satu perkongsian yang dapat menyelamatkan ramai insan di sekeliling kita... Dr. Stephen memperlakukan pesakit Kanser dgn cara yg "un-ortodoks" & banyak pesakit Sembuh! Ia percaya pada penyembuhan alami dlm tubuh terhadap penyakit.Ubat utk Kanser sudah ditemui ! Anda percaya? Saya berdukacita bagi pesakit Kanser yg meninggal di bawah rawatan konvensional. Pesakit Kanser tidak seharusnya mati ! Menurut...

5 May 2014

Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais

Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia. Teruskan membaca untuk lebih memahami. Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya. ~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais “Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun...

27 Apr 2014

Lawatan Obama: Sekuriti, keselamatan ditingkatkan

Sekuriti dan keselamatan ibu negara akan ditingkatkan ketika lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.  Selain daripada peningkatan kehadiran polis, penutupan jalan di bahagian-bahagian utama bandar dan "zon kawasan larangan terbang" akan dikuatkuasa untuk melindungi presiden sebelum beliau tiba dalam pesawat Air Force One di RMAF di Subang pada petang Sabtu. Perkhidmatan Rahsia AS telah berada dalam negara sejak bulan lepas untuk 'menjamin' keselamatan presiden. Mereka telah menjalankan peninjauan rapi di hotel dan tempat-tempat...

Obama tiba di Putrajaya untuk mengadakan perbincangan dengan Najib

PUTRAJAYA, (Bernama) - Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama tiba di Seri Perdana di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan hari ini untuk mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.  Ketibaan beliau di kediaman rasmi Perdana Menteri itu disambut mesra oleh Najib. Kedua-dua pemimpin kemudian meluangkan masa sebentar untuk sesi bergambar.  Najib dan Obama akan mengadakan pertemuan empat mata sebelum menghadiri mesyuarat dua hala bersama-sama delegasi masing-masing dan diikuti dengan...

NGO bantah lawatan Obama ke KL

Sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan Islam diketuai oleh Malaysian Consultative Council of Islamic Organisation berarak dari bangunan Tabung Haji di sini ke Kedutaan AS untuk menyanggah lawatan Presiden Barack Obama.  Ahli-ahli organisasi-organisasi ini mula berkumpul sekitar 2 petang, mengatakan kehadiran Obama di Malaysia akan membahayakan negara.  Merujuk kepada Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA), wakil Gamis; Muhammad Afiq Awang Bakar kata dengan menandatangani perjanjian itu ia akan membenarkan AS untuk memerintah...

26 Apr 2014

Jadual lawatan 3 hari Barack Obama di Malaysia

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bakal tiba di Kuala Lumpur buat lawatan pertama kali ke Malaysia. Berikut jadual lawatan beliau yang akan berlangsung bermula 26-28 April ini (Sabtu-Isnin). Lawatan ini adalah yang pertama oleh seorang Presiden Amerika yang memegang jawatan, dalam tempoh 48 tahun selepas lawatan Presiden Lyndon B. Johnson, pada 1966. 26 April (Sabtu) -Presiden Obama tiba -Menghadap Yang Di Pertuan Agong dan majlis makan malam Negara 27 April (Ahad) - Masjid Negara - Pertemuan dua hala dengan...

24 Apr 2014

Kita Sebenarnya Ditipu Yahudi Tentang Daging Kambing

Kita Sebenarnya Ditipu Yahudi Tentang Daging Kambing | Ramai sebenarnya tidak tahu tentang pekara ini. tengok macam remeh Bila baca nanti korang tahu lah sendiri. Nak tahu apa yang Yahudi tipu kita ? Jom baca selanjutnya Kita Sebenarnya Ditipu Yahudi Tentang Daging Kambing Mereka yang berpangkat sebagai doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing kan ?, hanya kerana daging kambing boleh menyebabkan badan panas. Ada sesetengah doktor juga mengatakan bahawa kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing...

Peminat Manchester United Patut Baca Ni

Para pemain Newton Heath FC di tahun 1893 24 April 1902 : Kelab bermasalah Newton Heath LYR Football Club menukarkan namanya kepada 'Manchester United', nama yang kekal sehingga kini. Asalnya Newton Heath adalah kelab yang ditubuhkan dari kalangan pekerja stesen keretapi di Stesen Keretapi Lancachire & Yorkshire pada tahun 1878. Dua dekad selepas itu, lebih kurang pada tahun 1893, semasa kelab tersebut bersaing dalam 'Football League', Newton Heath menggugurkan perkataan 'LYR' yang merujuk kepada 'Lancashire & Yorkshire Railway'. Kelab...

22 Apr 2014

Tip fesyen buat si gadis comel

Kebanyakan wanita yang mempunyai bentuk badan yang besar seringkali menghadapi dilema dalam menentukan jenis dan bentuk pakaian yang sesuai buat diri mereka. Namun, kini mereka tidak perlu lagi gusar dalam mencari pakaian yang sesuai. Ini kerana telah banyak jenama pakaian yang menyediakan pelbagai pilihan fesyen buat si wanita bertubuh gempal.  Di sini kami menyediakan tip buat anda dalam menentukan jenis pakaian yang sesuai untuk menjadikan anda kelihatan lebih menarik dan mempersona.  Stail blaus  Pemilihan gaya...

BAHAYA MEMBUNUH LIPAS

Apabila anda melihat binatang lipas di rumah, jangan anda memukulnya sampai mati kerana isi perut lipas sangat bahaya. Dalam perut Lipas terdapat cacing halus/lembut yg akan hidup meskipun diluar dari tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut) dia akan bergerak untuk mencari tempat baru. Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut akan terlihat pada mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm. Cara nak tengok lipas ni, letak isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin.. Nanti cacing...

Ketahui kesalahan ketika bersolek

Pernahkan anda berasa tidak kena atau kelihatan tidak cantik walaupun sudah bersolek? Puas mengikut tunjuk ajar orang, namun masih juga tidak ada yang kena. Kening jadi tebal, bedak nampak berbelak, gincu comot, dan ada sahaja yang nampak tidak cantik. Sedangkan bila melihat teman yang lain mengenakannya, mereka nampak cantik. Ini kerana wanita ada yang sesuai bersolek tebal, da nada pula yang lebih sesuai dengan solekan tips. Anda harus bijak dalam bersolek agar tampak lebih cantik pada anda.  Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi...

21 Apr 2014

Kebaikan air kacang soya

Pasti ramai yang suka minum air kacang soya bukan? Sedap dan menyamankan apabila setiap kali anda minum, malahan ia juga mempunyai banyak khasiatnya.  Tidak dapat dinafikan kebaikan air soya ini apabila sudah banyak penemuan saintifik yang membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan sampingan yang memudaratkan.  Kacang soya merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan ia juga jauh lebih murah daripada daging, susu ataupun telur, dan ia mengandungi 50%...

DUNIA LENYAP JIKA LEBAH TIADA

Saintis yang paling terkenal pada abad ke-20 iaitu Albert Enstein pernah berbicara berkenaan dengan Lebah. “ Jikalau sang lebah lenyap daripada muka bumi ini, umat manusia hanya akan mampu bertahan selama 4 tahun untuk hidup. Tiada sang lebah, tiada pendebungaan, tiada tumbuhan, tiada binatang, dan tiadalah manusia” Agak pelik seorang ahli fizik terkemuka berbicara mengenai subjek yang diluar bidangnya iaitu biologi. Walau bagaimanapun, peringatan yang diberi oleh Enstein ini telah memberi satu petanda yang cukup penting untuk kita...

20 Apr 2014

Punca anak sukar bernafas

Kanak-kanak dan bayi mudah terdedah kepada pelbagai jenis jangkitan virus pada saluran pernafasan. Penyakit yang biasa menyerang mereka ialah krup atau akut laryngotracheobronchitis. Krup ialah serangan virus yang menyebabkan radang dan bengkak pada peti suara (larinks), salur udara (trakea) dan tiub bronkial (bronki) serta pertambahan lendir. Ketiga-tiga organ itu terletak di bahagian atas dan bawah kerongkong yang menghubungkan mulut pada atas paru-paru. Kerongkong yang membengkak akan mengganggu pernafasan kanak-kanak atau bayi,...

19 Apr 2014

Adik-beradik Paul Walker bantu siapkan "Fast 7"

Penerbit siri filem "Fast & Furious" yang ketujuh mengumumkan mereka akan menyiapkan baki babak yang menampilkan karakter mendiang Paul Walker, Brian O'Conner dengan bantuan adik-beradiknya, Caleb dan Cody Walker. Dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook filem tersebut berkata, "Siri "Fast & Furious" adalah tentang keluarga. Kami sekeluarga telah menerima kejutan yang tidak dijangka pada November lalu. Kami mengambil masa untuk meratapi kematian Paul, seorang abang yang kami sayangi, serta memikirkan jika kami perlu teruskan...

Usah segan bicara pendidikan seks

Kurangnya pendedahan terhadap pendidikan seks menyebabkan kebanyakan remaja yang terbabit dengan aktiviti seks bebas tidak begitu mengambil berat berkaitan isu perlindungan. Sampai sekarang, persoalan berkaitan seks dianggap tabu dan tidak boleh dibicarakan secara terbuka. Malah ada sebahagian ibu bapa mengelak apabila anak bertanyakan mengenai perkara itu.  Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi KPJ Ampang Puteri, Dr Ariza Mohamed, pendidikan seks bukan digunakan untuk mengajar anak melakukan hubungan kelamin sebelum waktunya...