HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

Koleksi Gambar Berkaitan Kapal Titanic (11 Gambar)

11 Gambar yang berkaitan dengan kapal Titanic ini mungkin ada yang anda belum pernah saksikan

Semua Jawapan Untuk Guess The Emoji

Untuk memudahkan korang,ni aku nak share SEMUA jawapan untuk games Guess The Emoji,dari level 1 hinggalah level 25.

Tanda-tanda Kiamat Kecil Yang Telah Muncul

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2014 Kakitangan Awam

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah menyiarkan surat pekeliling yang bertujuan memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 untuk kakitangan awam

Wanita lebih kerap bermimpi tentang seks

Tanpa mengira sama ada lelaki menghabiskan lebih banyak waktu untuk berfikir tentang seks, kajian pada tahun 2007 mendapati bahawa lelaki kurang cenderung untuk bermimpi tentang seks berbanding wanita.

18 Jan 2014

Pahang Menjuarai Piala Sumbangsih


KUANTAN: Pahang mengukuhkan kedudukan selaku pencabar utama Liga Malaysia musim ini apabila menjuarai Piala Sumbangsih dengan menewaskan Lions XII 1-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, sebentar tadi.

Lebih manis kemenangan berkenaan adalah kejayaan pertama bagi jurulatih baru pasukan dari Pantai Timur itu, Ronald Smith yang menggantikan Dollah Salleh untuk membimbing skuad Tok Gajah musim ini.

Matias Conti yang menyambut hari lahir ke-24 hari ini menjadi wira Pahang apabila berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-56 selepas dibawa masuk untuk menggantikan Dickson Nwakaeme pada minit ke-14.

Perlawanan sebentar tadi menyaksikan Pahang lebih banyak menguasai permainan namun buntu untuk menghasilkan gol pada separuh masa pertama.

Namun Conti menceriakan penyokong Pahang apabila berjaya menghasilkan gol yang ditunggu-tunggu.

Piala disampaikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Lebih 35,000 penonton membanjiri Stadium Darul Makmur menyaksikan perlawanan itu.

Untuk rekod, Pahang pernah menjuarai Piala Sumbangsih sebanyak dua kali pada 1992 dan 1993.

Barisan pemain:

PAHANG:
Mohd Khairul Azhan (GK), Damion Delano Stewart, Zeshan Rehman, Azidan Sarudin, Dickson Nwakaeme (Matias Ruben Conti), Azammuddin Khail, Mohd Razman Roslan (C), Abdul Malik Mat Arif, Mohd Shahrizan Salleh, Mohd Hadiz Kamal, R Gopinathan.

LIONS XII:
MOhd Izwan (GK), Muhammad Shakir, Mohammad Afiq, Mohammad Isa (C),Quak Jun Yi, Muhammad Hafiz, Mohammed Faritz, Muhammad Sufian, Mohammad Khairul Amri, Muhammad Safuwan, Muhammad Zulfahmi.

Pengadil: Mohd Nafiz Abd Wahab

Tahniah! Scha Al Yahya Disahkan Hamil


KUALA LUMPUR, 17 JAN 2014: Pengacara, Awal Ashaari mengesahkan isterinya , Scha Al- Yahya kini sudah pun hamil anak pertama mereka.

Awal Ashaari mengumumkan berita itu di laman sosial Instagram miliknya petang tadi.

Pengacara Melodi itu memberitahu kandungan Scha kini sudah pun memasuki trimester kedua (empat hingga enam bulan).

Entri yang ditulis Awal di dalam Instagram miliknya seperti berikut:

"Salam Jumaat, syukur Alhamdulilah we are happy to announce that we'r expecting our first baby, Insha Allah. Scha is reaching her second trimester now and we are so blessed with the rezeki. Terima kasih buat semua yang selalu mendoakan kami dan moga semuanya berjalan lancar,"

Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada Mei 2012.



Tag: AWAL ASHAARI GEMBIRA UMUM SCHA AL YAHYA HAMIL

17 Jan 2014

5 Sebab Anda Masih Bujang


Anda telahpun melalui pelbagai perayaan dan hadiri kenduri kahwin (yang banyak!) dan apabila ditanya "bila nak kahwin?", anda diri sendiri tertanya-tanya kenapa masih belum jumpa teman sejati anda. Sebelum anda rasa sedih kerana mengakhiri tahun 2013 tanpa seseorang teman, mari kita lihat seba-sebab anda masih bujang.


Belum bersedia
Mungkin anda belum bersedia berdepan dengan seorang teman baru kerana baru sahaja melalui perpisahan yang telah melukakan hati dengan dalam. Jangan risau, ia adalah perkara biasa untuk setiap individu mengambil masa memulihkan hati yang luka itu dan membina keyakinan diri yang baru. Jika anda tidak pernah berpacaran sebelum ini, jangan beri diri anda tekanan tentang perkara ini. Mungkin anda masih tertanya-tanya bila masa yang sesuai untuk memulakan hubungan dengan seseorang. Seperti biasa, beri diri anda masa yang secukupnya dan fikirkan apa yang anda inginkan dalam hubungan itu. Hadapi perkara ini dengan hati yang tenang.


Terlalu sayangkan diri sendiri
Hmm, adakah anda seseorang yang terlalu sukakan diri anda? Sebenarnya sikap sayangkan diri tidak salah. Seperti artikel dari Huffington post yang menunjukkan pelbagai sebab kenapa orang-orang ini masih bujang. Contohnya, jika anda tidak boleh berkongsi bilik tidur, berkongsi kereta, berkongsi peralatan rumah ataupun membuka ruang hati anda...anda sebenarnya lebih sayangkan diri anda dan tidak inginkan seorang teman buat masa ini. Namun begitu, mungkin suatu hari anda akan bertemu dengan si dia yang mempunyai kunci ke isi hati anda.


Kurang keyakinan diri
Tidak kira kaum lelaki atau kaum wanita, tiada sesiapa yang sempurna. Jika anda sering rasa kurang keyakinan dan tidak berani hadapi dunia yang penuh cabaran ini, apakah kebarangkalian anda akan bertemu teman hidup anda? Ingatkan diri anda bahawa anda mempunyai nilai-nilai yang positif dan unik - setiap individu mempunyai keistimewaan yang menakjubkan. Jangan lepaskan hidup anda dan biarkan takdir menentukannya. Kadang-kala, kita kena berani berjuang untuk diri kita sendiri.


Pentingkan kerjaya atau orang lain
Dah pukul 2 pagi tetapi anda masih menaip laporan atau menolong kawan anda kemas rumah selepas kenduri? Sikap tolong-menolong dan rajin mencari rezeki memang sikap-sikap yang baik, tetapi jika anda tidak mempunyai masa untuk diri sendiri...macam mana boleh jumpa si dia? Sayangi diri anda dan luangkan masa untuk menjaga penampilan diri supaya kelihatan seperti seorang manusia, dan bukanny robot yang bertungkus lumus untuk kerja atau orang lain sahaja. Ingat, hidup ini hanya sekali dan perjalanan hidup anda dilalui diri anda dan bukan orang lain.


Terlampau cerewet?
Siapa di sini rasa bersalah kerana sedar dirinya terlalu cerewet? Atau ada yang masih tidak mengaku? Saya boleh memahami kenapa anda sedemikian. Mungkin anda tidak berani percaya sesiapa dengan sepenuhnya, tapi jangan sampai diri sendiri yang kelihatan terlampau cerewet. Ada masanya anda sendiri pun kena sedar tentang kebaikan dan keburukan diri sendiri sebelum menjadi hakim yang menilai orang lain. Ambil masa untuk kenali kawan baru dan mungkin anda berpeluang kenali bakal teman hidup anda.


Dalam diam anda...
Sebenarnya tidak ingin berteman. Anda rasa selesa dengan kehidupan yang bebas atau kehidupan yang tidak pernah sunyi kerana adanya ahli keluarga dan rakan-rakan yang akrab. Tidak mengapa. Jadilah diri anda dan hidup seperti yang anda inginkan. Bak kata orang, perasaan cinta dan sayang itu akan datang pada masa yang paling tidak disangka.


Jadi, jangan berputus asa dan akhiri tahun 2013 dengan gembira.


16 Jan 2014

Nelayan Jepun Tangkap Sotong Gergasi

Foto

Tokyo: Sekumpulan nelayan Jepun yang menangkap seekor sotong gergasi semalam mengaku kesal dengan cara mereka menangani hidupan berkenaan.

Ketua nelayan terbabit, Shigenori Goto berkata, dia tidak menyangka tangkapan itu menjadi perhatian ramai, termasuk daripada pihak media. 

“Saya sepatutnya mengaturkan supaya sotong itu lebih dihormati,” katanya. 

Sotong berkenaan ditangkap Goto dan kru kapalnya di Niigata, utara Jepun.

Mereka keluar ke laut dengan harapan dapat menangkap ikan besar.

Kata Goto, mereka sudah berada di laut selama 30 minit ketika haiwan besar merah kecoklatan muncul dari dasar laut. 

“Saya sangat terkejut dan tidak dapat berkata-kata. 

“Kemudian kami mula menjerit serentak ‘sotong gergasi, sotong gergasi,” katanya. 

Sotong jantan seberat 163 kilogram itu bagaimanapun mati sejurus selepas ditarik ke permukaan Rabu minggu lalu. 

Pakar berkata, sotong yang sudah kehilangan sesungut panjangnya ketika ditangkap mungkin berukuran 8 meter secara keseluruhan. 

Bagaimanapun, ia masih dianggap kecil menurut standard sotong gergasi. 

Sotong terbesar pernah ditangkap berukuran sepanjang 18 meter. 

Sotong gergasi yang juga makhluk misteri yang diinspirasikan daripada kisah mitos julung kali muncul berhampiran kepulauan Jepun. - Reuters

15 Jan 2014

8 Cara Untuk Lupakan Ex Anda


Soal hati dan cinta bukan sesuatu yang senang dijangka atau difahami selalu. Jadi, apabila putus cinta, bagaimana anda ingin teruskan hidup ini tanpa teman anda?

Ia memang suatu perjalanan yang sukar, terutamanya jika hubungan itu telah dijalinkan sekian lama. Namun begitu, pengakhiran kisah cinta anda mungkin ada hikmah disebaliknya. 


Bersedih dahulu
Ambil masa untuk bersedih dan luahkan segala perasaan anda dahulu. Ini adalah kerana anda perlukan ruang dan masa untuk 'menutup' kisah silam anda bersama seseorang yang pernah anda percayai, sayangi dan bersama untuk suatu jangka masa. Pada masa yang sama, mula lihat balik barang-barang lama yang dikongsi atau diberi bekas kekasih anda dan simpan di dalam kotak. Beri diri anda tiga hari untuk fikirkan jika anda ingin buang atau simpan barang-barang tersebut. Tetapi, jangan pula anda pergi jumpa dia untuk pulangkan barang-barang itu.


Lupakan laman sosial & nombor telefon dia
Mungkin ini adalah cabaran utama yang akan dihadapi setiap orang pada zaman teknologi ini. Untuk lupakan seseorang, anda seharusnya berhenti menghubungi dia. Anda harus berhenti menghantar mesej melalui apa cara pun - Whatsapp, WeChat, Line, Facebook mesej. Selain itu, anda perlu jauhi diri anda dari laman sosial bekas kekasih anda. Biarkan dia menjalani hidup dia dan lepaskan segala-gala prasangka atau rasa ingin tahu tentang kehidupan dia. Ingat, kehidupan anda lebih penting dan dia bukan lagi teman hidup anda.


Kemas rumah anda
Anda masih lagi berkurung di rumah dan tidak ingin jumpa sesiapa? Bagus. Inilah masanya untuk anda kemas rumah. Alih perabot anda dan rekakan ruang baru untuk diri anda bersenam, membaca atau beristirehat. Di sini anda mungkin boleh membuat keputusan untuk lepaskan segala barang-barang milik bekas kekasih anda. Pada masa yang sama, kaum wanita juga boleh mengemas pakaian yang tidak lagi diperlukan untuk diderma atau dibuang. Buat sesuatu yang kreatif untuk lupakan seseorang yang tidak lagi wujud dalam hidup anda.


Tukar penampilan diri anda
Setelah mengemas rumah, anda mungkin masih tidak berapa yakin untuk keluar rumah dan hadapi hidup anda semula. Apa kata anda tukar penampilan diri anda? Sebenarnya cara yang paling senang adalah tukar gaya rambut anda ataupun cuba cara pemakaian yang baru. Ingat, anda tidak perlu lagi ikut cita rasa orang lain kerana hidup anda milik diri anda. Cubalah penampilan yang baru untuk menaikkan semangat dan keyakinan diri anda.


Luangkan masa bersama ahli keluarga
Anda mungkin hilang tempat bergantung setelah berpisah dengan bekas kekasih anda. Menurut Psychology Today, anda perlu mencari 'pengganti' tempat bergantung dan latih diri anda untuk terima bantuan serta sokongan dari orang tersayang, iaitu ahli keluarga anda. Ahli keluarga anda boleh membantu anda untuk lupakan segala-gala yang sedih dan memberi sokongan moral yang diperlukan. Namun begitu, jangan jadikan mereka mangsa kepada segala-gala kesedihan anda. Lakukan aktiviti bersama ahli keluarga anda dan jalani kehidupan anda dengan hati yang senang.


Melancong
Jika perlu, anda boleh ke tempat yang baru untuk lupakan masa-masa bersama ex anda. Anda tidak perlu ke tempat yang jauh, tetapi tempat yang anda tidak pernah kunjungi bersama bekas kekasih anda. Ini adalah supaya anda mempunyai kenangan gembira baru bersama ahli keluarga atau kawan-kawan rapat. Kepada mereka yang ingin melancong secara solo, anda boleh berbuat demikian tetapi dengan perancangan yang rapi dan selamat.


Bermimpi dan reka impian anda
Cuba anda imbas kembali apakah impian anda sebelum jumpa si dia? Mungkin anda pernah bermimpi untuk miliki bisnes sendiri, berlari acara maraton, mendaki Gunung Kinabalu atau memberi ucapan kepada beribu-ribu orang. Agihkan masa untuk mengejar impian anda atau reka impian baru untuk diri anda. Hidup ini mungkin pendek, namun ia boleh diwarnai dengan pelbagai pengalaman manis jika anda beri diri anda peluang untuk berbuat demikian. Realisasikan impian anda pada tahun 2014 yang akan datang.


Belajar sesuatu yang baru
Dengan masa yang banyak di tangan anda, anda boleh belajar sesuatu yang baru. Contohnya, belajar bahasa baru, menyelam, membuat kraf tangan, belajar main muzik ataupun hadiri kursus-kursus membina diri. Rancangkan setiap objektif yang ingin dicapai apabila memperlajari sesuatu yang baru. Anda mungkin akan temui kawan-kawan baru ketika menghadiri kursus-kursus atau kelas-kelas tersebut. Buka minda anda dan terima pengetahuan baru.


Sentiasa ingat yang anda tidak keseorangan ketika melalui masa-masa yang sukar ini. Setiap orang akan melalui cabaran hidup yang berbeza dan anda perlu teruskan hidup ini dengan hati yang tabah dan harapkan yang terbaik untuk hidup anda.


14 Jan 2014

5 Sebab Untuk Kahwin Seorang Doktor


Ingat lagi zaman rajin menonton rancangan doktor seperti Grey’s Anatomy (kerana McDreamy dan McSteamy) serta ER (George Clooney jadi doktor!).

Dalam fikiran saya, semua doktor dicipta kacak dan beruban. 

Sampaikan terbawa dalam pilihan calon suami, kriteria utama mesti seorang doktor. Tambahan kalau anda miliki seorang ibu yang hanya mahukan calon menantu yang mampu merawat beliau di hari tua.

Selain menjadi anak mithali dan mengikut kehendak ibu, apa lagi alasan untuk kahwin seorang doktor?

Doktor tampan macam McDreamy
Kalau semua doktor berwajah macam ini, hari-hari sakit pun tidak mengapa. Sanggup bayar bil duduk di wad berhari-hari. Malangnya, tidak semua doktor berwajah begini (melainkan anda sengaja mencari doktor Mat Salleh). Kacak itu subjektif, namun perkara jelas tentang doktor adalah mereka miliki seri wajah yang sangat menenangkan perasaan.

Mereka pandai mendengar
Nak cari lelaki yang setia mendengar punyalah susah. Kebanyakan lelaki lebih pandai buat tak tahu sahaja kehadiran kita. Doktor miliki skil mendengar kerana itu adalah sebahagian daripada tugas mereka. Bagus juga, rasa lebih disayangi.

Ibu bapa pasti restu
Mana ada ibu bapa yang tidak restu anak perempuan mereka kahwin dengan doktor??

Anak pasti miliki genetik bijak pandai
Orang selalu cakap untung kalau ibu bapa doktor, kerana anak pasti warisi genetik bijak pandai. Betul atau tidak, tidak tahulah. Namun ramai juga kawan sekolah yang berjaya dan miliki ibu bapa doktor.

Doktor kaya?
Tidak juga. Tiada kerjaya yang benar-benar menjamin kekayaan, melainkan anda seorang banker pelaburan. Tambahan, kahwin kerana duit pun tidak jamin tahan lama.


13 Jan 2014

7 Khasiat Sayur Kangkung


Khasiat kangkung

1. Membantu melawaskan pembuangan air besar

2. Membantu mengatasi masalah sukar tidur atau insomnia kerana ia mempunyai kuasa sedatif iaitu sebagai agen penenang semulajadi.

3. Membantu mengatasi lemah badan dan keputihan.

4. Membantu meredakan pembengkakan, terseliuh, bisul dan jangkitan kulit.

5. Membantu melancarkan haid dan merawat hidung berdarah.

6. Membantu meredakan sakit kepala, sakit gigi dan mengatasi masalah kelemumur serta melembutkan rambut.

7. Kangkung juga mempunyai kuasa diuretik iaitu membantu melancarkan dan melawas kencing.

Kebaikan mineral dan manfaat semulajadinya ini juga membuatkan kangkung mempunyai pelbagai khasiat lain seperti membantu mengurangi haid berlebihan dan membantu meredakan cirit birit akibat keracunan makanan.

Tag: sayur kangkung, Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, kangkung najib