HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

Koleksi Gambar Berkaitan Kapal Titanic (11 Gambar)

11 Gambar yang berkaitan dengan kapal Titanic ini mungkin ada yang anda belum pernah saksikan

Semua Jawapan Untuk Guess The Emoji

Untuk memudahkan korang,ni aku nak share SEMUA jawapan untuk games Guess The Emoji,dari level 1 hinggalah level 25.

Tanda-tanda Kiamat Kecil Yang Telah Muncul

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2014 Kakitangan Awam

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah menyiarkan surat pekeliling yang bertujuan memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 untuk kakitangan awam

Wanita lebih kerap bermimpi tentang seks

Tanpa mengira sama ada lelaki menghabiskan lebih banyak waktu untuk berfikir tentang seks, kajian pada tahun 2007 mendapati bahawa lelaki kurang cenderung untuk bermimpi tentang seks berbanding wanita.

13 Jan 2014

Perutusan YAB Perdana Menteri Sempena Maulidur Rasul 1435H


1. Alhamdulillah, segala puji-pujian itu hanya untuk Allah. Selawat dan salam buat Junjungan Rasulullah SAW, juga ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda sekaliannya. Maka pada detik 12 Rabiul Awal 1435 Hijriyah ini, saya merafakkan setinggi kesyukuran kepada Allah SWT, dapat sekali lagi kita meraikan Sambutan Maulidur Rasul ini.

2. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Kahfi ayat 6 yang bermaksud:

“Maka (apakah) barangkali kamu (wahai Muhammad), akan membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada perbicaraan (Al-Quran) ini.”

3. Di sini, al-Quran dengan indah telah merakamkan betapa kerisauan, kesungguhan dan gelora kasih sayang baginda untuk melihat setiap umat manusia ini dapat bernaung di bawah rahmat keimanan dan agama Islam yang suci ini. Makanya, rahmat Iman dan Islam yang diperjuangkan Rasulullah SAW ini, perlulah diteruskan dan disebarkan.

4. Justeru, sebagai sebuah negara Islam yang sememangnya meletakkan Maqasid Syariah sebagai paksi pentadbiran negara, kita komited untuk menjadikan negara Malaysia ini sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020 dan menobatkan syiar dan syariat Islam sebagai acuan pemerintahan sebagaimana yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan.

5. Kejayaan Malaysia dalam usaha mengembangkan Islam dan mengamalkan demokrasi telah mendapat pengiktirafan pemimpin-pemimpin dunia, termasuklah daripada Pemimpin Turki dalam lawatan beliau ke Malaysia baru-baru ini.

6. Beriltizamkan Sirah Rasulullah SAW, Kerajaan akan terus komited mempertahankan kesucian Agama Islam dari dicemari dan diganggu gugat oleh pihak-pihak tertentu. Saya menyeru kepada rakyat, keharmonian dan kesefahamanantara agama yang telah lama kita bina bersama harus dikekalkan. Yakinlah bahawa sikap persefahaman dan toleransi adalah tunjang kepada kesatuan rakyat berbilang bangsa dan agama di Negara kita.

7. Sambutan Maulidurrasul pada tahun ini adalah bertemakan “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”. Hakikatnya, ‘wasatiyyah’ berpaksikan keadilan sosial, keunggulan atau kecemerlangan dan keseimbangan serta kesederhanaan. ‘Wasatiyyah’ bukanlah bererti mundur, ambil mudah dan pendekatan ekstrem yang boleh menggugat kestabilan politik, sosial dan ekonomi kepada sesebuah Negara. Justeru ‘wasatiyyah’ adalah tonggak kepada segalanya, yang merupakan penentu kemakmuran, keharmonian dan kesatuan sesebuah bangsa atau ummah.

8. Semoga sambutan memperingati peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW ini dapat menjadi pemangkin kepada penyatuan ummah dalam membangunkan negara yang tercinta ini.

Tag: Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, Maulidur Rasul

4 Petua Jimat Kenduri Kahwin


Siapa yang tidak sabar menunggu hari bahagia? Kita sering kali melihat bagaimana gah dan meriah majlis perkahwinan diadakan. Bukan setakat gah dan meriah, malah mahal juga. Memang benar, kahwin hanya sekali dalam hidup, melainkan anda Rozita Che Wan (gurauan sahaja, jangan marah). 

Kita bukan nak persoalkan berapa kali seseorang boleh berkahwin. Di sini kami ingin bantu anda mengurangkan kos perkahwinan dan masih dapatkan majlis perkahwinan yang diimpikan.

Uruskan senarai tetamu anda
Bagi saya, saya hanya inginkan kaum keluarga dan teman rapat di majlis perkahwinan saya. Senarai tetamu sepatutnya mereka yang anda sayang dan hargai kerana anda mahu kongsi kebahagiaan bersama mereka. Bukanlah sampai jemput satu dunia untuk meraikan anda. Jika anda mampu belanja lebih, jemputlah. Tetapi jika tidak, jemput yang perlu sahaja.

Masalah gaun kahwin
Tiada seorang gadis yang tidak mahu cantik macam tuan puteri pada majlis perkahwinan beliau. Biarpun begitu tidak semua mampu menyarung gaun rekaan Jovian Mandagie. Janganlah sampai paksa calon suami berhutang dengan bank semata-mata nak cantik macam Lisa Surihani ketika majlis perkahwinan anda. Carilah rekaan yang cantik dan mampu dibeli. Jika mahal sedikit pastikan bukan gaun yang akan dipakai seumur hidup tetapi sesuatu yang boleh diubah suai untuk sesuai dengan acara-acara lain.

Biar simple
Peraturan penting kalau nak jimat duit dalam situasi apa sekalipun, ambil perkara penting dan perlu sahaja. Majlis berinai dan bersiram bagai ini sebenarnya tidak perlu pun. Kalau nak berinai sangat, cuba atur satu sleepover bersama rakan-rakan rapat dan bantu satu sama lain untuk berinai. Ini lebih jimat daripada upah orang. Kalau takut inai comot, cari kawan yang pandai guna inai. 

Kreatif dengan cenderahati
Bunga telur kalau beli banyak-banyak boleh pokai. Kini kebanyakan pengatin memilih cenderahati untuk tetamu yang moden, bukan lagi bunga telur dan gula-gula. Jika anda mencari kelainan sambil berjimat, cuba hadiah DIY. Kumpul teman-teman anda dan lakukan aktiviti buat cenderahati sendiri. Tapi pastikan 6 bulan sebelum kenduri jadi anda tak panic!

12 Jan 2014

Warna Pembayang Mata Yang Sesuai


Ada banyak tips solekan di internet sehingga ia boleh menjadi sukar untuk mentafsirkan mana satu yang terbaik untuk anda. Menurut beberapa pakar kecantikan ia amat penting untuk menitik beratkan warna solekan mengikut bentuk muka, warna mata, dan warna rambut selain warna kulit. Tips ini bertujuan untuk membuat sebahagian besar ciri – ciri semulajadi anda supaya anda kelihatan cantik tanpa kos yang membebankan. 

Kami tahu adalah penting untuk anda mempertimbangkan wana mata anda apabila membuat keputusan tentang warna pembayang mata. Pemadanan pembayang mata untuk warna mata boleh dilihat terlalu monokromatik, jadi kami telah menyenaraikan beberapa tips untuk membantu warna mata anda menonjol. Bagi anda diluar sana, gunakan tips dibawah untuk memutuskan warna pembayang mata dengan warna kanta lekap anda. 

Warna keemasan & kelabu untuk si mata biru 
Solekan yang sempurna sepatutnya meningkatkan warna dan bukan menenggelamkannya. Jika anda ke tempat kerja, pakai pembayang mata berwarna emas 'matte' dan jika anda menghadiri temu janji malam, cuba emas berkilauan. Satu lagi warna yang sesuai untuk si mata biru ialah kelabu. Jika anda inginkan wajah yang sedikit garang, anda boleh melakukan solekan 'smokey eyes' pasti anda tampak mempesona. 

Mauves mempersonakan si mata coklat 
Wanita berwarna coklat boleh dikatakan wanita yang paling bertuah kerana segala jenis warna pasti nampak cantik. Namun, jika anda ingin tahu secara spesifik, warna mauves atau ungu tua menyerlahkan lagi warna mata anda. Jika anda tidak mahu menggayakan pembayang mata, cuba aliskan bulu mata anda dengan maskara berwarna mauves. 

Imej seksi si mata hijau dengan warna tembaga 
Aplikasikan warna tembaga pada mata anda dan garis bawah mata, kemudian basahkan sedikit berus dan ratakan warna supaya ia nampak lebih lembut. Untuk pembayang mata, anda perlu elakkan warna- warna metalik seperti 'silver'. Elakkan juga celak hitam dan mula pakai celak berwarna coklat gelap. Kami berpendapat warna metalik dan celak hitam tidak sepadan dengan mata hijau. 

Biru untuk si mata kelabu 
Oleh kerana kelabu warna yang agak kelam, cuba kontrakan dengan warna biru cerah atau anda boleh menggunakan celak biru metalik. Jika anda bukan peminat pembayang mata, anda boleh mengenakan maskara berwarna biru. Bagi si mata kelabu, anda perlu fokuskan pada sekeliling mata dan bukan di kelopak. Pasti mata anda menambat tumpuan orang sekeliling. 

Selamat mencuba!

11 Jan 2014

Ariel Sharon: Matinya Bekas PM Israel


Ariel Sharon yang meninggal dunia pada Sabtu disifatkan sebagai antara pemimpin politik dan tentera Israel yang cukup kontroversi. Sikapnya yang keras menjadikan orang memanggilnya sebagai "TheBulldozer".

Semasa jadi tentera, dia terlibat dalam semua peperangan besar Israel. Dia kemudian terjun ke dunia politik pada 1973. Kerjayanya sebagai ahli politik penuh dengan gelora sehinggalah kemuncaknya apabila dia mengalami serangan angin ahmar pada Januari 2006 yang menyebabkan dia koma dan tidak sedarkan diri sehinggalah kematiannya hari ini.

Dia yang terpilih jadi Perdana Menteri Israel pada 2001 dikecam teruk dan dihina kerana bertanggungjawab terhadap pembantaian ke atas pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila pada 1982.

Sharon merupakan antara generasi Zionis yang terlibat mengasaskan cita-cita tegaknya negara Israel. Dia meninggalkan legasi yang cukup kompleks yang kesannya dirasai sehingga hari ini oleh rakyat Palestin serta percaturan krisis Asia Barat itu.

Dialah orangnya yang menyusun dan melaksanakan dasar pemisahan dengan Palestin termasuk membina tembok pemisah di Tebing Barat pada 2002.


Sharon dilahirkan di wilayah Palestin pada 26 Februari 1928. Keluarganya merupakan keturunan Yahudi berasal dari Belarus. Pada usianya 17 tahun, dia menyertai kumpulan bersenjata Haganah yang memperjuangkan penubuhan negara Yahudi itu. Kumpulan itu kemudiannya menjadi ketumbukan tentera Israel.

Dia terkenal dengan sikapnya yang keras kepala dan degil serta tidak bertolak ansur dalam soal penubuhan negara Israel.

Semasa mengetuai kumpulan elit tentera komando rejim Yahudi, Sharon terlibat dalam beberapa serangan ke atas tentera Arab termasuk satu insiden yang cukup menyayat hati yang menyaksikan hampir 60 orang awam Palestin di perkampungan Qibya dekat Ramallah terbunuh pada 1953.

Semasa Perang Enam Hari 1967, ketika mana Israel merampas Tebing Barat dan Gaza, serta wilayah timur Baitulmaqdis dan Bukit Golan, Sharon mengetuai pasukan kereta kebal tentera Israel.

Enam tahun kemudian semasa Perang Yom Kippur pada 1973, dia yang bersara ketika itu dipanggil semula untuk mengetuai pasukan tentera merentas Terusan Suez.

Setahun sebelum itu, dia meninggalkan pasukan tentera untuk masuk politik. Dia membantu mengasaskan parti haluan kanan, Parti Likud yang dipimpin oleh Menachem Begin yang mula berkuasa pada 1977.

Sebagai menteri pertanian, Sharon bertangggungjawab membantu pembukaan kawasan petempatan Yahudi di Tebing Barat.

Sebagai menteri pertahanan, dia jadi dalang pencerobohan Israel ke atas Lubnan ketika mana tentera rejim Yahudi mengepung ibu pejabat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di Beirut.

Biarpun PLO berjaya diusir, pemimpinnya Yasser Arafat bolos menyelamatkan diri. Dia mengakui kegagalannya menyekat Yasser itu kembali menghantui dirinya selama beberapa dekad kemudian.

Peristiwa berdarah di Sabra dan Shatila yang mengejutkan dunia menamatkan kariernya sebagai menteri pertahanan selepas siasatan rasmi mendapati dia "bertanggungjawab secara tidak langsung".

Pada 1999, bintang politiknya bersinar apabila dia mengambil alih pimpinan Parti Likud yang ketika itu jadi pembangkang.

Setahun kemudian, Sharon membuat satu tindakan provokasi yang mencetuskan kemarahan dunia Islam dan rakyat Palestin khususnya apabila dia melawat Masjid Al-Aqsa yang jadi titik konflik krisis Israel-Palestin. Lawatan pada 28 September 2000 itu mencetuskan intifada kedua.

Pada 2001, Sharon menang pilihan raya setelah pengundi memberikan sokongan kepada kempennya untuk menangani apa yang disifatkan oleh Zionis sebagai "keganasan" Palestin. Dia menggerakkan kempen mengepung ibu pejabat PLO di Ramallah dan hanya membenarkan Yasser lepas daripada kepungan itu untuk menjalani rawatan di Perancis. Yasser meninggal dunia tidak lama kemudian.

Ada khabar angin kononnya dia diracun tetapi dakwaan itu dinafikan oleh rejim Yahudi.

Sharon kemudiannya menunjukkan sikapnya yang berkendur apabila membuat kejutan mengundurkan tentera Israel dan pendatang Yahudi daripada wilayah Gaza yang diduduki.

Namun tindakannya itu dikatakan dibuat ekoran kebimbangan orang Yahudi tidakmungkin jadi kelompok majoriti di wilayah sempit tetapi padat penduduk itu.

Dia dituduh belot kerana keputusannya itu. Sharon kemudian meninggalkan Parti Likud untuk menubuhkan Parti Kadima dengan gagasan membuat lebih banyak pengunduran daripada Tebing Barat.

Tetapi hanya enam minggu kemudian, pada 4 Januari 2006, dia diserang angin ahmar. Dia tidak pernah sedarkan diri sejak itu sehinggalah kematiannya hari ini. -- Agensi


Berita mula diterbitkan pada: Januari 11, 2014 21:48 (MYT)
Tag: Ariel Sharon, belasungkawa, Israel, Palestin, Yahudi, Asia Barat, Gaza, Tebing Barat

Kesalahan Merawat Jerawat


Jerawat adalah satu perkataan yang paling ditakuti kaum hawa dan kini kaum adam pun mungkin tidak suka mendengar perkataan ini tetapi ketahui sekiranya wajah anda ditumbuhi jerawat janganlah tersilap dan tersalah cara untuk merawatnya. 

Kerana sesetengah orang berpendapat sekiranya ada jerawat tumbuh di wajah boleh menyapu ubat gigilah nanti jerawat itu mengecut dan hilang. Oh itu semua tidak benar sama sekali kerana tiada kajian yang mengesahkan dakwaan itu kerana mustahil dengan meletakkan ubat gigi jerawat anda akan hilang sekelip mata.

Sebenarnya dengan meletakkan ubat gigi ianya tidak memberi kesan apa-apa bahkan mungkin boleh memberi kesan lebih teruk pada wajah anda. 

Banyak lagi kesalahan yang tanpa kita sedari ianya tidak membantu dalam menghilang jerawat di wajah kita. 

Jom kita lihat antara kesalahan-kesalahan dalam merawat jerawat

Sapu ubat gigi
Seperti yang diperkatakan tadi dengan meletakkan ubat gigi pada jerawat yang tumbuh itu boleh menghilangkan jerawat. Nah itu semua tidak benar, tetapi sebenanrya ubat gigi itu berfungsi lebih untuk memberi kesejukan pada wajah sahaja. Malah sebenarnya bahan-bahan yang terkandung dalam ubat gigi itu boleh menyebabkan kulit anda kemerahan dan seperti terbakar. 

Perah limau atau lemon
Limau dan lemon adalah buah-buahan yang memang sedap untuk dimakan serta aromanya yang harum dan menyegarkan pasti menjadi tarikan. Namun kini ada sesetengah wanita mengamalkan cara yang salah untuk merawat jerawat kerana ketahuilah air perahan limau dan lemon itu terkandungnya asid yang agak tajam yang mana apabila terkena pada kulit ianya akan menyebabkan jerawat anda semakin gatal dan merah-merah. 

Berjemur
Berjemur di tengah panas sememang dapat mengeluarkan segala kotoran yang ada di bawah kulit muka. Namun begitu, secara tidak langsung jerawat yang tumbuh itu juga akan meninggalkan kesan bintik hitam dan akhirnya akan membuatkan kulit wajah kamu semakin lain bahkan jerawat juga akan semakin merebak lagi. 

Air putih telur dan hirisan tomato
Buah tomato memang tidak disangkal mempunyai khasiat dan baik untuk kulit kerana mengandungi vitamin A. Tetapi ia tidaklah terlalu berkesan untuk menghilangkan masalah jerawat di kulit anda dan petua menggunakan air putih telur juga tidak pratikal kerana mungkin sesetengah berjaya tetapi kesannya pada jangka masa panjang mungkin tidak berkekalan.

10 Jan 2014

Tempat-tempat Yang Boleh Menggemukkan


Sedar tak sedar apabila kita makan sesuatu makanan itu tanpa kawalan dan di tempat yang mana kamu menikmati makanan itu sesedap hati seperti sewaktu menonton wayang pasti mata anda fokus pada cerita yang ditonton dan tangan anda duk tak henti-henti kunyah bertih jagung, jadi maka itu sudah tentu anda tak akan sedar dan perasaan yang berat badan anda meningkat 2 atau 3 kilogram.

Tidak salah apabila anda menonton wayang untuk memakan dalam kuantiti yang banyak tetapi haruslah diingatkan untuk tidak terlalu mengambilnya terlalu banyak kerana risau-risau 'movie' tak abis lagi tetapi perut anda dah meragam sakit perut dan sebagainya kerana terlalu asyik layan cerita sampai tak sedar dah balun 1 set besar bertih jagung dan air pepsi. 

Jom kita lihat beberapa tempat yang boleh menggemukkan anda tanpa ada sedari dan perasan.

Di dalam kereta
Ya ini telah tempat yang mana pasti ramai atau sesetengah anda gemar untuk makan kerana sambil menunggu 'trafik jem' pasti anda akan berasa lapar dan sebagai jadi sudah tentu anda akan memilih makanan ringan sebagai santapan anda ketika itu dan kadangkala kebanyakannya anda sudah membeli siap-siap keropok untuk disimpan di dalam kereta untuk dijadikan kudapan sewaktu bosan menunggu trafik sesak. 

Di depan televisyen
Ramai yang berpendapat apabila menonton televisyen pasti anda akan cepat bosan dan lapar sekiranya hanya melihat sahaja siaran tanpa menjamah apa-apa makanan kerana tidak lengkap rasanya menonton televisyen tanpa hidangan seperti nasi, pizza dan makanan segera yang lain kerana saat bersama keluarga menikmati filem kegemaran di kaca TV pasti lebih menarik dengan hidangan makanan. Tetapi harus diingatkan jangan terlalu mengikut nafsu nanti bimbang-bimbang berat anda makin naik pula. 

Sewaktu membuat kerja 
Ya ini adalah untuk pelajar dan mereka yang sering buat kerja sama ada di pejabat pada lewat malam terutamanya pelajar yang sering tidur lewat untuk menyiapkan tugasan anda pasti akan rasa cepat lapar kerana menghadap tugasan yang bertimbun-timbun dan itu menyebabkan anda di saat pukul 2 ke 3 pagi akan tergerak untuk mencari dan membeli makanan seperti burger dalam kuantiti yang banyak kerana memang penat dan cepat lapar apabila buat tugasan di waktu senja bukan. 

Di atas sofa
Di tempat kerusi seperti sofa empuk sering menjadi aktiviti yang mana apabila dalam keadaan baring anda akan pasti rasa terbuai dengan kesedapan kerusi sofa yang sungguh lembut yang mana pasti akan membuat anda makan dalam kedaan baring juga. Ini adalah sesuatu yang tidak bagus kerana di saat itu, kemungkinan besar segala sisa makan akan terkumpul lebih mudah dan disitu akan menyebabkan badan akan lebih senang gemuk . 

Kesimpulannya jagalah berat anda, jangalah terlalu gemuk atau terlalu kurus, tetapi tak kisah makan di mana-mana pun tidak menjadi masalah tetapi sebaiknya kawal pemakanan anda itu dan agar tidak menjadi pengumpul lemak tegar atau erti kata lain obesiti.

8 Jan 2014

Khasiat Kopi


Ramai yang mempunyai pandangan dan persepsi negatif terhadap kopi berikutan kesan-kesan yang mereka alami setelah meminum kopi. Malah, ada juga yang terus memadamkan kopi daripada senarai minuman harian mereka. Mungkin mereka tidak mengetahui akan khasiat kopi yang hakikatnya memberi banyak manfaat kepada tubuh badan manusia. Saya juga percaya bahawa ramai lagi masyarakat kita yang masih masih memiliki pandangan serta tanggapan yang negatif terhadap kopi.

Satu kenyataan di sebuah laman web kesihatan iaitu laman Coffee & Health oleh Institut for Scientific Information of Coffee (ISIC) mengenai kajian terkini yang membuktikan perkaitan antara pengambilan kopi dan gangguan neurodegeneratif seperti penurunan kognitif, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson dan strok. Neuodegeneratif merupakan penyakit yang tidak boleh diubati dan menyebabkan degenarasi progresif dan/atau kematian sel-sel saraf. Gangguan neurodegeneratif ini menyebabkan masalah pergerakan (ataxias) atau fungsi mental (dementias).

Ini juga telah dibuktikan melalui beberapa kajian epidemiologi. Laman rasmi World Health Organization (WHO) mendefinasikan kajian epidemiologi sebagai kajian taburan berkaitan aktiviti kesihatan dan aplikasi kajian tersebut terhadap kawalan penyakit dan masalah kesihatan yang lain. Kajian ini membuktikan bahawa pengambilan kopi dalam kuantiti yang sederhana nyata telah memberi manfaat terhadap keupayaan kognitif apabila usia semakin meningkat. Kajian ini turut membuktikan kesan pengambilan kopi mampu melambatkan penurunan fisiologi dan kognitif terutamanya dalam kalangan wanita dan mereka yang berumur lebih 80 tahun.

Kopi adalah minuman yang berasal daripada biji kopi dan mula diperkenalkan oleh orang-orang Rom dan Yunani seawal abad ke-13. Disebabkan kandungan kafeinnya, kopi mempunyai kesan rangsangan kepada mereka yang meminumnya dan hari ini kopi merupakan satu daripada minuman paling digemari di seluruh dunia serta boleh didapati dalam pelbagai perisa seperti Latte, Americano, Cappucino dan Espresso.

Kini terdapat juga pelbagai jenis minuman kesihatan berasaskan kopi yang boleh didapati di pasaran seperti Kopi Herba dan produk HPA Kopi Radix. Kopi Herba sangat berkhasiat terutamanya bagi pesakit-pesakit kencing manis, darah tinggi, batu karang, migrain, gout, gastrik, asthma dan sembelit. Malah, kopi ini juga boleh membantu mengurangkan angin dalam badan sepertimana yang dicatatkan di laman rasmi Kopi Herba.

Pengambilan kopi dalam kadar yang sedehana tidak akan memudaratkan kesihatan malahan akan memberi banyak faedah kepada tahap kesihatan manusia meski pengambilannya boleh menyebabkan ketagihan. Satu kajian saintifk berkenaan kesan pengambilan kopi menunjukkan bahawa risiko mendapat penyakit diabetes jenis dua adalah lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak meminum kopi.

Kajian saitifik juga membuktikan bahawa selain meningkatkan fungsi kognitif, kopi boleh mengurangkan risiko batu karang, kanser kolon dan kerosakan hati. Malah, kopi juga terbukti mampu meningkatkan prestasi dan ketahanan manusia dalam aktiviti-aktiviti fizikal. Bagi mereka yang sering berjaga sehingga lewat malam pula (stayed up), mereka akan lebih segar setelah meminum kopi.

Bagi penghidap penyakit jantung, kencing manis, dan darah tinggi, pengambilan kopi tidak akan memberi sebarang kesan negatif terhadap tahap kesihatan mereka. Namun begitu, kesan pengambilan kopi yang positif hanya berlaku jika seseorang itu meminum kopi dalam kuantiti yang sederhana dalam sehari. Kajian turut menunjukkan bahawa kopi tidak mempunyai kesan kardiovaskular seperti peningkatan kadar denyutan jantung, kadar denyutan jantung yang tidak stabil serta tekanan darah yang tinggi. Malah, risiko penyakit kardiovaskular adalah 10 peratus lebih rendah.

Seorang pesakit darah tinggi, Sarmiah Asun berkata, “Kandungan gula dalam darah saya sentiasa berada pada tahap yang stabil biarpun saya masih meminum kopi. Malah, saya turut tidak mengalami sebarang kesan-kesan negatif pengambilan kopi seperti pening dan letih sepanjang masa. Namun begitu, saya hanya meminum kopi tanpa gula untuk satu hingga dua cawan dalam sehari.”