HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

23 Mar 2014

Kemalangan paling ngeri pesawat Asia terhempas


Disenaraikan sejarah kejadian paling ngeri melibatkan pesawat syarikat penerbangan utama rantau Asia, dari MAS sehingga Singapore Airlines, Lion Air, Merpati Nusantara dan Bangkok Airways.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS)

Pesawat Malaysia Airlines MH653

Pesawat terhempas pada 4 Disember 1977 di Tanjung Kupang, Johor, dengan kematian 93 penumpang dan 7 krew kabin serta dilaporkan sebagai kemalangan pertama dan paling menggerunkan bagi MAS.

Pesawat Malaysia Airlines Flight 2133

Pesawat terhempas pada 15 September 1995 dalam penerbangan dari Kota Kinabalu menuju ke Tawau, mengorbankan 34 nyawa. 

Pesawat Singapore Airlines

Singapore Airlines Flight 006

Pesawat yang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan (juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Kai-shek) ketika taufan. Pesawat terhempas, korbankan 83 nyawa.

Pesawat Lion Air 

Lion Air Flight 538

Pesawat terhempas di bandar Solo, Indonesia, lalu membunuh 25 orang daripada 154 penumpang pada 30 November 2004.

Lion Air Flight 904 (JT904) 

Pesawat menuju ke Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali terhempas pada 13 April 2013, mencederakan 46 penumpang.

Pesawat Merpati Nusantara

Merpati Nusantara Flight 9760

Pesawat dari Jayapura menuju Oksibil, Indonesia hilang separa jalan pada Ogos 2009 dan ditemui dua hari kemudian berhampiran Oksibil. Seramai 12 penumpang dan 3 kabin krew terbunuh dalam kemalangan tersebut. Kesemuanya dilaporkan warga Indonesia.

Pesawat Bangkok Airways

Bangkok Airways Flight 266

Pesawat yang dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Samui terhempas pada 4 Ogos 2009, membunuh seorang juruterbang.