HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

Koleksi Gambar Berkaitan Kapal Titanic (11 Gambar)

11 Gambar yang berkaitan dengan kapal Titanic ini mungkin ada yang anda belum pernah saksikan

Semua Jawapan Untuk Guess The Emoji

Untuk memudahkan korang,ni aku nak share SEMUA jawapan untuk games Guess The Emoji,dari level 1 hinggalah level 25.

Tanda-tanda Kiamat Kecil Yang Telah Muncul

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2014 Kakitangan Awam

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah menyiarkan surat pekeliling yang bertujuan memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 untuk kakitangan awam

Wanita lebih kerap bermimpi tentang seks

Tanpa mengira sama ada lelaki menghabiskan lebih banyak waktu untuk berfikir tentang seks, kajian pada tahun 2007 mendapati bahawa lelaki kurang cenderung untuk bermimpi tentang seks berbanding wanita.

17 Apr 2014

Karpal Singh maut kemalangan


Kampar: Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam kemalangan di Kilometer 301.6 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara berhampiran Gua Tempurung, di sini kira-kira jam 1 pagi tadi.

Pemimpin Veteran DAP itu, difahamkan terbunuh apabila kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard yang dinaikinya terbabas dan melanggar belakang sebuah lori sebaik tiba di lokasi kejadian.

Turut terbunuh dalam kemalangan itu pembantunya Michael Cornandez, manakala dua lagi cedera.

Difahamkan mereka dalam perjalanan dari ibu negara ke Pulau Pinang.

Mayat beliau dihantar ke Hospital Kampar dan keadaan di perkarangan bilik mayat diselubungi kesedihan apabila keluarga pemimpin terbabit tiba kira-kira jam 5.15 pagi tadi.

Keadaan di perkarangan bilik mayat diselubungi kesedihan apabila keluarga pemimpin terbabit tiba kira-kira jam 5.15 pagi tadi.

Anaknya, Gobind Singh Deo, juga berada di sini dan dilihat memeluk ibunya Gurmit Kaur yang sedang menanggis.

Turut kelihatan anak perempuan Karpal, Sangeet Kaur.

Kedengaran Gurmit berteriak, "kenapa? kenapa? kenapa la..." sambil cuba ditenangkan Gobind.

Keadaan menjadi lebih menyedihkan apabila ahli keluarga terus meraung sebaik masuk ke dalam untuk melihat mayat Karpal.

Menurut Gobind mayat bapanya akan dibawa ke rumahnya di Pulau Pinang untuk pengebumian selepas selesai urusan dengan pihak hospital.

Beliau berkata, pihaknya akan memberitahu kemudian tarikh pengebumian bapanya itu.







16 Apr 2014

Khasiat Dalam Tempe


Sepotong tempe mengandungi berbagai unsur yang berkhasiat seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta komponen antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan. 

Selain itu, tempe juga meningkatkan nilai pengambilan gizi harian kita, seperti kadar vitamin B2, vitamin B12, niasin, dan asam pantorenat. 

Hasil daripada analisis, gizi tempe menunjukkan kandungan niasin sebanyak 1.13 mg/100 gram berat tempe yang dapat dimakan. 

Bukan sahaja senang didapati malahan cara penyediaannya juga mudah. Rasanya amalan memakan tempe untuk menu diet anda amat berbaloi. 

Ikuti sepuluh fakta ringkas mengenai pemakanan tempe seperti berikut:

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi dan ia mudah dicerna baik untuk mengatasi diare (Elak keracunan) 

2. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunkan tekanan darah yang mana elok untuk mereka yang menghidapi darah tinggi. 

3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jantung. 

4. Penderita anemia (masalah berat badan). Anemia dikesan apabila kadar hemoglobin rendah kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe. 

5. Anti infeksi. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman. 

6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol. Jika anda tidak gemar memakan oat, boleh cuba cara ini! 

7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser. 

8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang berkaitan, baik jangkitan ataupun degeneratif. 

9. Mencegah timbulnya hypertension (Simpton cepat marah). 

10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, tempe bagus untuk tulang. Jika anda kurang gemar meminum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda.

15 Apr 2014

Perlukah basuh enjin kereta?


SIAPA yang tidak suka melihat kereta berkilat? Pasti semua bersetuju dengan kenyataan itu. Sememangnya kereta berkilat apabila dibasuh menyelesakan mata kita. Tapi adakah ia bagus terhadap kereta ataupun komponen kereta kita? Mari kita kupas sedikit isu ini.

Sebenarnya penggunaan air terhadap enjin boleh menyebabkan berlaku litar pintas dan kereta meragam. Seelok-eloknya gunakanlah bahan yang paling klasik iaitu minyak tanah bagi menghilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin.

Masa kini lebih mudah apabila ada banyak bahan cucian khas. Semburkan sahaja bahan berkenaan di tempat yang perlu dan biarkan ia meresap kemudian lap dengan kain kering.

Gris dan sisa minyak pelincir perlulah diberi perhatian dan dibersihkan dengan segera daripada bahagian luaran enjin kerana ia boleh merosakkan tali kipas, paip getah dan kabel elektrik.

Selain gris, debu atau lumpur melekat pada komponen elektrik seperti alternator (motor penghidup), generator, gegelung penghidup, pengagih dan lampu boleh menyerap wap air serta menyebabkan berlakunya litar pintas.

Pada terminal bateri pula jika ada endapan putih, siram dengan air panas kemudian bersihkan menggunakan kain.

Endapan itu dapat dihilangkan dengan mudah tetapi perlu hati-hati dan jangan sampai air masuk ke dalam bateri.

Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga pastikan sentiasa terbuka.

Ketika mencuci bahagian enjin, pemilik kenderaan perlu memastikan jika ada kebocoran minyak pelincir, iaitu elemen penting bagi menjamin kesinambungan kerja setiap bahagian yang bergerak.

Jika sedar ada minyak pelincir bocor, cari segera puncanya dan tambahkan minyak pelincir apabila kurang.


Elakkan sabun basuh

Dalam keadaan biasa, selepas beberapa tahun, gasket kebuk enjin boleh bocor sedikit dan minyak pelincir menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta diletakkan. Jika jumlah titisan itu banyak, mungkin gasket di oil sum yang rosak.

Biasanya minyak pelincir berkurang menerusi pemeluwapan dan pembakaran. Tapi jumlahnya tak banyak kira-kira 1/300-1/500 daripada jumlah penggunaan petrol.

Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat. Baik periksa sendiri kerana jika dibiarkan juruteknik stesen minyak memeriksanya, kadangkala anda sebenarnya 'membantu' memajukan perniagaan mereka.

Jika bersihkan bahagian luar pula lebih mudah. Hantar saja ke bengkel mencuci. Namun, jika anda mahu membasuh sendiri, gunakan sabun yang sesuai tetapi elak sabun basuh atau peluntur.

Lazimnya, kereta baru dicat dengan cat bermutu tinggi. Jika permukaan itu tidak dibersihkan dengan baik, ia cepat rosak.

Debu dan lumpur pada kenderaan boleh menyerap wap air dengan cepat dan merosakkan permukaan cat. Selain nampak comot, cat mudah luntur dan kelihatan retak-retak. Langkah pertama membersihkan kenderaan adalah menghilang debu dengan membuat semburan tanpa menggunakan sabun.

Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak terlalu kotor, debu yang melekat dapat dihilangkan dengan bulu ayam.

Tetapi, jika kotoran tidak dapat dihilangkan, guna kain bersih basah. Penggunaan kain kering boleh sebabkan calar atau goresan pada permukaan cat. Ini disebabkan kotoran berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.

Jika basuh gunakan sabun, jangan biarkan sabun terlalu lama di badan kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta bahan kimia sabun boleh merosakkan cat.

Selepas dibasuh, keringkan kereta dengan kain bersih. Bagi hasil yang lebih baik selepas kereta kering sapu wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax melindungi permukaan supaya tetap menarik dan hidup.

14 Apr 2014

6 ciri jutawan


Menurut Dr Thomas Stanley melalui penyelidikannya di dalam buku 'The Millionaire’s Mind', untuk menjadi seorang jutawan, bukan saja memerlukan ciri-ciri seperti hebat berniaga, mengetahui segala teknik dan strategi berunding atau sempurna dalam membuat keputusan, tetapi juga ada ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki.

Melalui penelitiannya terhadap beribuan jutawan, terdapat 6 ciri yang dimiliki golongan jutawan: 


1. Bersikap jujur 

Mereka yang bergelar jutawan lazimnya golongan yang terbabit dalam perniagaan atau mereka yang berpangkat tinggi dalam sesebuah syarikat. Tidak kira apapun jalan karier yang dipilih, ia pasti memerlukan sikap jujur dalam memenangi hati pelanggan dan orang sekeliling untuk mendapat sokongan. 


Kepercayaan dan kredibiliti memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan menjadi seorang yang bebas masalah kewangan. Memang benar ada juga kes jutawan yang tidak jujur kita dengar di akhbar, televisyen atau online, tetapi itu bukanlah apa yang kita inginkan. Biar kaya harta dan tenang di jiwa. 


2. Berdisiplin 

Tidak dapat dinafikan amat penting mempunyai disiplin yang tinggi. Sikap menentukan kejayaan seseorang itu. Ia dikatakan seorang yang berjaya mendedikasikan 60 hingga 70 jam setiap minggu pada karier mereka. 

Justeru kebiasaannya, golongan jutawan tiba paling awal di tempat kerja dan balik paling lewat. 


3. Menyesuaikan diri dengan orang sekeliling 

Untuk berjaya dalam kewangan, ia bukanlah atas usaha seorang diri. Sokongan orang sekeliling amat diperlukan sama ada bekerja atau berniaga. Seseorang yang berjaya dalam kewangan perlu mudah menyesuaikan diri dengan orang sekeliling untuk mendapat sokongan semua pihak. 

Mereka perlu mudah didampingi dan sering membuat orang sekeliling selesa. Skil komunikasi amat penting dimiliki untuk berjaya. 


4. Mempunyai pasangan hidup atau keluarga menyokong 

Mempunyai pasangan hidup atau keluarga yang memberi sokongan padu pasti memberi semangat yang lebih tinggi kepada sesiapa saja. Sememangnya jalan mencapai bebas kewangan ada pelbagai rintangan, tidak kira dalam apa saja industri. Tidak kira betapa kuat semangat yang ada dalam diri sendiri, sokongan keluarga membuatkan semangat tidak luntur. 


5. Skil pengurusan yang cekap 

Bukan saja mengurus perniagaan, kerja dan pekerja, tetapi juga menguruskan diri sendiri dalam pelbagai aspek. 

Pengurusan masa amat penting untuk mencapai segala matlamat dengan lebih efisien. Begitu juga mengurus dan membahagikan kerja kerana pastinya tidak semua kerja dapat diselesaikan seorang diri. Pengurusan juga membabitkan pengurusan keluarga untuk memberi persekitaran rumah yang lebih harmoni. 


6. Menjaga kesihatan 

Dengan mempunyai tubuh badan sihat, pasti diri lebih bersemangat dan bermotivasi. Sekiranya anda rasa kurang bermotivasi, rasa lemah badan, rasa cepat mengantuk atau hilang semangat, kadangkala ia bukan masalah kurang semangat dari segi motivasi diri. Tetapi kita kurang bersenam! Badan yang segar dan sihat akan meningkatkan motivasi kita. Oleh itu, untuk berjaya kewangan, perlu juga menjaga kesihatan. 

Menjadi seorang yang bergelar jutawan bukanlah perkara mudah dan membabitkan pelbagai aspek perniagaan dan kehidupan. Jadikan 6 ciri ini sebagai langkah pertama anda untuk mencapai bebas masalah kewangan!

13 Apr 2014

Sebab tidur membuatkan kita gembira


Selain bercuti di luar negara dan makan sebanyak yang anda mampu, apa lagi menggembirakan anda? Bagi kebanyakan warga pejabat, semestinya tidur dan istirehat!

Bukan mudah untuk dapatkan tidur yang mencukupi, terutamanya dengan keperluan pejabat yang bertimbun dan rasa seperti sentiasa tidak cukup masa untuk kebanyakan aktiviti harian.

Apa yang kita seronok sangat bab tidur ini?

Masa berangan

Masa tidur digunakan sebaiknya untuk mimpi kahwin dengan Putera Harry atau mimpi diselamatkan Keith Foo. Kalau dunia realiti, agak sukar untuk perkara tersebut terjadi. Nak berangan waktu pejabat? Jangan harap, nanti lain pula jadinya.

Rehatkan badan

Akhirnya, selepas seharian berlari ke hulu ke hilir, terutamanya bagi mereka yang gemar bersenam, masa untuk terbaring dan lelapkan mata merupakan masa paling dihargai dalam satu hari.Gunakan masa ini sebaiknya kerana masa tidur memang terasa sekejap. Baru rasa nikmat tidur, sudah jam 7 pagi dan perlu bangun! Biarpun sudah 8 jam lebih tidur pun rasa macam pejam mata untuk 5 saat sahaja!

Oleh itu, memang perlu dilatih dan dijadikan tabiat untuk menjaga masa tidur anda!

Tahukah anda berdasarkan kajian kesihatan University of Chicago, wanita yang kurang tidur atau gemar berjaga malam miliki ciri-ciri kelelakian seperti gemar mengambil risiko dan kurang hubungan cinta stabil. Semestinya anda impikan hubungan cinta yang kekal selamanya bukan?

Orang yang gemar berjaga malam juga dikatakan mengandungi tahap kortisol tinggi dan ini menyebabkan rasa tertekan.

10 Apr 2014

Sebab perlu cari awek yang suka melancong


Awek suka melancong tidak materialistic

Wanita yang gemar melancong terutama melancong dengan berjimat wang, tidur di hostel untuk backpackers dan menempah tiket murah di Air Asia, tidak pentingkan wang dan kekayaan. Wanita ini lebih menghargai pengalaman melancong daripada kemewahan tinggal di hotel high class. Siapa tidak mahukan awek yang sanggup bersama ketika susah dan bukan sahaja waktu senang?

Awek yang suka melancong lebih pintar

Beliau tahu sejarah negara yang dilawat, amalan warganegara sesebuah tempat. Bukan sekadar bijak, malah pandai bergaul. Kalau bawa jumpa ibu anda, mesti ibu anda merestui hubungan ini kerana awek yang suka melancong bijak mengambil hati orang! 

Awek yang suka melancong bekerja keras

Sebab dia sudah tahu niat ingin melancong dan melawat banyak negara, terpaksa gunakan duit sendiri jadi perlulah kerja keras. Jangan cari awek yang suka melancong tetapi bapa beliau yang sponsor perjalanan beliau!

Awek yang suka melancong wajahnya berseri

Bukan sebab hati dia gembira asyik dapat melawat pelbagai negara, tetapi sebab banyak berjemur di bawah sinaran matahari, banyak berjalan dan bersenam. Ini semua akan terserlah di wajah beliau dan membuatkan beliau jauh lebih cantik berbanding wanita yang kurang melancong.

9 Apr 2014

Rahsia Pesawat yang anda harus tahu


Apa yang membuatkan kita gembira atau Feel Good? Semestinya menaiki pesawat ke destinasi percutian!

Namun setiap kali menaiki pesawat, pernahkah anda tertanya apa fungsi atau sebab utama perlu matikan telefon bimbit apabila menaiki pesawat? Bagaimana ini boleh mempengaruhi penerbangan anda? Ataupun pernahkah anda tertanya cara termudah dan termurah untuk naik taraf penerbangan anda ke kelas pertama? 

Kini tersenarai semua rahsia yang anda wajar tahu untuk penerbangan anda yang seterusnya!

Anda boleh cuba penerbangan First Class 

Tetapi tidak perlu bayar tiket penerbangan kelas pertama. Menurut krew kabin, ini bisa dilakukan, terutamanya jika kawasan kabin kelas pertama tidak ramai, anda berpakaian kemas macam Victoria Beckham, ibu yang mengandung, jika anda tinggi dan kacak atau kawan kepada krew kabin. Ini menurut seorang pramugari yang tidak ingin berkongsi nama beliau. Bukan selalu mereka lakukan perkara ini, terutamanya kerana terpaksa menerangkan mengapa penumpang dipindahkan ke kelas pertama.

Boleh buka pintu bilik air dari luar

Jaga-jaga, pintu bilik air dalam pesawat boleh dibuka dari luar, semua untuk tujuan keselamatan.

Topeng oksigen berikan anda 15 minit oksigen

Jangan berlengah apabila keluar topeng oksigen. Ini kerana anda mempunyai hanya 15 minit untuk memakai topeng tersebut, dan 15 minit untuk juruterbang bawa pesawat ke altitude lebih rendah agar anda boleh bernafas dengan normal.

Jangan minum air pesawat

Air dalam botol mineral tidak mengapa. Tetapi jangan sentuh air yang tidak datang dari botol bersih dan tertutup. Ini kerana ia tidak bersih. 

Juruterbang dihidang dua makanan berbeza

Sekiranya satu hidangan buatkan seseorang sakit perut, ada makanan berbeza.