HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

Koleksi Gambar Berkaitan Kapal Titanic (11 Gambar)

11 Gambar yang berkaitan dengan kapal Titanic ini mungkin ada yang anda belum pernah saksikan

Semua Jawapan Untuk Guess The Emoji

Untuk memudahkan korang,ni aku nak share SEMUA jawapan untuk games Guess The Emoji,dari level 1 hinggalah level 25.

Tanda-tanda Kiamat Kecil Yang Telah Muncul

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2014 Kakitangan Awam

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah menyiarkan surat pekeliling yang bertujuan memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 untuk kakitangan awam

Wanita lebih kerap bermimpi tentang seks

Tanpa mengira sama ada lelaki menghabiskan lebih banyak waktu untuk berfikir tentang seks, kajian pada tahun 2007 mendapati bahawa lelaki kurang cenderung untuk bermimpi tentang seks berbanding wanita.

19 Apr 2014

Adik-beradik Paul Walker bantu siapkan "Fast 7"


Penerbit siri filem "Fast & Furious" yang ketujuh mengumumkan mereka akan menyiapkan baki babak yang menampilkan karakter mendiang Paul Walker, Brian O'Conner dengan bantuan adik-beradiknya, Caleb dan Cody Walker.

Dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook filem tersebut berkata, "Siri "Fast & Furious" adalah tentang keluarga. Kami sekeluarga telah menerima kejutan yang tidak dijangka pada November lalu. Kami mengambil masa untuk meratapi kematian Paul, seorang abang yang kami sayangi, serta memikirkan jika kami perlu teruskan dengan filem ini.

"Kami berbincang dan merasakan satu-satunya pilihan adalah meneruskannya. Kami percaya semua peminat mahukan perkara yang sama dan begitu juga dengan Paul. Dia telah menjalani penggambaran semua babak dramatik dan aksi untuk "Fast & Furious 7" dan ia adalah antara yang terbaik sepanjang kariernya.

"Kami telah meneruskan penggambaran dan mengucapkan selamat datang kepada adik-beradik Paul, Caleb dan Cody, dalam keluarga Fast. Mereka akan membantu kami untuk menyiapkan beberapa babak yang tinggal dalam produksi ini. Dengan kehadiran mereka membuatkan kami rasa Paul bersama kami juga.

Penerbit dan produksi turut mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh peminat lebih-lebih lagi selepas tragedi menimpa Walker.

Walker telah maut dalam nahas jalan raya pada 30 November tahun lalu di Santa Clarita, California selepas kereta dipandu rakannya, Roger Rodas, hilang kawalan dan terbabas melanggar tiang lampu.

"Fast & Furious 7" sepatutnya diriliskan pada Julai 2014, tetapi kru produksi dan barisan pelakon yang telah bekerjasama dengan Walker sejak 13 tahun lalu menghentikan penggambaran buat seketika bagi memikirkan perjalanan seterusnya buat filem ini.

Ia kini bakal diriliskan pada 10 April 2015.

Usah segan bicara pendidikan seks


Kurangnya pendedahan terhadap pendidikan seks menyebabkan kebanyakan remaja yang terbabit dengan aktiviti seks bebas tidak begitu mengambil berat berkaitan isu perlindungan.

Sampai sekarang, persoalan berkaitan seks dianggap tabu dan tidak boleh dibicarakan secara terbuka. Malah ada sebahagian ibu bapa mengelak apabila anak bertanyakan mengenai perkara itu. 

Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi KPJ Ampang Puteri, Dr Ariza Mohamed, pendidikan seks bukan digunakan untuk mengajar anak melakukan hubungan kelamin sebelum waktunya sebaliknya ia bertujuan memberi pendedahan berkaitan anggota badan sendiri dan bahagian yang boleh dan tidak boleh disentuh orang luar. 

“Seharusnya ia dilakukan sejak kecil dengan memperkenalkan anak kepada organ reproduktif penting menggunakan istilah sebenar bukan sekadar bahasa kiasan.

“Ia langkah penting perlu dilakukan ibu bapa bagi mengelakkan pelbagai kemungkinan tidak diingini di kemudian hari nanti,” katanya.

Disebabkan tidak memiliki pengetahuan berkaitan kesan yang boleh berlaku apabila menjalinkan hubungan kelamin tanpa perlindungan, ramai remaja perempuan khususnya berhadapan situasi mengandung luar nikah. 

Apabila ia berlaku dan jika tidak mendapat sokongan membuatkan mereka memilih untuk menyembunyikan kehamilan, menggugurkannya, membuang atau membunuh bayi yang dilahirkan itu. 


Antara risiko boleh dialami remaja hamil bawah umur: 

• Tidak mampu melanjutkan pengajian disebabkan kehamilan. 

• Mengandung pada usia terlalu awal boleh menyebabkan risiko kesihatan tertentu. 

• Berhadapan tekanan psikologi yang teruk. 

Dr Ariza berkata, hubungan kekeluargaan yang renggang juga menjadi pendorong utama remaja terbabit pelbagai aktiviti tidak sihat dan memudaratkan. 

Jalan penyelesaian termudah apabila remaja berkenaan mencari ‘perlindungan’ dan perhatian bersama rakan. 

“Keadaan persekitaran kini membuatkan cabaran membesarkan anak seolah-olah menjadi bebanan yang cukup besar bagi ibu bapa. Ketiadaan masa untuk diluangkan bersama akibat kerjaya sedikit sebanyak mengganggu perhatian serta tumpuan pada anak,” katanya. 

Selain itu, jika hubungan kelamin yang dilakukan tanpa sebarang perlindungan, remaja berkenaan berdepan dengan masalah penyakit jangkitan disebabkan kegiatan seksual (STD). 


Terdapat beberapa jangkitan boleh berlaku iaitu: 

• Virus Herpes Simplex (HSV) 

Ia sejenis virus yang menjangkiti alat kelamin wanita akibat hubungan seksual berbilang pasangan. Virus ini tidak dapat dihapuskan secara keseluruhan kerana selepas rawatan antivirus diberikan, ia akan ‘bersembunyi’ dalam saraf dan hanya muncul kembali apabila sistem imun badan menjadi rendah. 

• Gonorrhea 

Ia disebabkan bakteria Neisseria gonorrhea dan menyerang alat kelamin wanita. Pesakit akan mengalami nanah berbau busuk yang keluar dari kemaluan dan menyebabkan faraj dalam keadaan radang serta sakit. 


• Human Immunodeficiency Virus (HIV) 

Ia sejenis virus yang menyerang sel darah putih dalam tubuh. Apabila sel darah putih dijangkiti virus HIV, ia akan pecah dan hancur. 

Lama-kelamaan jumlah sel darah putih yang menjadi benteng kepada daya ketahanan badan ini makin berkurangan dan mendedahkan individu berkenaan kepada jangkitan kuman. 


• Chlamydia trachomatis 

Ia menyerang alat kelamin wanita membabitkan organ peranakan dalam tubuh serta merosakkan salur fallopio. Keadaan ini boleh menyebabkan wanita terbabit sukar mendapat anak kelak. 


Bagi memberi pendedahan kepada remaja berkaitan isu ini, beliau turut turun padang dan bekerjasama dalam program penerangan reproduktif yang dijalankan pihak hospital. 

Matlamat utama adalah mendekati pelajar remaja dan memberikan penjelasan sebaik mungkin terutama membabitkan pendidikan seksual. 

Antara aktiviti adalah aktiviti berkumpulan membabitkan jururawat bersama pelajar. Pelbagai persoalan peribadi boleh diajukan kepada jururawat membabitkan pelbagai isu tetapi kebanyakannya berkisar kepada sistem reproduktif manusia. 

“Seharusnya program sebegini dianjurkan secara berterusan kerana remaja perlu didedahkan dengan sebaik mungkin sejak awal. Mereka perlu diberitahu kesan yang boleh berlaku sekiranya terbabit dengan hubungan seksual pada usia muda,” katanya. 

Remaja perempuan perlu mengetahui masalah kesihatan yang boleh dialami sekiranya hamil di usia muda. Antaranya: 

• Berhadapan risiko pengecutan rahim pramatang kebiasaannya pada usia kandungan tujuh atau lapan bulan. 

• Lebih berisiko menghadapi masalah anemia. 

• Menghadapi masalah ketika melahirkan bayi disebabkan keadaan rahim serta tulang pinggul yang belum matang pembentukannya. 

• Berisiko menghidap darah tinggi ketika hamil. 


Fakta: 

• Sebelum baligh, saiz rahim wanita lebih kurang sebesar buah jambu air, kemudian sesudah baligh ia membesar kira-kira saiz buah pir. 

Pada saat ini, kilang telur mula aktif dan mengeluarkan hormon penting untuk wanita iaitu estrogen dan progesteron.

18 Apr 2014

5 Sebab Mengapa Lelaki Harus Pakai Baju Melayu


Sangat sukar untuk melihat para jejaka memakai Baju Melayu lengkap (kecuali pada Hari Raya atau hari akad nikah beliau). Malah lebih mudah melihat kapal UFO berbanding seorang jejaka memakai baju melayu! Biarpun beliau memakai Baju Melayu, pasti sampin dan songkok akan kehilangan. 


Figure Flattering

Anda tidak perlu kerap kunjungi gymnasium semata ingin memakai Baju Melayu. Baju Melayu direka serasi dengan semua jenis tubuh badan, sehingga kelihatan tegap seperti pahlawan Melayu, Hang Tuah.

Beraneka Gaya
Baju Melayu bukan untuk bangsa Melayu sahaja. Sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, umur atau status boleh memakai Baju Melayu. Ingat lagi betapa tampannya Shah Rukh Khan apabila beliau mengenakan Baju Melayu berwarna hitam? 

Simbol Kematangan
Lelaki yang memakai Baju Melayu masih ingat akan asal-usul beliau. Beliau merupakan kombinasi tradisional dan modern pada masa sama. Baju Melayu merupakan pakaian pilihan para pemimpin, oleh itu MP dan Menteri akan berpakaian Baju Melayu lengkap sebelum menghadap Agong. Apabila anda memakai Baju Melayu, pasti ciri-ciri kepimpinan terserlah.

Faktor Menarik Meningkat Sekurangnya 95 %

Kita sedia maklum bahawa para jejaka kelihatan lebih kacak apabila mengenakan suit. Tetapi tahukah anda apabila seorang lelaki memakai Baju Melayu, beliau jauh lebih kacak berbanding Khairy Jamaluddin?

Menarik Perhatian Gadis

Siapa yang tidak sukakan seorang jejaka yang mengenakan Baju Melayu? Jika jejaka yang memakai suit boleh membuatkan gadis Malaya jatuh cinta, apatah lagi jejaka yang memakai Baju Melayu. Seorang lelaki yang memakai Baju Melayu mampu membuatkan seorang gadis kahwini beliau!

Cukuplah tentang Baju Melayu. Bagaimana pula jika kita lihat cara-cara memaksimumkan pemakaian Baju Kurung/Kebaya!

Rapper potong zakar sebelum cuba bunuh diri


Los Angeles: Seorang penyanyi rap yang pernah membuat persembahan bersama Wu-Tang Clan memotong zakarnya sebelum cuba membunuh diri dengan terjun dari sebuah bangunan, kata polis, semalam.

Andre Johnson dikejarkan ke hospital semalam selepas dia terjun dari tingkat dua balkoni sebuah apartmen di Hollywood Utara.

Johnson ditemui dalam keadaan parah di tepi jalan dan dibawa ke hospital dengan zakarnya yang terputus. Tidak dapat dipastikan jika doktor cuba mencantum semula zakarnya, lapor TMZ.

Dia kini dirawat di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di Los Angeles.

Rakan penyanyi rap yang tinggal di bangunan itu memberitahu semalam, Johnson memotong zakarnya dan terjun dari tingkat dua secara tiba-tiba.

Kejadian berlaku dengan pantas, apabila rakannya turun ke bawah, Johnson dikatakan sudah berdiri, berlari sambil menjerit, lapor laman web itu.

Kejadian itu dikatakan tidak membabitkan sebarang dadah berbahaya.

Johnson, penyanyi rap dikenali dengan nama Christ Bearer dalam kumpulan Northstar. Bakatnya ‘ditemui’ oleh produser Wu-Tang dan penyanyi rap RZA pada tahun 1998. Dia menerbitkan album pertama kumpulan itu RZA Presents Northstar pada 2004.

Jurucakap Jabatan Polis Los Angeles memberitahu semalam, ada individu dibawa dengan ambulans ke hospital tempatan berikutan kemalangan sejurus sebelum 1 pagi. Ia bagaimanapun tidak mendedahkan identiti individu terbabit atau kecederaan yang dialaminya. - Agensi

Makanan yang boleh kawal penyakit


Rakyat Malaysia sememangnya sangat sukakan makanan. Tambahan pula negara kita ini merupakan negara yang kaya dengan pelbagai jenis makanan berikutan terdapat pelbagai bangsa dan kaum serta budaya.

Berikutan itulah kadang-kala agak sukar bagi anda untuk mengawal nafsu makan sehingga menyebabkan anda mendapat penyakit seperti diabetis, kegemukan, darah tinggi dan juga sakit jantung. 

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa jenis makanan dapat membantu anda dalam mengawal selera makan anda. 

Oat
Hanya dengan dua hidangan oat mampu menurunkan kolesterol LDL sebanyak 5% dalam masa enam minggu. Kunci utama untuk membunuh kolesterol adalah beta-glucan di mana oat ini mampu menyerap LDL dan menyingkirkan lemak dari badan. 

Cendawan
Makanan cegah lemak dan penggalak imun ini mampu meningkatkan pengeluaran dan aktiviti sel darah putih. Jumlah yang disyorkan setiap hari adalah ¼ kepada 1 auns dimana anda boleh menambahkan cendawan ini ke dalam sayur, pasta atau telur dadar. 

Asparagus
Sayur rangup ini membekalkan inulin, satu serat khas yang membantu bakteria baik di dalam saluran penghadaman anda. Gril asparagus atau makan bersama krim sup boleh meningkatkan mood anda. 

Pisang
Saiz pisang yang sederhana meningkatkan tenaga berpanjangan selain menahan lapar dalam masa yang lama. Kandungan vitamin B6 membantu otak menghasilkan serotonin. Lebih banyak serotonin yang dihasilkan, semakin kurang rasa tekanan atau kegusaran. Hidangan mufin pisang memadai untuk anda yang diet. 

Bawang
Di sesetengah negara menganggap bawang mampu mengubati pelbagai penyakit bermula dari diabetis sehinggalah rawatan meningkatkan prestasi olahraga. Bau yang terdapat pada bawang juga mampu menentang penyakit kardiovaskular. Memasukkan bawang di dalam masakan mampu menambah rasa pada masakan yang boleh menentang rasa cepat lapar. 

Memang tidak dinafikan pengambilan nasi putih membuatkan selera bertambah lebih-lebih lagi jika terdapat lauk yang kena dengan selera anda. 

Melatih diri mengambil makanan di atas membantu anda lebih cepat kenyang dan bertenaga selain menolak makanan tinggi karbohidrat, tinggi gula dan lemak yang sering menjadi punca anda mudah dijangkiti penyakit. 

Selamat mencuba!

17 Apr 2014

Tips sebelum membeli handphone Lenovo


Pergi kedai, mintak henfon yg kita nak beli tu,dan mintak jurujualnya charge henfon dalam keadaan off.. Pastikan henfon yang anda ingin beli tu tidak berkeadaan seperti didalam gambar di bawah ..Keadaan imej bateri yang tidak sempurna.Dan keluar tulisan cina.. 

Tips kedua, buka henfon yang ingin dibeli itu. Dail *#06* dan tengok imei telefon tersebut ada berapa.Jika terdapat dua imei, jangan beli henfon tersebut kerana warranty henfon berkenaan tidak didaftarkan di website rasmi Lenovo sebagai warranty..

Dan jika terdapat satu sahaja imei, anda boleh menyemak warranty henfon tersebut di website rasmi Lenovo..

Untuk menyemak, klik > 


Kesan buruk telan gula-gula getah


Semenjak kecil, kita sering dinasihati orang tua untuk tidak menelan gula-gula getah kerana dikhuatiri ianya akan kekal di dalam perut. Lebih mengerikan, ada yang membuat cerita bahawa perbuatan tersebut boleh mengakibatkan sekatan pergerakan jantung.

Namun, hasil daripada kajian saintifik, kenyataan tersebut ternyata hanyalah sebuah mitos dan tidak lebih daripada itu. 

Jadi, apa yang sebenarnya berlaku kepada gula-gula getah tersebut sekiranya ia ditelan secara tidak sengaja? 

Untuk pengetahuan anda, gula-gula getah diperbuat daripada asas getah, bahan pemanis, pewarna dan perasa. Disebabkan asas getah tersebut yang merupakan hasil campuran elastomer, damar, lemak dan lilin, ia tidak dapat dicerna, membuatkannya sukar untuk dipecahkan seperti bahan makanan lain. 

Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud gula-gula getah tersebut akan kekal melekat di dalam perut kerana banyak lagi makanan lain yang sukar dihadamkan sepenuhnya. 

Apa yang berlaku adalah gula-gula getah tersebut akan disalurkan ke dalam usus badan sehinggalah ia sampai ke intestin sebelum dinyahkeluar dari sistem badan. 

Jadi, anda tidak perlulah risau kerana gula-gula getah tidak mampu mengatasi fungsi tenaga usus, walaupun bersifat melekat. 

Tetapi, ini bukan bererti anda boleh menelan banyak gula-gula getah dengan sesuka hati kerana air liur yang ada hanya boleh menembusi bahan pemanis dan sebagainya, dan bukan hasil campuran yang terdapat dalam asas getah. 

Perbuatan tersebut, jika dilakukan dalam masa yang singkat, mungkin boleh menyebabkan risiko sekatan sistem penghadaman, terutama sekali pada kanak-kanak, yang mempunyai saluran penghadaman yang lebih kecil berbanding dengan golongan dewasa.