HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

Koleksi Gambar Berkaitan Kapal Titanic (11 Gambar)

11 Gambar yang berkaitan dengan kapal Titanic ini mungkin ada yang anda belum pernah saksikan

Semua Jawapan Untuk Guess The Emoji

Untuk memudahkan korang,ni aku nak share SEMUA jawapan untuk games Guess The Emoji,dari level 1 hinggalah level 25.

Tanda-tanda Kiamat Kecil Yang Telah Muncul

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2014 Kakitangan Awam

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah menyiarkan surat pekeliling yang bertujuan memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 untuk kakitangan awam

Wanita lebih kerap bermimpi tentang seks

Tanpa mengira sama ada lelaki menghabiskan lebih banyak waktu untuk berfikir tentang seks, kajian pada tahun 2007 mendapati bahawa lelaki kurang cenderung untuk bermimpi tentang seks berbanding wanita.

24 Jan 2014

Cara Nak Jadikan Gaji Anda Berkat


1.Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!

2.Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada! 

3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!

4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri! 

5.Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga. 

6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu? Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat! 

7.Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan2 

*moga bermanfaat pada semua.

~Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif


23 Jan 2014

5 Sebab Mengapa Lelaki Suka Wanita Tanpa Mekap


Mungkin ramai sudah tahu yang kebanyakan lelaki sememangnya suka melihat wanita tanpa mekap. Kenapa ye kaum ini sukakan wanita yang tidak pakai mekap? Natural beauty kot? Lebih berkeyakinan mungkin? Di sini kami bongkar rahsia lelaki mengapa mereka sebenarnya suka wanita yang tidak bersolek.

Suka Wanita Yang Yakin
Lelaki memandang keyakinan seorang wanita itu sebagai sesuatu yang seksi. Bukan mudah untuk seseorang wanita untuk meninggalkan alat solek mereka tanpa keyakinan yang tinggi. Sekiranya anda berani keluar dengannya tanpa secalit pun mekap di wajah, jelas kelihatan keseksian anda kerana keyakinan anda itu.

Tidak Suka Wanita Obses
Lelaki sukakan wanita yang cantik tetapi tidak suka dengan wanita yang terlalu obses dengan kecantikan. Walaupun mahu ke kedai mamak, anda sudah mengenakan solekan yang tebal seperti mahu ke majlis makan malam! Kaum lelaki tidak mahu pasangan mereka terlalu bergantung kepada solekan sehingga menganggapnya sebagai ‘tuhan’ dan tidak boleh hidup tanpanya.

Suka Melihat Anda Ketika Bangun Tidur
Apa yang pasti, anda tidak akan mengenakan sebarang mekap sekiranya anda tidur dan lelaki menganggap rupa paras wanita yang baru bangun tidur itu sangat seksi. Bukan itu sahaja, wajah anda yang natural itu membuatkan si dia terbayang-bayang rupa paras anda ketika tidur di sebelahnya setelah anda berdua berkahwin kelak.

Lelaki Tidak Suka Menunggu
Setiap kali anda ada temu janji dengannya, pasti si dia harus menunggu anda di dalam kereta kerana anda mengambil masa terlalu lama untuk bersiap. Lelaki sememangnya tidak suka menunggu, jadi dia lebih suka anda keluarnya tanpa mengenakan apa-apa solekan untuk menjimatkan masanya.

Cantik Luaran Tidak Penting
Pada peringkat awal perhubungan, cantik luaran sememangnya dipandang lelaki. Tetapi lama kelamaan, sekiranya anda cantik tetapi tidak pandai mengambil hati, kuat merajuk, suka membebel atau sering menyusahkannya, si dia akhirnya akan merasa bosan. Jadi, cantik luaran dan dalaman itu sama-sama penting untuk memikat hati lelaki.


22 Jan 2014

Cara Untuk Kesan Kamera CCTV Tanpa Wayar

Cara Untuk Kesan (Detect) Kamera CCTV tanpa wayar (wireless) yang tersembunyi terutamanya dalam tandas perempuan. 


1) Sebelum masuk tandas. Sila bawak handphone yang ada aplikasi bluetooth. 

2) Turn ON bluetooth dan search devices yang ada. Kalau anda tak tahu nak cari devices macam mana, sila buat seperi anda hendak send gambar atau lagu. Kemudian tekan via bluetooth, anda boleh nampak devices yang ada. 

3) Kalau jumpa devices yang namanya “WDX 2201, CAM 122″ atau apa-apa nama yang anda rasa sangat pelik bunyinya. Sebaiknya batalkan hajat anda kerana berkemungkinan besar terdapat wireless CCTV. 

Kenapa mesti kesan guna bluetooth handphone??...Sebabnya CCTV yang dipasang ialah jenis tanpa wayar yang digunakan secara ber’bluetooth’

21 Jan 2014

5 Perkara Wanita Suka Tapi Lelaki Benci


1. Menonton Drama Romantis Bersiri
Kebanyakan lelaki kurang minat menonton drama bersiri bertema romantis. Akan tetapi, kebanyakan perempuan amat suka mengikutinya lebih-lebih lagi cerita Korea.


2. Membaca Novel Romantis
Perempuan mempunyai sifat kelembutan yang lebih besar dibanding lelaki sehingga dia minat membaca novel romantis atau mendengarkan lagu-lagu cinta. Namun kebanyakan lelaki lebih suka membaca buku yang penuh aksi dan pertarungan.

3. Bergosip
Sebenarnya perempuan dan lelaki suka membicarakan hal orang lain ketika sedang berkumpul dengan teman-teman. Namun, lelaki tidak suka kebiasaan wanita yang suka membicarakan orang lain tanpa tahu kepastiannya.

4. Ambil Berat Penampilan
Sebagian besar lelaki tidak terlalu mengutamakan penampilan. Pakai kemeja, seluar panjang dan mungkin jam tangan sebagai aksesori itu sudah memadai. Sedangkan bagi perempuan, penampilan adalah segalanya kerana senang dipuji sehingga mereka menghabiskan waktu cukup lama untuk bersiap.

5. Bermain Bersama Anak Kecil
Perempuan memiliki naluri keibuan sehingga mudah bagi mereka mendekatkan diri dengan anak kecil. Sedangkan lelaki umumnya kurang minat bergaul dengan anak-anak. Lelaki kurang suka bermain, memanjakan anak, kerana mereka tidak ingin memperlihatkan sifat kelembutannya.


20 Jan 2014

Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2014 Kakitangan Awam


Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah menyiarkan surat pekeliling yang bertujuan memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 untuk kakitangan awam

Bagi penjawat awam, jadual pembayaran gaji ini adalah penting buat mereka dalam merancang kewangan dan perbelanjaan bulanan keluarga

Tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 adalah seperti berikut :


Tag: jadual dan tarikh pembayaran gaji tahun 2014 kakitangan awam malaysia, kerajaan malaysia, jadual gaji 2014 

19 Jan 2014

10 Cara Mengenalpasti Kereta Rosak Akibat Banjir


Perkataan banjir kerap didengari sejak akhir-akhir ini, tidak kira di mana, walau tanah tinggi Cameron sekalipun. Kebanyakan harta benda akan musnah jika “banjir” sudah mengetuk pintu rumah anda, termasuklah kereta. Malang sekali, hampir semua insurans kereta tidak memberi perlindungan jika kereta dilanda bencana alam, seperti ditimpa pokok, diterbalikan oleh ribut kencang, dan termasuklah kereta yang ditenggelami air banjir.

Apabila terkena banjir teruk, kereta yang ditenggelami separa atau sepenuhnya sering diklasifikasikan sebagai “totaled”, “gone case”, lalu terpaksa dilupuskan. Walau bagaimanapun, sesetengah kereta ini, berakhir di kedai kereta terpakai.
Pembeli perlu berhati-hati, kerana tidak semua peniaga akan berterus terang dengan anda apabila kereta tersebut pernah rosak disebabkan banjir, dan ia bakal menjejaskan kewangan anda suatu hari nanti. Walaupun kereta kelihatan baik dan seolah-olah berfungsi dengan baik , masalah yang bakal menelan belanja mahal boleh muncul kemudian hari disebabkan hakisan karat yang terus menjalar di dalam komponen kritikal. Selain daripada wang, kereta seperti ini boleh membahayakan pemandu dan mungkin boleh membawa maut.

Malangnya , kenderaan yang rosak disebabkan banjir ini agak sukar untuk dikenal pasti , tetapi terdapat tanda-tanda boleh membantu anda dalam proses ini. Berikut adalah 10 cara untuk menentukan sama ada sebuah kereta terpakai dihadapan anda adalah sebuah kereta yang boleh diguna pakai atau hanyalah besi buruk berkarat yang disalut cat berkilat. Di harap nukilan ini dapat membantu mereka yang ingin membeli kereta terpakai di pantai timur.

1 – Jadi pembeli bijak

Tempat yang baik untuk memulakan pencarian anda untuk membeli sebuah kereta terpakai adalah berbincang dengan seorang penjual kereta yang bereputasi. Pengedar atau penjual berpengalaman yang baik tidak akan mengambil risiko dengan merobek pelanggan mereka. Terus terang tanya penjual jika kereta anda minat itu pernah rosak disebabkan banjir, dan dapatkan jawapan secara bertulis. Jika anda tidak menerima sekurang-kurangnya jawapan “tidak yang diyakini” atau penjual kelihatan teragak-agak untuk memberi jawapan itu secara bertulis, ia adalah suatu sebab untuk anda risaukan.

Anda juga boleh meminta penjual tersebut untuk melihat geran kereta, untuk mengenal pasti kereta itu datang dari kawasan banjir ataupun tidak. Akhir sekali, anda perlu berhati-hati dengan kereta terpakai yang berasal daripada kawasan banjir yang mana harganya jauh murah berbanding pasaran. Pasti ada sebabnya. Awas!


2 – Pemeriksaan Bau

Cara paling pantas untuk menghidu sama ada kereta itu mempunyai kerosakan banjir adalah untuk benar-benar menghidu baunya. Amat sukar sekali untuk menghilangkan bau berkulat kereta banjir, dan pembentukan cendawan adalah satu tanda pasti bahawa kereta itu pernah terdedah kepada sejumlah air yang banyak. Bau yang tidak menyenangkan adalah petunjuk berguna untuk bakal pembeli.

Jika anda dapati terdapat bau kulat, anda mungkin sedang berhadapan dengan kereta yang pernah rosak akibat banjir. Jika anda masih tidak pasti, tutup tingkap dan pintu, duduk di dalamnya, dan tarik satu nafas panjang untuk menghidu sama ada terdapat bau kulat atau tidak. Sila ambil perhatian jika di dalam kereta terdapat alat penyegar udara, kerana itu juga adalah satu tanda yang penjualnya sedang berusaha untuk menghilangkan suatu bau yang tidak menyenangkan, yang mungkin bau muntah bayi, dan mungkin juga bau kulat. Siapa tahu, bukan?


3 – Pemeriksaan dengan sentuhan

Bersama-sama dengan deria bau, sentuhan tangan adalah penting untuk memeriksa kadar kelembapan dalam sebuah kereta terpakai. Air banjir cenderung untuk berkumpul di lokasi tertentu di tempat-tempat yang mana penjual pun boleh terlepas pandang.

Periksa karpet di tempat-tempat yang berbeza untuk mencari jika terdapatnya kelembapan. Jika anda boleh, angkat karpet untuk memeriksa kelembapan di bawahnya. Dengan ini anda juga boleh melihat tanda-tanda kerosakan diakibatkan air, seperti karat. Pastikan untuk membuka bonet kereta dan periksa karpet di situ. Kemudian keluarkan tayar ganti dan periksa apa yang ada di bawah.


4 – Periksa tanda-tanda kakisan

Kakisan adalah penderitaan biasa sebuah kereta yang pernah menghadapi banjir. Kerosakan yang anda lihat hari ini bukan satu-satunya punca karat, kerana kakisan juga akan terus memakan komponen kereta, walaupun selepas sekian lama kereta itu kering.

Karat dan kakisan senang dilihat. Lihat tanda-tanda karat pada logam di dalam dan luar. Jika anda melihat karat pada skru, engsel pintu, atau braket di bawah papan pemuka, anda tahu bahawa logam tersebut pernah mempunyai hubungan yang signifikan dengan air.

Untuk memeriksa dengan lebih teliti, buka pintu dan lihat di mana pintu bersentuhan dengan badan kereta. Kakisan sering berlaku di sudut tersebut. Periksa semua empat pintu, termasuk bawah, dalam dan luar kereta.

Akhir sekali, gunakan cermin kecil dan lihat di bawah tempat duduk. Periksa jika spring berkarat. Selain daripada itu, gunakan cermin untuk memeriksa bahagian bawah kereta untuk serpih atau logam yang telah reput dan tanda-tanda hakisan yang lain.


5 – Kerosakan pada fabrik

Fabrik yang meliputi dalaman kereta boleh mendedahkan “cover-up” banjir. Sila periksa dengan teliti setiap fabrik – hadapan, belakang dan di bawah kerusi. Cari kesan air berwarna coklat. Satu lagi petunjuk ialah kualiti karpet. Jika kereta itu berusia 10 tahun tetapi karpet kelihatan baru, pasti ada sesuatu yang tidak kena.

Selain itu, jika fabrik pada tempat duduk tidak sama dengan bahagian-bahagian yang lain, seperti pudar, lebih baru atau bercorak yang tidak sekata, maka mungkin seseorang telah mengeluarkan bukti-bukti kesan air berwarna coklat pada fabrik asal. Karpet yang longgar juga memerlukan penelitian lanjut.

Jangan lupa untuk membandingkan karpet lantai dengan fabrik pada pintu dan bumbung untuk memastikan mereka semua datang dengan usia dan warna yang sama.


6 – Pandu Uji

Sistem elektrik kereta yang telah dikompromi adalah kritikal dan berpotensi mengancam nyawa kerana terdedah kepada jumlah air yang tinggi untuk jangka masa yang panjang . Anda perlu menguji kereta dengan secukupnya untuk memastikan semua komponen elektrik beroperasi dengan baik.

Pertama , periksa bahagian bawah papan pemuka dan perlahan-lahan bengkok wayar elektrik untuk melihat jika ianya rapuh . Jika ya, ia mungkin disebabkan telah terendam di dalam air. Bagaimanapun, anda tetap perlu membuat pandu uji ,dan anda perlu mencuba semua alat elektronik di dalamnya.

Semasa menghidupkan enjin, sila ambil perhatian terhadap apa-apa bunyi yang tidak dijangka, dan gunakan mata dan hidung untuk melihat jika ada asap muncul dari mana-mana. Pastikan semua lampu papan pemuka menyala, termasuk lampu depan belakang, dan lampu-lampu lain. Hidupkan penghawa dingin , pengelap cermin, dan jangan lupa untuk menghidupkan radio. 

 
7 – Periksa minyak enjin

Perubahan dalam warna dan kelikatan mungkin menunjukkan bahawa air telah masuk ke dalam minyak enjin. Jika anda biasa dengan memeriksa tahap dan kualiti minyak anda sendiri, anda mungkin dapat mengenal pasti kenderaan yang rosak akibat banjir dengan melakukan pemeriksaan minyak. Apa-pun, itu pun kalau penjual tidak menukar minyaknya lagi.

Minyak dalam kereta yang terjejas akibat banjir akan bertukar warna, kadang-kadang boleh di samakan seperti warna kopi susu atau susu kocak coklat. Minyak kelihatan pucat di mana ia sepatutnya gelap. Minyak yang telah terjejas oleh banjir juga mungkin terasa melekit apabila disentuh. Jangan lupa periksa penapis udara juga ya.


8 – Indikasi pada lampu.

Terdapat beberapa tempat di kereta yang tidak akan kering tidak kira betapa gigih seseorang untuk cuba untuk menutup (cover-up) kerosakan akibat banjir. Teliti setiap lampu, kerana ia mungkin kelihatan berkabus apabila air telah terkumpul di dalam.

Bagi kebanyakan kereta di negara panas dan lembab seperti Malaysia, keretakan pada lampu juga akan menyebabkan lampu berkabus kerana air hujan masuk ke dalam lampu. Perkara yang sama boleh terjadi di dalam panel instrumen.


9 – Kekotoran kecil

Semasa kereta ditenggelami air atau separa terapung dalam banjir, air akan membawa masuk semua bentuk serpihan, seperti rumput, kotoran, pasir dan keladak. Apabila paras air surut, air mungkin akan hilang, tetapi selainnya akan kekal. Adalah sukar bagi seseorang untuk membersihkan semua itu sepenuhnya.

Apabila memeriksa sebuah kereta terpakai, anda dinasihatkan untuk periksa di tempat-tempat di mana lumpur dan rumput boleh kekal selepas banjir. Ini termasuk kawasan-kawasan berikut:

• di dalam dan di bawah kotak sarung tangan (glove box)
• celah enjin
• tempat bagasi
• di bawah tayar ganti
• di bawah papan pemuka
• di bawah tempat duduk
• di bahagian dalam roda
• sekitar pendawaian kereta


10 – Mempercayai mata mereka yang pakar

Walaupun kereta terpakai dikatakan pelaburan yang bijak, tetapi anda pasti tidak mahu membeli kereta rosak yang akan menelas kos yang banyak dalam jangka masa panjang. Jika selepas pemeriksaan anda sendiri anda masih tidak pasti kereta tersebut dalam keadaan baik, sila dapatkan bantuan pakar, iaitu mekanik.

Seorang mekanik yang pakar akan tahu di mana untuk mencari tanda-tanda kerosakan banjir. Lebih-lebih lagi tempat-tempat yang anda mungkin tidak tahu bagaimana untuk memeriksa, seperti alternator, mekanisme pendawaian tertentu dan pam.



18 Jan 2014

3 Petua Sebelum Ber-couple Dengan Warga Emas


Cinta tidak kenal usia. Mungkin ada benarnya disebalik kenyataan tersebut. Namun sebelum anda mula jalinkan hubungan lebih serius dengan si dia yang agak berusia berbanding diri anda yang belia itu, disini kami senaraikan beberapa persoalan yang harus dititikberatkan.

Nak anak atau tak nak anak?

Kahwin dengan duda/janda kita perlu fikir dan pertimbangkan hakikat bahawa anda bukan kahwin dia seorang. Adakah si dia miliki anak daripada perkahwinan terdahulu? Bolehkah anda tangani anak si dia? Adakah anda tidak suka budak? Soal budak-budak jangan main-main ya, takut jadi macam filem The Parent Trap nanti.

Ish, kawan-kawan si dia semua tua!

Dah nama pun pasangan yang miliki perbezaan usia. Sudah tentu anda miliki teman-teman yang berbeza. Bolehkah anda layan sembang kawan-kawan si dia yang suka bermain golf? Sekiranya anda kahwini janda berhias, tahukah anda tas tangan terhangat di pasaran musim ini? Contoh sahaja, mungkin janda berhias gemar bersembang tentang politik dan bukan tas tangan. Yang penting di sini, secara pendek kata, bolehkah anda ngam dengan kawan-kawan dan gaya hidup si dia untuk jangka masa panjang?

Akhir sekali, sanggup ke tak persoalan utama.

Sepandai mana seseorang menjaga kesihatan dan badan, hakikatnya si dia dah tua. Maka dengan umur tersebut datanglah pelbagai penyakit. Sanggup ke anda jaga si dia apabila tiba masa tersebut? Sudahlah kena jaga ibu bapa yang dah berusia, tambah lagi kena jaga pasangan yang hampir sebaya dengan ibu bapa. Waktu bercinta semua sanggup, tetapi perkara seperti ini akan mula membuatkan anda persoalkan cinta. Betul ke cinta tak kenal usia? Renungkanlah.