HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

Koleksi Gambar Berkaitan Kapal Titanic (11 Gambar)

11 Gambar yang berkaitan dengan kapal Titanic ini mungkin ada yang anda belum pernah saksikan

Semua Jawapan Untuk Guess The Emoji

Untuk memudahkan korang,ni aku nak share SEMUA jawapan untuk games Guess The Emoji,dari level 1 hinggalah level 25.

Tanda-tanda Kiamat Kecil Yang Telah Muncul

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2014 Kakitangan Awam

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah menyiarkan surat pekeliling yang bertujuan memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 untuk kakitangan awam

Wanita lebih kerap bermimpi tentang seks

Tanpa mengira sama ada lelaki menghabiskan lebih banyak waktu untuk berfikir tentang seks, kajian pada tahun 2007 mendapati bahawa lelaki kurang cenderung untuk bermimpi tentang seks berbanding wanita.

27 Mar 2014

Petua Jaga Kehebatan Dalaman Untuk Wanita


Wahai para wanita, ingatlah "Seks Pelengkap Kasih Sayang Suami Isteri". Mari kita sama-sama amalkan petua ini.

Antaranya:-

1) Elakkan dari terlalu kerap mengambil sayur-sayuran yang bersifat sejuk seperti kangkung, timun, labu air atau kundur.

2) Sebolehnya hadkan pengambilan buah-buahan yang menghasilkan air yang banyak seperti pisang atau betik. Amalkan minum jus lobak merah yang dicampurkan sedikit madu lebah.

3) Jangan buang air kecil dan air besar serentak, sebaliknya cuba lakukan satu persatu.

4) Jangan buang air ketika berada didalam air (kolam renang atau tab mandi). Ini dikatakan akan mampu melemahkan kemantapan vagina selain itu mempercepatkan menopus.

5) Bersihkan alat kelamin setiap kali selesai hubungan intim, ia boleh melemahkan selain mengundang penyakit berjangkit


Petua Kecantikan Dalaman Wanita
  • Apabila megambil jamu, jangan amalkan minum air kelapa kerana ia akan meneutralkan semula badan
  • Untuk wanita lepas bersalin, pegambilan jamu boleh dimulakan pada jari ketujuh selepas melahirkan anak sehingga habis tempoh berpantang.
  • Wanita yang bersalin secara pembedahan, digalakan mengambil jamu selepas 2 atau 4 minggu setelah luka pembedahan pulih
  • Amalan berpilis bertujuan menghalang darah meroyan naik ke mata manakala bertungku dan berbengkung pula dapat merapatkan pintu rahim.
  • Dalam tempoh 44 hari berpantang. jangan bersama dengan suami untuk mengelakkan kerosakan faraj.
  • Sekiranya mendapati diri hamil, elakan mengambil jamu atau sebarang ubat-ubatan lain.
  • Apabila usia mencecah 40 tahun, kurangkan pemgambilan makanan laut sebalikanya lebihkan ulam-ulaman
  • Bagi wanita, kurangkan pengambilan makanan dan minuman sejuk utnuk mengekalkan kesihatan
  • Jangan amalkan makan bersulamkan air kerana ia boleh menyebabkan perut buncit

Petua Mengempiskan Perut.

Penampilan seseorang wanita akan kelihatan menawan jika mempunyai perut yang kempis. Perut yang kempis akan menampakkan susuk badan yang cantik serta mudah untuk mengayakan pelbagai fesyen. Terdapat beberapa petua yang boleh dicuba bagi wanita yang mengalami masalah perut buncit dan kulit perut berkedut selepas melahirkan anak.

  • Elakkan minum air semasa makan makanan berat seperti nasi, mee dan lain-lain. Sebaiknya minum air paling kurang 30 minit selepas habis makan.

  • Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.

  • Bancuh sedikit asam jawa dengan segelas air panas dan garam. Kemudian embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

  • Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
Kebanyakkan wanita mengalami masalah perut buncit selepas melahirkan anak. Terdapat beberapa cara untuk menangani masalah ini.

  • Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.Kemudian sapukan ramuan ini pada perut dan diikat dengan bengkung. Lakukan setiap hari semasa dalam pantang sehingga menampakkan perubahan.


MASALAH KULIT PERUT BERKEDUT

  • Campurkan 1 sudu kecil jus limau nipis, 1 sudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul sehingga sebati dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa 2 minggu

26 Mar 2014

Kenapa Lenovo Begitu Glamor Sekarang?


Jika dahulu jenama Lenovo agak kurang dikenali. Namun sejak kebelakangan ini, ia semakin disebut-sebut dan dicari. Kami rasa mereka patut berterima kasih atas kemunculan rangkaian telefon pintarnya, yang berjaya mengalih pandangan pengguna mudah alih kepada jenama ini.

Kemunculan model K900 pada tahun lalu merupakan titik keglamoran Lenovo dalam industri telefon pintar negara ini. Meskipun sebelum ini sudah ada beberapa model dalam siri lain diperkenalkan, namun hanya sehingga tahun lalu ia benar-benar diketahui. Mungkin ia kerana rangka promosinya dan boleh jadi juga kerana spesifikasi yang didatangkan pada telefon ini. 

K900 dilengkapi kamera utama 13 mega piksel yang menjadikan kualiti gambar terbaik dan skrin multi-sesentuh berdefinisi penuh (HD). Mulanya ramai pengguna agak goyah dengan jenama ini sebagai sebuah telefon pintar, namun persepsi nyata berubah apabila Lenovo berjaya menampilkan telefon pintar yang mampu menjimatkan tenaga bateri meskipun dengan penggunaan data berterusan dan dijual pada harga mampu milik. Jika tanya kami, ia satu ciri penting yang perlu dipandang.

Ini disertai dengan P780, telefon Dual Sim dengan paparan 5 inci IPS dan model-model siri S iaitu S660, S850 dan S860. Jika dibuat perbandingan di antara kesemuanya, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Lenovo mengeluarkan model ini berdekatan untuk memberi peluang kepada pengguna memiliki telefon mengikut bajet dengan sedikit perbezaan spesifikasi.

Kini, glamornya berterusan dengan kemunculan Lenovo Vibe Z di pasaran. Lenovo Vibe Z, ringan dan nipis tanpa menjejaskan prestasi. Ia dilengkapi teknologi canggih telefon pintar Qualcomm Snapdragon 800 Quad-core 2.2GHz, 2GB memori dan 16 GB storan binaan dalaman. Rekaan elit skrin multi-sesentuh seluas 5.5 inci definisi penuh yang menggunakan platform Android 4.3 ini bakal menemui peminatnya tidak lama lagi.

Faktor glamor yang tidak boleh diketepikan juga ialah tawaran harganya. Model-model telefon pintar Lenova ditawarkan pada harga serendah RM400 hinggalah ke RM1,700 mengikut model pilihan. Dengan rupa seakan Note, nipis ala HTC, aplikasi kemas persis iPhone dan jimat bateri, ini adalah sebab kenapa ia begitu glamor. Itu yang kami rasakan, dan kami rasa itu juga yang difikirkan pengguna sekarang ini.

Lenovo K900

Bagaimana Untuk Meningkatkan Stamina


Stamina bermakna mempunyai kekuatan dan tenaga untuk menahan keadaan aktiviti, penyakit atau tekanan bagi suatu tempoh masa. Perkataan stamina merujuk kepada senaman, sukan dan aktiviti fizikal yang lain dalam badan atau latihan kognitif otak. Secara umumnya, meningkatkan stamina bermakna mengurangkan keletihan apabila melakukan aktiviti.

Makan makanan yang sihat dan seimbang. Pemakanan seimbang adalah makanan yang rendah lemak termasuk buah-buahan, sayur-sayuran dan daging tanpa lemak mengekalkan badan yang sihat dan meningkatkan stamina kedua-dua fizikal dan mental.

Makan beberapa makanan yang lebih kecil sepanjang hari dan bukannya satu atau dua makanan yang besar, untuk menjaga tubuh anda secara berterusan dibekalkan dengan tenaga.


Snek buah-buahan, sayur-sayuran mentah, kacang dan protein tanpa lemak yang lain di antara waktu makan. Bawa buah bertenaga tinggi dan kacang bercampur dengan anda pada masa mendaki, berbasikal atau cramming untuk peperiksaan akhir.

Jika anda memerlukan banyak stamina untuk berjalan jarak jauh atau senaman, anda harus mempunyai minuman tenaga untuk meningkatkan tenaga / stamina anda.

Dapatkan banyak senaman fizikal untuk kesihatan yang optimum dan meningkatkan stamina.

Walaupun senaman fizikal yang membuatkan anda bosan dengan serta-merta selepas anda selesai, senaman meningkatkan tahap tenaga dan stamina dalam jangka masa panjang.

Senaman kardiovaskular, seperti senamrobik, berlari, berbasikal dan menari, menjalankan jantung dan paru-paru anda, meningkatkan kecekapan dengan mana badan anda membekalkan oksigen kepada otot. Akibatnya, daya tahan dan stamina meningkat badan anda dan tahap keletihan berkurangan.


Menjalani kehidupan yang aktif. Pada asasnya, mana-mana jenis pergerakan adalah baik untuk kesihatan jantung anda. Pakai alat pengukur langkah dan menembak untuk matlamat 10,000 langkah setiap hari.

Pilih aktiviti yang anda suka. Ia adalah lebih mudah untuk meningkatkan stamina dan ketahanan jika anda menikmati aktiviti yang anda lakukan seperti aktiviti berbasikal.

Secara beransur-ansur membina r estasipsehingga tahap yang dikehendaki. Bermula perlahan dengan melakukan aktiviti selama 30 minit kali pertama. Meningkatkan tempoh prestasi anda dengan selang realistik sehingga anda mencapai matlamat anda.

Melibatkan orang lain dalam aktiviti yang membuat ia lebih menyeronokkan.

Bawa anak-anak atau jiran apabila anda pergi untuk jangka masa harian anda atau berjalan kaki. Atau, menyertai gimnasium di mana anda boleh membuat kawan-kawan dan menjalankan bersama-sama. 


Pastikan motivasi anda tinggi untuk meningkatkan stamina anda.

Bayangkan matlamat anda dengan menutup mata anda untuk melihat diri anda menamatkan perlumbaan atau mendapat A dalam peperiksaan akhir. Elakkan memberi tumpuan kepada cabaran, halangan atau halangan anda mungkin menghadapi sebelum mencapai matlamat anda.

9 Punca Hati Tidak Tenang


1. PEMARAH........
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang..

2. PENDENDAM........
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. HASAD DENGKI........
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


4. BAKHIL........
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. TAMAK.......
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. TIDAK SABAR.......
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. EGO.......
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

8. RIAK......
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

9. CINTA DUNIA......
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

7 Perkara Ganjil


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Golongan yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

ALLAH Dalam KAABAH Ke?


Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak…… 

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ? 

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam. 

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ? 

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum …. 

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ? 

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ? 

Missionary : Awak tak ada jawapan ? 

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman. 

Missionary : Mengapa awak caka begitu ? 

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” … 

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi. 

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak. 

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ? 

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ? 

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii ….. 

Merah padam muka Missionary menahan marah. 

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum …. 

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone. 

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ? 

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah. 

Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu. 

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. 


P/S: Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……

sumber

MH370: Implikasi Mengisytihar Kematian


IMPLIKASI MENGISYTIHAR KEMATIAN

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) PM Najib sudah umum MH370 berakhir terhempas di Koredor Selatan lautan Hindi, denganbantuan radar satelit dan method tercanggih dari Britain.

2) Bangkai pesawat, serpihan pesawat, atau apa-apa sahaja daripada pesawat, belum ditemui, apatah lagi kotak hitam. Jika ada kematian, mayat dan jenazah, satu pun belum ditemui.

3) Status masih andaian. Andaian dibuat melalui hasil siasatan isyarat ping menggunakan teknik berdasarkan kesan Doppler, yang menerangkan bagaimana gelombang perubahan kekerapan relatif kepada pergerakan pemerhati.

4) Sekonyong-konyong PM Malaysia membuat pengumuman. mengucap takziah dan meminta kita beri ruang kepada waris. Tidak semena-mena fatwa ditagih untuk mendirikan solat jenazah. Tanpa ragu-ragu, Johor kibar bendera separuh tiang, sebagai isyarat berkabung.

5) Bagi umat Islam, ruang empat tahun diberikan kepada waris sebelum mengisytiharkan mangsa itu mati, selagi tidak ditemui jenazahnya atau apa-apa bukti soheh akan kematiannya. Namun tidak salah jika pihak berkuasa mengisytiharnya lebih awal berdasarkan faktor-faktor yg relevan.

6) Apa implikasinya? kenapa perlu ada pengisytiharan kematian dalam hal ini? Kenapa perlunya pengisyitiharan itu dibuat dengan penuh hati-hati dan mengkaji segala faktor kemungkinan?

7) Implikasinya besar, terhadap hukum syariat kepada ahli waris yg terbabit. Contohnya: dari segi hubungan suami isteri, jika si suami diisytihar mati, maka si isteri mesti ber'eddah bermula dari tarikh diisytiharkan mati itu. Pantang larang 'eddah kematian suami mesti dipatuhi.

8 ) Empat bulan 10 hari selepas tarikh pengisytiharan kematian, yakni selepas selesai tempoh 'eddah, si isteri itu boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki lain yang layak dikahwininya.

9) Andai kata selepas 6 bulan kemudiannya, MH370 sebenarnya ditemui di daratan akibat dihijack (andaian), si suami yg diisytihar mati itu masih hidup dan pulang ke rumah, bagaimana pula halnya dgn isteri itu yg sudah bersuami baru?

10) Para ulamak sudah pun menyelesaikan kes ini seperti yg dihurai dalam kitab-kitab fiqh. Sebaik sahaja suami laama itu sah hidup dan kembali, maka secara serta merta pernikahan dgn suami baru terbatal. malah jika 10 tahun kemudian baru duami yg dianggap mati itu muncul sedangkan si isteri sudah milik anak bersama suami baru, maka pernihakan mereka tetap terbatal dgn pulangnya suami lama yg 'hidup semula'.

11) Anak-anak bersama suami baru, di-bin-kan kepada suami baru. Bukan anak zina. pernikahan mereka sah, anak-anak mereka sah. Cuma pernikahan mereka terbatal dek kemunculan semula suami lama yg pernah diisytihar mati.

12) Pengisyitiharan mati juga memberi kesan kepada soal zolat jenazah, pembahagian harta pusaka, dan beberapa hukum syariat yg lain.

13) Justeru itu, pihak majlis fatwa perlu manilai semua faktor sebelum terus mengeluarkan fatwa dengan hanya bersandarkan pengumuman PM Najib dan data satelit semata-mata.

Sekian

p/s: Artikel ini ditulis sebelum majlis fatwa mengumumkan fatwa untuk solat jenazah kepada mangsa MH370. Jika ada kesalahan penyampaian mengenai hukum syariat dalam artikel ini, anda diminta memberi teguran dan pembetulan dengan segera.

Wallhu a'lam.