HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

Koleksi Gambar Berkaitan Kapal Titanic (11 Gambar)

11 Gambar yang berkaitan dengan kapal Titanic ini mungkin ada yang anda belum pernah saksikan

Semua Jawapan Untuk Guess The Emoji

Untuk memudahkan korang,ni aku nak share SEMUA jawapan untuk games Guess The Emoji,dari level 1 hinggalah level 25.

Tanda-tanda Kiamat Kecil Yang Telah Muncul

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2014 Kakitangan Awam

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah menyiarkan surat pekeliling yang bertujuan memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 untuk kakitangan awam

Wanita lebih kerap bermimpi tentang seks

Tanpa mengira sama ada lelaki menghabiskan lebih banyak waktu untuk berfikir tentang seks, kajian pada tahun 2007 mendapati bahawa lelaki kurang cenderung untuk bermimpi tentang seks berbanding wanita.

13 Jul 2015

5 Tip Selamat Sebelum Pulang Cuti Raya


Syawal bakal menjelma beberapa hari lagi, pasti anda dah tak sabar untuk pulang bercuti. Tetapi sebelum bercuti panjang, pastikan anda meninggalkan rumah dalam keadaan yang terjaga dan selamat. Ada lima tip yang perlu anda perhatikan sebelum tinggalkan rumah, jom lihat info ini: 


1. Tutup Elektrik
Periksa semua aliran elktrik dan pastikan semuanya dipadam dan plug dicabut. Kalau risau nak tinggalkan rumah dalam keadaan gelap, anda boleh nyalakan lampu laman saahaja. Sebelum keluar rumah anda wajib tengok semua alat elektrik dicabut daripada plug untuk mengelak sebarang kebakaran atau lintar pintas berlaku. 


2. Barang Berharga & Haiwan 
Jangan sesekali tinggal barang berharga di rumah. Sekali pun ada emas, elok bawa sekali atau anda boleh pakai. Ada barang-barang berharga yang lain anda boleh simpan di tempat paling selamat yang dikunci, siap. Haiwan peliharaan yang ada boleh letak rumah jiran yang tidak pulang ke kampung atau anda hantar ke kedai binatang, walau kena bayar itu lebih baik daripada biarkan haiwan itu kelaparan. 


3. Sampah & Tong Air
Tahu kalut nak balik, tetapi jangan pula abaikan sampah di dalam rumah. Cuti pun lama, silap-silap datang rumah sampah di dapur boleh berulat. Habis satu rumah berbau nanti. Jadi bersihkan dapur dengan rapi, ya. Tangkungan air elok kosong bagi elak jentik-jentik membiak.


4. Pintu & Tingkap/Jendela
Mungkin ada rasa pintu dan jendela rumah sudah dikunci rapat. Hati-hati, lebih selamat jika anda buat check up kali kedua sebelum keluar rumah untuk elak daripada salah satunya tidak rapat ditarik atau tidak dikunci. Kalau ada lubang di dalam rumah, pastikan ditutup bagi mengelakkan binatang berbahaya masuk rumah. Paling penting jangan letak kunci di dalam pasu atau kasut yang kononnya selamat. 


5. Beritahu Jiran Anda Pulang
Mestilah ada salah seorang jiran yang tidak pulang ke kampung. Kenalah jiran tahu kalau anda pulang bercuti lama, itu lebih selamat. Boleh juga dia tolong jenguk rumah anda. Dan jangan lupa bagi nombor telefon yang senang dihubungi kepada jiran bagi update sebarang info yang berlaku di kawasan rumah anda.


Ini pula tip tambahan untuk anda. Tinggalkan kasut depan rumah untuk dijadikan sebagai 'umpan'. Ini boleh jadi trik seolah-olah ada tuan di dalam rumah. Semoga membantu dan selamat bercuti, ya!

Tips Parenting : Tangani masalah anak "On the spot"!


Tips Parenting : Tangani masalah anak "On the spot"!

Setiap anak pasti akan melakukan kesilapan dan kenakalan. Anak yang besar, anak yang kecil, sama sahaja. Cuma bentuk kenakalan dan kesalahan mereka sahaja yang berbeza. Kali ini kami bawakan satu parenting tips yang mudah dan sesuai untuk menangani anak-anak kecil yang nakal. 

Sebaik sahaja kita berjaya menangkap anak kita melakukan kesilapan, apa yang kita perlu buat? Tegur on the spot! Ini adalah mekanisma mendidik anak tentang “do and don't s” dan “damage control”. Ia mengajar anak tentang “rules and regulations, boundary and limitation” sejak bayi lagi. 

Mari kita lihat contoh ini. 

Kita lihat anak kita yang berumur tiga tahun mencubit adiknya yang masih kecil. Apa yang perlu dibuat? Terus tegur dan hukum mereka? ataupun tunggu ayahnya balik dan kemudian laporkan kepada ayahnya untuk diambil tindakan?

Tindakan pertama akan segera menghentikan perlakuan mencubit adik itu, dan memberikan mesej kepada anak bahawa apa yang dilakukannya itu salah. Tindakan kedua akan menghimpunkan kesemua kesalahan anak yang telah dihukum pada hari itu, dan ditegur/dihukum kesemuanya pada malam hari. 

Anak-anak kecil terutamanya yang belum bersekolah banyak melakukan kesilapan dan kenakalan setiap hari. Ini disebabkan oleh sifat mereka yang suka mencuba, suka mengikut-ikut apa yang mereka lihat, serta masih tidak tahu lagi mana yang betul dan mana yang salah. Ada yang mereka lakukan itu baik, dan pasti juga ada banyak yang salah. Selain itu, memang sifat anak-anak kecil ini tidak mampu untuk mengingati kesemua yang mereka lakukan untuk satu tempoh masa yang panjang. Mereka juga masih keliru dengan masa. 

Oleh itu, setiap kali kita mendapati anak kita melakukan sesuatu kesalahan, maka perlulah kita menegur mereka pada ketika itu juga, ketika ditangkap melakukan kesalahan tersebut. Jika kesalahan itu besar atau berulang dan perlu dihukum, hukumlah mereka pada ketika itu juga. Rotan, ketuk ketampi, time frame, atau apa-apa hukuman yang bersesuaian. Berbanding dengan menghimpunkan kesemua kesalahan yang mereka telah lakukan dalam tempoh sehari, dan dinasihati/dihukum pada penghujung hari, kaedah ini adalah kurang berkesan berbanding tegur on the spot. Mengapa?

Pertama, daya ingatan anak-anak. Jika ditegur dan dihukum on the spot, mereka masih ingat lagi dengan jelas apa yang telah mereka lakukan. Pada waktu itu juga mereka tahu apa yang telah dibuat itu salah. Mereka mungkin telah pun lupa pada apa yang telah mereka lakukan jika tidak ditegur "on the spot". 

Kedua, terlalu banyak perkara yang telah mereka lakukan dalam satu-satu hari. Setelah ditegur/dihukum on the spot, mereka akan tahu untuk kesilapan yang mana mereka ditegur/dihukum. Sebaliknya, mereka akan keliru dan mungkin tidak tahu daripada banyak perkara yang telah mereka lakukan pada hari tu, atas kesalahan manakah mereka ditegur dan dihukum itu. Itu tidak termasuk kerusakan dan kerugian akibat kenakalan mereka yang juga bertimbun. Ingat, biasanya satu kesalahan yang kita tangkap “red handed” ada 10 lagi yang tidak kita ketahui.

Ketiga, dengan menegur on the spot, mereka akan segera menghentikan kesalahan yang telah mereka lakukan itu dan tidak mengulanginya lagi. Penting untuk menghentikannya segera berbanding dengan menghentikan sesuatu yang telah terbiasa kerana telah berulang kali dilakukan.

Hari ini ramai ibu bapa moden sudah lupa mendidik anak melalui pencegahan (hudud). Depan ibu bapa, depan tetamu anak boleh panjat atas meja, ramas kuih dan tembikai yang dihidang pada tetamu. Berlari-lari depan orang tua tanpa adab, salam orang tua tanpa tunduk, malah tarik tangan orang tua sampai nak tersungkur. Bagi kami itu sudah masalah berat. Hasilnya ramai anak muda kini SUKAR DITEGUR.

Warga Prihatin mendapati habit ini boleh mendisplinkan anak. Ia mengurangkan kerusakan dan kecederaan. Yang penting mengurangkan KEDEGILAN anak. Marilah kita sama-sama menegur anak kita ON THE SPOT setiap kali kita nampak mereka melakukan kesalahan.

Tips Duduki Rumah Yang Baru


Tips Duduki Rumah Yang Baru samada rumah sewa yg dh lama di tinggalkan kosong atau rumah baru siap.

1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah." Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut: 
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.

Doa Selepas Tarawih Yang Menusuk Kalbu


Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.

Sila baca dengan teliti dan penuh syahdu. Di bawah doanya;

MUNAJAT RAMADHAN…

Ya Allah…ya Rahman…ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya malikal mulk…

Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp gol yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…

Ya Allah….Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…

Aamiin, Aamiim, Aamiin, Ya Robb...

31 Mar 2015

Tips Ketika Berlaku Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan! 

Sekiranya terlibat dalam satu-satu kemalanagan, apa yang harus anda buat? terutamany kaum hawa yg mudah panik dan mengelabah.kalau yg laki kita tak heran,ambik steering lock la apa lagi kan.. kah kah kah..Memandangkan jumlah kenderaan yang terdapat di jalanraya kita hari ini, sudah pasti berlaku kemalangan.

Memandangkan terdapat begitu ramai pemandu-pemandu baru, khasnya pemegang-pemegang kelas jenis “P” (Probationary Drivers) dan pemegang-pemegang lesen lama yang tidak tahu bagaimana hendak bertindak semasa terlibat dalam sesuatu kemalangan, maka artikel ini dikaranglah.

Mula-mulanya, izinkan saya kategorikan jenis-jenis kemalangan yang biasa berlaku di jalanraya kita hari ini. Kesimpulannya, ianya dijeniskan kepada:

i) Kemalangan kecil-kecilan atau “minor accidents”. Biasanya kerosakan tidak perlukan “repair” banyak lebih kurang katalah RM200 – RM300. Umpamanya kerosakan dilinkungan yang anda dapat “settle” atau selesaikan.

Umpama kerosakan-kerosakan lampu belakang, “signal”, cermin tepi (side mirror) dan sebagainya. Ingat, kalau ke Balai Polis, akan memakan masa dan leceh! Jangan lupa juga, kalau anda didapati salah, anda akan kena “kompaun”, sekurang-kurang RM300. Berbaloi tidak? Pendek kata, nasihat saya dalam kes kemalangan macam ini, “Settle” lah sahaja. Faham?

ii) Jenis kemalangan kecil-kecilan atau “minor accidents” seperti di nombor (i) atas tetapi melibatkan kerosakan lebih besar atau “serious”. Repair memerlukan perbelanjaan yang lebih atau tinggi.

Di kes demikian, “insurans” main peranan besar. Semua kenderaan mempunyai insurans – Kurnia, P&O, East West dan sebagainya.

Dalam kes demikian, anda dinasihatkan lapor kemalangan ini ke Balai Polis saja. Apa yang anda harus buat ialah:

i) ambil / catat nombor kereta.

ii) jenis model kereta.

iii) warna kereta.

iv) catatkan “masa” kemalangan berlaku dan tempat kemalangan.

v) kalau boleh, dapat butir-butir pemandu yang terlibat seperti kad pengenalan, lesen pemandu dan jangan lupa kelasnya, alamatnya dan bangsanya.

Anda harus diingatkan, tiada seorang pun mempunyai kuasa untuk “menahan” atau “detain” (melarang) seseorang daripada meninggalkan kawasan kemalangan tersebut.

Diperingatkan lagi, kuasa “detain” hanya ditangan polis sahaja! Kemalangan jenis “minor” seumpama ini, di mana tiada orang yang dicederakan, anda bebas meninggalkan kawasan itu berlaku.


Tapi ingat, anda hendak melaporkan ke Balai Polis berdekatan dalam tempoh 24 jam! Saya harap anda / pembaca akan mengkaji apa-apa yang dikarang dalam artikel ini dengan teliti.
Habis berbincang tentang “kes-kes kemalangan jenis minor atau kecil-kecil”, tibalah kita ke kemalangan-kemalangan yang lebih serius pula.

“Kemalangan” adalah sesuatu peristiwa yang siapapun tidak harap berlaku. Ianya sesuatu “nahas”. Tetapi blog ini terpaksa menyentuh topik ini semata-mata.

Kemalangan “serius” biasanya berlaku di jalan-jalan besar atau “highway” atau “lebuhraya”. Kenderaan-kenderaan berjalan lebih 110 km/j keatas.

Dalam kemalangan demikian diatas, pemandu-pemandu yang terlibat:

i) Cuba hantar yang cedera ke hospital atau klinik.

ii) Telefon ke Balai Polis atau Hospital untuk bantuan cemas.

iii) Balai Bomba dihubungi.

iv) Kalau pemandu-pemandu tidak cedera parah, bolehlah tukar-menukar butir peribadi.

v) Ingat / catat nombor kenderaan terlibat, butir-butir pemandu (lesen), masa kemalangan, tempat terjadi kemalangan dan sebagainya.

vi) Anda tidak boleh ubah kenderaan-kenderaan dan tempat kemalangan.

Pendek kata, harus anda menunggu kedatangan Polis dan Ambulans untuk membantu.

Seperti dikes kemalangan, anda haruslah buat Laporan Polis dalam tempoh 24 jam! Kalau sudah capai salinan repot Polis, jangan lupa, beritahu pihak Insurans dalam tempoh seminggu.

Dalam kes-kes kemalanagan “serius”, anda akan kehilangan N.C.B. (No Claim Bonus) kereta. Sekiranya anda kurang faham istilah “N.C.B.” atau “N.C.D.” (No Claim Discount) sila anda rujuk kepada agen insurans kereta anda.

Katalah anda telah selesai buat laporan polis dan sebagainya, anda haruslah ingat:

i) dapatkan salinan kemalangan dari Balai untuk rujukan diri.

ii) jangan lupa lapor kes kemalangan ini kepada pihak insurans (dalam 1 minggu) sebaik-baiknya.

sekian

26 Mar 2015

Apa yang kamu perlu tahu tentang lelaki


Lelaki sememangnya cukup sinonim dengan pendirian ringkas, mudah dan tidak begitu kompleks.

Bak dari segi penampilan, tatacara serta cita rasa, senang cerita, tidak susahlah mahu ‘membaca’ seseorang lelaki itu.

Ikuti huraian sebahagian daripada ideologi sang pria yang perlu si gadis tahu.

  • Tidak ramai lelaki yang sanggup mencuba memasak atau mempelajari teknik memasak. Amat beruntung seorang perempuan itu jika temannya sudi memasak makan malam.
  • Jika seseorang arjuna meminati perempuan tidak semestinya sang hawa itu cantik. Kadang kala cukup dengan budi bahasa dan kesopanan sahaja.
  • Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang perempuan.
  • Lelaki boleh menyukai gadis yang banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran mahupun minat lantaran banyak yang boleh dibual atau dikongsi bersama.
  • Sudah menjadi perkara yang biasa sekiranya sang adam cemburu apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  • Lelaki tidak suka gadis yang terlalu bersosial sehingga tiada batasan dalam pergaulannya.
  • Lelaki akan cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati si kekasih.
  • Bila lelaki cakap secara terus ataupun direct to the point, mereka sebenarnya bersikap terus terang dan mengharapkan perempuan memahami maksudnya.
  • Tahukah anda ramai lelaki resah apabila berhadapan dengan situasi untuk mengajak perempuan keluar buat kali pertama
  • Lelaki boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan prihatin.
  • Semestinya lelaki juga akan bersedih jika sesebuah hubungan terputus di tengah jalan. Bezanya dengan kaum hawa, mereka tidak menunjukkan kesedihan di hadapan orang ramai.
  • Apabila perempuan meminati seorang pria, gadis itu sepatutnya memberi sesuatu petunjuk kerana lelaki biasanya tidak dapat membaca isi hati seorang perempuan seandainya ia tidak diluahkan.
  • Lelaki cukup pantang jika ditegur tentang cara penampilan dirinya mahupun mengkritik minat serta kegemarannya.
  • Adalah memalukan bagi sang arjuna jika mereka tidak berupaya menolong kaum hawa.

25 Mar 2015

6 destinasi percutian paling teruk di dunia


Kebiasaannya ramai yang sudah mula merancang percutian musim panas mahupun destinasi pelancongan yang hendak dituju apabila tibanya penghujung tahun.

Tahukah anda terdapat enam tempat yang boleh dianggap destinasi percutian paling teruk di dunia dalam tahun 2015 ini?

Butiran dan maklumat dari setiap lokasi tersebut diambil dari Biro Hal-Ehwal Konsul Jabatan Negara Amerika Syarikat dan nasihat perjalanan dari laman sesawang GOV.UK.

6 - Haiti

Meskipun termasuk dalam senarai negara Caribbean, Haiti bukanlah tempat yang baik untuk dijadikan destinasi percutian. Keganasan yang berkaitan dengan politik sentiasa menghantui penduduk Republik Haiti.




Pada tahun 2008, Haiti dilanda puting beliung Hanna malah gempa bumi dahsyat pada tahun 2010 telah membantutkan pembangunan negara berkenaan sehingga kini. Lazimnya ribut dan puting beliung akan melanda perairan Haiti menjelang bulan Jun hingga November.




Tidak cukup dengan itu, negara yang mempunyai infrastuktur rendah ini sering dilanda wabak taun dan virus Chikungunya.

5 - Sudan Selatan

Sudan Selatan adalah negara terbaru di dunia apabila berjaya meraih kemerdekaan dari Sudan pada tahun 2011. Secara harfiahnya, kemerdekaan tidak menandakan negara baru itu mencapai keamanan sejati.




Kerajaan Sudan Selatan sedang melalui persengketaan dengan golongan penentang sejak Disember 2013. Pada awalnya pertelingkahan berlaku di kawasan Unity namun ia merebak ke seluruh negara. Persekitaran Sudan Selatan dipenuhi aktiviti berbalas tembakan, kecurian kereta dan binatang ternakan.




Tambah mengeruhkan lagi keadaan, Sudan Selatan langsung tidak mempunyai bekalan air yang bersih.

4 - Central African Republic

Jika diamati pada peta geografi, Central African Republic (CAR) sepatutnya menjadi sebuah negara yang kaya waima hasil buminya banyak seperti uranium, minyak mentah, berlian, emas, kayu balak dan tanah pertanian.




Menurut kajian Human Development Index, rakyat CAR adalah antara termiskin di dunia apabila tampil pada tangga 179 dari 187 di seluruh dunia. 90 peratus dari populasi rakyatnya hidup di kawasan setinggan.




Pertelingkahan antara masyarakat muslim dan kristian mengeruhkan lagi keadaan. Pergaduhan berdarah sudah menjadi perkara biasa. Beberapa kes culik menteri kerajaan dan pekerja kemanusiaan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut dilaporkan pada awal tahun ini.

3 - Mali

Mali merupakan salah satu negara yang berjaya menyekat penyebaran virus Ebola. Tetapi itu tidak bermakna negara yang terletak di Afrika Barat itu selamat untuk dilawati.




Mali berada dalam keadaan tidak stabil selepas berlakunya cubaan rampasan kuasa pada 2012.Pertembungan di antara tentera Perancis dan para pejuang Islam sekitar 2013 tidak membantu merelisasikan keamanan dalam negara.




Laman GOV.UK menasihatkan orang ramai yang mahu berkunjung ke Mali supaya sentiasa berwaspada dan tidak menonjolkan diri selain membawa stok makanan dan air untuk beberapa hari jika berlakunya darurat.

2 - Libya

Pada tahun 2011 berlakunya satu revolusi di Libya dan kesannya berlanjutan sehingga ke hari ini. Senjata berteknologi tinggi jatuh ke tangan kumpulan militan awam, sejurus menandakan mana-mana pesawat boleh ditembak jatuh sesuka hati.




Gelombang jenayah berleluasa dan tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan. Sebahagian daripada kumpulan-kumpulan bersenjata dikatakan akan menyerang rakyat Amerika Syarikat yang menjejakkan kaki di Libya.




Januari tahun lalu, terdapat beberapa kes culik pelancong dilaporkan selain lambakkan kes bom kereta.

1 - Liberia

Liberia terletak di bahagaian barat benua Afrika dengan Sierra Leone di sebelah kiri, Guinea di utara danIvory Coast sebagai jiran timurnya. Senang cerita Liberia dikelilingi negara-negara yang mempunyai kes Ebola yang tertinggi.




85 peratus penduduk negara tersebut berada di bawah takuk kemiskinan.




Liberia teruk dilanda virus Ebola sejak tahun lalu waima mencatatkan jumlah kematian yang paling tinggi iaitu 4,032. Sejak Mac 2014 sebanyak 9,229 kes Ebola dilaporkan.

Selamat merancang perjalanan atau percutian tahunan anda!