HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

Koleksi Gambar Berkaitan Kapal Titanic (11 Gambar)

11 Gambar yang berkaitan dengan kapal Titanic ini mungkin ada yang anda belum pernah saksikan

Semua Jawapan Untuk Guess The Emoji

Untuk memudahkan korang,ni aku nak share SEMUA jawapan untuk games Guess The Emoji,dari level 1 hinggalah level 25.

Tanda-tanda Kiamat Kecil Yang Telah Muncul

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2014 Kakitangan Awam

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah menyiarkan surat pekeliling yang bertujuan memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 untuk kakitangan awam

Wanita lebih kerap bermimpi tentang seks

Tanpa mengira sama ada lelaki menghabiskan lebih banyak waktu untuk berfikir tentang seks, kajian pada tahun 2007 mendapati bahawa lelaki kurang cenderung untuk bermimpi tentang seks berbanding wanita.

16 Mar 2014

9 Tanda Anda Seorang Yang Membosankan


Bila tiba hujung minggu, kebiasaannya orang akan berfikir-fikir tempat mana ingin lepak atau habiskan masa bersama kawan mungkin juga keluarga. Tapi, anda langsung tidak menghiraukan hal itu malah anda rasa malas dan penat untuk bersiap. Ini antara tanda anda seorang yang membosankan. 

1. Cuaca diluar yang panas terik, matahari betul-betul terpacak atas kepala

Siapa yang ingin keluar bila cuca sedang panas terik, rasa pedih mata, muka kemerahan dan macam-macam lagi. Daripada keluar, lebih baik duduk dalam rumah.


2. Anda malas untuk bersiap

Ada di antara kita yang malas untuk bersiap, pada mereka bersiap hanya memenatkan sahaja dengan memikirkan pakaian apa patut dipakai. Lebih-lebih bila anda berdiri depancloset dan mencari pakaian apa yang sesuai, malas sungguh rasanya. Malah, anda malas untuk mandi, memakai mekap.


3. Bila masalah fizikal dijadikan alasan untuk tidak ke mana-mana

Ya, ini biasa berlaku. Bila anda merasakan berat badan sudah bertambah, mulalah anda merasakan anda sudah tidak muat untuk memakai pakaian dalam closet.


4. Anda tiada pakaian untuk dipakai

Ini satu lagi perkara biasa malah menjadi alasan semua orang. Tiada pakaian untuk dipakai padahal dalam almari bertimbun baju baru belum buka price tag lagi yang terkurung di situ.


5. Anda datang bulan

Untuk kaum perempuan dan wanita, bila tibanya bendera merah memang semua orang jadi malas, moody, kiranya emosi tidak menentu. Anda hanya mahu baring di atas katil yang empuk sahaja.


6. Anda tidak mempunyai plan

Ingin keluar memerlukan plan, jadi itu masalah anda.


7. Bila anda lebih rela menghabiskan masa menonton drama atau filem kegemaran 

Anda sanggup tidak keluar bilik atau rumah semata-mata habiskan masa menonton drama Korea yang mampu menceriakan hari anda. Tonton pelakon Korea lebih best daripada keluar. 


8. Sofa anda merupakan tempat paling best 

Baring di atas sofa yang empuk dengan memasang air conditioner, bukankah heaven. Lebih-lebih lagi jika ada comforter lembut bersama. 


9. Anda rimas berada dalam keadaan ramai orang 

Anda sukakan ketenangan jadi bila anda berada dalam keadaan ramai orang, anda jadi rimas dan tidak selesa. 


Jika anda mempunyai salah satu sikap dalam senarai berikut maka anda memang jenis orang yang membosankan. Tak kisahlah asalkan tidak menyusahkan orang lain.

13 Mar 2014

Lindsay Lohan senaraikan kesemua pasangan seks beliau!


Orang putih selalu berkata, jangan amalkan tindakan “kiss and tell” berkaitan hubungan intim. Dalam erti kata lain, ia sepatutnya sesuatu yang dijadikan rahsia antara anda dan pasangan anda. Namun bagi pelakon bermasalah, Lindsay Lohan, tiada apa yang menjadi rahsia.

Menurut edisi terbaru majaah In Touch, pelakon berusia 27 tahun ini telah menyenaraikan kesemua lelaki yang pernah menjadi pasangan di ranjang beliau ketika sedang berseronok bersama teman-teman.

Salah seorang sumber yang menyaksikan Lindsay membuat senarai tersebut mengatakan Lindsay nampak sangat senang hati mengutuk orang dalam industri hiburan.

Antara nama selebriti yang tersenarai sebagai pernah menjadi pasangan di ranjang Lindsay termasuk Adam Levine, Colin Farrell, Justin Timberlake, Zac Efron, Max George dari kumpulan The Wanted, Joaquin Phoenix dan Heath Ledger.

11 Mar 2014

1Malaysia Support For Housewives (1MS4HW)


Pengenalan

National Blue Ocean Strategy (NBOS) merupakan strategi yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri dengan memberi fokus kepada penghasilan idea kreatif, kerjasama antara jabatan, melibatkan kos yang sedikit dan dapat dilaksanakan dengan segera bagi meningkatkan sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat dengan memberikan hasil yang berimpak tinggi.

Kementerian Sumber Manusia telah diberi kepercayaan secara bersama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan dan Masyarakat untuk menggerakkan Program 1Malaysia Support For Housewives. Program ini juga akan melibatkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, dan unit Kerjasama Awam dan Swasta.

Objektif Program
Mewujudkan peluang pekerjaan bagi suri rumah daripada isi rumah berpendapatan rendah (LIH) untuk menjana pendapatan tambahan keluarga bagi meningkatkan taraf hidup.
Memberi jaminan keselamatan sosial kepada suri rumah untuk kehidupan keluarga yang lebih baik.

Definisi Suri Rumah

Seorang wanita yang menguruskan rumahtangga mereka sebagai pekerjaan utama.

Golongan Sasar
Suri rumah dari peserta E-Kasih
Suri rumah yang berdaftar dengan JobsMalaysia
Suri rumah yang berdaftar dengan NGOs
Suri rumah kepada anggota Jabatan/ Agensi beruniform
Suri rumah di kalangan kakitangan Kerajaan yang berpendapatan rendah melalui persatuan

Untuk maklumat lanjut, klik SINI

10 Mar 2014

MELAYU BANGSA DEFENSIF TAPI KURANG OFENSIF


Ini adalah soal sosiologi bangsa. Dari sudut sejarah, bangsa Melayu memang bangsa yang tidak pernah menjajah sebaliknya hanya dijajah sahaja. Pendekatan tunggu dan lihat ada pada Melayu. Ciri Melayu yang asal suka mengelakkan pergaduhan dan lebih berbudi bahasa. Itu satu sifat yang sangat positif. 

Namun begitu, jangan disangka air yang tenang tiada naga di dalamnya. Jangan cuba usik atau pijak Maruah Melayu, kerana kebangkitan emosi Melayu tidak mampu ditadah lawan. Berparang, bergolok dan berluka, berdarah, bahkan mati sekalipun semuanya Melayu yang beragama Islam ini sanggup jika sentimen maruah dan agama mereka tercabar. 

Dalam kebaikan yang ada pada sikap bangsa Melayu ini, ia tetap ada lemahnya. Defensif (bertahan) dalam contoh mempertahankan maruah Bangsa Melayu di atas ialah sebenarnya satu pendekatan pasif. Sikap ofensif (menyerang) pula lebih kepada tindakan pro-aktif. 

Malangnya apabila melibatkan agenda membangun sesuatu perubahan yang baik contohnya, Melayu masih mahu menjadi bangsa defensif. Dalam bahasa yang sering kita dengar ialah antara MALAS (defensif=pasif) dan RAJIN (ofensif=proaktif). Itulah kaitan dari segi istilah dan tindakan.

Orang Melayu sering dikaitkan secara generik sebagai bangsa yang malas. Namun tidak semuanya begitu. Contohnya jika orang Melayu diumpamakan sebagai seorang pemburu, mereka akan duduk di satu tempat dan menunggu mangsa masuk ke jerat. Bangsa lain pula lebih ofensif dengan menjejaki haiwan buruan sehingga jumpa lalu ditembaknya. Tidak cukup dengan diri sendiri, mereka sanggup bawa beberapa ekor anjing untuk menjejak dan menghalau buruan. Dalam 1 hari pemburuan, pendekatan ofensif akan mampu menghasilkan jauh lebih banyak dari pendekatan defensif. 

DEFENSIF DAN OFENSIF DALAM AGAMA

MELAYU pada asalnya adalah satu rumpun bangsa yang berkulit sawo matang di gagasan Tanah Melayu Nusantara. Dari sudut bahasa, Melayu secara tepatnya adalah istilah Jawa yang membawa maksud lari. Ini adalah istilah agama yang terkait dengan ‘Hijrah’. 

Pelbagai suku kaum berpakat membentuk satu rumpun bangsa yang dipanggil Melayu untuk menyatu meninggalkan agama asal mereka iaitu Hindu kepada Islam. Jawa, Banjar, Bugis, Minang, Arab, Malbari dan lain-lain yang telah sepakat berhijrah menerima Islam, ‘lari’ meninggalkan agama lama membentuk ‘rumpun Melayu’. Hal ini terkait dengan ‘penyatuan’ dan ia sangat Islamik (ummatun wahidah).

Budaya agama mereka ketika itu sangat ofensif. Islam berjaya melebar luas hasil penyatuan rumpun bangsa ini. Hampir seluruh negara-negara Nusantara termasuk IndoChina, kecuali Thailand yang bermaksud ‘tanah bebas’ dari penjajahan, telah menerima Islam. Malangnya sifat ofensif itu tidak bertahan lama. Mereka berjaya dilemahkan oleh gerakan ofensif 3 golongan penjajah barat, iaitu Portugis, Inggeris dan Spanyol yang bersekutu untuk menjajah Nusantara. Laluan perdagangan melalui Syarikat India Timur (Vereenigde Oost-Indische Compagnie, V.O.C.) telah berjaya memperdaya Melayu Nusantara sehingga terjajah semuanya.

KEPERLUAN OFENSIF DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL

Gejala sosial yang sedang teruk melanda bangsa Melayu Islam kini memerlukan tahap kesedaran yang tinggi. Kita harus bertindak ofensif untuk menanamkan kefahaman dan akidah generasi bagi membendung kerosakan yang lebih teruk. Kita harus terlebih dahulu menampakkan segala bentuk gejala yang bakal menyerang minda dan jasad anak-anak kita sebelum mereka sendiri diperkenalkan oleh pemangsa yang bersifat buaya. Itu gerakan ofensif yang bersifat proaktif namanya.

Hari ini bila anak gadis keluar malam, kita masih lagi menjadi orang yang kurang ofensif untuk membanteras perangai anak gadis kita itu. Namun, setelah anak gadis kita mengandung anak luar nikah, barulah sibapa bangkit mengasah parang. Ada yang sanggup mati menjadi ikon difensif yang membunuh jantan yang merosakkan anaknya. Dari segi keselamatan, langkah amukan itu nampak macam ofensif, tetapi dalam ilmu keibubapaan, pencegahan tadilah sebenarnya ofensif dan menuntut bela itu sudah jadi defensif yang tidak berfaedah lagi.

Sudah mula nampak bukan? 

DILEMA SIKAP DEFENSIF DALAM POLA FIKIR MELAYU

Dilema ini turut tergambar apabila kami menulis artikel yang dicetuskan melalui pemikiran anak-anak kami tempohari, contohnya di antara Bot Cina Vs Bot Melayu, Padi Cina Vs Padi Melayu, juga Permainan Bolasepak Vs Bola Keranjang. Kesemua itu adalah cetusan dari sintesis pemikiran anak-anak RPWP sahaja. Kami kongsikannya untuk memberi gambaran polafikir anak-anak hasil dari pemerhatian mereka melalui Program Sekolah Alam. Telah kami katakan itu bukan perbandingan yang konkrit, namun furqon anak-anak itu ada banyak pelajarannya untuk membina Islah bangsa.

Kita akui dan perlu akui, Orang Cina adalah bangsa terbaik di atas mukabumi Malaysia dan dunia apabila kita berbicara tentang ekonomi dan penyatuan. Maka, untuk belajar dari mereka, kita harus nampakkan dahulu apa sahaja sisi baik orang Cina yang boleh kita tauladani itu. Sementara itu kita highlight juga perbandingan sisi buruk pada bangsa kita yang perlu kita perbaiki. Pertemuan titik positif dengan negetif yang bakal kita cantumkan itu yang akan memberikan ‘cahaya perubahan’ kepada bangsa kita.

Namun... Masih ada lagi berulang-ulang perkataan-perkataan defensif seperti...

"Tak semestinya Melayu malas... Tak semua Cina rajin...."
"Tak semestinya main bola keranjang buat kita jadi fokus dalam hidup..."
“Tak semestinya bola sepak itu tiada fokus”
“Kita tak boleh mengagungkan bangsa lain.. Kita mesti bangga dengan bangsa kita…”
"Tak semesti itu, Tak semestinya ini bla bla bla bla and bla bla..."

Itu semua adalah respon defensif bangsa Melayu yang sukar menerima hakikat yang bangsanya sedang lemah dan masih lemah. Kita hanya menjadi pekerja kepada golongan mendatang sahaja. Tidak bolehkah mereka ambil sahaja kebaikan bangsa lain untuk mereka tauladani, selain dari hanya mencari keburukan mereka sahaja. 

Satu lagi sikap defensif yang agak negetif pada orang Melayu ialah suka mencari-cari kelemahan bangsa lain, bukan mencari kelemahan bangsa sendiri dan meneliti kebaikan bangsa lain untuk dicontohi. Dalam perkongsian ilmu contohnya, pembaca Melayu suka mencari kelemahan penyampai berbanding mencari apa sahaja pelajaran dan kebaikan dari apa yang disampaikan. Contohnya, kita suka mempertikaikan perkara remeh seperti kaedah penyampaian, gambar hiasan, salah ejaan dan lain-lain lebih dari meneliti pelajaran dan mesej yang disampaikan. Ada juga yang mempertikai penyampai, bukan apa yang disampaikan.

Antara sebab berleluasanya sikap defensif Melayu ialah, kebanyakan kita telah merasakan satu 'keselesaan' berada di tanahair sendiri tanpa menyedari akan ada kemungkinan yang tidak kita ingini berlaku, iaitu 'tanahair' kita tergadai kepada bangsa lain. 

PERIHAL MELAYU YANG BERHIJRAH DAN BERSATU

Kata hikmat “PUASA SIHAT, HIJRAH KAYA” ada kaitannya. Spirit MELAYU sebagai ‘rumpun bangsa Muhajirin’ yang sama-sama ‘berhijrah’ di Nusantara itu sudah luput dari minda generasi kita. Spirit itu telah diambil alih oleh minda hijrah Cina yang merasakan mereka kaum pendatang. Kita juga lihat Cina sangat komited dan patuh dengan pelbagai persatuan, atau ‘kongsi’ mereka. Jadi, tekanan persekitaran hidup sebagai pendatang (Muhajirin/ Melayu/ lari) itulah sebenarnya yang menerbitkan kekuatan ofensif kepada sesebuah bangsa, bukan genetik bangsa itu. 

Dengan tekanan hidup di bumi asing itu membuatkan sesebuah bangsa suka dan mudah bersatu dan bekerjasama. Itulah juga asas rumpun Melayu yang telah bersatu di Nusantara ini. malangnya apabila sudah selesa maka semua sekadar bertahan dan mengharap sahaja. Jangan kata nak bersatu, ‘keselesaan’ itu malah membuatkan Melayu menjadi tamak dan saling tindas menindas merebut harta dan kuasa.

Dari sikap selesa itu juga timbulnya malas, merasa selamat, dan tiada usaha lebih dalam membela nasib bangsa atau sekurang-kurangnya nasib keluarga untuk masa hadapan. Kita amat yakin dengan kerja makan gaji, cukup masa, keluar makan tengahari, lepak dengan kawan tengah malam di kedai mamak. Hujung bulan, cucuk ATM, dapat gaji. Kerja 2,3, 10 tahun boleh naik pangkat dan gaji. Ada gred sampai Jusa dan lain-lain yang kita idamkan sudah cukup. Kita tidak memandang serius kepada dunia perniagaan, ancaman akidah, keperluan teknologi dan siyasah lainnya kerana tiada tekanan seperti bangsa pendatang atau yang terancam.

Kerana itu jugalah ramai Melayu di luar negara yang didapati mudah bersatu dalam apa saja persatuan dan mampu membina jatidiri sehingga menjadi sangat ofensif dan berjaya. Malangnya ini tidak berlaku di bumi sendiri.

KESIMPULAN

Jika kita asyik lihat keburukan orang, apakah tauladan yang boleh kita ambil lagi? Sebaliknya, ia akan hanya menjadikan kita bangsa yang sentiasa merasa selesa dan tidak lagi berubah untuk pembaikan. 

Kita semua tahu setiap bangsa dan kaum itu ada kebaikan dan kelemahan. UNTUK KITA BELAJAR DARI MEREKA, carilah kebaikan mereka untuk kita contohi dan carilah keburukannya untuk kita jadikan sempadan laku. 

Mari sama-sama ofensif. Kita atur diri, bersatu dan berhijrah untuk proaktif mencari uswah kebaikan orang lain dan melakukan pembaikan. Mari buangkan sikap defensif, sekadar duduk berdoa dan berharap sahaja tanpa usaha. Budaya ini sangat menebal di kalangan bangsa Melayu dalam kehidupan harian kita sekarang. Masih ramai yang hanya tahu berdoa, meminta-minta dan mengharapkan pihak ketiga untuk membantu menjayakan cita-cita atau menyelesaikan masalah kita. Buang habit menyalahkan orang lain yang kini jadi kepakaran kita.

Dalam hal agama pun begitu juga. Umat Melayu Islam kini sedang dilanda dengan pelbagai ajaran sesat yang semacam sukar dibendung. Sesetengahnya sampai peringkat yang tak masuk akal. Ajaran yang jelas mengubah kalimah syahadah, menyembah dan mengagungkan manusia, yang menolak terus urusan dunia, yang memutuskan persaudaraan, bahkan yang sampai peringkat menghalalkan pembunuhan pun kita ikuti juga. 

Mengapa begitu mudah umat akhir zaman ini terpengaruh dengan pelbagai ajaran sesat? Adalah kerana dada kita kosong dan jiwa kacau. Mengapa dada dan jiwa jadi kosong? Ialah kerana tiada langkah offensif yang proaktif untuk program pengisiannya sejak dari buaian lagi. Kita tidak ofensif dalam urusan itu.

Apabila ajaran sesat sudah meluas dan tidak terkawal, maka barulah kita terhegeh-hegeh dengan tindakan mencegah dan menangkap. Situasi ini sudah tidak lagi dikira offensif walaupun ia seolah-olah kelihatan kita menyerang penyebar dan penganut ajaran sesat atau pesalah jenayah dan maksiat itu. Ia hanyalah sekadar langkah defensif, untuk mencegah kerosakan lebih berat (damage control) sahaja.

Tanpa ada rasa kebimbangan tergadainya tanahair, maka tidak akan ada kekuatan ofensif. Satu langkah yang kemas perlu diambil. Gaya fikir dan perlaksanaan dari defensif kepada ofensif perlu disuntik kepada anak-anak sejak lahir lagi. Semuga usaha, kerja keras dan semangat tidak mudah menyerah dapat segera ditanamkan menjadi satu budaya yang boleh menyelamatkan Melayu dan Islam khususnya di bumi bertuah ini.

Melayu sebenar… tidak hilang. Cuma manusia yang mengaku Melayu hari ini tiada lagi semangat Melayunya. Melayu kini telah hilang ‘Islam’nya.

Banyak bukti yang Melayu sudah tidak mampu untuk mempertahankan (defence) martabat dan kuasa bangsanya sendiri pun, sahingga dimomokkan dengan telahan ‘me-layu’. Melayu kini tidak lagi proaktif dan ofensif seperti makna asal perkataan Melayu yang bermakna ‘berlari’, kerana kini Melayu sudah “terduduk dan merangkak”.

Sesungguhnya ‘the best deffence is offence’.

Cinta Lama Biarkan Berlalu


a. Pernahkah anda terasa dalam hidup sentiasa ingatkan seseorang, ingin mendengar suaranya selalu dan kadangkala terasa dirinya begitu dekat meskipun jauh beribu batu? Jika ada, itu namanya cinta. Cinta suatu elemen hidup yang amat misteri dan tersendiri. Ia sentiasa wujud bersama berdenyutnya nadi. Tidak kira apakah seseorang itu sudah berusia ataupun masih teruna atau dara, rasa cintanya tetap wujud. Jangan sangka orang yang sudah bongkok sudah tidak memiliki cinta. Jangan sangka orang yang sudah kerepot sudah tiada cinta. Jauh di dalam cinta terus segar dan mewangi.

b. Kita sudah dibungkus kebahagiaan, ada kalanya kita masih teringat si dia. Walaupun semuanya itu sudah berlalu, dia terasa begitu dekat dengan kita. Kita masih ingat suaranya. Kita masih nampak senyum tawanya. Kita masih terdengar-dengar gurau sendanya. Rasanya baru semalam berlalu. Tahu-tahu usia kita sudah menghampiri setengah abad. Sudah bertahun rupanya dia pergi meninggalkan kita atau kita yang pergi membawa kejujurannya. Terkadang kita berasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yang pernah kita dengari dari mulutnya. Kita mahu dia mengulanginya. Namun tidak mungkin. Lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yang kondusif dan eleklusif, tersendiri amat. 

c. Kata orang, kita sudah terlalu tua untuk kembali bercinta. Tubuh kita mungkin sudah tidak upaya tetapi minda dan harapan kita masih berbunga. Kita mereka-reka andaian itu dan ini. Angan-angan kita menerawang jauh. Imaginasi kita mereka sesuatu. Kita tersenyum dan menangis. Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah engkau sekarang? Apakah engkau juga sering teringatkan aku sebagaimana aku sentiasa teringatkanmu? Kita sering tertanya-tanya, di manakah dia? Kita sering memujuk hati kita supaya menerima hakikat bahawa dia ‘telah tiada’.

Tetapi hati kita sukar hendak percaya. Ia terus teringat dan ia terus mereka-reka cerita. Pernahkah anda teringatkan seseorang dan amat merinduinya. Anda mahu segera berada di sampingnya. Anda mahu dia mendengari anda? Itulah cinta namanya.

d. Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Kita merindui suaranya, merindui gelak tawanya yang pernah kita simpan jauh di sudut hati kita. Kita ingin sekali mendengar kata-kata cintanya terucap lagi di telinga kita. 

Itulah cinta. Ia misteri yang tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. Tuhan menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya dan melupakannya. Tetapi ia tetap kembali, dan kembali, dan kembali …

4 Mar 2014

Al-Quran berselerak di tangga, tandas


Jertih: Penemuan berpuluh kitab suci al-Quran yang berselerak di tangga dan tandas oleh jemaah Masjid Kampung Limbongan, dekat sini, awal pagi tadi mengejutkan umat Islam daerah ini.

Kejadian itu disedari berlaku oleh sepasukan ahli Skim Rondaan Sukarela yang melakukan rondaan kali kedua di situ jam 2.30 pagi apabila ternampak al-Quran berselerak di tangga masjid sebelum rondaan pertama jam 1 pagi di kawasan itu tidak menemui sebarang perlakuan mencurigakan.

Lebih mengejutkan, jemaah yang datang untuk menunaikan solat Subuh pagi tadi turut menemui kitab suci itu bersepah di lantai masjid dan dalam tandas.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Putera Mohd Mahdi Musa berkata, beliau dimaklumkan oleh penduduk mengenai kejadian itu Subuh tadi.

Katanya, kejadian itu amat dikesali dan tidak patut berlaku di tempat berkenaan.

Beliau berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera dan menyiasat perkara itu sebelum merebak di tempat lain.

3 Mar 2014

Tanda-tanda Awal Heat Stroke / Strok Haba


Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal "heat stroke" atau "strok haba" berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Bernama, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.

"Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya.

Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menyatakan keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.

Dr Noor Hisham berkata pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas di samping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba.

Oleh itu beliau menyarankan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.

"Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.

"Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan," katanya.

Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari. - Bernama, 1 Mac, 2014.