HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

Koleksi Gambar Berkaitan Kapal Titanic (11 Gambar)

11 Gambar yang berkaitan dengan kapal Titanic ini mungkin ada yang anda belum pernah saksikan

Semua Jawapan Untuk Guess The Emoji

Untuk memudahkan korang,ni aku nak share SEMUA jawapan untuk games Guess The Emoji,dari level 1 hinggalah level 25.

Tanda-tanda Kiamat Kecil Yang Telah Muncul

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2014 Kakitangan Awam

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah menyiarkan surat pekeliling yang bertujuan memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 untuk kakitangan awam

Wanita lebih kerap bermimpi tentang seks

Tanpa mengira sama ada lelaki menghabiskan lebih banyak waktu untuk berfikir tentang seks, kajian pada tahun 2007 mendapati bahawa lelaki kurang cenderung untuk bermimpi tentang seks berbanding wanita.

30 Jan 2014

9 Ciri-Ciri Wanita Idaman Lelaki


Antara ciri-ciri wanita idaman lelaki adalah:

1. Berpegang Kepada Agama

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam.

2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Dia tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki.

3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang mempunyai sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan kerana wanita akan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan dirinya. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia

Wanita yang berakhlak mulia atau dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian

Lelaki suka mencuci mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita itu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan boleh menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri wanita sejuk mata Memandang adalah:

- Bersopan satun.
- Sentiasa memaniskan wajah.
- Sentiasa memberikan senyuman yang ikhlas.
- Menutup aurat.
- Tidak terlalu cemburu.
- Menghormati orang lain.

29 Jan 2014

10 Ramuan Bahaya Dalam Mee Segera


Memang tidak dinafikan, ramai yang dah tahu keburukan memakan mee segera tapi mee segera tetap menjadi pilihan kerana harganya yang murah, mudah untuk menyediakan, dan rasanya yang agak enak. Bagi mereka mee segera tidak bagus untuk kesihatan kerana banyak bahan perasa.

Sebenarnya lebih dari itu, bukan sekadar bahan perasa dan antaranya:

  • 136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.
  • Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya.
  • Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.

10 Ramuan Bahaya Dalam Mi Segera

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit binatang juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran serta kerosakan saraf yang mungkin menjadi penyebab kanser.


Jadi kurangkanlah makan mee segera, walaupun murah dan menjimatkan ianya membahayakan kesihatan. Malah, lebih banyak kos yang diperlukan untuk melakukan rawatan kalau kesihatan kita terjejas.

8 Ciri-Ciri Lelaki Playboy


Ramai gadis dan juga kebanyakan wanita kini termakan pujukan dan godaan dari lelaki yang bergelar playboy atau lebih dikenali sebagai buaya darat.

Biasanya jika yang datang memikat dan mengayat itu sekacak lelaki idaman pasti sesiapa pun akan mudah cair sedangkan mereka lupa menilai adakah lelaki tersebut mungkin playboy?

Apakah ciri-ciri lelaki playboy?

1.Dia mudah mengucapkan kaliamat yang membawa kita di awangan seperti “Aku rindukan Kamu” atau…”Kamu sangat manis” dan lainnya

2.Dia mudah memanggil kamu dengan panggilan sayang dan bersikap romantis walau pada pertemuan pertama. Jika difikirkan mustahil pertama kali jumpa telah jatuh sayang sehingga mudah melafaskan kata sayang kan?

3.Dia memanggil anda dengan nama wanita lain. Itu malang sekali. Nampak sangat di dalam hatinya ada wanita lain selain kamu

4.Dia tidak mempunyai teman akrab wanita. Lelaki jenis ini akan tertarik kepada semua wanita disekeliling mereka. Semuanya mereka ingin mengajak berkasih sayang tanpa niat ingin bersahabat

5.Dia sangat protektif pada telefon selularnya. Dia begitu marah jika anda cuba membuka telefonnya atau bertanya siapakah yang menghubunginya.

6.Mulut manis-Mulutnya sentiasa manis memuji dan memuja kamu. Dialah raja kebahagiaan tanpa menampakkan kelemahan diri mereka

7.Dia sentiasa berusaha memberi apa yang kamu inginkan dan meluangkan masa bersama pada masa yang mereka aturkan saja.

8.Ibunya memanggil kamu dengan panggilan lain. Itu bermakna bukan kamu seorang yang dibawa menemui ibunya.

28 Jan 2014

Tips Untuk Mengatasi Masalah 'Jet Lag'


Ramai menganggap, 'jet lag' masalah yang disebabkan terlalu lama dalam penerbangan. Bagaimanapun, masalah itu terjadi ketika kita banyak menyeberangi zon waktu. Akibat daripada jet lag, seseorang itu akan berasa mual, pening, terus berjaga walaupun hari larut malam, sangat lemah dan mengantuk pada pagi hari selain tidak dapat memberi tumpuan pada sesuatu hal.

Ada beberapa petua yang mungkin boleh membantu mencegah jet lag sekali gus membantu tubuh menyesuaikan diri dengan zon waktu yang baharu.

1. Atur waktu tidur beberapa hari sebelum melakukan perjalanan dan sesuaikan dengan pola yang akan dihadapi di destinasi yang dituju.

2. Mengubah jam mengikut destinasi dituju pada awal penerbangan akan membantu anda menyesuaikan diri dengan waktu tempatan di sana.

3. Banyak minum air putih sebelum, ketika dan sesudah terbang. Udara dalam kabin amat kering dan dehidrasi salah satu penyebab jet lag.

4. Hindari mengambil alkohol dan kafein pada malam sebelum terbang. Kesan alkohol menjadi berganda atau dua kali ganda ketika dalam penerbangan. Sedikit apa pun alkohol, kesannya akan terasa dalam perjalanan.

5. Tidurlah dalam pesawat jika waktu di destinasi anda sudah malam. Gunakan alat bantu tidur yang biasa digunakan untuk mengelak cahaya atau keriuhan di dalam pesawat seperti 'earphone' dan penutup mata.

6. Jika waktu di destinasi pula masih siang, tetaplah terjaga. Perkara itu boleh dilakukan dengan cara berbual, menonton wayang, membaca buku atau novel dan sekadar berjalan di dalam pesawat. Pada masa sama, dengan berjalan di dalam pesawat ia dapat melancarkan peredaran darah.

7. Rileks ketika hari pertama kunjungan anda di tempat destinasi. Jika anda ada dua atau tiga hari waktu terluang sebelum melakukan aktiviti fizikal atau pekerjaan yang memerlukan fokus di tempat tujuan, waktu itu boleh dimanfaatkan untuk bersantai dan mengembalikan 'circadian rhythm' anda. Selain itu, menjelajahi tempat menarik dan taman yang cantik dengan berjalan kaki.

27 Jan 2014

Tips Untuk Menguatkan Otak Kanan


Tips Untuk Menguatkan Otak Kanan

1. Banyak membaca dan menghayati sejarah.

2. Banyak membaca pengetahuan umum. Kurangkan majalah hiburan kerana hiburan biasanya mengandungi gambar yang agak keterlaluan dan bahan gosip berlebihan.

3. Memperbanyakkan ekspedisi, pengembaraan, lawatan, berkelah dan melancung.

4. Selalu menyertai seminar, forum, pameran, ekspo dan lain-lain.

5. Menatap dan merenung Al-Quran.

6. Selalu melakukan latihan menguatkan konsentrasi.

7. Selalu berfikir secara kreatif.

8. Sering melakukan latihan pendengaran, penglihatan, pergerakan, penciuman dan merasa secara imaginasi.

9. Bertafakur atau berfikir tentang makhluk Allah dan alam semesta.

10. Memikirkan sesuatu kejadian, peristiwa-peristiwa dan isu-isu semasa. Belajarlah dengan alam semesta dan kehidupan ini.

11. Membaca, memahami, merenung dan menghayati isi Al-Quran sedalam-dalamnya. Fikirkan apa yang tersurat dan tersirat di dalam kandungannya. Lakukan begitu juga terhadap hadis-hadis Rasullullah s.a.w.

12. Bermain catur.

13. Suka berfikir dengan bertanya kepada diri sendiri dengan menggunakan kata kunci ‘apa, siapa, bila, di mana, kenapa dan bagaimana‘.

14. Selalu menambah pengetahuan umum dengan membaca, mengikuti program-program berbentuk maklumat dengan menonton televisyen, mendengar radio, internet dan sebagainya.



Fungsi Otak Kanan dan Otak Kiri

Otak kanan merupakan tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama music, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan orang lain, hubungan sosial dan pengembangan keperibadian. Daya ingatan otak kanan adalah bersifat jangka panjang (long term memory).

Otak kiri pula berfungsi dalam hal mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat perbezaan, menyimpan data dan fakta, analisis, angka, urutan, tulisan, bahasa, kiraan dan memahami logik. Daya ingatan otak kiri adalah bersifat jangka pendek (short term memory).

25 Jan 2014

Bahaya Meniup Dan Makan Makanan Panas Dari Segi Sains


Makanan dan minuman yang panas tersebut mengeluarkan wap air iaitu H2O.Apabila kita meniupnya, kita memberikan gas kumuhan kita yang mengandungi karbon dioksida iaitu C02.

Wap air tersebut apabila bercampur dengan gas karbon dioksida akan bertindak balas dan menghasilkan asid karbonik yang bersifat berasid.

H2O + CO2 -> H2CO3

Di dalam darah kita pula terdapat H2CO3 yang berguna untuk mengatur pH di dalam darah. Darah adalah Buffer (larutan yang dapat mengekalkan pH) supaya berkeadaan asid lemah berupa H2CO3 dalam bentuk HCO3- sehingga darah memiliki pH antara 7.35 – 7.45 dengan reaksi sebagai berikut:

CO2 + H20 <= H2CO3 => HCO3- + H+

Tubuh menggunakan penyangga pH (buffer) dalam darah sebagai pelindung terhadap perubahan yang terjadi secara tiba-tiba dalam pH darah. 

Apabila terdapat perubahan boleh menyebabkan keseimbangan pH darah tidak dapat dikekalkan dalam keadaan normal sama ada bersifat lebih berasid atau beralkali dan keadaan ini akan menggangu sistem tubuh kita.

Apa yang berlaku setelah kita makan atau minum makanan tersebut akan menambahkan keasidan darah kita dan menyebabkan suatu keadaan di mana darah kita akan menjadi lebih berasid (pH akan menurun).

Seiring dengan menurunnya pH darah, pernafasan menjadi lebih cepat sebagai usaha tubuh untuk menstabilkan keasidan darah pada tahap normal dengan cara menurunkan jumlah karbon dioksida.

Ginjal juga berusaha mengatasi masalah tersebut dengan cara mengeluarkan lebih banyak asid melalui urin.

Tetapi kedua-dua mekanisme tersebut tidak akan berguna jika tubuh terus menerus menghasilkan terlalu banyak asid.

KESAN JANGKA PANJANG: 

Akan menyebabkan lelah, rasa mengantuk, mual dan mengalami masalah pemikiran disebabkan sistem badan tidak dapat berfungsi dengan teratur. Sehingga boleh menyebabkan penyakit tekanan darah rendah, strok, malahan boleh menyebabkan koma dan kematian.

Selain daripada itu, kita juga tahu bahawa udara hembusan kita juga mempunyai bakteria yang boleh menyebabkan penyakit kepada manusia.

Oleh itu, cubalah sedaya upaya elakkan diri daripada meniup makanan yang panas. Dalam Islam sendiri tidak digalakkan meniup makanan dan tidak digalakkan memakan makanan yang panas.


24 Jan 2014

Malaysia Bakal Menerima Musim Salji Menjelang 2015?


KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.

Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.

Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013. Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.

Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'. Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.

Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.

Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.

Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi. Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?

Kiamat menurut Islam. Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat: Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:

1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.
2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.
3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.
4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.
5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH. -- (Hadis Riwayat Bukhari)

Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman? Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.' (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran. ALLAH SWT berfirman: Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah Al-A’raf, Ayat 187)

Dan juga pada ayat: Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.(Surah Al-Ahzab, Ayat 63)