HELLO AND HAVE A NICE DAY
Powered by Blogger.

9 Feb 2014

Pegangan-pegangan Penganut Syiah Yang Wajib Anda Ketahui


Pegangan-pegangan penganut Syiah yang wajib anda ketahui:

1. Mereka mendakwa malaikat Jibrail tersalah menghantar wahyu kepada Nabi Muhammad SAW, sepatutnya diutus kepada Saidina Ali.

2. Ulama Syiah menghalalkan liwat kepada isteri, sedangkan liwat ini diharamkan oleh Rasulullah SAW kepada kita.

3. Penganut Syiah percaya bahawa para imam mereka adalah maksum iaitu bebas daripada dosa dan kesalahan sehingga mengatasi Nabi. Mereka juga percaya kedudukan imam mereka adalah lebih tinggi daripada para nabi.

4. Syiah percaya Al-Quran yang wujud pada hari ini telah menyeleweng. Lalu, mereka telah mencipta Al-Quran mereka sendiri yang dikenali sebagai "Mashaf Fatimah" dan ia adalah 3 kali ganda banyaknya daripada Al-Quran yang kita miliki.

5. Syiah tidak mengiktiraf hadis-hadis Nabi yang diriwayatkan oleh kebanyakan para sahabat. Syiah hanya menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh ahlul bait atau kaum kerabat Nabi sahaja.

6. Penganut Syiah mengamalkan taqiyyah atau berpura-pura. Ia bermaksud melakukan sesuatu yang bersalahan dan berlainan daripada kepercayaan yang dianuti. Contohnya, mereka menyembunyikan akidah Syiah mereka semasa berhubungan atau bersembahyang di masjid bukan penganut Syiah.

7. Penganut Syiah mengadakan upacara perkabungan ke atas kematian Saidina Husain pada Hari Asyura Muharam dengan meratap dan menangis kesedihan dan memukul serta menyeksa tubuh badan sehingga cedera.

8. Penganut Syiah mengamalkan nikah Mutaah atau nikah kontrak. Ia bermaksud berkahwin dengan seorang wanita tanpa saksi dan tanggungjawab nafkah dalam tempoh yang singkat sahaja.

9. Penganut Syiah sujud di atas batu atau tanah Karbala yang dibawa mereka ketika solat. Mereka menganggap wujudnya keberkatan daripada batu tersebut dengan menciumnya ataupun memakannya sebagai penawar menyembuhkan penyakit. Batu itu adalah cebisan tanah yang diambil dari perkuburan Saidina Husain di Karbala.

10. Penganut Syiah tidak mengerjakan solat Jumaat dengan alasan solat Jumaat hanya wajib ketika wujud atau hadirnya Imam Mahdi.

11. Penganut Syiah mengamalkan jamak solat fardhu iaitu Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak sama ada ketika musafir atau tidak. Maksudnya jika umat Islam yang lain (Sunnah) mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam, tetapi Syiah hanya melakukan 3 waktu solat sahaja.

12. Syiah mengkafirkan para sahabat Nabi terutamanya 3 Khalifah Al-Rasyidin iaitu Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman. Mereka mengagung-agungkan Saidina Ali sehingga tahap menyamakannya dengan Tuhan.

13. Penganut Syiah menganggap bunyi kilat atau guruh adalah suara Saidina Ali.

14. Syiah menganggap penganut Sunnah sebagai najis dan darah serta harta benda mereka adalah halal. Syiah turut menganggap puak Sunnah lebih hina dari penganut Yahudi dan Kristian.

15. Penganut Syiah diharamkan melakukan jihad sehingga munculnya Imam Mahdi.

16. Syiah telah banyak melakukan pengkhianatan terhadap pemerintah atau negara Islam yang diketuai oleh penganut Sunnah. Contohnya ketika Perang Salib, kerajaan Fatimiyah di Mesir (Syiah) telah bekerjasama dengan Kristian untuk menentang orang Islam (Sunnah). Syiah juga telah merancang membunuh Sultan Salehuddin Al-Ayubi, membantu tentera Amerika semasa menyerang Iraq pada tahun 2003 dan sebagainya. Banyak lagi contoh pengkhianatan yang dilakukan oleh Syiah yang didasarkan oleh rasa kebencian yang teramat sangat terhadap Ahli Sunnah Wal Jamaah.

P/S : Pihak kerajaan perlu bertindak tegas membanteras ajaran sesat Syiah ini sebelum merebak menjadi lebih kronik. Jangan hanya menganggap ia sebagai kes terpencil saja. Ingat, isu Syiah ini lebih berbahaya daripada isu Al-Arqam kerana Syiah bersifat antarabangsa manakala A-Arqam hanya bertaraf lokal. Jadikan apa yang berlaku di Syria, Iraq, Bahrain dan Lebanon sebagai iktibar. Melayu Islam Malaysia perlu didedah dan disedarkan dengan kesesatan agama Syiah ini. Ingat! Syiah lebih berbahaya dan keji dari Zionis dan Kristian.