Raya dah nak tiba, kalau ada yang belum servis kereta tu, jangan tunggu saat akhir, nanti kena Q panjang lak. Tapi kalau baru je servis, takyah la nak gi servis lagi, lain la kalau dah banyak sangat duit tu kan. Sabagai langkah keselamatan, check beberapa perkara berikut sebelum balik kampung…
1. Tayar - periksa keadaan tayar, jangan hanya periksa pada kehenseman tayar sahaja tetapi periksa tahap kesihatan nya sekali. Periksa trek bunga pada tayar, angin dalam tayar, kedudukan tayar (ini bergantung kepada balancing dan alignment) dan lain-lain.
2. Minyak Enjin - periksa minyak enjin kenderaan kau. Elak daripada kekeringan atau kelikatan yang melegamkan. Kalau dah hitam legam tu maknanya memang layaklah kena tukar minyak (servis), tak paham-paham ke? (huhu). Perkara ini paling kurang perhatian kadang-kadang aku lihat ada kenderaan di jalanraya sampai keluar asap putih!
3. Sistem Brek - ini juga antara yang penting! Ibarat orang yang pandai panjat pokok tapi tak tahu turun (huhu). Bukan main kenderaan nak bawa laju je tapi sistem brek tak terjamin kebaikannya. Periksa cakera brek, periksa pad brek dan sistem hidraulik brek sekali. Dapatkan cengkaman yang maksimum (bergantung kepada kesihatan tayar juga).
4. Stering Berkuasa (Power Steering) - periksa keseluruhan sistem kuasa stering dan minyaknya. Pastikan tiada kebocoran pada sistem kuasanya dan motornya. Ini perlu demi mendapatkan keselesaan ketika memandu. jangan sampai kau tak boleh pusing stering lak (huhu).
5. Sistem Transmisi - periksa sistem transmisi dan minyaknya. Kena periksa juga tak kiralah transmisi automatik atau manual. Ingat! Ia boleh mendatangkan musibah juga apabila transmisi tidak berfungsi dengan sempurna.
6. Bateri - periksa air bateri dan sambungan kabel bateri seperti sambungan ke alternator, lampu dan lain-lain termasuk sistem audio kau (nak dengar lagu raya la katakan eheh). Nampak macam perkara kecil kan? Tapi kau perlu ingat, malang tak berbau. Perkara kecil macam inilah sepatutnya perlu di ambil berat juga supaya ianya tak melarat menjadi perkara besar dan menjengkelkan.
7. Penapis Angin & Minyak - perlu juga untuk mencapai kelancaran pemanduan. Dapat menjimatkan minyak juga.
8. Penyejuk Udara (Aircond) - periksa kandungan gas, koil (coil) dan sistem penyalurannya. Ini memastikan keselesaan ketika memandu. Maklumlah beraya kesana sini kena pulak pada waktu tengahari dengan kehenseman dan ke’cun’an berbaju kurung, sesilap pekung bau dalam kenderaan (huhu).
9. Radiator - periksa kandungan air dan cuci (flush) dari kekotoran. Memastikan kenderaan kau sentiasa dalam keadaan baik dalam perjalanan jauh. Ya lah kadang-kadang kita tak tahu tetiba kenderaan boleh terlebih panas (overheat).
10. Palam Pencucuh (plug) - perlu diperiksa untuk mencapai keselesaan perjalanan dan prestasi kenderaan kau dijalanraya